rahmah batiniyah


Salam buat semua sahabatku yang mulia.

Semuga kamu semua bahgia. Ada sesiapa yang tidak mahu kebahgiaan? Tentu tidak bukan?

Semua kita inginkan kebahgiaan. Tanyalah siapa pun. Semua kita mencari bahgia.

Yang miskin ingin kaya sebab mereka rasa kekayaan itu kebahgiaan. Yang sedang study, mereka ingin cepat cepat grad. Samaada first degree, master mahu pun yang sedang bertahun tahun mengejar gelaran PHD sebab mereka ingin memulakan kehidupan baru. Ingin membina kehidupan berumahtangga. Ingin mula bekerja dan memiliki harta dan kemewahan sebab mereka rasa itu lah kebahgiaan setelah berpenat lelah belajar dan mengorbankan masa dan usia!

Tapi mampukah mereka temui kebahgiaan itu?

Tiada siapa pun yang dapat menjawabnya kecuali diri sendiri.

Aku bercerita disini bukanlah untuk mengatakan aku telah temui kebahgiaan itu! Tidak akhi Tidak! Masih banyak lagi harus ku tutupi lubang lubang jahiliyah dan dan lubang dosa yang terus menerus menyerang aku ini.

Siksanya aku melawan nya.

Atas bawah depan belakang virus virus itu menyerang iman ku yang tipis ini. Adakalanya aku tegak bertarung bagai pahlawan, adakalanya aku menangis adakalanya aku tersungkur menyembah bumi dan adakalanya aku hampir putus asa untuk melawannya yang membuatkan aku hampir larut dan mengikut saja kehendak dosa dan nafsu itu!

Andainyalah aku hidup keseorangan tanpa bantuan jamaah dan teman teman usrah pastinya aku telah lama dilahap badai dunia yang tidak langsung pernah ada belas kasihannya.

Didalam tarbiyah inilah aku mula menyedari bahawa kebahagiaan itu sebenarnya hanya wujud apabila kita benar benar melakukan segala masuliyah dalam menuju hakikat ubudiyah yang sebenarnya. Dan ianya tidak semudah untuk kita tunaikan andai buah kesedaran dan jiddiyah serta ghoyah kita tidak terpahat dihati kita.

Benar akhi … hakikat kebahgiaan yang sebenarnya adalah pada hati. Dan hati itulah jawabannya.

Dan andai hati itu tidak kita nyalakan dengan kerja kerja dakwah dan tarbiyah dan kerja kerja menyelamatkan diri kita dan manusia lain menuju Allah. Pasti kita tidak akan temui Rahmah batiniyah itu kerana selain itu tiada kebahgiaan didunia ini kecuali silauannya sahaja yang berbentuk kebendaan dan tidak sampai ke batin.

Ketahuilah akh bahawa Rahmah bathiniyah itu hanya dipegang oleh Allah dan hanya diberikan untuk hambaNya yang berjuang saja dan tidak kepada yang lain. Itulah kelebihannya seorang mujahid yang melaksanakan kerja kerja islam ini hingga akhir hayatnya.

Itulah hakikat hidup kita kini.

Samada kita ikut islam atau tak ikut islam. Berdakwah atau pun tidak berdakwah. Berjuang atau pun sebaliknya, kitalah penentu kebahgiaan itu.

Memanglah hidup ini tempat kita ditempa dan diuji dengan semua keadaanya namu kalau boleh biarlah Allah uji kita dalam keadaan kita berjuang islam dan bukan berjuang untuk melempiaskan kehidupan dunia kita ini semata kerana ujian dijalan perjuangan ini kemanisannya dijanjikan dihujung hidup ini tetapi andai kita berjuang kerana dunia ini kita tidak akan temui kemanisan itu kecuali hanya sebuah kekcewaan dihujungnya.

Mari akhi … sama sama kita asah ruhani kita. Kita kuatkan dia melebihi kekuatan jasad ini. Percayalah akhi, andai ruhani kita kuat pastinya jasad kita kuat kerana kita akan dipangku oleh malaikat malaikat Allah.

Mari kita muhasabah kembali. Mari kita pejamkan mata. Bayangkan dosa dosa kita yang bagai pasir tidak terhitung ini. Pernahkah kita melakukan dosa besar akh? Taubat akhi taubat! Agar ruhani kita kembali bernafas …

Dengarkah kamu akan denyutan ruhani mu yang kembali hidup itu setelah taubatmu?

… mari kita bersiap untuk teruskan pertarungan ini dan pertarungan seterusnya …. hingga kita temui Allah samada syahid atau mati ketika kita sedang menyempurnakan bebanan dakwah ini.

jumpa lagi …

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

2 responses to “rahmah batiniyah

  1. zt November 6, 2012 at 12:10 am

    tq for sharing..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: