Sampai bila kita harus merungut


tired

Kita tahu hidup ini bukan untuk kerehatan tapi bekerja dan terus bekerja.

Ini sudah menjadi lumrah kehidupan. Dan kita juga tahu keseluruhan kehidupan kita adalah ujian dan batas ujian itu adalah sewaktu kita hidup kerana bila nyawa telah tiada ujian pastinya akan berhenti dan disitulah nanti kita menerima segala pembalasan diatas bagaimana kita menghadapi dan redha terhadap ujian yang ditimpakan!

Allah tidak membiarkan saja kita menghadapi ujian itu keseorangan setelah dibentangkannya batas umur kita dari kelahiran hingga kewafatan kita, malah dia memberi kita isyarat dan syarat kejayaan bagi setiap kita, iman amal dan dakwah yang kita lakukan.

Disinilah kita kena merumuskan kehendak kehendak Allah itu kedalam mangkuk iman kita dan melalui iman itulah kita bergerak dengan redha dan ikhlas bukan untuk merungut dan terus merungut dengan kelelahan dan keletihan!

Kita berdakwah dan menjadi pendakwah bukan kehendak kita tapi kehendak Allah diatas keyakinan diatas iman itu sendiri. Kita boleh saja menolak jawatan yang melelahkan ini, jawatan yang menyakitkan hati dan menyakitkan jiwa ini jika kita mahu! Namun diatas kesadaran dan iman itulah menyebabkan kita diikat dgn satu ikatan yang kita harus redha kerana ianya sebahagian dari kehidupan kita.

Bertolak dari kesedaran dan membetuli diri kitalah bermulanya hidup kita sebagai khalifah. Khalifah yang akan membela dan mempertahankan agama Allah dalm apa jua keadaan serta menyelamatkan seberapa banyak manusia untuk kembali kepada Allah kerana Allah tidak mahu kita sebagai seorang mukmin ini berhenti pada kesempurnaan peribadi sahaja. Kita ditaklifkan agar merangkak sejauh jauhnya membawa kebenaran supaya lentera Allah ini dapat kita hdup dan sinarkan dibumi barakah ini.

Dalam proses berdakwah inilah kita kena banyak bersabar dan elakan dari merungut dan merungut kerana ini boleh menjejaskan keikhlasan kita kepada Allah. KIta manusia tidak dapat lari dari fitrahnya. Keletihan, kelelahan dan berbagai lagi dan disinilah kita harus kreatif  dalam mengurus waktu dan kesihatan demi keberlansungan dakwah ini.

Kita hanya seorang da’i kerdil dan bukannya rasul atau para sahabat dan pastinya kita tak dapat menjadi segalanya, atau melakukan segala hal dalam hidup ini. Disinilah seperti mana yang aku katakan tadi kita harus bisa berhemah dalam mengunakan energi agar kita dapat output maksimum dalam keterbatasan tenaga yang kita ada! Mendahului yang lebih penting dari yang penting atau dengan turuta alawiyatnya. Hanya yang demikian barulah kita dapat melaksanakan tugas dakwah ini dalam keadaan tenang dan tidak tertekan sehingga membuat kita sentiasa merungut akan keletihan. Firman Allah;

Katakanlah, tiap tiap orang bekerja menurut keadaan dirinya masing masing. QS Isra’ :84

Bukan senang untuk menjadi soleh muslih ( soleh dan mesolihkan orang lain ) kerana kita perlu kebijakan pengurusan. Disinilah terserlahnya kesenian dakwah itu. Dan da’i amat memerlukan sifat seni ini untuk terus istiqamah.

Begitu juga untuk menjadi murabbi atau naqib, kita harus mempunyai jiwa seni ini. Sebagai naqib atau murabi kita harus membuangkan sifat suka mengarah dan bossy ini kerana kita adalah acuan bagi anak binaan kita dan yang kita nak lahirkan dari modul tarbiyah kita adalah seorang Model yang akan menjadi idola dan ikutan manusia lain dan bukan nak melahirkan mereka sebagai pengarah syarikat yang dibuat oleh Mr Donald Trump. Ini yang perlu kita fahami.

Dengan kefahaman dan usaha ini dan dengan membuang sifat mengeluh dan merungut ini insyaalah kita akan memeprolehi pesona kecemerlangan didalam dakwah ini juga akan mempersonakan masyarakat dan mad’u yang ada dilinkungan kita.

Andai ini berlaku  sesungguhnya kita telah temukan pesona kebenaran dan pesona manusia dan apa bila kedua pesona ini bertemu, ghalibnya akan meletakkan islam itu dipuncaknya.

Namun permasaalahan yang selalu timbul dalam memeprjuangkan deen ini bukan pada pesona kebenaran kerana pesona kebenaran bersifat abadi tapi adalah kita yang selalu kehilangan pesona manusia terhadap dakwah ini kerana kecemerlangan manusia hanya bersifat temporary. Bersemangat hanya pada satu satu waktu sahaja dan tidak tahan diuji dan tidak istiqamah dengan baiah mereka.

Yang bujang diuji dgn percintaan, yang bercinta diuji dengan perkahwinan, yang berkahwin diuji dengan anak pinak, yang beranak pinak diuji dengan kesibukan mencari rezeki yang keterlaluan untuk memperoleh kekayaan dan kemewahan dan begitulah seterusnya perjalanan dunia yang sentiasa tidak cukup dan tidak puas ini sehingga kita mengabaikan hidup dan lupa pada baiah kita dengan Allah dan dengan tanzim yang mengikat kita.

Begitulah masa berjalan, hidup mati dan Allah gantikan satu kaum kesatu kaum yang lain.

Apa jadi pada kita?

Apakah kita akan terus merungut dan berkeloh kesah sedangkan islam  yang kita terima ini adalah pilihan hidup yang kita pilih dan tak sepatutnya kita biadap dengan pilihan kita dengan meninggalkan taklif ini!

Sebab kita biadap dengan meninggalkan kewajipan inilah yang membuatkan islam tidak menjadi cahaya yang mencerahkan akal kita, atau api yang melahirkan gelora jiwa kita, atau gelombang yang menciptakan dinamika hidup kita. Peribadi dan hati nurani kita terbelah dan kita lalu kehilangan arah!

Oleh itu marilah kita susun kembali jiwa jiwa kita dan susun kerja kerja kita agar kita dapat mengurus kerja dakwah ini dengan sesempurna yang termampu dari kita terus merungut dan terus merungut sehingga menatijahkan jiwa yang sifar apabila bertemu dengan Allah…

jumpa lagi

Muharrikdaie ~ sentiasa muhasabah diri.

3 responses to “Sampai bila kita harus merungut

  1. abdullah bin ali October 20, 2009 at 5:56 am

    Hidup sememangnya sangat hebat jika dipertaruhkan demi agama Allah. Disini lazatnya sangat bermadu dengan kelazatan kamarulhakikat, yang mana dapat dikecapi oleh orang-orang yang benar lagi sabar.

    Ketinggian ini tidak dapat diukur dengan jarak kilometer lagi. Pandangannya melintasi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semua yang ada tidak lebih dari aryar wahmiyah. Sangka saje ada, pada hakikatnya tiada.

    Yang ada hanyalah zat wajibilwujud.

    Liku ini jarang insan yang sampai, melainkan insan-insan terpilih sahaja. Dipilih oleh Allah bagi memakmurkan bumi bertuah ini. Kesemua yang ditadbir adalah ‘daei’ bukan lagi nafsu yang boleh membawa kepada kesesatan.

    Nafsu insan terpilih ini nafsu yang sudah berhijrah dari wakaf ‘amarah’. Bertukar kepada ‘lawamah’ dan seterusnya mengecapi kemanisan terhebat. Rasa zauk ini adalah kemuncak kejayaan yang tidak dapat diterjemah oleh sesiapa.

  2. Dianah October 11, 2009 at 7:18 am

    salam…

    nape letak gambo camtu? hudoh ngat eh.. pompuan mane ntah tu, menghiasi blog dakwah akhi ni.. hudoh btol la.. hehe.. sori erk, tanak komen, rasa nak komen jgk…😛

    • abdullah bin ali October 13, 2009 at 6:11 am

      Benarlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : ‘ Orang-orang yang bersama-sama ku didalam syurga adalah mereka hati-hatinya yang satu’.

      Jelas hati yang keliru menemui kegagalan yang panjang. Terpedaya dengan keindahan duniawi yang menipu daya. Tiada jalan kesudahan dan kejayaan.

      Lalu kesempatan nafas keluar masuk ini masih berfungsi, serahlah seluruh kehidupan kepada Allah diatas jalan yang lurus lagi benar.

      Jalan yang dilalui oleh orang-orang yang berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: