Jangan ambil mudah soal dakwah

” Bagaimana dakwah nak berkembang kalau kita sendiri pun asyik beralasan untuk bekerja?” Satu hari aku menyuarakan perasaan amarah dalam usrah ku.

“Dulu kita berhati hati sangat nak ambik ahli dengan alasan nak jaga keasolahan dakwah tapi dah peringkat mehwar syakbi pun kita masih lagi seperti dulu? Terkial kial mencari rentak dakwah” Suaraku sedikit mengeras dan tegas bila ada lagi suara suara futur yang masih mengatakan pelan pelan.

Aku marah bukan kerana apa, tapi adalah kerana kita seolah olah tidak serius dalam mentajmik ahli ahli. Kita bukannya gerakan dakwah yang terasing dan menyendiri. Kita terlalu memberatkan program dalaman sehingga program umum untuk melebarkan dakwah kita abaikan. Aku takut, kita syok sendiri saja sedangkan usia jamaah kita semakin tua tapi perkembangan jamaah semakin menguncup. Tidak kah sahabat aku dan mas’ul dapat melihat perkara itu?

Aku juga takut ahli bawahan hilang arah pergaulan dan takut bergaul dengan orang luar kerana asyik bergaul dengan ahli dalaman sahaja memandangkan program umum sering mereka abaikan dan tidak diambil serius. Sepatutnya pimpinan pimpinan harus terus merangsang ahli agar meluaskan pergaulan. Tajmik tidak akan terjadi tanpa kita bersama dalam masyarakat. Terkadang nak ajak program msyarakat dan program kemanusiaan pun mereka malas sedangkan orang diluar jamaah bertali arus mengikuti misi program kemanusiaan kita tetapi kita tidak mengambil kesempatan itu untuk mentajmik mereka! Kalaulah program sebesar itu kita biarkan berlalu begitu saja, program manakah lagi yang boleh kita mentajmik mereka?

Latihan telah diberi. Malah telah kita suruh mereka memilih ‘rahilah’ yang mereka rasa mampu untuk mereka berhubung.

Apa yang kita dengar selalu adalah, ” susahlah akhi. Sukarlah akhi”.

Susahkah dengan kerabat. Dengan kawan ofis atau di Universiti. Dana dah kita reservekan. Cuma perlu usaha saja.

Aku tidak tahu kenapa daie muda sekarang banyak cengkadaknya. Tidak seperti kami dahulu. tunggu arahan dan samiqna wa ataqna. Kerja terus berjalan.

Mereka ingat dengan magazine, facebook dan twiitter dah boleh menyentuh hati manusia dan boleh mengajak manusia bersama kita tanpa sentuhan jiwa? Tak usah mimpilah! Dakwah tidak semudah itu. Dakwah tidak sesenang itu.

Stail dakwah boleh berubah tapi caranya tetap sama. Jiwa menyentuh jiwa.

Aku harap korang faham apa maksudku.

Muga kalian terus tsabat.

Jumpa lagi

muharrikdaie

Sesuatu yang kita cari

cari

Assalam ikhwah … Lama kita tidak bertemu secara serius dimedan ini. Mungkin tulisan ku tidak setajam dulu lagi kerana tidak kerap menulis kecuali mengupdate twitter untuk melepaskan kecanduan menulis. Atau mungkin jemari ku sudah tidak sepetah biasa untuk melakarkan bait bait semangat buat perkongsian kita. Atau mungkin hembusan hembusan dosa yang mematikan niatku untuk menulis ….. entah! Terkadang aku terasa kecewa sangat dengan dakwah ini, sekali pun aku tahu aku tak sepatutnya menghamburkan perkataan yang disukai syaitan ini. Terkadang aku sendiri tidak tahu kemana arah untuk aku hijrahkan nota nota dakwah ini. Seolah ia bagaikan nota usang yang tidak diterima pencinta dakwah sepertimana reputnya karya shakspeare dimata pencinta seni. Itu mungkin sangkaan cuma! Justeru bila perasaan itu datang, aku terus teringatkan wasiat almarhum murabbiku.

Anakku, kamu sepatutnya merenung jauh kedalam dirimu sendiri dan bersungguh sungguh melawan kehendak nafsumu. Ingatlah didalam perjalanan ini, daie tidak pernah kecewa. Daie tidak pernah kehilangan arah. Daie tidak pernah berehat. Bila datang perasaan itu ingatlah akan visimu. Visi hidup yang menjadikannya berputih tulang dijalan ini. Mengejar dan terus mengejar. Bertungkus lumus untuk beramal. Bertungkus lumus untuk syahid. Bertungkus lumus untuk mengejar makam syurga yang tinggi.  Inilah projek khas kita anakku! Masa kan ini tidak kau ingat dan menjadikan dikau lemah! Jangan pandang orang yang lemah. Tegak berdiri meski kamu kaku disitu kerana dakwah itu bermula dari pengakhiran hidupmu!

Manik manik peluh dan kerutan dahinya sudah memadai membasahkan hatiku yang kering dan mengetarkan sarafku. Aku mula diselaputi rasa bersalah kerana sering lemah dan futur dalam melalui proses perjuangan yang tiada titik noktah ini.

Aku akui adakala aku jemu. Jemu untuk menulis. Apa lagi berhadapan program dakwah dan tarbiyah yang bertali arus ini. Isnin, selasa, rabu khamis jumaat, sabtu ahad dan isnin kembali …. meeting, usrah, daurah, tamrin, misi kebajikan, misi kemanusiaan dan dan dan dan …. semuanya sama. Untuk melambai manusia kepada islam. Tapi, semuanya tidak mendatangkan hasil bagai buah yang tidak cukup baja. Bukan sehari dua. Puluhan tahun.  Tapi …. yang datang menadah tarbiyah. Yang datang untuk bersama dijalan ini …… tidak berbaloi. Siput sangat! Adakala yang datang menyerah diri itu tidak dapat bertahan lama. Dua tiga bulan didalam tarbiyah mereka ghuyup bagai disambar Alien. Yang terus bekerja adalah kita juga …. Kita lah yang bermesyuarat, kitalah yang merancang, menyusun malah parking kereta pun terkadang kita kena jaga demi untuk melaksanakan program yang bertali arus ini.

Mana yang lain? Tidak semua daie boleh berkerja. Tidak semua boleh berkorban. Kerana dijalan dakwah ini yang paling ramai duatnya adalah yang banyak memberi alasan. Sebut saja apa alasannya. Nak study. Exam dekat. Program jauh. Tak ada duit. Hantar anak tuition, kerja syif, on call, kerja overtime, masaalah keluarga, keewangan, sakit, balik kampung, outstation, isteri beranak, jiran meninggal dan 1001 alasan kalau boleh kita panjangkan!

Pesanan albanna hanya teori semata. Cerita albanna meninggalkan anaknya yang sedang sakit kerana mengutama kan dakwah hanyalah cerita karoot komedia saja bagi sang daie yg futur….. siapakah yang menjadi korbannya? Tidak lain tidak bukan adalah daie yang komited dan bersungguh! tetapi sampai bila? Bukan kah mereka juga manusia! Mereka juga punya jisim berlunjur dan berehat.

Adoiii … dijalan dakwah ini pelbagai cerita yang boleh aku hidangkan buat kamu sahabatku! Tapi apakah ianya boleh memberikan kamu satu inspirasi untuk terus dijalan ini atau kamu hanya menjadikan nota nota dakwah ku ini bagai sebuah novel untuk ditangisi?

Akhi, Aku telah melalui pelbagai mehwar dijalan dakwah ini … Di mehwar muassasi … aku ingat aku telah melaksanakan segalanya .. di mehwar tanzimi … aku juga ingat ianya berakhir disini, di mehwar syakbi …. baru aku tahu dakwah ini tiada penghujungnya.

Memang syurga itu jauh dari kita. Jauh sangat sangat. Tidak seperti kata ustaz di TV … syurga itu mudah jika kita telah laksanakan amal amal khususiayh kita … Namun bagi aku, kamu tidak akan nampak jauhnya syurga andai kamu tidak bersama dijalan dakwah ini dan beramal didalamnya. Jika kamu berada dijalan dakwah ini, kamu akan nampak neraka dihadapanmu sekali pun selahzah kamu ingin melelapkan mata. Mana tidaknya … sebab banyak tugasan tidak kita sempurnakan dengan sebaiknya.

Kamu tahu akhi betapa terujinya kita dijalan dakwah andai tiada persiapan persiapan kita. Aku akui akhi, aku juga hampir menjadi korban dijalan dakwah ini kerana kelesuan dan kejemuan dan terasa sangat dipermainkan oleh sahabat sahabat kita yang kefuturan. Namun Allah memelihara aku berkat tarbiyah yang sukar yang pernah aku lalui.

Aku juga sering mengingatkan diriku akan kalam murabbi albanna supaya kita seharusnya banyak beramal untuk memlihara jiwa kita dan sebagian dari wajibat untuk kita terus tsabat. Berpegang pada taalim islam dan menjauhi dosa serta tidak meremehkannya walau ianya dosa kecil. Serta berhubung dengan Allah. Dan lawan kemalasan dan singkirkan perasaan lemah. Walau stua mana pun kita, kekalkan semangat syabab [ pemuda ]. Hisab diri dan ingat akan penghisaban yang sukar. Berhati hati dengan waktu dan jangan sampai kita siakan walau satu detik tanpa amal demi kemaslahatan dakwah ini.

Aku ingat semu itu akh! Aku Harap kamu pun begitu jua. Itulah penguat kita. Itulah yang kita cari. andai ia hilang. Hilanglah kita dari dunia suci ini. Yakni dunia dakwah.

Hanya itu hadiah ku pada kamu malam ini.

Harapannya kita bertemu kembali

muharrikdaie

Selamat Jalan Tuk Guru

nik aziz

Tok Guru, aku bukan mengagungkanmu Tuk Guru, tapi aku kagum …. Ya kagum. Dari tanggal 1931-2015. Hampir 83 tahun hayatmu, kamu istiqamah dan konsisten dalam perjuangan dan didalam jamaahmu. Susah dan senang. Sukar dan mudah. Perit dan tawa. Luka dan parut. Kamu tegar dan terus tegar bagai Uhud yang tidak goyang.

Kamu zuhud dan bermujahadah dalam hidup seharianmu meski kamu dari keluarga bangsawan. Meski kamu menjadi MP dan tidak pernah kalah dalam setiap PRU. Kamu mampu untuk mewah. Kamu mampu untuk menghias hidupmu dengan manis manis dunia namun … Kamu menolak blazer, tie dan beremus segak.

Kamu pilih kupiyah serban dan jubah. Itulah syaksiyahmu.

Apa lagi yang boleh aku katakan tentang sebuah kehidupan jika dunia tidak kamu letak kan dihatimu …

Kecuali sebuah kehebatan iman dan kecintaan sungguh mu kepada pencipta!

Esok kamu berpindah dunia. Tiada lagi derita. Tiada lagi sengsara. Tiada lagi lara. Tiada lagi duka dan jiwa mencuka.

Berehatlah Tuk Guru … Berehatlah! Bertemu teman teman mu terdahulu yang menantimu dalam redhaNya.

Amin amin …. Ya rabbal’alamin.

muharrikdaie

Sebuah ceritera indah

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya.

Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat…

Rasulullah pernah berkata;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka”

Dia mula menjerit;
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka.

Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya untuk berhujah!

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
“Siapakah anda?”

Orang tua itu menjawab,
“Saya solat anda”

“Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur.”

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
“Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!”

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud.

Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Wahai Allah ampunkan dosa ku. Jangan buka keaiban aku. Aku seorang daie menyeru orang lain namun aku lalaikan solat ku.

Malunya aku wahai Allah.
Ampunilah aku!

muharrikdaie

Kita dan dosa

Diantara kebenaran taubat seorang hamba dari perbuatan dosa adalah ia mendapat kelazatan yang tidak bisa diukur didalam hatinya setelah taubat tersebut.

Barangsiapa yang tidak mendapatkan kelazatan setelah bertaubat maka dia adalah orang yang dusta dalam meninggalkan dosa dan mungkin dia akan kembali kepada dosa tersebut dalam masa terdekat.

– Ibrahim Adham

Akhi, jika kita bicara tentang dakwah. Kefuturan. Kelemahan dan kemalasan. Antaranya adalah berpunca dari dosa dosa kita.

Kebanyakan kita ini lemah dan malas didalam didalam beramal dan menhayati tarbiyah juga tidak lain tidak bukan adalah asbab dosa.

sebenarnya tiada jalan lain lagi bagi kita untuk menhalau dosa kita kecuali bertaubat sesungguhnya kepada Allah dan sering mengulangi taubat setiap hari, setiap solat, setiap saat dan setiap kali kita ingat yang kita adalah orang yang berdosa.

Taubat tidak perlu atas sajadah akhi! Tidak perlu dimasjid. Tidak perlu di surau atau pun di mekah. Bertaubatlah dimana mana saja hatta didalam kereta sewaktu kita sedang drive pun kita wajar bertaubat supaya kita sentiasa bersih jiwa dari dosa.

Akhi … Tutup buku masa lalu kita. Buka lembaran baru. Buka kisah baru.

Kalau dulu ada kisah cinta kita, lupakan! Kalau dulu ada kisah asmara kita, lupakan. Kalau dulu ada kisah brutal dan ganazz kita, lupakan dan kalau dulu ada kisah rockers kita, juga lupakan! Sebabnya. Sebabnya kita takut ingatan itu akan memenjarakan kita didalam gundah gulana. Akan membuat kita terpuruk dalam mimpi buruk yang tiada kesudahan. Akan menjadikan kita tenggelam dan terjerumus dalam sedih yang tiada penghujung yang akhirya akan membuat kita putus asa dari rahmat Allah.

Kuburkan lah masa lalu dan dosa dosa lalu itu.

Siapa yang tidak ada kisah silam, akhi?  Para ulama’ dan ahli sufi pun punya kisah silam mereka sendiri. malah tidak pernah kita terfikirkan akan hal ehwal kisah mereka dulu. Hasan Albashri, fudhail bin Iyad. Umar alkhattab dan ramai lagi. Tapi siapa mereka tika ini? Mereka adalah sahabat Rasullulah yang dijamin syurga. Meraka adalah kekasih kekasih  Allah yang berada haribaan rahmat walau di alam barzah saat ini! Sebabnya adalah mereka bertaubat dan lupa masa lalu.

Bergerak lah akhi. Jadi seorang muharrik yang yakin untuk bergerak. Kalau kita tidak bergerak di medan dakwah dan medan amal ini kita akan mati macam apache. Pejuang yang kosong sekali pun berani.

Ingat apa yang selalu aku ulangkan akan bait bait imam ghazali … Dosa seorang daie bukan kerana dia berbuat maksiat tapi cukuplah dia mnyendiri dan menganggur dirumahnya tanpa berbuat apa apa! Jom kita bertaubat!

Sekadar itu utk malam ini. Jumpa lagi.

muharrikdaie

Monolog

 

Sekarang di Malaysia ramai ustaz instant! Hafal satu hadis dan satu ayat selain juzu’ amma orang dah kagum. Tak payah pergi ngaji. Masuk TV orang dah gelar ulama’.

Zaman pun zaman instant! Pendakwah pun dah tak mahu pergi mengaji dan bertalakki kitab sebab dah ada ustaz dan ulama’ google untuk buat reference.

Ramai pendawah instant sekarang yang pandai cerita islam tapi tidak jatuh kehati manusia kerana tiada ruh dalam lisan mereka walau halkum mereka penuh dengan mutiara kata namun sifar barakah!

Badan dakwah dan ngo’s dakwah pun tumbuh macam cendawan tapi sama naik dengan kemaksiatan yang tumbuh dalam negara. Ummah terus sepi dan liat utk terima islam. Kenapa? Kerana badan dakwah dan ngo’s dakwah lebih menumpukan untuk menaik kan nama jamaah mereka. Makin popular jamaah, makin ‘masyuk’ lah pelbagai dana.

Kuliyyah di masjid amat banyak. Dari kuliyyah dhuha sampai lah kekuliyyah subuh. Tapi saf jamaah makin pendek. Tiang masjid lagi banyak dari orang. Jamuan selepas kuliyyah pun berlambak lambak hingga membazir.

Ustaz ‘sampul’ pun ramai. Hebat hebat lagi. Famous lagi. Boleh tarik crowd lagi. Demand lagi. Sebab itu dakwah tak barakah.

Ustaz ‘maharaja lawak’ pun makin bercambah. Lagi banyak lawak dan orang ketawa lagi besar duitnya. Siap bawak mikrofon dan speaker sendiri lagi sebab speaker masjid tidak boleh manampung pendengaran crowd. Tapi islam terus terasing.

Yang pergi umrah ramai sampai Q tak cukup calendar. Tak cukup kapal terbang lagi tapi islam terus terasing.

Kupiyyah, jubah, abaya, tudung, handsock legsock amat berlambak dipasaran tetapi wanita hanya bertudung fizikal tetapi mendedah akhlak sehingga maruah semakin tergadai. Makin murah. Orang pakai tudung pun boleh dicium bila bila suka. Tudung pun dah jadi adat seperti zaman jahiliyah. Dan ada orang pakai tudung tapi jeritnya lebih kuat dari bohsia dan mat rock.

Yahana sana yahanana sini bagus. Takbir sana, takbir sini bagus tapi dakwah ammah perlukan follow up … Perlukan sokongan. Perlukan pentarbiyahan khusus. Bukan bermusim tetapi harus berjalan sepanjang hidup.

Andai Almursyid Hasan Albanna hidup pasti beliau akan menangis dan tak tidur malam utk memikirkan strategi dakwah untuk selamatkan ummah.

Tapi sayang … Beliau telah pergi. Yang tinggal hanyalah kita! Pendakwah ikhwan yang semakin usang semangat dan ruh ini!

Aku dan dakwah

Dakwah. Aku suka cerita tentang dakwah kerana aku berada didalamnya. Aku menelusuri jalannya. Aku terhimpit dalam dukanya. Aku merintih kerana nya. Aku terluka dalam memegangnya. Aku menangis kerana ujiannya. Aku miskin kerana membelanya. Aku letih kerana memikulnya. Aku migrain kerana memikirkannya. Aku tahu aku akan histeria jika kehilangannya. Dan kepahitan aku , aku pernah kehilangan sebuah cinta dijalan dakwah.

Itulah aku dengan dakwah.

Ikhwah,

Orang yang mengenal Allah akan bermatian dengan dakwah. Orang yang menyintai Rasul akan zauk dengan dakwah. Orang yang mengenal kubur akan bermatian dengan dakwah. Orang yang mengenal mahsyar tidak akan lelah dengan dakwah. Orang yang mengenal neraka akan berkorban segalanya kerana dakwah. Orang yang mengenal syurga akan menyerah cintanya pada dakwah. Orang yang mengenal bidadari tidak sesekali akan berhenti dijalan dakwah.

Itu yang aku faham tentang masa depan dakwah.

Memang dakwah punya masa depan, namun jalannya jarang dilalui orang kerana dihadapannya hanyalah gaung yang mengema.

Akhi … Dakwah adalah cinta mawar yang banyak durinya. Ia berada disinggahsana malam. Menengelam diri jauh direlung ujian. Tanpa iman kita tidak berdaya bertemankannya. Ia juga bagai sepotong sepi yang bisa menguraikan perjalanan hidup manusia ditengah canda alam semesta. Dakwah adalah perjalanan tiada henti menuju Tuhan untuk mencari sepotong jawab dari pertanyaan besar rahsia semesta.

Kenapa dakwah? Kerana dakwah adalah Raja ujian. Dakwah adalah kesempurnaan amal dari segala amal kerana ia mencetuskan jihad dan syahid buat kita. Andai kamu mabuk dunia pastinya kamu tidak akan dapat melabuhkan hati padanya. Apalagi untuk menghirup harum nafasnya!

Ketahuilah akhi … Dijalan dakwah berkumpul sejuta madah doa. Di aminkan juga oleh billion malaikat dan makhluk makhluk yang tiada taklif dosa. Betapa rugi sebuah jiwa yang tidak mahu hidup bersamanya! Betapa rugi sebuah jiwa yang mengharapkan syurga diatas amal amal kecil tanpa ditemani dakwah. Betapa rugi sebuah jiwa yang berharap dan berharap namun meninggalkan dakwah dan mencium cinta dunia bermandikan kelimpahan nafsu sehingga tanpa disadarinya dia terbangun dihari tua.

Cukup buat malam syahdu ini buat kamu pemuda pemuda …

muharrikdaie

Penat dan lelah adalah kenikmatan

Penat letih lelah. Itulah kerehatan. Itulah kenikmatan. Disitulah berkumpulnya iman. Orang dakwah Allah uji dengan keletihan. Allah tidak uji dengan benda benda mungkar yang lain sebab pasti mereka tidak akan melakukannya. Sebab itulah ulama berkata bahawa ‘kerehatan itu adalah kemungkaran’. Orang dakwah rehat mereka adalah solat. Rehat mereka adalah membaca alquran. Rehat mereka adalah berdakwah.

Murabbi aku kata, ‘ orang yang bermalas malasan itu adalah seperti kayu hanyut yang terbuang!” Aku tanya kenapa? Dia hanya menjawab, ” Anta kan orang seni!” Akhirnya ‘metafora’ itu aku fahami. Bahawa kayu hanyut itu akan langgar apa saja dilaluinya. Begitu juga orang yang bermalas malasan. Akhirnya dia akan melakukan kemungkaran kerana waktu yang kosong jika tidak dimenfaatkan akan mengarah kepada keburukan!
Dijalan dakwah ini kita kena banyak belajar dan mengenali akan duri jalan. Once kita tersadung. Kita akan berdosa. Dan dosa akan mengeraskan hati untuk kita beramal.
Dulu sewaktu menziarahi almarhum murabbi ku. Aku sempat bertemu dengan Abu Ammar kerana waktu itu beliau juga menziarahi murabbiku. Aku memang kagum dengan tulisan kitab kitab harakinya. Bagi ku dia adalah legend dalam penulisan kitab kitab dakwah dan tarbiyah. Justeru aku menulis pun cuba mengikut stailnya. Haraki dan sufi. Dia pernah berkata padaku sewaktu dia berusrah dalam satu halakah dengan murabbi ku dulu. Setahun hanya 2 hari dia bercuti dari pertemuan usrah. Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban saja. Selain nya usrah terus berjalan. Program tarbiyah terus berjalan. Hebatnya mereka! Jauhkan diri kita dari mereka? Kamu tak terasa ke? Sebab itu aku gagahkan jua diri ini untuk terus kuat. Acapkali aku malas dan terasa lemah ditindih nafsu, aku kembalikan pesanan pesanan beliau yang menusuk ketelinga hingga ke jantung hati ku. Untung kita berteman orang soleh. Berteman pejuang dakwah. Dan bukan berteman kaki bola yang bersantai santai dikedai kedai maplai menghirup teh tarik sambil menekan keyboard dan ipad menjadi keyboard warrior sedangkan jiwa penuh zulumat yang sukar diterangi cahaya iman.
Cukup perkongsian kita malam ini. Muga tahajjud kita membarakan semangat Alfateh utk kita terus berdakwah.
muharrikdaie

Pertama kali jadi naqib

Dah jadi naqib dan murabbi tidak mudah untuk berpatah balik. Hanya boleh berpatah arang. Terus membimbing atau tinggalkan jamaah.

Dulu pertama waktu aku dipilih utk menjadi naqib usrah. Belasan kali aku tolak. Puluhan kali aku beri alasan. Ratusan kali aku bercakap sorang sorang. Boleh kah aku? Mampu kah aku? Mereka terimakah aku. Bolehkah mereka memberi Siqah kepada aku?

Aku bukan ustaz. Aku bukan Tuk Guru. Aku bukan ada ilmu. Aku bukan layak. Macam macam ‘slide’ gerun menerjah minda aku.

Macam mana nak jadi drebar ummah. Nak bawak diri sendiri pun korner sana korner sini.

Amalan peribadi pun masih merayap rayap. Merangkak rangkak. Nak bangun qiyam pun badan macam melekat dengan gam gajah. Solat jamaah pun masbuk semedang!

Zikir jangan tanyalah. Baca mathurat pun masih bawak bawak buku. Belum hapal!

Adoi … Aku terus berpantun.
” Tuai padi antara masak, Esok jangan layu layuan, macamana aku nak mengelak, bila murabbiku buat paksaan”!

Mahu tak mahu, aku terima juga. 1st usrah aku bawak, memang aku cuak. Dalam grup usrah aku, aku lihat janggut tebal tebal. Ada yang pakai jubah dan serban. Ada yang dahi lebam lebam mungkin kerana sujud yang panjang.

Dalam aku ketar macam kena parkinson, aku teruskan juga. Kenapalah murabbi aku bagi para syuyukh jadi mad’u ku. Waktu itu aku berumur 24 tahun. Masih hijau dan masih ranting lagi untuk jadi naqib.

Rupa rupanya usrah pertama ku itu adalah para AJK masjid yang baru ditajmik kan untuk berintima’ dengan jamaah. Aku mengelus resah berbulan bulan.

Setiap kali pertemuan dengan murabbiku minta tunjuk ajar. Dia ketawa saja melihat aksi kucing ku. Dia kata sabar sabar! ” nak jadi pejuang dakwah bukan mudah”

Aku mengadu padanya tidak mudah nak mentarbiyah orang tua. Mereka ego dan degil. Mereka tengok aku macam semut Nabi Sulaiman saja.

Akhirnya aku melepasi ujian itu hingga masih mampu tsabat hingga sekarang.

Aku akui … Aku amat matang sekarang. Aku murabbi multitasker. Boleh buat apa saja asalkan atas nama ‘dakwah’

Aku sekarang bagai kupu kupu malam. Terbang mencari rumah rumah yang gelap untuk diterangkan. Malam adalah dunia dakwah ku. Siang adalah dunia rezeki ku.

Aku seorang pembina dan aku juga terus di bina.

Materi tarbiyah ku bersambung sambung. Tausiyah dan tazkirah ku jua bersambung sambung … Dari murabbi ku, kuturunkan pada mad’uku. Aku penyambung lisan rasul. Aku penyambung sunnah nya.
Dakwah dah mendarah daging menerjah urat saraf ku.

Aku adalah mata rantai dakwah meski pun aku masih akui aku amat lemah dari segala sudut tubuh layuku namun ia terus ditutupi oleh semangat juang ku untuk mendapat tempat disisi Rasul yang sangat aku cintai …: kerana pengobanan bagindalah aku mengenali deen yang suci ini.

Wahai Allah matikan aku di jalan dakwah ini.

jumpa lagi

muharrikdaie

Tajmik dan tarbiyah

Murobbi atau individu yang berada di dalam tanzim amal jamaie mentajmik mad’u dengan tujuan untuk memilih anasir-anasir yang baru ke dalam sof dengan usaha menariknya kepada fikrah melalui cara mentarbiyah dan mentakweennya sehingga akhirnya dia berintima’ kepada tanzim tersebut. Murobbi tersebut memanfaatkan segala kemampuan dan potensinya di dalam membina hubungan fardi dengan mutarobbinya sehingga dia berjaya mengemukakan fikrahnya dan menyakinkan mutarobbinya untuk menerima fikroh tersebut.Proses tersebut mengambil kira faktor kesesuaian masa dan dzuruf lingkungan mutarobbi sehingga memberikan keyakinan kepadanya untuk menerima tawaran risalah dakwah tersebut.

Urgensi Tarbiyah Fardiyah Kepentingan tarbiyah secara fardiyah ini telah dibuktikan melalui pendekatan dakwah ar-Rasul SAW di dalam metodologi pembinaan rijal terutama di marhalah awal dakwah baginda. Ternyata tarbiyah fardiyah ini melahirkan para rijal dan kader dakwah yang menjadi tulang belakang[Qaedah Sulbah] kepada perjuangan baginda. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang memberikan taujih dalam bentuk khitob fardi. Begitu juga taujihat Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda. Antaranya : Firman Allah : Surah Fussilat : 33 33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Surah Syura : 15 15. oleh kerana Yang demikian itu, maka serulah (Mereka – Wahai Muhammad – kepada berugama Dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..

Surah an-Nahl : 125 125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Hadis yang bermaksud : “ Barangsiapa yang melakukan kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu ubahlah dengan lidah, jika tidak dengan hati, itu dalah selemah-lemah iman.”

Syarat menjayakan Tarbiyah Fardiyah Antara pra-syarat menjayakan tarbiyah fardiyah ialah : Pertama : Manhaj yang salim [metod yang betul] , yang mampu melahirkan para rijal dan kader dakwah sehingga memungkinkan kepada pembentukan sebuah generasi Islam. Manhaj tersebut mesti bersifat holistik, syumul, tawazun di dalam semua aspek fikri, ruhi dan suluki .

Kedua : Qudwah Hasanah, iaitu contoh unggulan dari para murobbi di dalam mendidik para mutarobbi. Murobbi qudwah adalah pra-syarat keberhasilan proses tarbiyah fardiyah. Ini kerana mutarobbi dapat melihat contoh-contoh hidup berkaitan Islam melalui kehidupan murobbinya. Murobbi tadi perlu bersikap wara’, bertaqwa dan beramal dengan ilmu yang disampaikannya kepada mutarobbinya.

Ketiga : Bi’ah Solihah iaitu pengaruh lingkungan yang mempengaruhi proses pembinaan mutarobbi. Murobbi perlu menyediakan suasana-suasana tarbawi kepada mutorobbinya sehingga mampu meningkatkan mustawa mutarobbinya terutama di marhalah takween.

Keempat : Tajarrud, sifat tajarrud murobbi terhadap dakwah dan kesungguhannya untuk menyampaiakn risalah dakwah adalah sebab menjayakan tarbiyah fardiyah. Sifat tajarud tadi menjadikan murobbi menfanakan dirinya untuk dakwah, berkorban demi dakwah, berfikir untuk dakwah dan mengutamakan dakwah dari maslahat peribadi demi untuk membina keperibadian mutarobbinya.

Kelima : at-Tadarruj. Murobbi perlu beransur-ansur di dalam mendidik mutarobbinya. Dia menekankan aspek akidah sebelum ibadah, membina aspek ibadah sebelum manhaj kehidupan, mengutamakan perkara-perkara yang bersifat kulliyat sebelum yang bersifat juziyyat.

Keenam : Menggunakan uslub tarbiyah yang halus dan lembut. Seorang murobbi perlu bersabar dengan kerenah mutorobbinya, bijak menangani situasinya, menggunakan uslub halus dan lemah lembut di dalam membaiki kelemahan dan kekurangan mutarobbinya. Sabar dengan mad’u adalah kunci kejayaan tarbiyah tersebut. Wasilah Murobbi perlu menggunakan pelbagai cara dan kaedah sesuai dengan mustawa mutarobbi dan marhalah yang dilaluinya. Ia mesti berlaku di dalam setiap liqo’ [pertemuan] dengan mengambil kira kesesuaian masa dan tempat serta berterusan me’mutaba’ah’ mutarobbinya samada dengan proses mukholatoh[bergaul], mu’ayashah [hidup bersama] sehingga dia mampu menilai perkembangan mutarobbinya. Antara contoh-contoh tersebut bagi menjayakan pertemuan ialah mengadakan halaqah di masjid, menjemput makan, memberikan buku kepada mutarobbi, diskusi ilmu dan sebagainya. Kesan terhadap individu Tarbiyah fardiyah adalah wasilah yang paling berjaya dan paling efektif di dalam melahirkan kader dakwah. Wasilah ini merupakan cara yang terbaik dalam berinteraksi dengan mad’u [mutarobbi], memberikan tumpuan kepada mutarobbi dan menghasilkan natijah untuk dakwah. Selagi mana Murobbi memberikan masa yang banyak kepada mutarobbi selagi itulah hasilnya berlipat kali ganda dan menjadi semakin efektif. Sifat yang perlu ada pada Murobbi Antara sifat yang perlu ada pada seorang Murobbi bagi melayakkannya untuk tarbiyah fardiyah ini ialah ;

Pertama : Al-fahmu as-syamil al-kamil li malamih islam wa ila ma yad’u ilaihi. Murobbi perlu memiliki kefahaman yang syumul dan lengkap terhadap intipati ajaran Islam juga terhadap seruan dakwah yang ingin disampaikannya. Murobbi perlu menguasai kefahaman berkaitan ulum syara’ dan ulum dakwah bagi memudahkan proses mendidik mutarobbinya. Jika mutarobbinya tidak merasa sesuatu peningkatan dari sudut kefahaman dan ilmu, ia akan membawa kecacatan di dalam aspek pentarbiyahan individu muslim. Justeru seorang Murobbi meningkatkan keupayaan dirinya sebagai murobbi agar menjadi ikonis kepada mutarobbinya serta rujukan di dalam setiap perkara.

Kedua : Suluk Imani. Perilaku imani yang diterjemahkan dari kefahaman yang syumul tadi. Bahasa qudwah lebih mengesani berbanding bahasa lisan. Penterjemahan amali seorang murobbi di dalam kehidupannya,tindak tanduknya, perilakunya dan sikapnya adalah bukti kesan iman kepada kehidupan murobbi. Ini akan menjadi qudwah solihah kepada mutarobbinya. Murobbi tadi adalah contoh hidup kepada Islam. Imam al-Bana mengungkapkan ia sebagai seorang ad-Da’iyah al-Mujahid yang bersiap siaga dengan segala persediaan, mengambil kira sebab-sebab yang menghasilkan segala kekuatan, sentiasa berfikir, tinggi ihtimahnya dan sentiasa bersiapsiaga. Imam Syafie pernah berkata : “Barangsiapa yang memberikan peringatan kepada saudaranya dengan perkataan , maka sesungguhnya dia telah memberikan petunjuk”. Terbukti qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi faktor keberkesanan kejayaan tarbiyah baginda. Ketika ditanya kepada Saidatina Aisyah R.A, bagaimana akhlak baginda, dijawabnya ‘Khuluquhu al-Quran” [akhlak baginda adalah al-Quran]. Al-Quran menjadi parameter terjemahan amali Islam yang ditampilkan pada sisi akhlak baginda. Al-quran adalah penterjemah amali kehidupan baginda. Para sahabat r.a melihatnya dan akhirnya mereka tercetak dengan cetakan al-Quran lalu jadilah mereka sebagai al-Quran yang hidup, yang bergerak dan berjalan di atas bumi ini. Para murobbi perlu mencontohi kehidupan baginda ar-rasul dan melalui manhaj ini. Justeru faktor qudwah adalah faktor kritikal bagi menjayakan proses pentarbiyahan individu

Ketiga : al-khibrah binnufus [memahami tabiat psikologi (jiwa) manusia]. Medan bekerja murobbi ialah membaiki jiwa manusia. Peranan murobbi ialah mengubah jiwa mutarobbi menjadi lebih baik. Itulah matlamat tarbiyah yang sebenarnya iaitu islah an-nafs. Murobbi perlu menguasai seni berta’amul denga jiwa manusia, menggunakan uslub yang sesuai, bersabar dengan kerenah mwereka sehingga tiba dan waktunya yang sesuai untuk berubah. Rasulullah SAW sebagai seorang murobbi adalah orang yang paling arif dan bertpengalaman tentang selok belok jiwa manusia. Beliau bertindak dan mendidik para sahabat r.a dengan memahami tabiat psikologi jiwa mereka.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata : “Bahawa Nabi SAW mengambil kira masa untuk memberikan peringatan kepada kami pada setiap hari, dibimbangi kami merasa bosan dan jemu..”. Nah, Rasulullah SAW seorang murobbi yang faqih dan arif tentang tabiat jiwa manusia. Imam al-Bana pernah didatangi oleh seorang akh yang ingin mengadu segala permasalahan. Maka jawab al-Bana : “ Bersikap mudahlah terhadapnya dan bertawakkal kepada Allah di dalam urusan kamu. Namun akh tadi berkeras untuk terus menjelaskannya. Jawab al-Bana : ‘aku mengerti..”. Lantas akh tadi berkata : “Jadi, aku rasa amat bahagia selagi kamu mengetahuinya. Ini contoh bagaimana seorang sikap murobbi yang memahami psikologi mutarobbinya. Pelajaran yang dapat difahami ialah seorang murobbi perlu memiliki seni memahami psikologi mutarobbi.

Beberapa kaedah asas di dalam tarbiyah. Pertama : ar-Rifq [lemah lembut] : Uslub ar-rifq [lemah lembut] dan menjauhi kekerasan dan kekasaran adalah asas di dalam berinteraksi dengan mad’u atau mutarobbi. Menawan hati di dahulukan dari menawan akalnya. [kasbul qulub qobla kasbul u’qul]. Firman allah di dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud : 159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Kedua : Menjauhi sikap mengeji, mencela dan mencerca. Mendidik dan berdakwah ke jalan allah tidak tegak dengan cara mencerca, mencela dan mengeji tetapi dengan sikap saling nasihat menasihati, saling memohon ampun antara satu sama lain dan sentiasa penuh dengan bimbingan yang baik. Pernah sahabat kepada Ibnu Simak berkata kepadanya : “bahawa janji antara kita berdua besoknya adalah saling cela mencela”. Jawab Ibnu Simak : “ bahkan antara kita berdua besoknya ialah saling memohon ampun sesama kita..”

Ketiga : Tarbiyah adalah tamhid wa tasywiq [ introduksi dan menarik minat]. Kaedah merupakan kaedah yang tetap dan tidak berubah. Tarbiyah tidak boleh dilakukan secara paksa tetapi dengan cara menarik minat dan dimulakan dengan introduksi [pengenalan]. Seorang murobbi perlu bersabar kerana hasilnya mungkin lambat dan memakan masa. Kunci kejayaan tarbiyah ialah kesabaran. Keempat : Beri dorongan [tasji’] . Dorongan yang diberikan oleh seorang murobbi kepada mutarobbinya akan menambahkan semangat dan dorongan untuk beramal.Sikap inilah yang ditunjukkan oleh baginda ar-Rasul SAW di dalam sirahnya ketika diberitakan tentang keadaan Suhaib ar-Rumy yang berangkat berhijrah ke Madinah lalu menyerahkan barang dagangan kepada angkatan Quraish demi kerana Allah . Lalu baginda bertemu dan mengucupnya lantas berkata : “beruntunglah engkau wahai Suhaib..beruntunglah wahai Suhaib..”. Ya , dakwah dan tajmik perlu dibina atas asas binaan yang kuat dan kukuh. Dengan binaan yang kuat dan kukuh inilah akan meluasnya ufuk dakwah. Ia perlu kepada rijal atau Qaedah sulbah yang sanggup menanggung beban dakwah yang besar ini. Tanpa tarbiyah dan tarkiz [penumpuan], maka tidak akan terbentuk anasir-anasir yang kuat, kukuh yang diperlukan tanzim. Imam Hasan al-Bana sedar dan faham kepentingan peranan tarbiyah untuk membina rijal dakwah dan harokah lalu beliau mengungkapkannya di dalam risalah muktamar kelima, katanya : “Persiapkanlah diri kamu, bersedialah menerima tarbiyah yang betul dan ujian-ujian yang ketat, kamu pasti akan diuji dengan tugas -tugas yang berat, jijik dan sukar, sedikit demi sedikit merungkai keterikatan kamu dengan belenggu syahwat dan kebiasaan hidup”.

Rujukan : Kaifa Nad’u ila Islam : Fathi Yakan, Musykilat dakwah wa da’iyah : fathy Yakan, Rasail fityan ad-dakwah : Jasim Muhammad Muhalhil Yasin MD

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 176 other followers