Islamlah! nescaya kamu selamat

Category Archives: iman dan kehidupan

Kelukaan

Mentarbiah manusia tidak cukup hanya sekali tetapi harus berkali kali, berminggu minggu dan bertahun tahun dan ianya memerlukan ruang dan waktu yang panjang.

Terkadang ada yang luka dan terluka. Kadang ada yang rajuk dan merajuk. Kadang ada yang lari dan datang balik. Kadang ada yang lari dan tak datang datang. Kadang ada yang dulu bersifat ‘happening’ tapi setelah mufarakah dan datang balik, ia menjadi pendiam seperti sang sufi yang sedang beruzlah.

Itulah yang selalu kita lihat didalam skrin halakah tarbiah ini. Sebab itu manusia yang menarbiah dan ditarbiah wajib sangat bersabar dan kebal serta tahan lasak!

Dalam waktu yang panjang itu jugalah bukan saja mutarabbi buat silap malah murabbi juga buat silap. Tidak konsisten. Lemah dan futur.

Murabbi pun ada yang ‘lari malam’ kerana stress dan tension dengan sikap mutarabbinya. Kata P Ramlee ini bukan cobaan tapi betul betul. Kerana murabbi juga manusia yang punya keterbatasannya.

Begitulah sukarnya ‘amaliyut tadayyun’ , amaliyah tarbawiyah dan amaliyut takwin itu berjalan sepertimana proses pertumbuhan manusia didalam rahim.

Setiap kita harus ingat, output tarbiah kita bukan untuk menjadikan kita malaikat atau insan kamil tetapi untuk menjadikan kita sebagian manusia yang dapat melaksanakan masuliyah insan dan masuliyah dakwahnya untuk mengisi ruang dan waktu mengislah manusia untuk mentaati Allah.

Justeru, para mutarabbi jangan hanya bergantung kepada murabbi semata. Kamu juga harus berusaha membantu diri kamu dan membantu usaha murni murabbi kita dengan menguatkan tarbiah zatiyah kita untuk merealisasikan kehendak tarbiah dan kehendak ruang zaman yang kita hidup ini.

Ingat, tarbiah kata Muhammad Qutb adalah ‘seni menciptakan manusia’.

Maka kita wajib mentarbiah diri kita dan orang lain dengan memandu ruh, akal dan jasad ini supaya benar benar menjadi manusia akhirat dan menjadi hamba kepada rabbNya.

Barulah kita menepati keseniannya.

Ahukum fillah, Alfakir

#muharrikdaie

Advertisements

Cinta itu sentiasa ada persoalan …

Assalam …

Entah kenapa malam ini aku menulis disini setelah berkurun tidak berkunjung kesini. Sebenarnya tulisan ini berbentuk nasihat yang telah aku muatkan di dalam FB aku untuk seseorang yang amat memerlukan pertolongan aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada seseorang yang murung bermohon nasihat kepadaku kerana dirinya dikhianati … muga kita juga boleh mengambil iktibar darinya …

Nasihat ku …

Soal ini soal hati. Tiada siapa yang dapat menyelesaikannya kecuali diri sendiri dengan inayah dan bantuan Allah.

Makhluk seperti aku hanya mampu untuk menasihati saja. Itu pun nasihat begini banyak yang telah kita tahu, cumanya cara bagaimana kita praktiskan nasihat itu!

Kawan …
Hidup ini satu proses. Semua orang akan mengalami perkara yang sama. Antaranya cinta kita dan cita cita kita dikhianati setelah kita rancang bersama! Cuma situasi saja yang berlainan.

Jika kamu terluka. Aku juga pernah terluka dan manusia semua dibumi ini pun semua pernah terluka. Cumanya bagaimana kita nak balut luka itu agar sembuh dan pulih saja menjadi persoalannya!

Disinilah kreativiti kita dalam menghadapi hidup dan situasi ini. Dan inilah yang akan menambah pengalaman kita.

Tetapi jika kamu gunakan emosi, maka kamu akan kecewa dan menangis bermalaman berbulanan menghadapinya. Tetapi jika kamu gunakan iman maka kamu akan hadapinya dengan dada dan hati yang lapang.

Sebenarnya setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, Ianya bagus dan ubat buat kita, kerana dengannya kita akan dapat mengenali Allah dengan lebih dekat lagi dengan mengenali sifat makhluk yang lemah yang diciptakan Allah yang terdapat pelbagai ragam kelemahan seperti orang yang mengkhianati kamu.

Benar. Apa yang telah Allah tetapkan buat kamu sebenarnya telah ditetapkan berlaku sejak azali lagi yang dalam ilmu akidah disebut ‘tanjizi qodim.’ Cuma baru sekarang Allah luluskan takdirnya yang di sebut ‘tanjiz hadis’. Perkara yang tidak boleh berubah yang telah Allah tetapkan buat diri kamu bahawa pada saat sekian dan sekian kamu akan ditinggalkan.

So … mungkin asbab ini takdir yang akan Allah berikan pada kamu akan lebih baik lagi dimasa mendatang! Kita tidak tahu. Tetapi hikmahnya tetap ada. Mungkin waktu akan datang kamu akan ditemukan dengan seseorang yang lebih baik lagi. Jadi berbaik sangkalah dengan Allah. Banyak kan berdoa dan bertawajjuh pada Allah.

Justeru, anggaplah orang yang mengkhianati kamu itu sebuah ujan buat kamu untuk Allah menambahkan pengalaman kamu dan untuk menguatkan jantung hati kamu.

Bagusnya nya tetap ada kerana jika dia mengkhianati kamu selepas kamu bersamanya sudah pasti ianya bertambah parah lagi.

Kawan …

Cuba kamu pandang sekarang, dulu waktu kamu mengharap dan bersamanya apakah kamu akrab dengan Allah? Malah mungkin saat itu untuk ingat Allah pun kamu tak mampu. Tetapi kini, apabila ia menimpa kamu, mungkin daya ingatan kamu pada Allah tidak putus putus sehingga tasbih yang kamu pegang pun tidak sedar putusnya kamu berzikir kerana inginkan ketenangan dan membujuk hati.

Itulah sifat kita makhluk yang lemah ini. Itulah bagusnya. Dan itulah petandanya kamu disayangi Allah.

Selalunya manusia, saat gembira dia lupa pada Allah. Kalau ingat pun tidak sekhusyuk waktu dia ditimpa musibah. Itulah cara Allah memanjakan kamu.

Jadi, tanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak atau iradah Allah. Dan kamu pasti tidak boleh mengubahnya.

So … sekarang pandang kedepan dan teruskan hidup dan jangan toleh pada nostalgia yang telah berlaku nanti kamu akan terus terluka dan mudah untuk syaitan menyusahkan perasaan kamu.

Fikir dengan iman dan dengan akal yang waras dan jangan dengan emosi.

Cinta ini sifatnya makhluk. Ianya lemah. Ia boleh datang dan pergi dalam hidup kita kecuali cinta yang disandarkan pada khalik yaitu Allah.

Biarkan cinta lama itu pergi dengan wajah yang zalim dan carilah cinta baru kamu yang benar benar berwajah syurga yang akan menyejukan hidup dunia mu dan meneduhkan hidup akhiratmu.

Aku doakan kamu akan terus menghadapi hari mendatang dengan jiwa yang positif dan dengan tawakkal yang jazam pada Allah rabbul jalil.

Banyak kan senyum kerana ia akan mencerahkan jiwa kamu secerah mentari.

Selamat malam.

Ahukum fillah

#muharrikdaie
080218

Jangan putus asa

Aku rasalah. Orang yang terbaca posting aku pasti bosan. Asyik cerita dakwahhhhhhh jer.Cerita lain tak ada ke? Cerita lain ada cuma bagi aku cerita lain tak membuahkan amal. Asyahid Albanna pun cerita dakwah saja hingga akhir hayatnya. Tapi, setelah syahidnya. Cerita dakwah terus bersambung. Dan aku salah seorang penyambung ceritanya.

Akhi, setiap satu amal yang ikhlas kita buat, ia bukan mengurangkan amal malah Allah bukak kan banyak lagi pintu amal utk kita bekerja. Mana mungkin akan tamat cerita dakwah!
Orang yang fokus pada dakwah tahulah betapa banyak nya kerja dari masa yang mereka ada. Itu belum lagi beban harian, menguruskan hal pejabat dan hal social yang lain. Kalau yang dah kawin dan punya anak lagi lah tensionnya. Yang student pun terkadang surrender dengan dakwah, inikan pula yang dah kawin. Panjangkan?
Oleh itu jangan risau dengan kelemahan kerana faktor futur dan lemah perkara biasa kerana kita manusia dan bukan malaikat. Tapi biarlah kefuturan kita itu bukan sebab dosa tapi sebab selain dosa. Mungkin letih dan cemuih! Berehatlah sebentar melepas lelah. Janganlah pulak sampai kita letih berehat.
Akhi, bersabarlah. Seperti yang selalu murabbi kita ulang ulangkan bahawa dakwah ini bagai larian maraton. Nafas panjang amatlah diperlukan. Jangan sesekali habis nafas ditengah jalan.
Jalan dakwah jugak adalah seperti titisan air. Ia akan membelah batu tapi bukan sehari dua kerana ia memakan masa yang lama.Tapi jangan lupa, titisan itu kalau banyak, ia akan menjadi satu dan pasti akan menjadi arus. Dan kemudian menjadi gelombang yang akan memusnahkan jahiliyah. Dan itulah yang diperlukan dakwah.
Begitulah akan terjadi pada kita kalau semuanya bersabar dan terus bekerja. Satu hari pasti kita akan bertemu dalam satu matlamat dan menjadi kuat.
Muga menfaat buat hamasah antum terutama bagi yang lemah didalam dakwah.
#muharrikdaie

sepintas tarbiyah

Ikhwanis,

Seorang daie yang lengkap dan sempurna tarbiyahnya. Ia tidak hanya seronok dan ghairah membuat kerja kerja kebajikan semata atau hanya sibuk bermain dengan isu politik yang penuh dengan persepsi dan permusuhan yang tiada kesudahan itu tetapi ia menjadi sosok yang memberi petunjuk!

Menerangi jalan orang yang gelap dan bingung. Mengajak berjalan orang berhenti dan kefuturan. Memanggil orang yang berpaling. Menarik kembali orang yang mundur dan menguatkan orang yang lemah!
Itulah yang sepatutnya wujud pada diri kita ini yang telah berlama didalam tarbiyah. Dan bukan berkerja diluar cakrawala petunjuk Allah dan rasul serta bergelumang isu isu yang tidak membuahkan amal!
Semuga kita dapat menjadi daie yang Allah sebut, ” Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat ayat kami [32:24]
Muga bermenfaat buat aku dan kamu.
muharrikdaie

Dosa

Ikhwanis …Sepertimana kita menemui makanan dan minuman sehari hari, begitulah juga dosa! Kita akan temuinya hari hari. Tidak kira dimasjid mahu mahu pun diluar masjid!

Terkadang ditempat kerja, kita tertanya pada diri sendiri, “kenapa ek orang sentiasa tidak berpuas hati dengan aku sedangkan aku telah beri cukup servis dan layanan terbaik buat mereka!” 
Terkadang di kolej bila lecturer mengajar, kita geram sangat kerana tak dapat hadam apa yang dia ajar malah tak puas hati cara dia mengajar.
Terkadang dalam bisnes, ada lagi orang tipu kita sedangkan kita bisnes ikut syariah compliance dan tak pernah tipu orang. Malah kita bertolak ansur lagi dan ambik untung yang amat minimum.
Sebenarnya kita terlupa. Disaat kita ditimpa pelbagai musibah dan bala itu rupanya kita dilingkari dosa yang belum diampun. 
Kita tak sedar kita berdosa. Dan itulah cara seni Allah menegur kita. Di timpanya musibah dan bala supaya kita dapat rewind kembali akan dosa kita. Dan mohon ampun dariNya. 
Sebab itu kita tidak boleh perkecil kan dosa sekali pun tersangat kecil. 
Sebagai ikhwanis yang membawa risalah ini sepatutnya kita sentiasa bernaluri gelisah terhadap dosa sepertimana gelisahnya burung yang ingin dimasukan kedalam sangkar.
Seringlah istighfar.
Ingatlah! Allah taala jika berkehendak kebaikan terhadap hambanya maka menjadikan dosa-dosanya terbayang di ruang matanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosanya, jangan sesekali melihat kecilnya dosa, tetapi perhatikan kepada siapakah kamu berdosa.
Muga bermenfaat buat diri aku dan kamu.
Barakallahu fikum

Kamu baru bermula

Terkadang berbagai kepelikan berlaku di jalan dakwah ini terhadap diri kita. Apa yang kita tidak sangka dan jangka terus berlaku dalam hidup kita.

Dulu kita rasa kita hanya lah seorang penulis picisan dan tidak termimpi pun untuk menjadi penulis hebat tapi akhirnya kita menjadi figur yang dikenali masyarakat.

Dulu kita ingat kita hanya berangan angan untuk membuka kedai kecil dan peniaga ditepi jalan tapi akhirnya kita menjadi entrepreneur yang berjaya dan bergaya hingga boleh mampu meningkatkan perniagaan kita.

Dulu kita ingat, kita tidak boleh pergi jauh dalam pelajaran tapi akhirnya kita boleh berjaya dalam kerja dan kerjaya hingga memiliki jawatan dan masa depan yang cerah dalam kehidupan.

Pernahkah kita termimpi itu sejak dulu? Sejak zaman persekolahan kita? Sejak zaman kita study diKolej dan universiti? Pernahkan? Dan kenyataannya adalah hari ini!

Sebenarnya kejayaan itu bukanlah kerana kita hebat. Bukan kerana kita berkemampuan. Bukan kerana kita cerdik dan bijak. Kita sendiri tahu diri kita. Tapi adalah kerana kita bersungguh dijalan dakwah ini.

Jalan dakwahlah yang banyak mengubah diri kita. Jerih payah dijalan dakwah inilah yang banyak mengubah hidup kita. Allah beri keberkatan itu pada kita kerana kita tolong agama Allah. Itulah karomah yang Allah beri pada orang orang yang ikhlas di jalan dakwah ini.

Mereka membeli agama Allah dengan kesungguhan dakwah sejak muda, sejak belajar dan sejak bersusah susah dahulu dan Allah melimpahkan mereka dengan kejayaan, kekayaan dan menjadi figur terbaik buat ummah.
Kamu berhak untuk itu ikhwahku. Kamu berhak untuk itu akhwatku.

Itulah natijah pengorbanan kamu dijalan dakwah ini. Tetapi ingat, jalan dakwah ini panjang. Jangan sesekali kamu lalai dan beralih arah. Kerana natijah kehidupan manusia ini adalah pengakhiran hidupnya sedangkan kamu baru bermula!

muharrikdaie

persoalan?

Sahabat sahabatku. Kawan kawan ku. Sahabat penaku. Sahabat se blogku dan ex-teman dakwahku semakin berjaya dijalan dakwah ini.

Meniti hidup hari hari penuh kejayaan. Melakari warna warna dakwah ini dengan jayanya dalam rahmat yang berlimpah limpah. Bersyukur sangat sangat pada Allah walau aku terpaksa merenungi mereka dari kejauhan mencari sebuah hakikat dalam pancaran sinarNya.

Aku tertegun tegun dengan hati yang penuh mengerti bahawa dakwah yang ikhlas dari hati dan kesungguhan, sesungguhnya memberi mereka jalan jalan terang sebagaimana harapan yang ku berikan pada diri aku dahulu.

Sebuah keadaan, yang lebih tepatku kulukiskan sebagai sebuah energi iman dan spiritual telah mereka hadirkan dipintu jiwa mereka hingga membawakan mereka pada cerapan cerapan indrawi lalu merangkaikan kejayaan terindah dijalan dakwah ini membuat diri ku terus mengaca apakah pantas seperti mereka?

Namun … Aku juga harus mengerti. Tidak semua doa boleh menjejak langit. Jika belum lagi dapat membersih jiwa, nawaitu dan menghidupkan batin dalam keikhlasan.

Dan aku pasti doaku masih jauh melingkari awan. Berperang dengan angin angin dan bintang bintang untuk menemui kemakbulanNya.

Dan aku tidak pasti apakah citaku akan menemui ku atau hanya terngiang ngiang dalam titik debu pendengaran yang menghiasi telingaku.

Terkadang serasa aku hilang jejak dijalan dakwah ini. Aku tidak mendapat sokongan dan panduan dari jamaahku. Aku terpaksa bergerak sendiri. Segala bakat yang ku punyai tenggelam begitu saja. Tidak dapat aku menfaatkan sebaiknya. Aku seolah olah keseorangan didalam ramai.

Terkadang aku rasa terlebih baik aku bergerak berseorangan dari aku menanti sebuat penantian yang tiada kepastian. Mungkin itu jalan terbaik walaupun murabbi ku sering mengingatkan bahawa ‘ keroh dalam jamaah itu lebih baik dari jernih keseorangan. Aku tak terdaya ….

Tahniah buat kamu yang akan terus menjadi sumber inspirasi ku.

muharrikdaie
Dalam kedinginan ramadan

Hakikat cintaNya

Akhi, kita masing masing dikurniakan sebuah perjalanan.

Cumanya kitalah yang sewajarnya menguruskan perjalanan ini. Persiapannya. Bekalnya dan pelbagai lagi.

Dan perjalanan yang terbaik buat kita adalah untuk membuang cinta dan mengapai cinta!
Jadikanlah perjalanan kita ini perjalanan yang melahirkan jiwa suci. Juga mencerahkan jalan kehidupan kita untuk hari mendatang. Hari yang penuh misteri dan abadi. Hari yang tidak ada khayal dan mimpi.
Janganlah disini kita sia siakan nafas perjalanan hidup kita, kerana disini bukanlah pusat keindahan bagi kita tetapi ia adalah sepotong benda yang penuh duri.
Kita disini hanyalah untuk menghirup nafas perjalanan seorang hamba yang penuh bebanan meski kita diizin menginjak lembut bumi ini namun segalanya ada nilai dan soal.
Oleh itu cerminlah diri dan bertanya,” akan kemanakah ku bawa wajah hidupku?”
Pasti jawabannya adalah keinginan sebuah fitrah yang ingin kesyurga.
Dan disini ada berjuta jalan menujuNya. Ada beribu cara untuk megapai cahayaNya. Ada pelbagai jalan untuk memperolehi hikmah dalam kepastian cintaNya.
Pasti kamu akan menemui damai dalam jiwamu jika kamu tahu hakikat kepunyaanNya!
muharrikdaie

Jodoh dan Kehidupan

Serius. Aku benar benar dapat merasakan jiwa dan hati seorang akhawat yang tidak bertemu jodohnya! Risau. Sedih. Cemburu sepi, sunyi dan pelbagai perasaan menerjah!

Mana aku tahu? Sudah pasti aku tahu kerana kakak aku berada disituasi itu!

Aku tidak hairan jika ikhwah tidak berkahwin dan aku tahu perasaan mereka. Gembira, bebas, merdeka dan boleh memfokuskan apa yang mereka citakan. Cuma yang risaukan mereka adalah ibu ayah dan murabbi mereka. Takut mereka terlorong dalam kemaksiatan. Lelaki tetap lelaki. Sekuat mana keimanannya namun fitrah kelakiannya tidak dapat disorokkan sekalipun disembunyikan dicelah celah puasa sunatnya.

Meskipun begitu, kerisauan seorang lelaki tidak sama seperti seorang akhawat. Apalagi bila usia mereka menjangkau 30an. Maka semakin risaulah mereka hingga terganggu perjalanan hidup mereka sehari hari. Lebih lebih lagi bila melihat teman rapat mereka sudah bersama pendamping mereka. Fuh … pasti emosi.

Namun bagi seorang akhwat yang mantap iman dan aqidahnya serta jatidirinya. Sedikit pun dia tidak merasai kerisauan itu kerana dia tahu bahawa segala gerak laku kehidupannya adalah diatas takdir mubram Allah subhanahu wataala semata. Malah dia mampu untuk menyusuri hidup dengan penuh semangat dan ceria untuk mengapai apa yang dicitakannya.

Berlainan pula dengan akhawat yang tidak punya jati diri dan lembik macam taufu fa semangatnya serta lemah akidahnya. Pasti mereka merasakan hanya mereka sahaja di dunia fana’ ini yang bujangan dan tak kawin. Sehingga mereka patah hati, layu jiwa dan membawa diri mereka semakin jauh dan jauh. Hingga terkadang ada yang bersifat seperti ‘ahli kubur’ atau pun ahli sufi  dan tidak mahu bergaul dan memencil diri berterusan bermonolog dengan nasib dan takdir mereka.

Apa kesudahannya? Tidak lain tidak bukan mereka akan menjadi layang layang yang putus tali dan jatuh koyak rabak dibumi yg tiada penghuni dan menjadi nenek kebayan yang kesunyian dihutan.

Sebenarnya jika kita hayati secara positif, hidup membujang ini lebih banyak memberi erti dan menfaatnya andai kita bijak mengurus usia yang terbatas ini!

Banyak ruang ruang kosong kehidupan ini dapat kita isikan dengan agenda syurga untuk kita gapai.

Umpamanya sambung belajar dalam bidang islam. Berbakti kepada kedua ibu ayah. Melibatkan diri dalam jamaah islam dan ngo’s serta menyertai misi misi kebajikan dan kemanusiaan. Menulis buku atau novel islam secara serius. Serius dalam dakwah dan tarbiyah dan pelbagai lagi perkara menfaat.

Siapa yang tidak mahu hidup yang ideal. Punya keluarga isteri suami dan anak anak. Tapi itu bukanlah satu satunya matlamat kehidupan. Matlamat kita yang tepat adalah redha Allah dan syurganya.

Berkahwin juga tidak semestinya bahgia dan mampu untuk kita memenuhi agenda syurga kita malah terkadang kita terpaksa melalui jerih payah yang boleh membawa kita meninggalkan dakwah dan lupa kepada tanggungjawab kepada ummah dan Allah dek kerana melayan kehendak dunia rumahtangga.

Bukan aku berburuk sangka kepada orang yang berumahtangga yang amat banyak kebaikan dan menfaatnya namun tak semua rumahtangga terurus dengan baik andai pasangan tidak dapat melayarinya dengan takwa dan sabar sebagaimana para solihin terdahulu melayari kehidupan tersebut.

Justeru yang ditakdirkan bujangan, masih banyak jalan untuk kita cari redhaNya dan titian hidup ini bukan hanya dengan perkahwinan semata untuk meraih syurga Allah kerana sumber pahala dan amal itu banyak dan boleh kita raih dengan pelbagai cara dan cabang yang boleh membahgiakan masa hidup yang panjang ini.

Jangan kita sempitkan hidup dengan takdir Allah yg telah ditetapkan buat kita. Bersyukurlah dan hayati lah hidup yang indah bagai pelangi ini… Dan jadilah seperti matahari pagi yg sentiasa tersenyum menghamburkan cahaya meski terpaksa menerjah sejuk embun demi memberi cahaya pada mayapada ini.

Insyaalah. Muga bermenfaat utk kita renungkan.

Teruskan dakwah

ingatan rengkas buat aku dan kamu akhi.

Dalam hidup berharaki setiap ujian yang datang itu tidak sama. Oleh itu kita harus bersedia menghadapinya dengan ketahanan dan jati diri dan dengan memohon pertolongan Allah yang tanpa putus.

Dimehwar tanzimi. Ujiannya lain. Di mehwar syakbi ujian nya juga lain. Di mehwar muasasi. Ujiannya juga lain. Dan begitu juga di mehwar dauly nanti ….

Begitulah fasa fasa perjuangan kita andai kita dipanjangkan usia dalam perjuangan ini. Benar sekali kalam albanna mengatakan bahawa kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Ditambah lagi sakit dan ujian untuk kita merawatnya. Amat memerlukan masa yang banyak dan panjang.

Jangan sesekali impikan kejayaan dan kemenangan sekarang. Sedangkan dalam fasa yang ada ini pun masih jauh lagi bagi kita untuk mengharunginya. Teruslah bekerja apa yang mampu kita buat dan jangan sesekali berhenti meski ujian dan ibtila menghambat kita.

Jadikanlah darah dan airmata dalam anugerah dakwah yang diberikan pada kita ini terus kita alirkan pada generasi akan datang. Mudah mudahan dengan sedikit usaha dan kesabaran kita ini, ianya akan menjadi matarantai dakwah yang akan terus berputar tanpa henti hingga mentari berubah paksinya sebelum bertemu Allah.

Wallahu aklam