Tulisan ku adalah murabbi bagi diriku


Selamat berbuka. ( waktu ini 7.00 malam waktu malaysia )

Aku menulis lagi.

Ini saja yang ku mampu untuk membantu dakwah ini. Membantu membangunkan semangat dalam diriku yang terkadang malas sangat untuk beramal, disamping menyebarkannya untuk kamu. Mudah mudahan, yang terklik blog ini dapat mengambil sesuatu ibrah yang boleh membuahkan pahala buat aku.

Meski pun blog ku ini tak ramai pengunjungnya, namun aku tidak pernah jemu untuk mencari ruang ruang kosong didalam dunia maya ini untuk menyumbang kepada dakwah.

Aku tahu aku bukan penulis hebat yang dikenali yang membolehkan magazine magazine menadah tangan meminta untuk menulis dimagazine mereka atau penerbit penerbit untuk menerbitkan buku dakwah dan novel dakwah yang ku tulis. Dan kurasa walau pun aku perlukan mereka untuk pergi jauh dialam penulisan ini tetapi bukanlah menjadi target utama ku. Target utama ku adalah aku ingin menjadi penulis yang ikhlas yang dihargai oleh Allah di yaumul mahsyar nanti.

Sebab itu kamu lihat artikel artikel ku bertali arus menerjah ruang blog ini kerana aku dah mula merasa keindahan dan kenikmatan menulis yang mana ku anggap setiap tulisan ku adalah ” murabbi bagi diriku” kerana setiap yang kutulis itu ku anggap bagai satu arahan untuk aku amalkan bila aku kaitkannya dengan surah Saf ” Kemurkaan disisi Allah lah sesuatu yang kita kata tapi kita tak buat’ ! Akan aku peritkan diri ini untuk mengamalkannya!

Akhi … sebagai pendakwah kita harus kreatif. Sebagai pendakwah juga kita jangan menunggu arahan dalam bekerja dan beramal. Buatlah sesuatu jika ada ruang kosong dalam hidup kita. Medium dakwah ini cukup luas untuk kita berkarya. Jangan fikir untuk famous dan dikenali. Sampaikanlah walau satu ayat. Itu Rasul mengajar kita supaya kita menyedari bahawa Rasul ingin kita jadi sepertinya walau kita tidak mampu. Kalau kita mengasihi Rasul …. buatlah yang terdaya. Sepotong ayat. Sepotong nasihat atau sepotong motivasi untuk mengetuk hati ummah ini dijalannya. Mana tahu! Dengan sepotong ayat yang kita sampaikan melalui blog, FB twitter dan sebagainya boleh mengembalikan manusia dari kegelapan kepada cahaya …. alngkah bertuahnya kita disisi Allah yang boleh melepaskan kita dari api neraka Allah!

Andai semua kita menjadi sekerdip cahaya, tidak mustahil kita akan menjadi bulan untuk menerangi kegelapan.

Aku tahu ada antara kita rasa kerdil dengan kehidupan dakwah ini. Mungkin ada rasa cemburu dengan kawan kawan kita yang telah pergi jauh dimedan amal ini. Menjadi pemimpin, menjadi penulis, menjadi ustaz dan ustazah! Hendak kita mengikuti mereka, kita tidak mampu kerana Allah telah memilih mereka dengan sifat Maha Tahu Nya. Kita tidak boleh samakan dengan apa yang Allah berikan kepada mereka berbanding kita. Namun …. Allah tidak pernah menutup peluang, pintu amal dan pintu dakwah buat kita. Allah juga tidak pernah menutup peluang kepada semua makhluknya untuk menjadi manusia akhirat.

Sebab itu aku sering menyuruh kamu memandang langit. Kerana langit itu adalah ibarat kehidupan kita. Luas dan menenangkan. Distu kita akan nampak hidup kita yang luas dan peluang yang luas bagi kita untuk menjana amal. Jangan pernah kalah dengan kelemahan yang ada pada diri kita kerana kelemahan kita itu adalah ‘kekuatan Tauhid’ yang selalu membuat kita menyandarkan segala kelemahan itu pada Allah dan memohon kekuatanNya. kelemahan itulah ‘ ruh tawakkal’ kita bermukim. Dengan kelemahan itulah kita mengenal erti tawakkal. Dengan kelemahan itu juga kita boleh ‘ mengenal diri’ kita. Lalu dengannya juga kita akan menjadi hamba yang kuat bekerja dan berusaha untuk meraih kasihNya.

Kita adalah manusia lemah akhi …. walaupun dimata kasar kita nampak orang lain kuat dari kita. Sebenarnya semua kelebihan manusia lain itu ada tersimpan kelemahan yang tidak kita ketahui. Sebab itu jangan kita rawan dengan kelemahan ini. Memang semua manusia lemah dan ketahuilah, Allahlah yang menguatkan kita dan melebihkan antara kita.

Ingtlah akan kata kata Badiuzaman Said An Nursi ‘ kekuatan ku adalah kelemahan ku dan kelemahan ku adalah kekuatan ku” kerana pada kelemahan itu sandaran kita kepada Allah semakin kuat sehingga menjana tenaga dan keyakinan yang mantap!

Akhirnya akhi …. Ingatlah. Allah tidak melihat ‘natijah’ usaha kita tetapi Allah akan tanya apakah usaha kita. Dan usaha itulah kelak menjadi pembalasan abadi yang akan kita nikmati disana nanti.

Wallahuaklam

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

7 responses to “Tulisan ku adalah murabbi bagi diriku

  1. Sang Pencinta January 10, 2013 at 2:07 am

    kerana itu.. ilmu perlu diikat dengan tulisan..
    menulis itu juga tarbiyyah 🙂

  2. dr.mujahidah August 6, 2012 at 11:12 am

    salam. maaf la agak lama tak jenguk blog ini. ye, insyaAllah benar. cuba teliti semula tulisan2 yang lepas, terkadang ada yang kita tulis, kita lupa utk beramal.
    semoga terus menulis …

  3. fadilah July 30, 2012 at 11:05 pm

    Kita adalah manusia lemah akhi …. walaupun dimata kasar kita nampak orang lain kuat dari kita. Sebenarnya semua kelebihan manusia lain itu ada tersimpan kelemahan yang tidak kita ketahui. Sebab itu jangan kita rawan dengan kelemahan ini. Memang semua manusia lemah dan ketahuilah, Allahlah yang menguatkan kita dan melebihkan antara kita.

    Ingtlah akan kata kata Badiuzaman Said An Nursi ‘ kekuatan ku adalah kelemahan ku dan kelemahan ku adalah kekuatan ku” kerana pada kelemahan itu sandaran kita kepada Allah semakin kuat sehingga menjana tenaga dan keyakinan yang mantap!

    setuju sgt

  4. sufiana July 22, 2012 at 9:34 pm

    Salam ramadhan..ikhlas la..

  5. qish July 22, 2012 at 12:15 pm

    Semoga Allah memberi kekuatan buat enta sepanjang perjalanan dakwah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: