Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: Tarbiyah Ruhiyah

Dosa

Ikhwanis …Sepertimana kita menemui makanan dan minuman sehari hari, begitulah juga dosa! Kita akan temuinya hari hari. Tidak kira dimasjid mahu mahu pun diluar masjid!

Terkadang ditempat kerja, kita tertanya pada diri sendiri, “kenapa ek orang sentiasa tidak berpuas hati dengan aku sedangkan aku telah beri cukup servis dan layanan terbaik buat mereka!” 
Terkadang di kolej bila lecturer mengajar, kita geram sangat kerana tak dapat hadam apa yang dia ajar malah tak puas hati cara dia mengajar.
Terkadang dalam bisnes, ada lagi orang tipu kita sedangkan kita bisnes ikut syariah compliance dan tak pernah tipu orang. Malah kita bertolak ansur lagi dan ambik untung yang amat minimum.
Sebenarnya kita terlupa. Disaat kita ditimpa pelbagai musibah dan bala itu rupanya kita dilingkari dosa yang belum diampun. 
Kita tak sedar kita berdosa. Dan itulah cara seni Allah menegur kita. Di timpanya musibah dan bala supaya kita dapat rewind kembali akan dosa kita. Dan mohon ampun dariNya. 
Sebab itu kita tidak boleh perkecil kan dosa sekali pun tersangat kecil. 
Sebagai ikhwanis yang membawa risalah ini sepatutnya kita sentiasa bernaluri gelisah terhadap dosa sepertimana gelisahnya burung yang ingin dimasukan kedalam sangkar.
Seringlah istighfar.
Ingatlah! Allah taala jika berkehendak kebaikan terhadap hambanya maka menjadikan dosa-dosanya terbayang di ruang matanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosanya, jangan sesekali melihat kecilnya dosa, tetapi perhatikan kepada siapakah kamu berdosa.
Muga bermenfaat buat diri aku dan kamu.
Barakallahu fikum

rahmah batiniyah

Salam buat semua sahabatku yang mulia.

Semuga kamu semua bahgia. Ada sesiapa yang tidak mahu kebahgiaan? Tentu tidak bukan?

Semua kita inginkan kebahgiaan. Tanyalah siapa pun. Semua kita mencari bahgia.

Yang miskin ingin kaya sebab mereka rasa kekayaan itu kebahgiaan. Yang sedang study, mereka ingin cepat cepat grad. Samaada first degree, master mahu pun yang sedang bertahun tahun mengejar gelaran PHD sebab mereka ingin memulakan kehidupan baru. Ingin membina kehidupan berumahtangga. Ingin mula bekerja dan memiliki harta dan kemewahan sebab mereka rasa itu lah kebahgiaan setelah berpenat lelah belajar dan mengorbankan masa dan usia! Read more of this post

apabila murabbiku bersuara

Minggu ini memang minggu tension bagi aku. Walau pun ku cuba untuk tenangkan diri tapi terasa sangat rasa bersalah. Apa lagi aku disms oleh murabbi ku kerana ia ingin untuk menziarahi. Kalau ingin diziarahi murabbi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena! Atau ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan dengan aku.

Puas aku muhasabah diri. Nak kata aku bersalah kerana tak melaksanakan mutabaah amalku yang banyak itu , tak jugak! Kalau  aku tersangkut pun, cuma amalan penghujung malam saja. Itu pun sebab aku sering balik lewat awal pagi! ( alasan!!!!!!) Read more of this post

nasihat ruhani buat daie

Kawan

Izinkan aku menulis lagi.

Semakin aku ingin bekukan rindu dan masaku untuk menulis, semakin ianya mencairkan niat ku itu. Betullah kata murabbi ku dulu bahawa ‘pintu amal’ yang harus aku masuki selain dari membina manusia adalah bidang penulisan ini. Cumanya kata murabbiku, aku harus lebih serius lagi untuk memfokuskannya. Bukan saja dimedan blogging ini saja tetapi harus pergi lebih jauh lagi. Malah murabbiku mengarahkan aku supaya dapat menulis buku buku dakwah dan novel novel yang boleh menaikan hamasah adik adik yang masih muda yang perlu disuntik dengan suntikan ruhiyah. Andai tidak, kata murabbi ku pastinya deret waktu hidup ku ini dan bakat menulis ku ini hanya akan menjadi sia sia. Malah amal yang boleh aku ‘qowi’ kan mungkin akan menjadi amal yang dhoif yang tidak boleh memanjangkan amal yang berterusan untuk ummah ini!

Read more of this post

Sampai bila kita harus merungut

tired

Kita tahu hidup ini bukan untuk kerehatan tapi bekerja dan terus bekerja.

Ini sudah menjadi lumrah kehidupan. Dan kita juga tahu keseluruhan kehidupan kita adalah ujian dan batas ujian itu adalah sewaktu kita hidup kerana bila nyawa telah tiada ujian pastinya akan berhenti dan disitulah nanti kita menerima segala pembalasan diatas bagaimana kita menghadapi dan redha terhadap ujian yang ditimpakan!

Allah tidak membiarkan saja kita menghadapi ujian itu keseorangan setelah dibentangkannya batas umur kita dari kelahiran hingga kewafatan kita, malah dia memberi kita isyarat dan syarat kejayaan bagi setiap kita, iman amal dan dakwah yang kita lakukan.

Disinilah kita kena merumuskan kehendak kehendak Allah itu kedalam mangkuk iman kita dan melalui iman itulah kita bergerak dengan redha dan ikhlas bukan untuk merungut dan terus merungut dengan kelelahan dan keletihan!

Kita berdakwah dan menjadi pendakwah bukan kehendak kita tapi kehendak Allah diatas keyakinan diatas iman itu sendiri. Kita boleh saja menolak jawatan yang melelahkan ini, jawatan yang menyakitkan hati dan menyakitkan jiwa ini jika kita mahu! Namun diatas kesadaran dan iman itulah menyebabkan kita diikat dgn satu ikatan yang kita harus redha kerana ianya sebahagian dari kehidupan kita. Read more of this post

Siapakah dai’yah itu?

dai'yah

Manusia ini bagai 100 ekor unta, hampir saja kita tidak dapatkannya walau sekor yang layak menjadi tunggangan

Mutaffaq ‘Alaihi

Itulah dia seorang hamba pilihan. Sukar dicari ditengah jutaan hamba. Bagai bintang timur dicelah bintang bintang. Mereka ini adalah musafir dakwah menyusuri langkah menuju Allah. Pegangan hidup mereka adalah Quran dan sunnah. Warkah perjalanannya adalah iman dan amal. Visanya adalah keikhlasan dalam beramal. Bekalnya adalah takwa. Dia adalah manusia unggul. Safarnya dengan langkah yang mantap. Tidak dapat dihalang oleh sipenghalang dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang apa lagi untuk membelot terhadap deen ini.

Siapa dai’yah itu? Read more of this post

Lelaki juga bisa menanggis

maafkan aku

Rindu. Sunyi. Begitulah rasa dihati.

Dah dua hari tak menulis. Bermakna dah dua hari tak mentelaah kitab dan baca buku. Terasa kering jiwa dan hidup penuh kekosongan. Rutin harian terasa kekurangan. Biasanya setiap malam selepas pukul 12am pulang dari program, pastinya diri ini mengadap komputer. Membaca dan menulis sebelum tidur tapi semenjak 2 hari lalu terasa takut melihat komputer, apalagi melihat butang enter kerana butang itulah yang banyak melukakan hati manusia mungkin juga butang itu banyak menitiskan airmata.

Bahaya tulisan seperti juga bahaya lisan. Tersilap tulis akan mengumpulkan dosa dosa. Terkadang apa yang ditulis oleh penulis tidak sama dengan apa yang dirasa oleh pembaca. Mungkin maksud penulis lain dan yang dirasa oleh pembaca  juga lain lantas timbullah su’ul dzan dan boleh meruntuhkan ukuhuwah yang dibina. Read more of this post

Apabila mata berhenti menanggis

henti-menanggis1Terkejut semasa diofis pagi tadi. Menerima puisi dari seorang kawan. Mengingatkan tentang kebesaran Allah. Tentang takdir. Tentang janjinya. Begitulah cantik dan indah bahasa. Namun puisi itu hilang dalam pandangan mata kedua kali bila kita ingin menjenguknya. Begitulah takdirnya. Itulah hakikat yang terkadang kita harus menerima dengan hati yang terbuka. Datangnya bahagia sepantas kilat dan hilangnya juga tidak mampu dihalang …

Kehilangan bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan ini. Ia sesuatu yang menyakitkan. Menghibakan jiwa dan meninggalkan banyak kenangan yang sukar dipadamkan dalam naluri manusia. Tiada yang lain,kesabaranlah ubatnya!

Read more of this post