Siapakah dai’yah itu?


dai'yah

Manusia ini bagai 100 ekor unta, hampir saja kita tidak dapatkannya walau sekor yang layak menjadi tunggangan

Mutaffaq ‘Alaihi

Itulah dia seorang hamba pilihan. Sukar dicari ditengah jutaan hamba. Bagai bintang timur dicelah bintang bintang. Mereka ini adalah musafir dakwah menyusuri langkah menuju Allah. Pegangan hidup mereka adalah Quran dan sunnah. Warkah perjalanannya adalah iman dan amal. Visanya adalah keikhlasan dalam beramal. Bekalnya adalah takwa. Dia adalah manusia unggul. Safarnya dengan langkah yang mantap. Tidak dapat dihalang oleh sipenghalang dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang apa lagi untuk membelot terhadap deen ini.

Siapa dai’yah itu?

Inilah dia seorang serikandi. Dibelakang suaminya memberi semangat. Mempunyai pengaruh besar dalam dakwah.

Memang wanita mempunyai pengaruh besar dalam nuansa dakwah. Betapa banyak seorang da’i yang terangkat semangat nya setinggi awan dengan dorongan saudara perempuan, isteri, ibunya atau anak2 perempuannya. Memang banyak terjadi dilembaran sejarah peristiwa peristiwa ini untuk memberi semangat pada generasi sekarang supaya meletakkan azam yang kuat dan semangat yang kental untuk melakar sejarah sebagai wanita dikasihi Allah.

Wahai ayah kami, kami mendengar bahawa pemerintah menangkap kamu dan memaksa kamu supaya mengatakan quran itu makhluk. Bertakwalah kepada Allah dan jangan kamu mengikut kehendak mereka. Demi Allah, kami lagi rela kamu mati dan menerima berita kematian kamu daripada kamu melanggar prinsip dan arahan Allah …

~ Anak2 permpuan Ahmad Bin Hambal

Inilah semangat dan jiwa cintakan islam anak2 perempuan Imam Ahmad Ibnu Hambal ketika beliau ditangkap oleh pemerintah zalim yang ingin menyelewengkan ummat pada waktu itu.

Ini antara banyak kisah. Dan seorang yang ingin menjadi dai’yah harus menyingkap semula nuansa sirah untuk menyirami semangat untuk terus dijalan ini. Mungkin ingat lagi cerita Ummu Sulaim dan puluhan sahabiyat lagi sebagai pembakar semangat.

Jika wanita tidak mendorong lelaki kepada deen ini pastinya mereka akan menjadi pembantu kepada kejahatan. Betapa banyak pemuda da’i terlambat kerana isterinya. Betapa banyak pemuda yang tidak mendapat tarbiyah islam kerana ibunya. Kehidupan seorang lelaki boleh jadi maju mundur kerana makhluk yang bernama perempuan dibelakangnya.

Oleh itu seorang dai’yah harus mengulit dirinya dan mencanai jiwanya dengan sifat rabbani. Sifat menyintai Rabbnya. Sifat sifat mahmudah. Tidak menyibukan dirinya dengan fitnah. Tidak menghamburkan waktu. Hendaklah dia menempuh jalan keseriusan dalam semua perkara tentang dakwah. Menatap kedepan. Hidup dengan penuh kerinduan kepada akhirat dan tidak terpisah dari kafilah dakwah atau menyibukkan dirinya dengan banyak tidur hingga tujuan perjalanan terlepas darinya.

Jauhi dari menyintai dunia dan tidak meletak dunia dihati. Jangan Iklankan kekayaan sekalipun boleh hidup mewah kerana sebagai aktivis dakwah, segala tubuh badan dan kehidupan adalah qudwah. Anggota usrah yang tidak mampu akan menyimpan cita cita dunia untuk menjadi seperti naqibahnya sekiranya naqibahnya hidup bermewah mewah. Anggota usrah yang mampu pula akan berlumba lumba  dengan naqibahnya mengejar dunia. Natijahnya jadilah kafilah dakwah kita kafilah dakwah elit yang tidak dapat membawa kepada cahaya. Fitnah ini harus dihindarkan dan harus mengatasi kegelapan fitnah ini dengan baik. Islam perlu kan maddi. Dan amat mendambakan kekayaan untuk dakwah tapi bukan untuk diiklankan sesama kita tetapi untuk digunakan demi kepentingan dakwah.

Mari kita banyak berlatih. berlatih dengan hidup. Berlatih dengan ujian. Berlatih dengan mujahadah. Semuga dengan latihan ini banyak mendekatkan kita dengan langit. Dengan bulan. dengan bintang dan menjauhkan kita dari bumi dan tarikan gravitinya yang amat mencengkam jiwa dan nafsu hingga menjauhkan kita dari cahaya cahaya. Kiranya kita banyak mujahadah dan zuhud, makin putihlah hati kita. makin halus hati ini. Sentiasa sebak bila menyebut nama Allah. Sentiasa tersedu bila tersebut nama Rasullullah yang menninggalkan berebrapa dirham waktu wafatnya. Akan lebih teresak kita bila terkenang ibu islam khatijah amat kurus waktu wafatnya. Akan terasa kita jika jiwa ini halus …

Memang sulit untuk mengatasi kecenderungan kita yang sentiasa memacu kepada nafsu. Kita kerap gagal dan tak mampu mengendalikan diri kita sendiri. Sesungguhnya ” Musuh kita adalah diri kita sendiri”. Berdoalah …

Sekadar ini perkongsian malam ini ..

Muharrikdaie

Kuala Lumpur

6 responses to “Siapakah dai’yah itu?

  1. Pingback: dia seorang serikandi ! « kembara cinta ku

  2. tariq_dhiya' December 10, 2009 at 11:29 am

    baru perasan lagu kat tepi ni semuanya best2

  3. jalandakwahbersama July 26, 2009 at 9:10 am

    Assalamu’alaikum…
    Jihad terbesar adalah jihad melawan godaan hawa nafsu, karena hawa nafsu adalah musuh yang tidak terlihat, yang bersarang didalam diri kita dan hawa nafsu mempunyai bantuan yaitu syaithan, yang selalu menghasut kita untuk menurutkan hawa nafsu. Tapi setan/iblis, tidak berdaya terhadap hamba Allah yang tawakal. Seperti tertulis dalam firman-Nya: “Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.” (QS. An Nahl [16] : 99).
    Tulisan Bapak bagus. Untuk buku saya, bila Bapak berminat, dapat memberikan alamat lengkap dan No. telephone Bapak, ke alamat email saya. InsyaAllah, akan saya hubungi Penerbit saya, untuk menghubungi Bapak. Semoga silaturahim kita selalu terjalin baik.

    Wa’alaikum salam,
    Dewi Yana

  4. Hussaini June 22, 2009 at 12:46 pm

    Musuh kita adalah diri kita sendiri

  5. Fadhilatul Muharram June 3, 2009 at 6:21 am

    *blog walking*

    Allahu Akbar… great posting again. memang sulit melawan diri sendiri. astaghfirullah!

    salam😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: