cinta yang tersembunyi


Izinkan aku menulis lagi di kesempatan ini. Biar pun saat ini Allah berikan sedikit ujian kesihatan untuk dimuhasabahkan.

Waktu beginilah, baru aku terasa sebuah kerehatan dan kedamaian.

Merasai sebuah cinta dalam kolam ujian. Merasai tertambatnya hati ku bersamaNya. Merasai  sifat kehambaan dalam keagunganNya.

Terasa sangat hakikat keberadaan aku dalam wujudNya dan betapa lalainya aku untuk memahami cintaNya. Sedangkan cintaNya yang tersembunyi itu tidak pernah berkelip walau selahdzah sekali pun dari kehidupan aku biar pun dalam kondisi aku  melupakanNya.

Begitulah cintaNya akh! Bersembunyi disebalik ujian ujianNya. Namun, adakalanya sukar juga untuk kita menerima hakikat itu disaat kita ditemani kesakitan yang tidak tertahankan ini. Kalaulah tidak kerana tarbiyah aqidah dan kefahaman tentang ujian ujian kehidupan didalam perjuangan ini yang pernah kita pelajari, pastinya sukar untuk kita redha dan untuk kita pasakan kecintaan disaat ini!

Memang! Ujian itu bukanlah suatu musibah kerana terkadang ianya adalah nikmat yang membuat kita semakin akrab denganNya.

Oleh itu akhi hadapilah apa pun ujian, kerana jika ujian itu kita hadapi dengan keadaan positif, insyaalah ianya tidak mungkin boleh merajut keimanan  dan keharmonian perhubungan kita denganNya.

Tidak hairanlah, para duat yang memahami cinta Allah, bagi mereka waktu waktu ujian kesihatan inilah mereka semakin ghairah untuk membuktikan kerinduan mereka melaksanakan amanah Allah dan bersungguh sungguh untuk memberi. Hasan AlBanna dalam sakitnya tetap terus berangkat biar pun diusung untuk mengisi programnya.

Baginya ubat yang boleh menyembuhkan sakitnya adalah perasaan dicintai rabbnya dan bukan kerehatan.

Begitulah sepatutnya sikap seorang daie seperti kita yang pernah melalui tarbiyah yang panjang ini.

Tidak perlu lah kita rungut rungut dan lemah jiwa bila ditemukan ujian bila bila masa sekalipun. Ujian tidak akan pernah pudar buat kita kerana ianya adalah jalan penyucian untuk memproses dan mematangkan iman kita.

Semakin umur dakwah kita merangkak tua dan semakin dekatnya panggilan kematian, ujian semakin hebat mendatangi kita.

Ianya datang bukanlah untuk menyeksa kita akh! Tetapi adalah untuk menjadi pendinding kepada Su’ul qotimah dan menjadi pendekat kepada kesyahidan yang kita doakan selalu didalam rabitah kita!

Akhi dan ukhti yang kukasihi

Daie harus sentiasa mencari jiwanya. Kerana jiwanya sering disedut oleh kabut dunia untuk melemahkan kerja dakwah dan tarbiyahnya! Syaitan dan nafsu juga senantiasa memerhati akan setiap detik pergerakannya. Sebab itu tarbiyah tidak mengizinkan hati seorang daie  untuk berehat dan harus terus menjalani aktiviti zikrullahnya. Jika tidak ianya akan terus melemah.

Tidak usah kamu mencari solusi lain bila kamu rasai diri kamu lemah perhubungannya dengan Allah kerana puncanya adalah hati yang perlu sering dirawat.

Ingat akhi … untuk mendapat hati yang berkilau kilatnya harus dibentuk oleh iman dan synergy keyakinan dari ucapan dan tindakan.

Hati kita kotor dan berkarat bukan saja kerana kita kurang zikir dan kurangnya ibadah kepada Allah tetapi adalah berpunca dari kita selalu mendahulukan makhluk dari Khaliq didalam perjalanan hidup kita.

Janganlah sesekali didalam kerja buat kita didunia ini kita mendahulukan manusia dan menaruh harapan pada manusia. Keluarkankan dari dalam hati, pandangan dan akal kita dari kebergantungan dengan manusia. Kerana jika itu berlaku, meski kita membawa risalah yang benar inipun, kita akan gagal didalam misi kita.

Ingat akhi, Allah lebih cepat pertolongannya kepada kita jika kita tidak mengharap selain Dia! Itulah keyakinan yang patut kita pasakan didalam dada ini!

Selain itu, berpada padalah mengambil dunia ini.

Jangan sesekali kita tertarik sedikit pun pada keindahan dunia yang sentiasa senyum kepada kita ini. Dan jangan sesekali kita mengambil ringan dan ruksah meski pun keinginan kita sebagai manusiawi ini terkadang sukar dikawal.

Jazamkan dalam hati. Suarakan hati kita! Kita adalah daie … dan daie harus mengambil azimah. Daie harus takutkan akhirat. Daie harus selalu membayangkan akhirat. Membayangkan kepanasan  Membayangkan keazaban,  ketakutan, kegelapan, kesunyian  …..

Itulah ubat hati kita untuk mencecah sifat qanaah didalam perjuangan… Berpada pada dan merasa cukuplah apa yang ada dan jangan meminta minta …. itulah sifat taafuf kita!

Rasanya setakat itu saja nasihat buat diriku dan buat kamu.

Marilah kita jaga hati kita dalam perjuangan dakwah ini. Dan seringlah memberi nasihat dan menerima nasihat. Carilah kelemahan kita dan perbaikilah untuk menjadi qudwah.

Ingat! Akhlak kita adalah qudwah. Dan qudwah itu adalah senjata dakwah yang ampuh untuk menarik manusia kepada Islam.

Kita bukan orang politik akhi, yang mencari kelemahan musuh dan membongkar aib musuh untuk kemenangan kita. Kita manusia dakwah. Manusia yang akan terus bertasamuh kepada orang yang berbuat jahat kepada kita dan memaafkan mereka demi untuk menyelamatkan mereka dengan islam ini. Itulah akhlak yang diajar kepada kita dalam tarbiyah ini.

Bagi kita tarbiyah itu bukan segalanya tetapi tarbiyah itu adalah wasilah perubahan untuk menjadi bekal dalam perjalanan panjang menuju syurga ini ……. insyaalah

Semuga kita semua sentiasa berada dalam naungannya.

Sesungguhnya akhirat itu lebih bahagia dari dunia.

Jumpa lagi

muharrikdaie – menulis untuk menggerkan jiwa jiwa

One response to “cinta yang tersembunyi

  1. sangjiwa November 17, 2012 at 12:38 pm

    Terima kasih. kita mungkin sering terlupakan akhirat. kita betul betul dalam kesusahan. tak dapat kita berikan kata kata bila saban hari diganggu. kalau dulu menakutkan hingga kita menjadi biasa. kejahatan malam dengan kekurangan diri dan sedikitnya ilmu mempertahankan diri.

    Betullah, kata kata yang baik mengubat hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: