Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

siapa AKU dimata kamu

Cinta bukan hanya sebuah perkahwinan tapi adalah sebuah kehidupan

~muharrikdaie ~

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tahu kamu semua ingin mengenali aku.

Mengenali penulis blog ini.

Blog picisan yang amat bermakna buatku dan menjadi sebahagian kehidupan harianku untuk melontar hati dan perasaanku.

Menyuarakan jiwa jiwa kelaparan yang mencengkeram sakit!

Sewaktu cinta ku berlegar terbang dan mengepakan sayapnya memenuhi udara yang hampa dengan jerit lara.

Kehadiranku disini ingin menyampaikan suara jiwa yang hidup dalam Tuhan, yang memenuhi ruang waktu dengan ruh pengertian dalam setiap detik yang berlalu.

Tulisan aku disini hadir bersahaja menghidangkan rona rona kehidupan ku.

Bertemankan sekeping hati yang tegar setelah melalui  jutaan kepahitan duka sehingga aku telah sebati dengan setiap lenggok kehidupan ini.

Tiada beza antara kita kerana aku juga seperti kamu, punya perasaan dan jiwa pencinta di jalan ini…..

Jalan yang tidak ada pesona keindahan melainkan ujian ujian yang senantiasa memaku perasaanku.

Jalan yang senantiasa menolakku kemihrab untuk mengemis simpatiNya  hingga tawakkal dan kepasrahan serta tadahan tapak tangan saja yang dapat  menjadi penenang jiwaku!

Aku adalah lelaki dhoif .

Lelaki yang diselimuti dosa dosa.

Lelaki yang fakir disisi Allah.

Lelaki yang ditakdirkan berasal dari sebuah kampung usang diPerak.

Sebuah kampung yang amat terpencil yang kebanyakan penghuninya adalah unggas unggas dan kelip kelip  yang  menemani malam malam dukanya.

Lelaki ini ditakdirkan melihat dunia dalam serba kekurangan.

Dalam teratak buruk berbalutkan kain kain perca ditubuh kecilnya  itulah dia diazan dan diiqamahkan dalam kedinginan dan kesejukan.

Lelaki yang hidupnya sentiasa dikepung ujian dengan sendawa kelaparan dan sedu sedan kehilangan teduhan kasih sayang.

Lelaki yatim yang terbuang dan menumpang.

Mengemis belas ihsan insan insan, semata mata untuk menyambung hidup yang ia tidak inginkan.

Namun dengan pelukan cinta dan titisan rahmatNya lelaki ini mampu merangkak dan bertatih membina hidupnya sekalipun terkadang tersadung jatuh dan bangun kembali dan dibangunkan dari kelemahannya oleh Dia yang telah mentakdirkan hidupnya.

Lelaki ini tiada siapa siapa disisinya!

Hanya bersandarkan pada Dia dalam meniti  kehidupannya.

Menyerahkan diri.

Pasrah ketentuanNya!

Walau dalam jerih payah kesusahan dan kelemasan itu, dapat juga akhirnya ia menumbuhkan gerak jiwanya menjayakan hidupnya menempuh kembara perjalanan, berkelana dibumi ini meneguk ilmu yang dipaksa oleh cita cita dan hidup siksanya untuk membekali pada kelonsong perutnya dimasa depan sebagai ikhtiar seorang insan.

Lelaki ini pernah kehilangan Tuhan dan terbuang dalam ilusi angan didalam hidupnya, namun menemukan kembali Penciptanya untuk mengalirkan air kebongkahan hawa kering untuk menghidupkan jiwanya kembali!

Jiwanya yang sentiasa dihimpit oleh kesombongan dunia yang menekan.

Ia hidup kembali berbekalkan cinta dan rindu dihati Kekasih abadinya hingga tercampak ke Jalan Dakwah.

Jalan baru yang penuh dengan mutiara kesufian untuk kembali bersama kafilah Rasul yang sepatutnya telah lama ia mengikuti pengembaraan ini.

Lelaki ini akan terus mengembara dijalan dakwah dan menghembuskan puisi puisi terbiyahnya  sekalipun dihamparkan dengan hamparan malam, dengan berselimutkan kabut serta bermandikan embun namun pastinya ia akan terus mengejutkan dan membangun penghuni malam untuk mengajak mereka menyaksikan orkestra agung keindahan semesta sekalipun ia terpaksa menyanyikan penderitaan, mendendangkan lagu layu bersama kegelapan.

Lelaki ini masih kesunyian.

Kesepian.

Kedirian.

Mencari rahsia hatinya.

Bertamu menanti keterpesonaan  anugerah Tuhan sekali pun sebelumnya dia telah dijanjikan  sekeping hati  dan hampir menemui teman keindahan namun hati itu lenyap hilang ditelan gelita malam justru sekalipun terluka ia akan terus mengejar keindahan yang lebih berarti dari semua ini.

Dia tidak pernah berhenti walau nanti, ia akan terjaga diujung pagi dan terhantuk hampa. Menangisi fajar namun dia tidak pernah lupa untuk bermandikan cahaya kerinduan denganNya sekalipun menemukan lara dunia.

Dirinya masih yakin bahawa suatu hari cinta itu akan merangkulnya diam diam dan akan menghidupkan kembali wajah wajah senjanya.

Dan dia akan terus berdiri sebagai seorang perindu mengumpul doa doa untuk dipanjatkan kelangit, mencari Arasy penciptaNya untuk mengadu kehilangan jiwanya ….

Dan ~ inilah aku yang ingin kalian kenali ~yang tidak akan lari dari hasrat hidup dan meninggalkan panggilan jiwa yang sentiasa lapar akan Tuhan.

Aku tidak akan mengelak dari sebuah kebenaran sekalipun aku syahid dijalan ini dan aku yakin Tuhan kuasa memberikan semua bagi yang dicintaiNya kerana mencintaiNya.

Haruskah aku buang jalan lurus dan ku gapai kegamangan kembali dalam lorong tanpa cahaya?

Tidak!

Tidak sekali kali.

Inilah hidupku.

Inilah nyawaku.

Inilah ruhku

dan …

Inilah jalanku.( hazihi sabili )

Jalan yang akan mengagungkan Penciptaku.

Jalan penyambung risalah Nabi ku.

Disaat ini dan dimasa akan datang ku harap bisa menumbuhkan keharuman dakwah dalam jiwa manusia sampai akhirnya kutemukan keheningan dalam nafas angin….

lantas  kupetik kuntum kuntum bidadari impian yang ghairah menantiku ….

yang akan meramas erat jari jemariku

yang akan menyambut cintaku

yang menghargai cintaku….

meski pun cinta yang  selama ini ku jaja telah dihina oleh penghuni penghuni dunia!

Dan apakah kamu akan bersamaku menyahut seruan Nabi kita  untuk menyambung tugas yang penuh izzah ini atau sekadar membaca entry entry blogku tanpa menggugah perasaan untuk kita bersama dijalan Dakwah ini?

Marilah sama sama kita mencari cinta.

Cinta yang sememangnya diwujudkan untuk kita menghirup dan meneguk rasa manisnya!

Cinta bersyarat yang inginkan airmata, darah dan pengorbanan.

Kemiskinan dan kesengsaraan untuk mendapat saripatinya!

Pernahkah kamu terfikir bahawa penghuni syurga semuanya melalui kesengsaraan didunia?

Ya!

Itulah dia.

Kerana dakwah bukan jalan glamour.

Jalan keindahan.

Jalan kemewahan.

Jalan pujian.

Bukan medan kata kata!

Juga bukan medan khayalan.

Atau medan impian.

Tapi hanyalah satu!

Harus bergerak dan bergerak dari satu wadi kesatu wadi untuk memberi minum sekalian manusia yang dahaga dalam pengembaraan mencari Tuhan dan disinilah aku.

Menjadi daie.

Bergerak dan terus bergerak  -> Muharrikdaie!

Wabillahitaufiq.

الفقير إلى الله

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

71 responses to “siapa AKU dimata kamu

  1. redemodevilz May 30, 2014 at 8:55 am

    nice blog.. can make inpiration to others..

  2. Pok Loh April 1, 2014 at 10:40 am

    Nice karakter

  3. Zona554 January 30, 2014 at 7:58 am

    Assalamu ‘alaikum…ziarah ikhwah dari Negeri sebrang Indonesia.

  4. nina susana July 30, 2013 at 1:52 am

    suka dengan tulisan akhi. mg saya juga boleh menjadi seperti penulis yang amat luar biasa kecintaannya kepada dakwah sehingga terbaitlah kata-kata yang indah dalam penulisannya! Mg Allah redha.

  5. anneski May 10, 2013 at 4:43 am

    lama baru teringat blog enta. ana membacanya beberapa tahun lalu. Alhamdulillah entri masih segar seperti dahulu. teruskan membasahi jiwa2 yg kontang dan mengajak kepada dakwah. moga enta sentiasa istiqamah.

  6. mulan August 4, 2012 at 6:36 am

    ramai tul perempuan duk mengomen kat blog ni. huhu

  7. angah February 10, 2012 at 5:44 am

    inna akramakum ‘indallahiatqakum… siapapun kita… apapun status kita… di manapun kita… yg membezakan manusia di sisi Allah hanyalah TAKWA… Wallahu’alam…

  8. muharrikdaie September 20, 2011 at 7:07 am

    Sha – terima kasih kerana menyukai blog ini. Bukan saya merendah diri tetapi sesungguhnya memang rendah disisi Allah.

  9. sha September 3, 2011 at 1:08 am

    salam
    suka baca bait2 dlm blog ni
    tp empunya blog t’lalu merendah diri saya kira!
    Anyway tq tuk perkongsian ilmu yg ada dlm blogni..

Leave a comment