Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Category Archives: bicara motivasi

Jangan putus asa

Aku rasalah. Orang yang terbaca posting aku pasti bosan. Asyik cerita dakwahhhhhhh jer.Cerita lain tak ada ke? Cerita lain ada cuma bagi aku cerita lain tak membuahkan amal. Asyahid Albanna pun cerita dakwah saja hingga akhir hayatnya. Tapi, setelah syahidnya. Cerita dakwah terus bersambung. Dan aku salah seorang penyambung ceritanya.

Akhi, setiap satu amal yang ikhlas kita buat, ia bukan mengurangkan amal malah Allah bukak kan banyak lagi pintu amal utk kita bekerja. Mana mungkin akan tamat cerita dakwah!
Orang yang fokus pada dakwah tahulah betapa banyak nya kerja dari masa yang mereka ada. Itu belum lagi beban harian, menguruskan hal pejabat dan hal social yang lain. Kalau yang dah kawin dan punya anak lagi lah tensionnya. Yang student pun terkadang surrender dengan dakwah, inikan pula yang dah kawin. Panjangkan?
Oleh itu jangan risau dengan kelemahan kerana faktor futur dan lemah perkara biasa kerana kita manusia dan bukan malaikat. Tapi biarlah kefuturan kita itu bukan sebab dosa tapi sebab selain dosa. Mungkin letih dan cemuih! Berehatlah sebentar melepas lelah. Janganlah pulak sampai kita letih berehat.
Akhi, bersabarlah. Seperti yang selalu murabbi kita ulang ulangkan bahawa dakwah ini bagai larian maraton. Nafas panjang amatlah diperlukan. Jangan sesekali habis nafas ditengah jalan.
Jalan dakwah jugak adalah seperti titisan air. Ia akan membelah batu tapi bukan sehari dua kerana ia memakan masa yang lama.Tapi jangan lupa, titisan itu kalau banyak, ia akan menjadi satu dan pasti akan menjadi arus. Dan kemudian menjadi gelombang yang akan memusnahkan jahiliyah. Dan itulah yang diperlukan dakwah.
Begitulah akan terjadi pada kita kalau semuanya bersabar dan terus bekerja. Satu hari pasti kita akan bertemu dalam satu matlamat dan menjadi kuat.
Muga menfaat buat hamasah antum terutama bagi yang lemah didalam dakwah.
#muharrikdaie

Sedikit muhasabah

Akhi ukhti. Islam terus menantikan komitmen kita semua untuk mengisi ruang ruang tarbiyah didalam diri dan jiwa kita.

Masa dan waktu kian berlalu.Kisah kemaksiatan dan duka duka lalu tidak akan melupai kita. Malah kepenatan kita melakukan maksiat yang lalu telah hilang dari kita, namun keringat keringat dosa dan noda tetap tercatit dilembaran lembaran malaikat yang disimpan kemas di pendrive Raqibun Atid.

Kita juga pasti telah lupa akan dosa dosa lalu tapi sebenarnya dosa dosa kita melekat keras dalam qalbu kita dan terus mengeras umpama iceberg yang tidak boleh diruntuhkan oleh ombak ombak amal kita yang dhaif.

Oleh itu ikhwah, jangan kita biarkan ianya terus mengeras dan menjadi qarin kita waktu dipanggil dan diusap oleh malakatul maut hingga dibawa keliang lahat dan menjadi kan kita penunggu terowong barzah yang dipenuhi oleh asap asap api jahannam.

Buat lah satu perubahan, satu tekad, satu azam yang benar2 dinilai Allah sebagai amal yang qawi. Sukarkah kita untuk berubah dan mengimfakkan diri ini untuk RabbulJalil?

Tidak cukupkah kelazatan dunia yang telah kita terokai? Apa lagi yang kita cari akhi? Tinggalkanlah segala kelazatan sebelum kelazatan dunia meningalkan kita. Adalah lebih manis kita meninggalkan kelazatan dari kelazatan meninggalkan kita.

Akhi, jangan biarkan graviti bumi terus menarik kita sehingga kita khayal dengan keindahannya sehingga kita lupa akan keindahan langit yang penuh dengan keajaiban dan janji israq wal mikraj. Kamu tidak akan dapat menerokai langit selagi mana kamu menyintai bumi. Langit memerlukan kesucian hati dan batin seperti Hati Rasul untuk kamu menerokainya. Oleh itu tiada jalan lagi kecuali melalui proses tarbiyah yang berterusan tanpa henti. Kita bina madrasah tarbiyah kita bersama, sepertimana ikhwan membina madrasah al-banna bersama.

Mereka menghayati madrasah itu sehingga mereka dapat menyucikan hati mereka menjadi rijal rijal yang sufi, yang syahid, yang dai, yang murabbi dan yang dapat menyambung wasiat Rasul!

Apakah mustahil untuk kita lakukan? Tidak sama sekali. Selagi sunatullah berjalan selagi itu keajaiban akan berlaku melalui sunnaturasul.

Akhi sekali pun puitis tulisan ini tapi fahamilah ianya adalah satu peringatan untuk kita berubah kerana pastinya usia kita semakin kepenghujung!

Salam rehat

muharrikdaie

Rintik hujan yang lebat

rintikAssalam ….

Awan itu bukan saja kelabu … malah ianya menampung luapan terlalu berat untuk ditatang … dan telah pun gugur dalam rintik hujan yang lebat …”

Bait kata yang diemail kepada aku itu seolah olah menghembuskan kegundahan pengucapnya. Dan sudah cukup membuatkan tidurku terganggu. Mematahkan selera makanku. Dan membuat aku bermenung jauh.

Aku rasa aku perlu membantunya. Tetapi bagaimana?

Apakah harus aku menadah hujan itu? Atau basah bersamanya? Atau hanya mendoakan yang terbaik buatnya.

Tetapi …..

Di dalam hati ku tetap bermonolog, ” Sudah pasti ada satu musibah yang mendatanginya. Apakah dia ditinggalkan memikul beban seorang diri!” Allahhu Allah. Nauzubillahi minzalik. Muga muga tidak begitu. Tetapi siapa tahu. Mungkin takdir ingin mengujinya

Aku bersangka begitu kerana begitu puitis bicaranya. Selalunya seseorang yang tidak pandai berpuisi lantas dia berpuisi, sudah pasti  jiwanya benar benar telah retak seribu.

Agaknya itulah yang berlaku pada teman akrab ku itu sekarang!

Apalah yang boleh aku lakukan? Read more of this post

keinsafan

keinsafan” Akhi … blog mu dah tua. Dah usang. Dah tak laku. Dah tak ada orang baca! Trend sekarang FB dan twitter saja yang orang baca. Orang tak der nak bacanya panjang panjang lagi dah. Apa lagi madah madah yang puitis puitis yang mu tulis. Itu zaman 80an zaman mu. 2013 ni mu kena berubah dah. Kalau tidak mu mati meraganlah depan PC tu … huhuu ” Kutukan tahap gaban aku terima awal tahun ni. Rasa nak ku hukum ‘hudud’ jer budak kelantan ni.

Memang betul jugak katanya. Statistik pengziarah blog aku dah macam saham felda jatuhnya. Merudum tanpa dapat ditahan. Ada satu hari tu tak sampai 60 viewer pun yang jenguk! Kalau nak ikutkan, waktu yang aku habiskan depan PC selama 4 jam untuk menulis sebuah artikel ni memang tak berbaloi! Read more of this post

cinta yang tersembunyi

Izinkan aku menulis lagi di kesempatan ini. Biar pun saat ini Allah berikan sedikit ujian kesihatan untuk dimuhasabahkan.

Waktu beginilah, baru aku terasa sebuah kerehatan dan kedamaian.

Merasai sebuah cinta dalam kolam ujian. Merasai tertambatnya hati ku bersamaNya. Merasai  sifat kehambaan dalam keagunganNya.

Terasa sangat hakikat keberadaan aku dalam wujudNya dan betapa lalainya aku untuk memahami cintaNya. Sedangkan cintaNya yang tersembunyi itu tidak pernah berkelip walau selahdzah sekali pun dari kehidupan aku biar pun dalam kondisi aku  melupakanNya.

Begitulah cintaNya akh! Bersembunyi disebalik ujian ujianNya. Namun, adakalanya sukar juga untuk kita menerima hakikat itu disaat kita ditemani kesakitan yang tidak tertahankan ini. Kalaulah tidak kerana tarbiyah aqidah dan kefahaman tentang ujian ujian kehidupan didalam perjuangan ini yang pernah kita pelajari, pastinya sukar untuk kita redha dan untuk kita pasakan kecintaan disaat ini!

Memang! Ujian itu bukanlah suatu musibah kerana terkadang ianya adalah nikmat yang membuat kita semakin akrab denganNya. Read more of this post

Tulisan ku adalah murabbi bagi diriku

Selamat berbuka. ( waktu ini 7.00 malam waktu malaysia )

Aku menulis lagi.

Ini saja yang ku mampu untuk membantu dakwah ini. Membantu membangunkan semangat dalam diriku yang terkadang malas sangat untuk beramal, disamping menyebarkannya untuk kamu. Mudah mudahan, yang terklik blog ini dapat mengambil sesuatu ibrah yang boleh membuahkan pahala buat aku.

Meski pun blog ku ini tak ramai pengunjungnya, namun aku tidak pernah jemu untuk mencari ruang ruang kosong didalam dunia maya ini untuk menyumbang kepada dakwah. Read more of this post

jgnlah puasa macam budak sekolah

Jangan makan bakul tu sudahlah cik kak!

Maaflah. Kali ini aku nak menulis secara santai. Nak tulis tentang Ramadan.

Dulu waktu aku kecik kecik kat kampung, orang kampung aku tak panggil bulan Ramadan tapi panggil bulan posa. Bagi aku yang masih belum bersunat dan belum baligh waktu itu, rasa ketat dada bila dengar nak datang bulan posa. Puasa adalah siksaan bagi aku dan kawan kawan sekolah yang seangkatan dengan aku.

Aku dah terbayang dah matahari yang terik yang terpaksa aku lalui nak pergi sekolah waktu itu yang jauhnya satu kilometer. Kalau pergi balik dah jadi dua kilometer. Memang rasa nak terkeluar lidah untuk menyampaikan ke tangga rumah …. Read more of this post

jangan pisahkan

Akhi

Diakhirat nanti tidak ada sesuatu yang disesali oleh penghuni syurga kecuali penyesalan mereka terhadap waktu yang hilang didunia tanpa diisi amal soleh dan dakwah dijalannya.

Masuk syurga masih menanggis? Tentu sekali! Kerana di Syurga juga ada kastanya. Tingkatannya. Levelnya. Seperti juga didunia. Yang pasti semua tingkatan syurga berlainan nikmatnya.

Penghuni syurga yang rendah tidak akan dapat menjangkau kesyurga yang tinggi …. dan sudah tentu penghuni syurga yang tinggi tidak akan menurunkan darjatnya untuk bertemankan penghuni syurga yang rendah. Read more of this post

masa kita untuk memilih

Salam buat semua.

Terima kasih kerana masih lagi sudi bersama mengikuti penulisan penulisan aku.

Kalau ikut mood, memang malas untuk menulis. Tapi … bila aku rasa ianya adalah diantara pintu pintu amal untuk dakwah yang telah Allah bukakan buatku untuk meraih pahala, aku tabahi juga untuk mengadap skrin notebook ini meski ku tahu yang ramai mengunjung blog ku ini hanyalah para malaikat dan jin saja berbanding manusia kerana aku bukanlah orang terkenal  dialam siber ini mahu pun didunia dakwah malaysia ini. Namun dari segi positifnya, menulis begini banyak mengajarku akan arti keikhlasan! Read more of this post

mandi wajib dan wajib dakwah

Maaf, tajuk macam gempaq dan 18sx

Namun tidaklah begitu! Dan tidaklah pernah aku terniat untuk ‘ melucahkan’  tulisan aku disini, tetapi adalah untuk menyatakan kepada kamu, bahawa kita harus serius dalam permasaalahan hukum yang telah ditaklifkan kepada kita, kerana tidak ada satu pun dari ‘zarah’ kehidupan kita ini terkeluar dari hukum dan peraturan deen ini! Termasuklah dalam perkara mandi yang kita rasakan kecil dan tidak ada apa apa itu, hinggalah kepada sebesar besarnya perkara yang mana kita terikat dan terpatri dengan hukumiyah dan ketentuan Allah.

Aku tak nafikan, mungkin korang semua tahu akan perkara ini, namun tidaklah  seserius merasainya hingga ke ulu iman! Sebab apa yer? Mungkin sebab kita dah biasa mengambil mudah akan aturan hidup ini atau memang attitude kita sering memandang kecil satu satu perkara yang kita rasa menyusahkan kita!

” Ada aku kisah!!!!!” Agaknya itulah yang sering di’ monolog’ kan oleh suara hati kita terhadap hidup yang sering kita remehkan ini! Termasuklah masaalah hukum ini. Kita taram saja ikut kehendak kita. Asal buat! Itulah sikap kita. Read more of this post