Category Archives: renungan

Rawatlah keaiban kita

 

Orang sombong adalah orang yang menghadapi tekanan jiwa yang berkesinambungan. Dirinya selalu dibayangi rasa khawatir kerana di takuti orang akan mengetahui bahawa dirinya tidak seperti yang diucapkannya. Dia akan cuba sedaya upaya untuk menutupi keaiban keaibannya. Dia akan sepenuh daya menyakinkan semua orang bahawa dirinya sepertimana yang dikatakan nya.

Orang tawadhuk adalah orang yang banyak menyembunyikan gudang kebaikannya dibawah debu ketawahukannya kecuali jika ia ingin menjadikan kebaikannya itu qudwah kepada orang lain.
Sehingga orang lain akan menemukan kemuliaan sifat dan kekuatan peribadi mereka, saat bergaul dengan nya. Hari dan waktu saja yang akan memberitahu manusia atas keagungan sifat dan kemuliaan watak mereka.

Barakallahu fikum

Ramadan kareem

Penat dan lelah adalah kenikmatan

Penat letih lelah. Itulah kerehatan. Itulah kenikmatan. Disitulah berkumpulnya iman. Orang dakwah Allah uji dengan keletihan. Allah tidak uji dengan benda benda mungkar yang lain sebab pasti mereka tidak akan melakukannya. Sebab itulah ulama berkata bahawa ‘kerehatan itu adalah kemungkaran’. Orang dakwah rehat mereka adalah solat. Rehat mereka adalah membaca alquran. Rehat mereka adalah berdakwah.

Murabbi aku kata, ‘ orang yang bermalas malasan itu adalah seperti kayu hanyut yang terbuang!” Aku tanya kenapa? Dia hanya menjawab, ” Anta kan orang seni!” Akhirnya ‘metafora’ itu aku fahami. Bahawa kayu hanyut itu akan langgar apa saja dilaluinya. Begitu juga orang yang bermalas malasan. Akhirnya dia akan melakukan kemungkaran kerana waktu yang kosong jika tidak dimenfaatkan akan mengarah kepada keburukan!
Dijalan dakwah ini kita kena banyak belajar dan mengenali akan duri jalan. Once kita tersadung. Kita akan berdosa. Dan dosa akan mengeraskan hati untuk kita beramal.
Dulu sewaktu menziarahi almarhum murabbi ku. Aku sempat bertemu dengan Abu Ammar kerana waktu itu beliau juga menziarahi murabbiku. Aku memang kagum dengan tulisan kitab kitab harakinya. Bagi ku dia adalah legend dalam penulisan kitab kitab dakwah dan tarbiyah. Justeru aku menulis pun cuba mengikut stailnya. Haraki dan sufi. Dia pernah berkata padaku sewaktu dia berusrah dalam satu halakah dengan murabbi ku dulu. Setahun hanya 2 hari dia bercuti dari pertemuan usrah. Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban saja. Selain nya usrah terus berjalan. Program tarbiyah terus berjalan. Hebatnya mereka! Jauhkan diri kita dari mereka? Kamu tak terasa ke? Sebab itu aku gagahkan jua diri ini untuk terus kuat. Acapkali aku malas dan terasa lemah ditindih nafsu, aku kembalikan pesanan pesanan beliau yang menusuk ketelinga hingga ke jantung hati ku. Untung kita berteman orang soleh. Berteman pejuang dakwah. Dan bukan berteman kaki bola yang bersantai santai dikedai kedai maplai menghirup teh tarik sambil menekan keyboard dan ipad menjadi keyboard warrior sedangkan jiwa penuh zulumat yang sukar diterangi cahaya iman.
Cukup perkongsian kita malam ini. Muga tahajjud kita membarakan semangat Alfateh utk kita terus berdakwah.
muharrikdaie

duri duri cinta

Salam kedamaian …

Ciri ciri ‘ tanah’ yang berada didalam diri kita anak adam ini adalah melakukan dosa dan kesalahan. Setinggi mana pun kita berada. Sebaik mana pun kita. Sehebatmana pun kita. Kita tetap tanah liat yang keras dari tiupan ruh Allah azzawajalla. Kita tetap hina disisi Allah meski pun mulia diantara segala makhluk lantaran tiupan ruh itu digabungkan Allah dengan Malaikat.

Apa apa pun, manusia tetap manusia. Tetap terpengaruh unsur tanah dalam dirinya. Dan tak mungkin terlepas dalam mengalami kemalasan dan kelemahan mau pun kekeliruan dan kesalahan seperti mana kita mampu untuk mengantikan dosa dan kesilapan kita dengan taubat dan dari kesesatan dengan kebenaran!

Dan dijalan tarbiyah yang kita berada ini pun sekalipun benar, kerap kita melakukan kesalahan dan dosa kerana unsur manusia itu tadi.

Bukan senang untuk mengapai maqam takwa. Apa lagi maqam syuhada’ yang memerlukan mandian pengorbanan yang bukan sedikit.

Sembang dan cakap memang senang. Tulis dan cerita memang mudah tapi selagi teori itu tidak kita kembangkan menjadi kerjaya yang utama didalam kehidupan ini, cita cita itu hanya menjadi duri dalam cinta sahaja! Yang akan menjadi hujjah dan saksi dimahkamah Allah kelak untuk menerima hukuman yang tiada ulang bicara.

Bukan senang untuk meleburkan cinta kita didalam gerakanĀ  dakwah dan tarbiyah ini biarpun di mehwar mana pun kita berada kerana di jalan ini penuh dengan duri duri yang harus dipijak!

Bukan kita sengaja ingin memijaknya tapi itulah dakwah! Sunnah dan fitrahnya adalah Indikasinya Justeru ….dijalan ini kita akan sentiasa terus memijak duri durinya.

Dimarhalah mana pun kita berada kita seharusnya berhati hati ketika memijak duri duri di jalan dakwah ini.

Kita tidak dapat lari dan mengelak untuk memijak duri duri dijalan ini kerana ianya kesempurnaan fitrah dijalan ini

dan duri duri itu juga boleh mematahkan perjalanan kita dan mengundurkan kita ke belakang kembali.

Apa yang perlu ada pada kita adalah ‘hati hati’

muharrikdaie

Kewajiban yang berat

berat

Ikhwah

Ummah tergantung pada dakwah kita untuk hidup bahgia diakhirat.

Sejauh mana dakwah kita bergerak, sejauh itu jugaklah ummah merasai kebahgiaan mereka. Begitu juga terhadap diri kita yang memikul taklif atau bebanan ini.

Selagi kuat kita berusaha, selagi itulah bahgia yang akan kita dapati.

Justeru, kewajiban kita memang tiada pilihan sebenarnya. Beratnya tanggungjawab yang kita pikul dijalan dakwah ini tiada tertanggung andai boleh kita nampak dengan penglihatan yang menembus jiwa. Read more of this post

keinsafan

keinsafan” Akhi … blog mu dah tua. Dah usang. Dah tak laku. Dah tak ada orang baca! Trend sekarang FB dan twitter saja yang orang baca. Orang tak der nak bacanya panjang panjang lagi dah. Apa lagi madah madah yang puitis puitis yang mu tulis. Itu zaman 80an zaman mu. 2013 ni mu kena berubah dah. Kalau tidak mu mati meraganlah depan PC tu … huhuu ” Kutukan tahap gaban aku terima awal tahun ni. Rasa nak ku hukum ‘hudud’ jer budak kelantan ni.

Memang betul jugak katanya. Statistik pengziarah blog aku dah macam saham felda jatuhnya. Merudum tanpa dapat ditahan. Ada satu hari tu tak sampai 60 viewer pun yang jenguk! Kalau nak ikutkan, waktu yang aku habiskan depan PC selama 4 jam untuk menulis sebuah artikel ni memang tak berbaloi! Read more of this post

2012 melabuhkan harkat umurnya

moonatpoleSalam.

Ketemu lagi. Muga semua kamu bersedia mengadap tahun 2013 yang entah apa cabarannya!

Bagi seorang daie kerdil seperti aku ini. Yang kecil jamaahnya. Terbatas pergerakannya! Akan terus bertarung dan berjuang dengan apa saja yang aku ada. Alhamdulillah, Aku bersyukur Allah masih lagi terus membuka pintu pintu amal bagi ku meskipun kecil. Dan aku dapat mengekalkan semangat dakwah ku. Ini bermakna aku ada masa depan diakhirat sana.

Betul akhi … Bagi aku sesiapa yang kehilangan semangat sudah pasti ia akan kehilangan masa depan. Kita dah lama tahu bahawa hidup berdakwah ini bukan untuk dilayani tetapi melayani.

Tanpa semangat memang kita malas nak buat kerja kerja ini semua. Kita tahu, kerja dakwah bukan hanya conduct usrah jer, lepas tu balik rumah boleh relaks relaks dan berjumpa kembali minggu depan dengan mad’u kita. Kalau gitu senang sangatlah nak masuk syurga. Seperti bumi yang dikelilingi planet, hidup kita ini pun dikelilingi oleh hak hak manusia terhadap kita. Read more of this post

JOM mujahadah, JOM jadi sufi, Majalah JOM

Salam ramadan buat semua ….

Pertamanya aku nak tulis dan ajak kamu ….. JOM! kita penuhi bulan ini dengan mujahadah yang maksimum! Maksimum maksud ku ialah kita berbuka dan bersahur ala kadarnya. Kita ibadah semahunya. Ibadah sampai letih dan sampai kita tidak mampu …. sampai lembik. Sampai nampak bintang. Macam kita perah santan lah …. sampai air santan tu dah tak ada ….

Pada waktu itu baru kamu akan rasa kemanisannya. Percayalah! Pasti kamu akan menanggis. Barulah kamu akan rasa Allah dekat dengan kamu. Barulah kamu akan rasa dzauknya berdoa dan bermunajat. Waktu itu mintalah apa saja ……. kerana waktu itulah kamu akan rasa Allah itu dekat dan mendengar rintihan kamu!

Kamu tahu tak! Itulah cara kamu nak tundukkan syahwat. Saat kamu tak bermaya itulah kekusyukan itu menjelma dengan sendirinya. Menerjah qalbu dan hati.

Kamu jangan layan saat keletihan. Kelelahan. Penat dan mengantuk. Itu perkara biasa dan satu kemestian dalam bermujahadah. Kalau kamu letih sangat, bangunlah bersolat! Baru kamu dapat rasa benar, apa yang Rasullulah sabdakan bahawa solat itu kerehatan.

Jika kamu solat dalam keadaan kamu bertenaga, kamu tidak akan rasa kerehatan itu. Tetapi … kalau kamu solat dalam keadaan kamu letih, kamu akan rasanya! Read more of this post

apabila murabbiku bersuara

Minggu ini memang minggu tension bagi aku. Walau pun ku cuba untuk tenangkan diri tapi terasa sangat rasa bersalah. Apa lagi aku disms oleh murabbi ku kerana ia ingin untuk menziarahi. Kalau ingin diziarahi murabbi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena! Atau ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan dengan aku.

Puas aku muhasabah diri. Nak kata aku bersalah kerana tak melaksanakan mutabaah amalku yang banyak itu , tak jugak! KalauĀ  aku tersangkut pun, cuma amalan penghujung malam saja. Itu pun sebab aku sering balik lewat awal pagi! ( alasan!!!!!!) Read more of this post

jangan pisahkan

Akhi

Diakhirat nanti tidak ada sesuatu yang disesali oleh penghuni syurga kecuali penyesalan mereka terhadap waktu yang hilang didunia tanpa diisi amal soleh dan dakwah dijalannya.

Masuk syurga masih menanggis? Tentu sekali! Kerana di Syurga juga ada kastanya. Tingkatannya. Levelnya. Seperti juga didunia. Yang pasti semua tingkatan syurga berlainan nikmatnya.

Penghuni syurga yang rendah tidak akan dapat menjangkau kesyurga yang tinggi …. dan sudah tentu penghuni syurga yang tinggi tidak akan menurunkan darjatnya untuk bertemankan penghuni syurga yang rendah. Read more of this post

Beginilah wajah dakwah

Banyak orang menyangka menapaki jalan dakwah ini mudah.

” Apa susahnya. Kan nabi kata sampaikanlah walau satu ayat pun. So kita sampaikanlah apa yang kita mampu. Kan itu dakwah juga?” Begitulah suara suara yang banyak kita dengar.

Betullah tu. Cumanya takkanlah lepas kita sampaikan satu ayat tu kita biarkan orang yang kita dakwahi itu berlalu begitu saja. Apa pulak kesannya? Tak mungkin dakwah begitu yang dimaksudkan Nabi. Read more of this post