Tag Archives: muhasabah

Buat kita muhasabah

Ikhwah yg ku kasihi, aku rasa memang kita jarang untuk menguak hadith hadith begini sebagai ingatan dan muhasabah kita. Namun disini ku titipkan Hadis kudsi ini yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. Allah swt berfirman :

” Wahai anak adam. Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu.

Setelah itu, Aku ajarkan engkau utk tetap dan duduk di dalam badan ibumu. Adakah yang lain selain dariKu yang mampu menjadikannya sedemikian??

Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang utk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. Tiada bagimu gigi utk mengunyah, jua tangan utk menggapai, juga kaki utk berdiri. Engkau tidak punya apa2. Aku jadikan susu yg lengkap lagi bersih dari dada ibuMu, yg sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk. Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tuamu. Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.

Apabila engkau telah kuat utk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan! Dan engkau langsung tidak malu padaKu. Maka Aku tetap peringatkan : jika engkau berdoa, Aku makbulkan. Jika engkau meminta, Aku berikan. Jika engkau bertaubat, Aku bawa engkau kepadaKu.

Sungguh ajaib engkau wahai anak adam 👤. Ketika dilahirkan engkau diazankan dan diiqamatkan tanpa disertai solat. Dan bila kau mati engkau disolatkan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagimu wahai anak adam. Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkanmu dari tubuh ibumu, dan ketika kau mati tidak juga kau tahu siapa yang memasukkan engkau ke kuburmu.

Sungguh ajaib perihalmu anak adam. Ketika kau dilahirkan ada yang menggosok dan membersihkanmu, dan setelah kau mati ada juga yang menggosok dan membersihkanmu.

Sungguh ajaib perihalmu anak adam. Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan sedih ke atasmu.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam. Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam. Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih utk menutupimu, matimu juga engkau dikafankan dengan kain putih utk menutupimu.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam. Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat ttg amal2 engkau yg soleh dan apa bekalmu utk akhirat?

Barakallahu fikum

Ramadan kareem

duri duri cinta

Salam kedamaian …

Ciri ciri ‘ tanah’ yang berada didalam diri kita anak adam ini adalah melakukan dosa dan kesalahan. Setinggi mana pun kita berada. Sebaik mana pun kita. Sehebatmana pun kita. Kita tetap tanah liat yang keras dari tiupan ruh Allah azzawajalla. Kita tetap hina disisi Allah meski pun mulia diantara segala makhluk lantaran tiupan ruh itu digabungkan Allah dengan Malaikat.

Apa apa pun, manusia tetap manusia. Tetap terpengaruh unsur tanah dalam dirinya. Dan tak mungkin terlepas dalam mengalami kemalasan dan kelemahan mau pun kekeliruan dan kesalahan seperti mana kita mampu untuk mengantikan dosa dan kesilapan kita dengan taubat dan dari kesesatan dengan kebenaran!

Dan dijalan tarbiyah yang kita berada ini pun sekalipun benar, kerap kita melakukan kesalahan dan dosa kerana unsur manusia itu tadi.

Bukan senang untuk mengapai maqam takwa. Apa lagi maqam syuhada’ yang memerlukan mandian pengorbanan yang bukan sedikit.

Sembang dan cakap memang senang. Tulis dan cerita memang mudah tapi selagi teori itu tidak kita kembangkan menjadi kerjaya yang utama didalam kehidupan ini, cita cita itu hanya menjadi duri dalam cinta sahaja! Yang akan menjadi hujjah dan saksi dimahkamah Allah kelak untuk menerima hukuman yang tiada ulang bicara.

Bukan senang untuk meleburkan cinta kita didalam gerakan  dakwah dan tarbiyah ini biarpun di mehwar mana pun kita berada kerana di jalan ini penuh dengan duri duri yang harus dipijak!

Bukan kita sengaja ingin memijaknya tapi itulah dakwah! Sunnah dan fitrahnya adalah Indikasinya Justeru ….dijalan ini kita akan sentiasa terus memijak duri durinya.

Dimarhalah mana pun kita berada kita seharusnya berhati hati ketika memijak duri duri di jalan dakwah ini.

Kita tidak dapat lari dan mengelak untuk memijak duri duri dijalan ini kerana ianya kesempurnaan fitrah dijalan ini

dan duri duri itu juga boleh mematahkan perjalanan kita dan mengundurkan kita ke belakang kembali.

Apa yang perlu ada pada kita adalah ‘hati hati’

muharrikdaie

Sedikit muhasabah

Akhi ukhti. Islam terus menantikan komitmen kita semua untuk mengisi ruang ruang tarbiyah didalam diri dan jiwa kita.

Masa dan waktu kian berlalu.Kisah kemaksiatan dan duka duka lalu tidak akan melupai kita. Malah kepenatan kita melakukan maksiat yang lalu telah hilang dari kita, namun keringat keringat dosa dan noda tetap tercatit dilembaran lembaran malaikat yang disimpan kemas di pendrive Raqibun Atid.

Kita juga pasti telah lupa akan dosa dosa lalu tapi sebenarnya dosa dosa kita melekat keras dalam qalbu kita dan terus mengeras umpama iceberg yang tidak boleh diruntuhkan oleh ombak ombak amal kita yang dhaif.

Oleh itu ikhwah, jangan kita biarkan ianya terus mengeras dan menjadi qarin kita waktu dipanggil dan diusap oleh malakatul maut hingga dibawa keliang lahat dan menjadi kan kita penunggu terowong barzah yang dipenuhi oleh asap asap api jahannam.

Buat lah satu perubahan, satu tekad, satu azam yang benar2 dinilai Allah sebagai amal yang qawi. Sukarkah kita untuk berubah dan mengimfakkan diri ini untuk RabbulJalil?

Tidak cukupkah kelazatan dunia yang telah kita terokai? Apa lagi yang kita cari akhi? Tinggalkanlah segala kelazatan sebelum kelazatan dunia meningalkan kita. Adalah lebih manis kita meninggalkan kelazatan dari kelazatan meninggalkan kita.

Akhi, jangan biarkan graviti bumi terus menarik kita sehingga kita khayal dengan keindahannya sehingga kita lupa akan keindahan langit yang penuh dengan keajaiban dan janji israq wal mikraj. Kamu tidak akan dapat menerokai langit selagi mana kamu menyintai bumi. Langit memerlukan kesucian hati dan batin seperti Hati Rasul untuk kamu menerokainya. Oleh itu tiada jalan lagi kecuali melalui proses tarbiyah yang berterusan tanpa henti. Kita bina madrasah tarbiyah kita bersama, sepertimana ikhwan membina madrasah al-banna bersama.

Mereka menghayati madrasah itu sehingga mereka dapat menyucikan hati mereka menjadi rijal rijal yang sufi, yang syahid, yang dai, yang murabbi dan yang dapat menyambung wasiat Rasul!

Apakah mustahil untuk kita lakukan? Tidak sama sekali. Selagi sunatullah berjalan selagi itu keajaiban akan berlaku melalui sunnaturasul.

Akhi sekali pun puitis tulisan ini tapi fahamilah ianya adalah satu peringatan untuk kita berubah kerana pastinya usia kita semakin kepenghujung!

Salam rehat

muharrikdaie

Kewajiban yang berat

berat

Ikhwah

Ummah tergantung pada dakwah kita untuk hidup bahgia diakhirat.

Sejauh mana dakwah kita bergerak, sejauh itu jugaklah ummah merasai kebahgiaan mereka. Begitu juga terhadap diri kita yang memikul taklif atau bebanan ini.

Selagi kuat kita berusaha, selagi itulah bahgia yang akan kita dapati.

Justeru, kewajiban kita memang tiada pilihan sebenarnya. Beratnya tanggungjawab yang kita pikul dijalan dakwah ini tiada tertanggung andai boleh kita nampak dengan penglihatan yang menembus jiwa. Read more of this post

Biarkan hati itu berbicara

hatiAku ditanyai. ” Kenapa hati kita kasat? Kenapa hati kita keruh? Kenapa hati kita lemah? Kenapa hati kita susah? Kenapa hati kita tak tenang? Kenapa hati kita sedih? Kenapa hati kita luka? Kenapa hati kita tawar? Kenapa hati kita selalu berubah? Kenapa hati kita begitu dan begini? Sebab dosa anakah akhi? Sebab apa ya akhi? Anta tahu tak?”

” Ana dah taubat dah! Ana dah banyak baca quran dah! Ana dah buat itu dan buat ini dah! Dah minum air penawar dah sampai kembung perut ana! Dah minum air yassin dah setiap malam jumaat! Ana dah dijampi dah! Dah ditiup ubun ubun dah! Dah diazan ditelinga dah! Dah di baca surah Thoha dah! Tapi …. tapi hati ana masih lagi begitu dan begini. Masih libang libu lagi. Masih tak tentu arah lagi!” Begitu aku disoal oleh sebuah jiwa yang keputusasaan. Read more of this post

Lembutkanlah jemariku

jemariHingga kesaat ini, aku bagai kumbang kumbang yang menanam diri sendiri. Mengasingkan diri dari menulis buat kamu. Ketahuilah kawan, aku menulis bukan untuk pelepas sepi. Tapi semata untuk dakwah. Itulah niat yang sentiasa kutanamkan setiap kali aku menulis. Tapi bila jiwa aku kering dan layu, sudah pasti aku tidak dapat menemui kamu dilaman ini. Maafkan aku

Namun …. kali ini izinkan aku menulis lagi dalam keadaan blog ku ini dimamah usang. Sekalipun akan sumbang tulisan aku kali ini, akan aku pasrahkan kepada Allah. Memang! Aku sendiri tidak mampu untuk membuka pintu hati ku untuk menulis! Apalagi untuk melakarkan bait bait iman dihati kamu sekalipun aku alirkan airmata ini untuk bersama kamu kerana hanya Allah lah yang menggerakannya.

Sebenarnya aku terseksa! Terseksa bila tidak menulis. Kerana jiwa ku akan menjadi sunyi berhari hari. Akan kering bagai dimamah mentari. Terkadang bagai camar yang kehilangan sarang. Itulah yang dapat aku gambarkan pada kamu tentang jiwa aku ini. Read more of this post

rahmah batiniyah

Salam buat semua sahabatku yang mulia.

Semuga kamu semua bahgia. Ada sesiapa yang tidak mahu kebahgiaan? Tentu tidak bukan?

Semua kita inginkan kebahgiaan. Tanyalah siapa pun. Semua kita mencari bahgia.

Yang miskin ingin kaya sebab mereka rasa kekayaan itu kebahgiaan. Yang sedang study, mereka ingin cepat cepat grad. Samaada first degree, master mahu pun yang sedang bertahun tahun mengejar gelaran PHD sebab mereka ingin memulakan kehidupan baru. Ingin membina kehidupan berumahtangga. Ingin mula bekerja dan memiliki harta dan kemewahan sebab mereka rasa itu lah kebahgiaan setelah berpenat lelah belajar dan mengorbankan masa dan usia! Read more of this post

dimanakah dunia kita letakkan

Akhi …

Dunia ini sarat dengan keindahan!

Biar pun dia indah, kita tidak dibenarkan melahapnya. Kerana kita diutus sebagai hamba untuk menguruskannya. Tidak lebih dari itu. Andai kita mengunakannya tidak menjurus kepada ubudiyah kepada Allah maka kita juga seperti tengkorak yang kosong. Seperti polong yang tidak bertuan. Itulah andaian yang boleh ku buat terhadap dunia yang sering melalaikan aku ini!

Memang tidak mudah untuk kita tidak mencintainyanya! Apa lagi untuk meninggalkannya! Dan islam juga tidak menyuruh kita meninggalkannya tetapi menguruskannya. Tapi persoalannya, apakah mampu kita menguruskannya dengan jasad hati dan jiwa kita yang kosong dan tidak seimbang ini untuk menguruskan ‘ seorang wanita cantik’ yang merayu dan mengoda kita selalu?

Walau secantik mana pun dia ….. Rasul dan para sahabat serta para duat tetap meletakan dunia itu dibelakang mereka. Bagi mereka dunia adalah jambatan dan jalan. Dunia adalah tempat menyeberang dan bukan tempat bersenang senang. Mampukah kita seperti mereka, tidak merasa gembira bila bertambah tambah nya nikmat kekayaan dan kejayaan kita? Mampu kah kita tidak merasa berduka lara andai segala harta dan kenikmatan meninggalkan kita? Read more of this post

bulatan gembira adalah bulatan keruhanian

Salam semua.

Maaf  … aku semakin jarang menulis disini. Namun aku tetap rindukan blog ini. Kerana diblog inilah aku banyak belajar erti cinta rindu dan tanggungjawab.Diblog ini jugalah tempat aku membina rasa, meluah rasa, berkongsi cerita dan memahami manusia.Bukan itu saja, malah di blog ini juga aku banyak didatangi kawan kawan jauh dan dekat yang ingin mengenali aku.

Dan aku juga banyak kehilangan kawan kawan dan teman dakwah serta adik adik yang pernah satu ketika dulu amat suka berkunjung kesini kerana sebuah salah faham. Tidak perlu aku ceritakan kenapa? Tetapi cukuplah aku katakan bahawa ‘ Fitnah” itu amat berbahaya bagi hidup seorang manusia. Read more of this post

menjadi gemintang dilangit dakwah

Minggu ini memang minggu tension bagi aku. Walau pun ku cuba untuk tenangkan diri tapi terasa sangat rasa bersalah. Apa lagi aku disms oleh murabbi ku kerana ia ingin untuk menziarahi. Kalau ingin diziarahi murabbi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena! Atau ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan dengan aku.

Puas aku muhasabah diri. Nak kata aku bersalah kerana tak melaksanakan mutabaah amalku yang banyak itu , tak jugak! Kalau  aku tersangkut pun, cuma amalan penghujung malam saja. Itu pun sebab aku sering balik lewat awal pagi! ( alasan!!!!!!)

Memang aku akui, biar jarang jarang tapi terkadang aku tak mampu bangun sebelum pukul 5 pagi seperti yg diarahkan oleh murabbiku setiap hari. Read more of this post