Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Jodoh dan Kehidupan


Serius. Aku benar benar dapat merasakan jiwa dan hati seorang akhawat yang tidak bertemu jodohnya! Risau. Sedih. Cemburu sepi, sunyi dan pelbagai perasaan menerjah!

Mana aku tahu? Sudah pasti aku tahu kerana kakak aku berada disituasi itu!

Aku tidak hairan jika ikhwah tidak berkahwin dan aku tahu perasaan mereka. Gembira, bebas, merdeka dan boleh memfokuskan apa yang mereka citakan. Cuma yang risaukan mereka adalah ibu ayah dan murabbi mereka. Takut mereka terlorong dalam kemaksiatan. Lelaki tetap lelaki. Sekuat mana keimanannya namun fitrah kelakiannya tidak dapat disorokkan sekalipun disembunyikan dicelah celah puasa sunatnya.

Meskipun begitu, kerisauan seorang lelaki tidak sama seperti seorang akhawat. Apalagi bila usia mereka menjangkau 30an. Maka semakin risaulah mereka hingga terganggu perjalanan hidup mereka sehari hari. Lebih lebih lagi bila melihat teman rapat mereka sudah bersama pendamping mereka. Fuh … pasti emosi.

Namun bagi seorang akhwat yang mantap iman dan aqidahnya serta jatidirinya. Sedikit pun dia tidak merasai kerisauan itu kerana dia tahu bahawa segala gerak laku kehidupannya adalah diatas takdir mubram Allah subhanahu wataala semata. Malah dia mampu untuk menyusuri hidup dengan penuh semangat dan ceria untuk mengapai apa yang dicitakannya.

Berlainan pula dengan akhawat yang tidak punya jati diri dan lembik macam taufu fa semangatnya serta lemah akidahnya. Pasti mereka merasakan hanya mereka sahaja di dunia fana’ ini yang bujangan dan tak kawin. Sehingga mereka patah hati, layu jiwa dan membawa diri mereka semakin jauh dan jauh. Hingga terkadang ada yang bersifat seperti ‘ahli kubur’ atau pun ahli sufi  dan tidak mahu bergaul dan memencil diri berterusan bermonolog dengan nasib dan takdir mereka.

Apa kesudahannya? Tidak lain tidak bukan mereka akan menjadi layang layang yang putus tali dan jatuh koyak rabak dibumi yg tiada penghuni dan menjadi nenek kebayan yang kesunyian dihutan.

Sebenarnya jika kita hayati secara positif, hidup membujang ini lebih banyak memberi erti dan menfaatnya andai kita bijak mengurus usia yang terbatas ini!

Banyak ruang ruang kosong kehidupan ini dapat kita isikan dengan agenda syurga untuk kita gapai.

Umpamanya sambung belajar dalam bidang islam. Berbakti kepada kedua ibu ayah. Melibatkan diri dalam jamaah islam dan ngo’s serta menyertai misi misi kebajikan dan kemanusiaan. Menulis buku atau novel islam secara serius. Serius dalam dakwah dan tarbiyah dan pelbagai lagi perkara menfaat.

Siapa yang tidak mahu hidup yang ideal. Punya keluarga isteri suami dan anak anak. Tapi itu bukanlah satu satunya matlamat kehidupan. Matlamat kita yang tepat adalah redha Allah dan syurganya.

Berkahwin juga tidak semestinya bahgia dan mampu untuk kita memenuhi agenda syurga kita malah terkadang kita terpaksa melalui jerih payah yang boleh membawa kita meninggalkan dakwah dan lupa kepada tanggungjawab kepada ummah dan Allah dek kerana melayan kehendak dunia rumahtangga.

Bukan aku berburuk sangka kepada orang yang berumahtangga yang amat banyak kebaikan dan menfaatnya namun tak semua rumahtangga terurus dengan baik andai pasangan tidak dapat melayarinya dengan takwa dan sabar sebagaimana para solihin terdahulu melayari kehidupan tersebut.

Justeru yang ditakdirkan bujangan, masih banyak jalan untuk kita cari redhaNya dan titian hidup ini bukan hanya dengan perkahwinan semata untuk meraih syurga Allah kerana sumber pahala dan amal itu banyak dan boleh kita raih dengan pelbagai cara dan cabang yang boleh membahgiakan masa hidup yang panjang ini.

Jangan kita sempitkan hidup dengan takdir Allah yg telah ditetapkan buat kita. Bersyukurlah dan hayati lah hidup yang indah bagai pelangi ini… Dan jadilah seperti matahari pagi yg sentiasa tersenyum menghamburkan cahaya meski terpaksa menerjah sejuk embun demi memberi cahaya pada mayapada ini.

Insyaalah. Muga bermenfaat utk kita renungkan.

2 responses to “Jodoh dan Kehidupan

  1. muharrikdaie June 22, 2015 at 2:26 pm

    kita hanyut adalah kerana diri kita dan bukan manusia lain. Kembalilah! bina kekuatan. Manusia yang mampu untuk bangun kembali akan menjadi manusia terbaik sekali pun gagal.

  2. growingyourthought June 18, 2015 at 6:26 pm

    moga diri terus kuat! tapi ternyata telah jauh hanyut ketinggalan dari gerabak ini …

Leave a comment