Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: Dosa

Dosa

Ikhwanis …Sepertimana kita menemui makanan dan minuman sehari hari, begitulah juga dosa! Kita akan temuinya hari hari. Tidak kira dimasjid mahu mahu pun diluar masjid!

Terkadang ditempat kerja, kita tertanya pada diri sendiri, “kenapa ek orang sentiasa tidak berpuas hati dengan aku sedangkan aku telah beri cukup servis dan layanan terbaik buat mereka!” 
Terkadang di kolej bila lecturer mengajar, kita geram sangat kerana tak dapat hadam apa yang dia ajar malah tak puas hati cara dia mengajar.
Terkadang dalam bisnes, ada lagi orang tipu kita sedangkan kita bisnes ikut syariah compliance dan tak pernah tipu orang. Malah kita bertolak ansur lagi dan ambik untung yang amat minimum.
Sebenarnya kita terlupa. Disaat kita ditimpa pelbagai musibah dan bala itu rupanya kita dilingkari dosa yang belum diampun. 
Kita tak sedar kita berdosa. Dan itulah cara seni Allah menegur kita. Di timpanya musibah dan bala supaya kita dapat rewind kembali akan dosa kita. Dan mohon ampun dariNya. 
Sebab itu kita tidak boleh perkecil kan dosa sekali pun tersangat kecil. 
Sebagai ikhwanis yang membawa risalah ini sepatutnya kita sentiasa bernaluri gelisah terhadap dosa sepertimana gelisahnya burung yang ingin dimasukan kedalam sangkar.
Seringlah istighfar.
Ingatlah! Allah taala jika berkehendak kebaikan terhadap hambanya maka menjadikan dosa-dosanya terbayang di ruang matanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosanya, jangan sesekali melihat kecilnya dosa, tetapi perhatikan kepada siapakah kamu berdosa.
Muga bermenfaat buat diri aku dan kamu.
Barakallahu fikum

serapuh cintanya

Fallen_angel_by_siddhartha19Seandainya aku punya masa. Serasa ingin menulis disini hari hari seperti dulu. Dulu walau pun terbeban, aku cuba menulis juga kerana aku ingin belajar bersabar dari seekor “unta”. Walaupun orang orang menaruh beban diatas belakangnya sebanyak mana pun, tidak pernah terdengar keluhannya. Tapi tahukah kita masaalahnya?

Itulah masaalahnya aku. Dan akhirnya, beginilah adanya. Hanya mampu bersama kamu semua hanya bila  masa terluang.

Pernah mentor penulisan ku menasihati aku agar memfokus kepada penulisan buku dan novel disebabkan kesuntukan masa yang ada pada aku. Pada mulanya, aku cuba tetapi akhirnya aku tahu jiwa dan minat aku hanyalah pada penulisan blog walaupun ianya tidak mendatangkan laba dan keuntungan buat aku. Read more of this post

aku milikMu

Wahai Allah penyingkap segala gelisah …

Pengusir semua resah

Maha mendengar akan keluhan

Maha Mampu mengambil kesulitan

Maha Kuat perlindunganNya

Maha Pujian untukNya

Maha suci nama namanya …

Wahai Allah yang teramat ku kasih …

Yang menghilangkan derita orang orang yang menderita

Yang menjadi tempat meminta orang yang putus asa

Yang mengasihi orang yang lemah dan

Yang mengasihani orang yang teraniaya …

KepadaMu kutadahkan telapak tangan ini …yang sering ku tadahkan padaMu … Read more of this post

Penawar dosa

Tuhanku

Serpihan serpihan itu mengigatkan aku akan keadaan diriku yang lalu. Dan serpihan itu berterbangan lagi menghingapi hati hingga aku lupa padaMu.

Jiwakku yang kembali akan sunyi ditinggalkan kembali mengajak ku bertanya, masih adakah kehidupan yang mengasihiku, ketika kudapati semua telah pergi dari hadapan wajah hidupku dan ketika kusaksikan wajah yang pernah menyerikan jalan dakwah ku. Pernah mengukir tinta tinta dakwah itu memijak dan meletakan cinta dakwahku dibawah telapak kakinya yang amat memilukan aku sehingga aku berkata ” sampai hati mu” kerana kalimah itu hanya ku ucapkan padanya sahaja dalam doa sepertiga malamku.

Tidakkah dia merasakan sentuhan cintaku yang kudus itu, yang syahdu itu dalam bait bait rabithah itu yang menjadi cintanya jua. Betapa murahnya nilai cinta yang dibayangkan mereka selama ini  berbanding cintaku!

Pilunya hati. Apakah yang tersimpan disebalik rahsiaNya dan aku tahu bahawa setiap perjalanan menyimpan rahsia hikmahnya namun sakit yang ku rasa ini apakah akan menjadi penawar dosa ini. Read more of this post