Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: cinta

bila padam nya api cinta

mdAku telah lama tidak memimpin usrah kerana aku direhatkan diatas sebab tertentu. Memang aku merindui untuk bersama anak buah aku duduk berhalaqah, berbincang, baca quran menghafal berdiskusi serta menyampaikan maudhuk. Ada yang ternganga. Ada yang tertidur kerana keletihan dan ada yang memberi tumpuan. Begitulah bila berada dialam usrah yang banyak mengajar kami dan mengikat ukuhwah kami untuk mencari cinta sejati!

Disinilah kami mengubat luka luka derita hidup masing masing. Disinilah kami berhibur, bantu membantu, usik mengusik dan bersenda loka.

Tapi aku telah lama meninggalkan mereka. Mungkin tidak akan bertemu lagi dalam satu usrah. Aku agak mungkin mereka jua merindui aku. Entahlah. Tapi berada didalam jamaah islam ini kita harus selalu berpisah kerana perpisahan didalam halakah usrah ini perkara biasa untuk melaksanakan tugas yang lebih penting. Aku dah puas menangis dan merindui mereka setiap kali di pisahkan oleh mas’ul ku sejak 10 tahun lalu. Betullah kata murabbi ku dulu, kasih kami didunia ini tidak akan kekal dan kami harus mengejar syurga jika ingin bertemu kembali seperti didalam halaqah ini.

Tapi sayangnya. Ada antara kami telah tiada lagi nampak bayangnya. Mahu pun didalam jamaah ini. Ada yang telah keluar dari jamaah ini. Ada yang telah hanyut dalam dunia mereka dan hanya sekali sekala saja menjenguk didalam program program umum. Mereka telah lupa saat saat mereka bersedih dan saat saat mereka bahgia bersama aku dulu. Mereka telah lupa janji mereka pada aku dulu bahawa akan terus bersama selamanya dijalan jihad ini.

Betullah kata para ulama bahawa istiqamah itu lebih nilainya dari 1000 karomah. Tidak mudah untuk istiqamah dan istiqamah didalam jamaah ini tidak boleh kita hitung dari berapa banyak kehadiran kita didalam program jamaah tetapi adalah sejauh mana kita menghayati masuliyah atau pun tanggungjawab ini.

Ukuhuwah jika tanpa cinta dari langit dan tanpa kebersamaan cita cita akan putus jua meski kita tidak kehendaki ianya berlaku.

Kalau hendak diikutkan didalam kehidupan aku ini, aku lebih banyak bertemu dengan perpisahan dari kebahgiaaan tapi sejujurnya ingin aku katakan, aku tidak akan lari dan sia siakan hidup ini untuk menyerah ditengah jalan.

Aku bersyukur, setelah banyak aku lalui proses kehilangan dalam hidup ini, aku semakin kuat. Aku telah dapat memahami hakikat penciptaan diri aku ini yang mana disana ada rahsia dibalik rahsia dariNya.

Aku juga berharap teman ku di negara matahari terbit sana atau dimana saja menerima hakikat itu. Disebalik hidup yang bermandikan sunyi ini, kembalilah merindukan kenyataan kehidupan. Buangkanlah bayang keindahan lalu yang berada dalam lena dan jaga kita untuk menerima anugerah Allah yang tidak terhingga ini yakni mengekalkan kita dalam iman dan islam. Dalam jamaah dan kerja dakwah ini sekalipun kita terpisah dan terpadamnya api cinta manusia kepada kita.

Akhi … aku tidak tahu apa harapan masa depanku pada semua sahabat aku dijalan dakwah ini dan diakhir zaman ini. Cuma pesanku. Simpanlah harapan harapan kita  kerana ia bisa menjadi sebuah semangat tersendiri untuk kita tetap merangkai waktu dalam hidup ini agar kita terus menapak dijalan dakwah ini hingga kaki kita tersentuh kedalam syurga.

Jangan ingat bila terpadamnya api cinta kita disini akan terpadamnya api cinta kita disyurga. Api cinta kita disyurga sentiasa bernyala andai kita memenuhi syarat syaratnya.

jumpa lagi

muharrikdaie – semakin malas untuk menulis

 

 

 

Kewajiban yang berat

berat

Ikhwah

Ummah tergantung pada dakwah kita untuk hidup bahgia diakhirat.

Sejauh mana dakwah kita bergerak, sejauh itu jugaklah ummah merasai kebahgiaan mereka. Begitu juga terhadap diri kita yang memikul taklif atau bebanan ini.

Selagi kuat kita berusaha, selagi itulah bahgia yang akan kita dapati.

Justeru, kewajiban kita memang tiada pilihan sebenarnya. Beratnya tanggungjawab yang kita pikul dijalan dakwah ini tiada tertanggung andai boleh kita nampak dengan penglihatan yang menembus jiwa. Read more of this post

mutabaah amal melambai syahid

Mutabaah amal yang tersusunLama aku tidak menulis. Ya akhi. Aku masih hidup dan sihat. Belum syahid lagi. Belum mati lagi. Tetapi iman ku tetap seperti dulu, turun naik dan terhoyong hayang bagai layang layang yang putus tali. Begitulah akhi jika amal amal kita tidak kita susun. Bila amal amal kita, kita remehkan. ia amat terkesan dengan kehidupan hati dan keimanan kita.

Walau apa pun, aku masih mampu lagi istiqamah seperti dulu walau usia semakin menganjak tua. Itulah barakahnya berada dijalan dakwah dan tarbiyah ini. Selemah lemah pun kita, masih mampu merawat duka dan luka. Lemah dan malas. Bencana dan petaka dunia!

Semuga antum yang meminati tulisan ku terus bersama blog aku yang kian pudar warna warna cinta. Hmmm … Read more of this post

aku bagai semusim luruh

IMG_5491Assalam buat semua.

Maaf. Lama tak menulis. Kurang sehat adanya. Dua minggu aku terlantar. Hanya Raqib dan Atiq menemani. Hanya malaikat Izrail yang menziarahi. Kenal malaikat Izrail? Biar aku cerita sikit sebagai sentuhan jiwa kita.

Sewaktu Allah SWT menciptakan Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?“. Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu“.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut dan Allah menyerahkan kepadanya. Walau bagaimanapun, Malaikat Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah SWT memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Read more of this post

mengintai bahagia didalam rahsia

gunung biru“Ya Allah. Aku memohon cintaMu. Cinta orang yang mencintaiMu. Dan amal yang menghantar cintaku padaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai dari jiwaku, keluarga ku dan air yang sangat sejuk” – Imam Nawawi Al Azkar.

Akhi, izin kan aku berbicara tentang cinta. Cinta yang ingin aku bicarakan ini bukanlah cinta yang sentimental dan yang melemahkan. Tetapi adalah cinta yang yang menguat dan menghidupkan! Cinta yang memberi dan membahagi!

Entah kenapa disepanjang kehidupan ini, aku sering dikepung cinta. Adakala aku diburu dan adakalanya aku memburu. Bagi aku kedua nya indah belaka. Semua itu mengingatkan aku bahawa aku harus menanam sedalam mungkin kebaikan dan membuang sepenuhnya keburukan terhadap nama sebuah cinta.

Benar, cinta itu gerak tanpa henti. Ianya adalah makna kebenaran dalam penciptaan, kerana itu hati yang terpenuhi dengan cinta lebih mudah dan cepat menangkap kebenaran. Sebab itu daie harus memiliki jiwa yang begini. Iqbal pernah bersyair,

” Cinta itu bagai penglihatan kepada mata. Kerana ianya adalah cahaya yang memberi penglihatan kepada hati kita!”

Justeru cinta itu menyimpan seribu rahsia.

Ada tika, ia bekerja untuk membuktikan kata katanya. Ada tika, dia berkorban untuk manusia disekelilingnya. Ada tika, dia sanggup membela yang teraniaya. Ada tika, dia jatuh miskin kerana infaqnya. Ada tika dia melarat kerana mujahadah dengan dakwahnya. Ada tika dia ditinggalkan tanpa kata. Ada tika dia keletihan kerana mengali tanah jiwa manusia dan ada tikanya, dia mengintai bahgia dalam rahsia. Read more of this post

perjalanan khayalan

IMG_5155Jiwaku ternganga diujung pagi setelah sadar dari usikan pelangi pelangi palsu yang menganggu peraduanku. Dan diujung pagi ini, tidak ku temukan apa apa selain jiwa kerdilku yang menuntun perasaanku memandu jari jemariku bermain diatas keyboard yang menjadi teman tasbihku meratib akan kelemahan dan ketidakberdayaan!

Jika semalam aku kehausan. Jika semalam aku kelaparan. Jika semalam aku kerinduan. Jika semalam aku sandarkan harapan. Jika semalam aku tak keruan. Jika semalam aku senyum sendirian. Jika semalam aku mimpikan keindahan!  Kini aku terpaksa meniti kembali jalan hidup biasaku. Kehidupan yang amat memerlukan perhatianku untuk memastikan hidup abadiku lolos dalam keadilanNya. Semalam itu bagiku hanyalah perjalanan khayalan yang hanya singgah sebentar mencuit igau ku. Read more of this post

Perempuan itu ….

psSalam satu fikrah …

Akhi, dunia dakwah ada seribu warna. Ada warna indah dan ada warna yang luntur. Bila kita nampak warna indah, pasti kita akan kata, ” eh cantiknya warna itu?” Sebab itu ramai yang sanggup mengejar pelangi.

Dulu, bagi yang hidup dikampung dan pernah menjadi orang kampung, pasti akan tahu bahawa diantara perkara yang mengembirakan kanak kanak saat itu adalah bila mereka sesekali dapat melihat pelangi.

Terkadang ada yang jatuh basikal mengejar pelangi. Ada juga yang terlanggar tunggul disebabkan mereka mengayuh sambil melihat kekaki langit. Dan yang paling derita adalah, apabila terlanggar pokok dimana celah kelangkang mereka melurut menujah handel basikal. ” Aduuuuuuuuuuuuuuuuh!” Senaknya setengah jam pun masih belum hilang tapi mata tetap kekaki langit untuk melihat pelangi yang indah yang hanya sesekali saja timbul selepas hujan …. indahnya pelangi Read more of this post

Aku akan kembali

Salam kasih sayang buat semua pencinta blog ku. Jujurnya … aku dah terlupa bagaimana aku nak mengendalikan wordpress ini kerana terlalu lama meninggalkannya keseorangan tanpa menulis. Tiga empat kali aku klik …

Aku ketawa sendirian.

Insyaalah aku akan kembali lagi untuk menulis dengan post post baru untuk menyegarkan jiwaku selepas ini. Ramai yang message kenapa aku tak menulis. Aku hanya mampu katakan yang aku sakit. Jangan tanya sakit apa? Tapi memang aku sakit.

Muga antum semua sehat sehat dan dirahmati Allah. Jangan lupa, kesihatan kita bukan untuk membuat kita boleh relaks relaks tapi kesihatan kita sebenarnya adalah untuk dakwah. Untuk deen ini. Untuk umat dan untuk menerangi kembali kegelapan mayapada ini dengan rukun islam dan rukun iman buat semua manusia.

Teruskan berdakwah dengan apa medium sekali pun. Yang penting kita terus bergerak dan tidak membiarkan diri kita kaku dan beku memijak bumi ini. Bila bumi bergerak, awan berarak. matahari terbit dan tenggelam, bulan dan bintang tersenyum dan padam, bermakna kita juga harus bergerak mengikut aturanNya. Bergerak kerana ubudiyah kepadaNya dan bukan bergerak menderhakainya.

Akhi … ukhti … jangan pandang keindahan dunia ini kerana keindahannya akan membuat kita bertambah bodoh dengan akhirat. Keindahannya juga akan membuatkan kita semakin mengejar keharuman palsunya sehingga kita tinggalkan pesan pesan Rasul untuk kita kendong dakwah ini.

Walau apa pun wajah bumi, jangan lupa beban amanat ini. Istiqamahlah. Thabatlah. Kerana hanya dakwah yang dapat melawan rupawannya bumi. Hanya dakwahlah yang dapat menahan nafsu syahwat kita yang berombak ombak untuk merangkul bumi ini. Hanya dakwahlah yang dapat menstabilkan kedudukan kita dibumi ini.

Dakwah tidak akan pudar walau kita pudar.

Akhi, aku menangis subuh ini. Aku tak tahu kenapa aku tergerak hati untuk menulis lagi, setelah jiwa ku seperti laut mati! Malah mengelepar sepi dikedalaman waktu hidup yang tidak pernah berhenti.

Aku mohon doa kamu semua agar dapat terus kembali. Berkongsi jiwa dan rasa … berkongsi cinta dan keindahannya. Aku ingin menjadi manusia baru. Manusia yang kuat semangat setelah dia luntur dalam kekecewaan yg tidak mampu untuk aku melawannya. Agar kita terus bersemangat mengejar bumi abadi disana …

jumpa lagi

muharrikdaie – dalam dahaga meneguk kasihNya

 

Jangan pernah kalah dalam hidup ini

istidrajAkhi Muslim …. Assalamualaikum & apa khabar semua?

Seperti biasa aku nak mohon maaf! Kerana apa? Kerana janji demi janji aku taburkan untuk kerap menulis tetapi seperti selalunya, aku tak mampu untuk menulis sekerap mungkin buat kamu. Kamu pun tahu, daie kerdil sepertiku tidak banyak masa yang ada dan kelemahan ku adalah tidak boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Memang tak boleh fokus. Cuma dalam twitter sajalah yang aku mampu menyampaikan message hatiku!Pernah menjenguk twitterku? Cuba cubalah. Mungkin ada menfaatnya.

Akhi, aku seperti kamu, terpaksa mengurus kehidupan. Semua perlu diisi. Dari hal peribadi hinggalah kepada hal umat ini. Sebenarnya tidak mudah. Kerana masa terlalu pantas dan cemburu melihat kita! Apa lagi bagi orang seperti aku yang teramat lemah dalam pengurusan masa ini. Read more of this post

serapuh cintanya

Fallen_angel_by_siddhartha19Seandainya aku punya masa. Serasa ingin menulis disini hari hari seperti dulu. Dulu walau pun terbeban, aku cuba menulis juga kerana aku ingin belajar bersabar dari seekor “unta”. Walaupun orang orang menaruh beban diatas belakangnya sebanyak mana pun, tidak pernah terdengar keluhannya. Tapi tahukah kita masaalahnya?

Itulah masaalahnya aku. Dan akhirnya, beginilah adanya. Hanya mampu bersama kamu semua hanya bila  masa terluang.

Pernah mentor penulisan ku menasihati aku agar memfokus kepada penulisan buku dan novel disebabkan kesuntukan masa yang ada pada aku. Pada mulanya, aku cuba tetapi akhirnya aku tahu jiwa dan minat aku hanyalah pada penulisan blog walaupun ianya tidak mendatangkan laba dan keuntungan buat aku. Read more of this post