serapuh cintanya


Fallen_angel_by_siddhartha19Seandainya aku punya masa. Serasa ingin menulis disini hari hari seperti dulu. Dulu walau pun terbeban, aku cuba menulis juga kerana aku ingin belajar bersabar dari seekor “unta”. Walaupun orang orang menaruh beban diatas belakangnya sebanyak mana pun, tidak pernah terdengar keluhannya. Tapi tahukah kita masaalahnya?

Itulah masaalahnya aku. Dan akhirnya, beginilah adanya. Hanya mampu bersama kamu semua hanya bila  masa terluang.

Pernah mentor penulisan ku menasihati aku agar memfokus kepada penulisan buku dan novel disebabkan kesuntukan masa yang ada pada aku. Pada mulanya, aku cuba tetapi akhirnya aku tahu jiwa dan minat aku hanyalah pada penulisan blog walaupun ianya tidak mendatangkan laba dan keuntungan buat aku.

Ternyata 3 buku yang ku cuba siapkan selama 3 tahun masih tergantung antara bumi dan langit bagai ruh orang syahid yang tidak membayar hutang. Tetapi tidak pernah aku sesalkan dan mengubah pendirian dan minat aku. Mungkin kerana jiwa dakwah dan jiwa ukuhuwah ku lebih kuat dari jiwa business dan mencari wang. Bukan aku kata menulis buku dan novel itu bukan dakwah tetapi kesan nya amat berbeza seperti menulis blog. Di sini aku dapat merasakan hubungan ukuhuwah, perkongsian kehidupan, perkongsian iman dan pengalaman yang mana banyak mendekatkan aku dengan Allah. Pendek kata aku banyak belajar dan termotivasi untuk beramal dari rakan rakan yang bersama diblog ini aynag sering menegur dan memutabaahkan diriku.

Justeru disini juga aku banyak mengenal manusia. Berinteraksi dengan semua golongan manusia. Dari seorang ulama’ hebat dan penulis hebat yang pernah menegur tulisanku disini hinggalah kepada adik adik yang baru lepas SPM yang meminta nasihat dari aku. Semuanya pernah berinteraksi dengan aku. Tidak lain mereka berbicara dengan aku hanyalah berkenaan islam dan iman, dakwah dan tarbiyah. Mungkin ada sikit sikit yang bercerita soal cinta dan soal jodoh. Bagi aku semuanya menjurus kepada iman.

Aku tak sangka sejauh itu blog ini berfungsi hingga boleh memberikan aku menfaat dan mebuahkan amal amal aku. Serta menaikan martabat iman dan kesedaran. Aku akui, ada juga menerima ujian ujian dan fitnah fitnah namun bagi aku. itu hanyalah masaalah ‘nyamuk’ didalam melaksanakan dakwah melalui tulisan.

Aku tahu ramai yang ingin mengenali aku. Rasanya itu bukanlah satu keperluan kerana yang penting kita dapat sama sama memenfaatkan blog ini. Mudah untuk mengenali aku sebenarnya. Email aku, twit aku, FB aku. Kita buat appointment. Jumpa dimana! Rumah aku ke? Rumah kamu ke? Insyaalah kita boleh berukuhuwah. Tak susahkan? hhmmm. Jujur telus dan jelas itu penting!

Terkadang aku senyum sendirian kerana ada yang cuba mengoogle nama aku dan mencari identiti aku. Mungkin mereka jumpa … tetapi menjumpai orang lain yang bukan aku. Mungkin murabbi aku. Mungkin kawan kawan aku. Tetapi sohihnya bukan aku kerana wujudnya aku diblog ini dari dulu adalah seperti hukum” alif ziadah” didalam kaedah ilmu tajwid. Wujud dalam tulisan tetapi tidak wujud didalam bacaan. Memang dari dulu lagi aku tidak suka dikenali dan biarlah aku tersembunyi dicelah celah hati kamu semua mencari keikhlasan dan redha Allah didalam menulis ini.

Tadi aku terbaca disatu blog … dia tidak seperti aku!

Jika aku seperti unta yang tidak mengeluh walau terbeban tetapi dia sering mengeluh bila menulis. Dia seolah olah hilang sentuhan penanya yang hebat satu ketika dulu. Dan dari tulisannya aku tahu dia juga hilang sentuhan tarbiyah nya. Dia merasa dirinya kosong meskipun dia masih lagi  mentarbiyah manusia, menulis dan sebagainya. Dia kata segala gala yang dilakukannya seolah olah terpaksa dan dipaksa. Dan aku tahu puncanya adalah cintanya semakin rapuh. Cintanya telah dimamah oleh dosa dosa dan maksiat maksiat yang tidak disedarinya!

Aku teringat cerita seorang akh didalam jamaah ikhwan Muslimin yang rasanya kita semua tahu. Sepertimana yang diceritakan oleh Assyahid ini bahawa akh ini pernah menulis surat kepadanya, menceritakan tentang dirinya yang kehilangan ‘ rasa ‘ dalam beriman dan beramal.

Dia kehilangan rasa sepertimana ‘ hilangnya manis didalam gula”

Dia berkata, ‘ Ustaz, tika aku bertemu sahabatku, aku peluk dia tetapi aku tidak merasakan apa apa! Kalau dulu waktu bertemu dan waktu aku memeluknya aku terasa denyutan ukuhuwah dan kasih sayang. Tapi kali ini aku rasa kosong. Begitu juga, tika aku solat, aku rasa kosong dan tidak merasa hadirnya Allah bersama aku  …………… “

Begitulah seterusnya dia bercerita dengan assyahid tentang amal amalnya yang lain ….. yang semuanya dirasakan kosong dan tidak bermakna dan tidak menyentuh hati dan perasaannya!

Conclusion yang Asyahid buat terhadap pemuda ini adalah dia mengalami masaalah ” hati “.

Mungkin itulah yang kita alami! Agaknya.

Terkadang aku pelik, seorang akhawat yang dulu kuat dakwah sewaktu bujangnya dan berkahwin pula dengan seorang ikhwah yang bagai seorang panglima perang sewaktu bujangnya, boleh mengeluh akan kelemahan, kekosongan jiwa dan berbagai keluhan lagi setelah melalui fasa perkahwinannya!

Adalah sesuatu yang tidak patut berlaku bagi pasangan dakwah ini kerana selalunya perkahwinan itu selalunya akan menjadi satu synergy dalam dakwah dan dalam iman dan amal kita pada Allah! Tetapi kes ini menjadi satu misteri yang patut kita bincangkan buat panduan kita yang masih solo ini!

Tidaklah aku ingin membuat andaian tentang pasangan ini. Kerana bagi aku apa pun yang berlaku didalam kehidupan kita, haruslah kita rujuk kepada sumber islam untuk menyelesaikannya!

Bagi aku, aku suka kembalikan kepada sebuah hadis yang selalu kita baca;

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya satu titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya dlm surah Al Muthafifin 14 (yang artinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (HR At-Tirmidzi no. 3334, Ibnu Majah no. 4244, Ibnu Hibban (7/27) dan Ahmad (2/297). At Tirmidzi mengatakan bahwa hadis ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan.)

Rasanya inilah punca kita!

Pernah seorang adik usrah ku seolah  marah kepada aku apabila dia mengadu kelemahan mutabaah amalnya pada aku dan aku katakatan bahawa kelemahannya adalah asbab dia buat maksiat!

” Sebagai naqib, anta tak boleh su’ul dzan begitu pada ana bang” Jawabnya seolah olah kesal dengan andaian aku bahwa dia lemah kerana dia buat maksiat.

” Ana tak pernah buat maksiat dengan sengaja, tau bang!” Tinggi suaranya lagi bila aku masih katakan dia buat maksiat.

” Abang nampak ke ana buat maksiat?” Dia seolah mencabar dan menguji aku.

” Nampak!” Jawab aku.

” Bila? Berapa kali? Dia bertanya pada aku kembali.

Begitulah sessi tanasuh antara aku dengan adik adik usrahku yang mempunyai masaalah dan aku selalu bertemu mereka dalam empat mata tanpa kehadiran sesiapa bila aku rasakan aku perlu menegur mereka.

” Banyak kali, disetiap kali kamu mengabaikan program jamaah! Dan alasan alasan ‘ sampah’ yang kamu berikan! Itulah maksiat yang kamu lakukan! Dan itulah sebabnya kamu futur dan lemah kerana melonggarkan ikatan dan akad dengan jamaah ini!” Tinggi nada suara aku untuk menyedarkannya.

” Allah! Astaghfirullah! Astaghfirullah! Abang ….” Semakin sayup aku dengan suara itu beristighfar. Kedengaran sedu yang ditahan. Dia memeluk aku seerat eratnya. “Terima kasih bang kerana menyedarkan ana!” Begitu suara terakhirnya ku dengar mengakhiri sessi tanasuh itu.

Selepas itu aku lihat adik aku ini menjadi hebat orang nya. Setiap program jamaah yang diarahkan, tidak pernah ditinggalkannya kecuali ada hal hal yang amat mendesaknya. Walau pun begitu dia tetap memaklumkan kepada aku naqibnya dan tidak seperti dulu.

Sebenarnya aku pernah melalui situasi ini. Dan inilah jalan yang perlu kita ambik. Muhasabah dan muhasabah dengan perubahan.

Perlu kita faham, maksiat seorang daie bukanlah maksiat sepertimana yang dilakukan oleh orang awam. Maksiat bagi seorang daie, selain dari maksiat luaran, kita juga bermaksiat andai meninggalkan program program wajib jamaah. Bila kita telah berintima’ maka segala program itu adalah amal amal wajib aradhi kita yang terbeban. Wajib kita laksanakannya. Kerana disinilah berpuncanya kefuturan kita!

Akhi, ingatkah kamu apa yang Ibn Qayyim pesankan tentang maksiat ini …

Maksiat ini bukan saja boleh membuat kita futur tetapi boleh menjarakkan kita dengan Allah SWT, boleh melemahkan hati, menghalang ketaatan dan menyulitkan urusan kita ….

Banyak lagi yang ingin aku tuliskan buat muhasabah kita. Insyaalah mungkin dilain kesempatan. Semuga bermenfaat buat muhasabah kita …

Sebelum aku akhiri ingin aku melafazkan doa disini buat sahabat ku dan keluarganya yang sedang berada di Hakodate, Hokkaido, Japan untuk menghabiskan PhD nya.

KepadaMu Ya Allah Permudahkanlah pasangan sahabat ku ini bersama dua orang cahayamatanya. bantulah mereka, tolonglah mereka, pimpinlah mereka agar mereka selalu berada dalam takwa kepadamu. Permudahkan urusan dunia dan akhirat mereka. Amin.

“Arigatou gozaimasu…”

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

4 responses to “serapuh cintanya

  1. NikM January 28, 2013 at 12:42 pm

    Alhamdulillah… byk pencerahannya..

  2. sufiana January 13, 2013 at 7:10 pm

    beri la jiwa pd tiap tulisan..seperti chya pd lampu terang dlm chya

    • muharrikdaie January 13, 2013 at 9:32 pm

      Mungkin aku tidak boleh memberi jiwa dan sentuhan didalam tulisanku wahai sufiana! Tetapi ini saja kemampuan ku. Andai terkesan, alhamdulilah ianya dari Allah. Andai tidak! Itulah titik nadir kelemahan jiwa ku yang banyak dosa ini. Sama sama kita mohon ampun dan kembalikan cahaya ruhiyah yang mudah dilindungi oleh asap asap dosa yang sering berkeliaran disekitar kita. terima kasih atas komennya🙂. Selamat kembali ke blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: