Lelaki juga bisa menanggis


maafkan aku

Rindu. Sunyi. Begitulah rasa dihati.

Dah dua hari tak menulis. Bermakna dah dua hari tak mentelaah kitab dan baca buku. Terasa kering jiwa dan hidup penuh kekosongan. Rutin harian terasa kekurangan. Biasanya setiap malam selepas pukul 12am pulang dari program, pastinya diri ini mengadap komputer. Membaca dan menulis sebelum tidur tapi semenjak 2 hari lalu terasa takut melihat komputer, apalagi melihat butang enter kerana butang itulah yang banyak melukakan hati manusia mungkin juga butang itu banyak menitiskan airmata.

Bahaya tulisan seperti juga bahaya lisan. Tersilap tulis akan mengumpulkan dosa dosa. Terkadang apa yang ditulis oleh penulis tidak sama dengan apa yang dirasa oleh pembaca. Mungkin maksud penulis lain dan yang dirasa oleh pembaca  juga lain lantas timbullah su’ul dzan dan boleh meruntuhkan ukuhuwah yang dibina.

Semuga Allah melimpahkan rahmat kepada seorang hamba yang berbicara sehingga meraih keuntungan dan diam sehingga mendapat keselamatan

~ HR Abu Syaikh dari Abu Umammah r.a.

Sebenarnya kedua dua ini memberi rahmat oleh Allah kepada kita sekiranya ianya menepati kehendak Allah SWT. Lebih lebih lagi bagi kita yang telah ditarbiyah dengan tarbiyah islam ini dapat meletakkan diam dan bicara ini dalam kondisi yang sesuai dengan keperluan kita dimana Atsar sahabat telah memperingati kita

Lisan seseorang yang cerdik berada dibelakang akalnya. Apabila ingin berbicara, ia kembali pada akalnya. Jika mendatangkan keuntungan, ia akan berbicara. Jika mendatangkan bahaya ia akan menahan diri. Sedangkan akal orang jahil berada dibelakang lisannya. Ia akan selalu berbicara tentang semua hal yang terpampang didepannya

~Atsar

Kefahaman pada hadith ( …dan diam sehingga mendapat keselamatan ) dan atsar ini janganlah sampai kita tidak berbicara sebab didalam penerangan hadith ini ada menerangkan tentang bebicara itu adalah ciri khas manusia yang paling istimewa daripada diam.

Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara

ArRahman 3-4

Sebenarnya bicara ini hendaklah yang boleh mengembirakan manusia. Yang boleh dimenfaatkan oleh orang lain terhadap bicara kita. Berdakwah dan berbagai lagi yang berbentuk positif.

Jadi diam itu lebih baik dari berbicara adalah dalam tiga keadaan:

1. Apabila tidak mendatangkan menfaat dan mengandung kebaikan. Lebih baik baca quran dan berzikir.

2. Apabila kita sedang berfikir dan bertafakur tentang kekuasaan Allah atau sedang mendengar ayat ayat ayat AlQuran dan mentadaburinya.

3. Apabila perkataan itu mempunyai mengandungi penyakit lisan

~ bersembang kosong tanpa apa apa faedah kecuali sembang dakwah dan sembang ukuhuwwah

~ Perkataan yang mengandungi kebatilan, mengumpat, berdebat dan mujadalah yang tak membuahkan amal

~caci maki membocorkan rahsia, ghibah adu domba dan prokasi dll

Begitulah. Sebahagian dari perkara yang perlu kita beri perhatian dalam menjalani hidup harian ini dalam kontek hablum minannas ini kerana tersilap berbicara akan merugikan dakwah.

Malam tadi aku lihat mutarabbi ku semakin lemah penghayatannya terhadap dakwah ini. Merasa liat dan malas untuk hadir keprogram dan dalam keadaan yang tidak bersedia. Inilah yang sedih. Terkadang terasa aku tak layak untuk membimbing. Mungkin kelemahan itu berlaku disebabkan aku atau atas kefuturan mereka. Banyak kali dah aku ulang ulang perkara yang sama kepada mereka. Dalam dakwah ini kita perlu kejelasan matlamat dan kesungguhan berusaha …

Ikhwah mutarabbiku sekiranya kamu membaca blog aku malam ini, dengarlah apa yang ingin aku pesankan ini kerana aku tak mampu untuk menanggis kerana mu lagi

Ingat?

Sekiranya kamu anggap dakwah ini berat, aku hanya boleh mengatakan kamu …Sabar dan sabar

Sekiranya kamu anggap dakwah ini sebagai tanggungjawab, aku akan mengatakan kepada kamu …..istiqamahlah

Sekiranya kamu anggap dakwah ini sebagai hiburan, aku akan senyum dan mengatakan kepada kamu ….syukurlah

Kerana apa?

kerana ..jika kamu rasa dakwah ini berat pastinya satu hari kamu akan meninggalkannya …nauuzubillah. Sebab itu aku mahu kamu sabar dan terus sabar agar kamu menerima dakwah ini sebagai tanggungjawab. Aku tidak mahu memaksa kamu lagi dan terus memaksa dalam setiap aktiviti kita sehingga kamu meninggalkan dakwah ini dan terimalah segala arahan ku sebagai tarbiyah bagi kamu dan dapat merasakannya sebagai satu masuliyah yang tidak dapat ditinggalkan.

jika kamu rasa dakwah ini sebagai tanggungjawab aku tetap akan sentiasa memesankan pada kamu agar kamu sentiasa istiqamah kerana kamu masih belum lagi boleh bersedap hati kerna ujian akan mendatangimu dan kamu pasti teruji dan mungkin kamu juga akan futur diperjalanan panjang ini tetapi …

jika kamu rasa dakwah ini satu hiburan. Insyaalah. Kamu akan rasa nikmat iman yang sebenarnya. Kerana inilah hiburan kita. Inilah dunia kita. Inilah harta kita. Inilah syurga kita dan apa pun arahan dan tribulasinya adalah hiburan kita dan insyaalah tidak ada manusia yang meninggalkan kegembiraan dalm hidup mereka dan inilah kegembiraan kita. Kamu datang halakat akan rasa gembira. Daurah akan rasa gembira dan segala program akan rasa taman taman hiburan yang mewarnai kita.

Oleh itu ikhwah. Marilah kita didik dan tarbiyah jiwa kita agar kita dapat rasakan begitu.

Aku juga akhi ada masaalah dengan akhawat kita … mungkin dulu aku mengharap seseorang membantu aku menyelesaikan masaalah akhawat jamaah ini namun sekarang tak berani untuk minta bantuan. Aku tak tahu mengapa. Mungkin dia masih marah dengan aku dan aku rasa pendekatan berdiam ini adalah yang terbaik untuk meredakan kemarahannya. Aku ingin mohon maaf apa pun yang aku lakukan dan diatas keterlanjuran aku.

Aku tidak berniat untuk melukakan sesiapa cumanya terkadang tulisan ini banyak tafsiran yang boleh dibuat. Aku tidak berniat untuk mencanangkan tentang kita keseluruh dunia tapi aku tiada peluang dan kesempatan. Disinilah aku terhukum. Dan disini jugalah lelaki itu bisa menanggis diatas kesalahannya ….

Jumpa Lagi

Muharrikdaie

Maghrib

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: