Mari kita terus merenung

Aku menulis lagi. Mencari nafsuku. Mencari nafsumu. Yang masih hidup dan mengalir didalam kelaparan puasa. Lihatlah dia makin tersiksa. Biarkan dia tersiksa. Biarkan dia lara. Kerana dia kita mengunung dosa. Kerana dia amal kita tertahan diawangan.

Seminggu telah berlalu. Lapar dan lapar. Namun nafsu kita tidak pernah mati. Ibnu ataillah berkata;

“Setiap kali nafsu itu mati, maka Allah akan menghidupkan nafsu yang lain hingga ia juga mati hingga pedang kita menitiskan darah mujahadah ….”

Begitulah dia. Seperti anak meminta dimanjakan. Meski kita mematahkan ia, akarnya akan terus hidup menguji kesabaran kita.

Puasa itu sajalah kelemahannya. Ramadan itulah sangkar siksaannya!

Aku tahu. Ada yang menghirup udara malam Ramadan ini dan ada yang menghirup udara sahurnya dengan zikir zikir dan tahmid cinta tapi masih ada lagi yang tidak terasakan …

Ada antara kita yang kesat ruhi. Keras dan kematu. Malah setitis airmata pun tidak mampu kita titiskan apalagi untuk memejamkan mata menghayati kegelapan … untuk membayangi kubur yang datang!

Wahai sahabat yang dikasihi,

Seperti biasa Ramadan akan terus menantikan komitmen kita semua untuk mengisi ruang ruang tarbiyah didalam diri dan jiwa kita.

Kasihnya Ramadan kepada kita bertaburan bagai manik manik mutiara yang menghiasi rambut sang bidadari …

Ramadan sentiasa mengajak kita untuk memohon ampunan dan belai kasihNya.

Ingatkah lagi masa dan waktu kita dulu telah berlalu.

Namun kisah kisah kemaksiatan dan duka duka lalu tidak akan pernah melupai kita. Meski kepenatan kita melakukan maksiat telah hilang dari kita, namun keringat keringat dosa dan noda tetap tidak akan terpadam, malah kemas tercatit dilembaran lembaran malaikat yang disimpan di pendrive Raqibun Atid.

Kita juga pasti telah lupa akan dosa dosa lalu tapi sebenarnya dosa dosa kita melekat keras dalam qalbu kita dan akan terus mengeras umpama iceberg yang tidak boleh diruntuhkan oleh ombak ombak amal yang dhaif yang telah kita lakukan.

Oleh itu ikhwah,

Jangan kita biarkan malam malam kita terus kesejukan dan terus mengeras, seperti kerasnya hati kita yang akan menjadi kembar kita waktu dipanggil dan diusap oleh malakatul maut sebelum diusung keliang lahat dan menjadikan kita penunggu terowong barzah yang dipenuhi oleh asap asap api jahannam.

Buat lah satu perubahan, satu tekad, satu azam yang benar benar dapat dinilai oleh Allah sebagai amal yang qowi..

Sukarkah kita untuk berubah dan mengimfakkan diri ini untuk RabbulJalil dimalam rahmat kurniaannya?

Tidak cukupkah kelazatan dunia yang telah kita terokai?

Apa lagi yang kita cari akhi?

Tinggalkanlah segala kelazatan sebelum kelazatan dunia meninggalkan kita.

Adalah lebih manis kita meninggalkan kelazatan dari kelazatan meninggalkan kita.

Buangkanlah bayang keindahan dunia yang selama ini hadir dalam keheningan khayal kita.

Jangan kita biarkan graviti bumi terus menarik kita hingga kita terpana dengan keindahannya lalu kita lupakan akan keindahan langit yang penuh dengan keajaiban dan janji israq wal mikraj.

Kamu tidak akan dapat menerokai langit selagi mana kamu menyintai bumi.

Langit memerlukan kesucian hati dan batin seperti Hati Rasul dan para sahabatnya untuk kamu menerokainya.

Oleh itu tiada jalan lagi kecuali melalui proses tarbiyah dzatiyah yang berterusan tanpa henti.

Mari kita bina madrasah ruhiyah dalam hati kita agar ianya sentiasa dilaungi azan dan iqamah merenggut urat dan nadi kita sepertimana para mujahidin ikhwan membina madrasah al-banna didalam hati mereka.

Mereka menghayati madrasah itu sehingga mereka dapat menyucikan hati mereka menjadi rijal rijal yang sufi, yang syahid, yang dai, yang murabbi dan yang dapat menyambung wasiat Rasul!

Apakah mustahil untuk kita lakukan?

Tidak sama sekali.

Selagi sunatullah berjalan selagi itu keajaiban akan berlaku melalui sunnaturasulNya!

Akhi

meski sekali puistis bait bait ini tapi fahamilah ianya adalah satu peringatan untuk kita melakukan perubahan kerana pastinya usia kita semakin kepenghujung!

Mari kita renung dan tenung agar kita tidak terus termenung!

Apabila dakwah berkata kata pada kita

Akhi, Sepatutnya engkau mencintai ku seperti bunga mencintai titah Tuhannya. Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia. Tak pernah lelah meneduhkan dalam gelita nyala.

Akhi sepatutnya Engkau mencintaiku seperti matahari mencintai titah tuhannya. Tak pernah lelah memberi cerah cahaya. Tak pernah lelah menghangatkan jiwa. Tak pernah lelah membawaku kemana saja.

Akhi, Betapa malangnya jiwa yang mengabdi pada dunia, duduk bersimpuh dihadapan siang dan malam tanpa memperdulikan aku yang menjadi bebannya.

Akhi, betapa rugi kalau kamu tidak segera terbangun dari khayalan masa lalu dan beranjak segera. Tinggalkanlah merak dan bulunya yang indah.Tinggalkan cinta mawar yang banyak durinya.

Akhi, betapa menderita jiwa yang masih tertabiri akan firman Tuhan yang akan membawa kamu kejalan kedekatan namun kamu tidak segera mencium ketercerahan yang akan melalukan hidup kamu dari segala kecemasan.

Akhi, betapa ruginya hidup kamu yang telah menemukan mata air aku ini tapi kamu membenamkan diri dalam kesegaran dunia yang semu.

Akhi ukhti, bercintalah dengan Allah yang aku menjadi jalannya dan jauhilah kemewahan dan kesenangan serta rehat yang sementara!

Sekadar keluhan

Sahabat sahabatku. Kawan kawan ku. Sahabat penaku. Sahabat se blogku dan ex-teman dakwahku semakin berjaya dijalan dakwah ini.

Meniti hidup hari hari penuh kejayaan. Melakari warna warna dakwah ini dengan jayanya dalam rahmat yang berlimpah limpah. Bersyukur sangat sangat pada Allah walau aku terpaksa merenungi mereka dari kejauhan mencari sebuah hakikat dalam pancaran sinarNya.

Aku tertegun tegun dengan hati yang penuh mengerti bahawa dakwah yang ikhlas dari hati dan kesungguhan, sesungguhnya memberi mereka jalan jalan terang sebagaimana harapan yang ku berikan pada diri aku dahulu.

Sebuah keadaan, yang lebih tepatku kulukiskan sebagai sebuah energi iman dan spiritual telah mereka hadirkan dipintu jiwa mereka hingga membawakan mereka pada cerapan cerapan indrawi lalu merangkaikan kejayaan terindah dijalan dakwah ini membuat diri ku terus mengaca apakah pantas seperti mereka.

Namun … Aku juga harus mengerti. Tidak semua doa boleh menjejak langit. Jika belum lagi dapat membersih jiwa, nawaitu dan menghidupkan batin dalam keikhlasan.

Dan aku pasti doaku masih jauh melingkari awan. Berperang dengan angin angin dan bintang bintang untuk menemui kemakbulanNya.

Dan aku tidak pasti apakah citaku akan menemui ku atau hanya terngiang ngiang dalam titik debu pendengaran yang menghiasi telingaku.

Tahniah buat kamu yang akan terus menjadi sumber inspirasi ku.

muharrikdaie
Dalam kedinginan ramadan

persoalan?

Sahabat sahabatku. Kawan kawan ku. Sahabat penaku. Sahabat se blogku dan ex-teman dakwahku semakin berjaya dijalan dakwah ini.

Meniti hidup hari hari penuh kejayaan. Melakari warna warna dakwah ini dengan jayanya dalam rahmat yang berlimpah limpah. Bersyukur sangat sangat pada Allah walau aku terpaksa merenungi mereka dari kejauhan mencari sebuah hakikat dalam pancaran sinarNya.

Aku tertegun tegun dengan hati yang penuh mengerti bahawa dakwah yang ikhlas dari hati dan kesungguhan, sesungguhnya memberi mereka jalan jalan terang sebagaimana harapan yang ku berikan pada diri aku dahulu.

Sebuah keadaan, yang lebih tepatku kulukiskan sebagai sebuah energi iman dan spiritual telah mereka hadirkan dipintu jiwa mereka hingga membawakan mereka pada cerapan cerapan indrawi lalu merangkaikan kejayaan terindah dijalan dakwah ini membuat diri ku terus mengaca apakah pantas seperti mereka?

Namun … Aku juga harus mengerti. Tidak semua doa boleh menjejak langit. Jika belum lagi dapat membersih jiwa, nawaitu dan menghidupkan batin dalam keikhlasan.

Dan aku pasti doaku masih jauh melingkari awan. Berperang dengan angin angin dan bintang bintang untuk menemui kemakbulanNya.

Dan aku tidak pasti apakah citaku akan menemui ku atau hanya terngiang ngiang dalam titik debu pendengaran yang menghiasi telingaku.

Terkadang serasa aku hilang jejak dijalan dakwah ini. Aku tidak mendapat sokongan dan panduan dari jamaahku. Aku terpaksa bergerak sendiri. Segala bakat yang ku punyai tenggelam begitu saja. Tidak dapat aku menfaatkan sebaiknya. Aku seolah olah keseorangan didalam ramai.

Terkadang aku rasa terlebih baik aku bergerak berseorangan dari aku menanti sebuat penantian yang tiada kepastian. Mungkin itu jalan terbaik walaupun murabbi ku sering mengingatkan bahawa ‘ keroh dalam jamaah itu lebih baik dari jernih keseorangan. Aku tak terdaya ….

Tahniah buat kamu yang akan terus menjadi sumber inspirasi ku.

muharrikdaie
Dalam kedinginan ramadan

Hakikat cintaNya

Akhi, kita masing masing dikurniakan sebuah perjalanan.

Cumanya kitalah yang sewajarnya menguruskan perjalanan ini. Persiapannya. Bekalnya dan pelbagai lagi.

Dan perjalanan yang terbaik buat kita adalah untuk membuang cinta dan mengapai cinta!
Jadikanlah perjalanan kita ini perjalanan yang melahirkan jiwa suci. Juga mencerahkan jalan kehidupan kita untuk hari mendatang. Hari yang penuh misteri dan abadi. Hari yang tidak ada khayal dan mimpi.
Janganlah disini kita sia siakan nafas perjalanan hidup kita, kerana disini bukanlah pusat keindahan bagi kita tetapi ia adalah sepotong benda yang penuh duri.
Kita disini hanyalah untuk menghirup nafas perjalanan seorang hamba yang penuh bebanan meski kita diizin menginjak lembut bumi ini namun segalanya ada nilai dan soal.
Oleh itu cerminlah diri dan bertanya,” akan kemanakah ku bawa wajah hidupku?”
Pasti jawabannya adalah keinginan sebuah fitrah yang ingin kesyurga.
Dan disini ada berjuta jalan menujuNya. Ada beribu cara untuk megapai cahayaNya. Ada pelbagai jalan untuk memperolehi hikmah dalam kepastian cintaNya.
Pasti kamu akan menemui damai dalam jiwamu jika kamu tahu hakikat kepunyaanNya!
muharrikdaie

Ukhwahfillah

Akhi, orang lama didalam dakwah banyak belajar tentang pergaulan. Kerana dengan pergaulanlah dakwah akan berkembang. Maka sebelum bergaul dimedan amal, kita dilatih di medan tarbiyah untuk melahirkan ukhwah. Dan tarbiyah yang baik saja yang dapat melahirkan ukhwah. Seperti yang kita tahu bahawa ukhwah itu adalah jalinan perasaan. Perasaan yang bebas dari pencemaran duniawi hingga menjadi ukhwahfillah yang membawa kita kearah bekerja dan berjihad dijalan dakwah ini.

Tidak mudah untuk melahirkan ukhwahfillah. Waktu student bolehlah! Waktu sama sama susah dirantau orang bolehlah! Segala gala boleh dishare bersama. Makan burger sorang sikit. Makan nasi sama sama. Kawan susah kita tolong. Boleh share minyak kereta dan pelbagai lagi. Sehingga ukhwah kita menjadi betul betul closed tahap gaban. Tiap kali bertemu kita salam, berpeluk bertemu pipi 3 kali. Berpisah pun bertemu pipi lagi 3 kali. Itu kalau akhwat. Kalau ikhwah pulak, peluk peluk lagi sampai perut yang boroi pun boleh peluk rapat sampai tak nampak boroi kerana close nya. Itu belum lagi cerita bila berpisah. Ikhwah ke atau akhwat ke, mesti nanggis. Itu realiti didepan mata kita malah kita alaminya sendiri.

Kamu tahu tak, kenapa kamu boleh membina ukhwah sampai begitu intim? Ini adalah kerana waktu kita studen atau pun diwaktu kita susah dan tidak ada kepentingan duniawi sudah pasti ianya boleh berlaku. Namun bila kita mewah dan ada kepentingan duniawi ukhwah yang hebat pun boleh rosak!

Sebenarnya tidak hairan ianya berlaku begitu kerana disepanjang sejarah pergerakan perjuangan islam, ukhwah mereka hebat pabila mereka menjadi fuqaro’ wal masakin tetapi apabila taraf kehidupan meningkat friction pasti berlaku.

Begitu juga kita, apabila telah sukses study, ada degree, master, phd dan dah memiliki jawatan besar dan segalanya besar ukhwah kita semakin longgar dan longgar. Lebih lebih lagi bila dah berkahwin dan memiliki harta. Nak ajak usrah pun payah. Nak ajak pergi program pun payah. Nak ziarah pun payah. Nak peluk peluk dan makan dalam talam pun payah. Kalau semua itu payah, bagaimana kita nak bina ukhwah. Kisah lama kita waktu student dulu pun kita dah lupakan.
Kamu ingat tak lagi, waktu kamu bersimpuh bawah pohon rendang dipadang bersama kawan kawan berpiknik makan sandwich? Pergi tepi pandai, bergurau senda … naik basikal dekat island dan pelbagai lagi. Mungkin kamu ingat lupa tapi itulah ukhwah yang manis. Itulah Ukhwahfillah yang ikhlas.

Akhi wa ukhti. Ingatlah tidak sempurna dakwah, tarbiyah tanpa ukhwah. Kerana kedua inilah yang menjadi jantug kepada dakwah. Sebab itu Albanna menyebut kekuatan ukhwah itu adalah diantara kekuatan yang kita perlukan dijalan perjuangan ini selain kekuatan akidah dan ketenteraan.

Sesungguhnya ukhwah inilah yang paling sukar untuk kita mantap dan jalinkan! Namun sambunglah kembali dalam saat usia kita menganjak tua dan masih dalam perjuangan ini. Ukhwah ini bukan saja untuk kita jalinkan semata untuk kita rasakan zauknya namun yang lebih penting adalah untuk kita membangunkan dakwah ini.
Buanglah ego dan sampah sarap dunia yang tiada harga itu kerana ukhwah itu lebih berharga dari dunia dan isinya. Doalah buat semua ikhwah kita demi dakwah ini.

muharrikdaie

Dunia mati kita

Akhi, antara penawar jiwa kita dari menyintai dunia dan kelazatannya adalah dengan membayangkan kematian dan membayangkan sempitnya kuburan.Ketahuilah akhi/ukhti, Kuburan yg sempit itu adalah kitab rahsia hidup manusia yang akan membongkar rahsianya.

Namun kuburan tidak mampu memberitahu kepada kita tentang rahsia itu sekarang sehinggalah kita sendiri yang akan memasukinya nanti!

Jangan fikir mudah bila berada disana seperti mana kita fikir mudah keampunan Allah terhadap dosa dosa kita! Kita dianjurkan ‘berbaik sangka’ pada Allah namun pastikah kita Allah mengampuni dosa kita? Semua itu adalah rahsia.

Seandainyalah kita mampu beristighfar 1000 kali sehari dan bermunajat setiap malam memohon keampunan. Bolehkah kita mendapat jawaban dari langit bahawa dosa kita diampuni? Serius! Langit tidak akan terbuka memberitahu kita.

Justeru itu kita wajib percaya dengan haqqul yakin tentang perkara ghaib dan menghayatinya dengan sepenuh jiwa dan iman agar kita sentiasa berada dalam suasana ‘mengharap’ dan ‘cemas’ agar kita menghadapi hidup dunia yang penuh tipuan ini dengan ‘keseimbangan.’

Sifat ‘harap’ mengajar orang yang berdosa supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Dan sifat ‘cemas’ dapat mengajar orang yang rajin beramal agar sentiasa hati hati dengan perasaan riya’ dan over confident bahawa Allah akan menerima amalan mereka sedangkan Allah boleh membatalkan amal mereka bila bila masa saja!
Dua sisi sifat inilah yang akan memacu diri kita untuk terus beramal dan meninggalkan dosa sehingga diujung amal itu pasti kita beristighfar menandakan bahawa kita sentiasa berharap Allah terima amal kita dan mengampunkan dosa kita. Kita benar benar akan rasa kekerdilan.

Marilah kita cuba sesunggunya untuk membangunkan amal amal yang terbaik kepada yang maha baik. Pelbagaikan amal. Kerana pintu pintu syurha itu bertingkat tingkat yang mudah mudahan kita dapat memasuki setiap tingkatnya.

Walau apapun kalau kita tidak mampu membuat pelbagai amal. Maka carilah satu amal yang mampu kita lakukan dan kita fokus serta istiqamah dengannya dan jadikanlah ia ‘amal unggulan’ dan menjadikan ia ‘hujah terkuat’ dihadapan Allah setelah kita mati nanti bahawa dimasa kita hidup dulu kita pernah bersungguh untuk mendapat redha Allah.

Jom akhi ….kita isikan dengan amal di umur kita yang tersisa ini ….

Muga bermenfaat buat semua.

muharrikdaie

Jodoh dan Kehidupan

Serius. Aku benar benar dapat merasakan jiwa dan hati seorang akhawat yang tidak bertemu jodohnya! Risau. Sedih. Cemburu sepi, sunyi dan pelbagai perasaan menerjah!

Mana aku tahu? Sudah pasti aku tahu kerana kakak aku berada disituasi itu!

Aku tidak hairan jika ikhwah tidak berkahwin dan aku tahu perasaan mereka. Gembira, bebas, merdeka dan boleh memfokuskan apa yang mereka citakan. Cuma yang risaukan mereka adalah ibu ayah dan murabbi mereka. Takut mereka terlorong dalam kemaksiatan. Lelaki tetap lelaki. Sekuat mana keimanannya namun fitrah kelakiannya tidak dapat disorokkan sekalipun disembunyikan dicelah celah puasa sunatnya.

Meskipun begitu, kerisauan seorang lelaki tidak sama seperti seorang akhawat. Apalagi bila usia mereka menjangkau 30an. Maka semakin risaulah mereka hingga terganggu perjalanan hidup mereka sehari hari. Lebih lebih lagi bila melihat teman rapat mereka sudah bersama pendamping mereka. Fuh … pasti emosi.

Namun bagi seorang akhwat yang mantap iman dan aqidahnya serta jatidirinya. Sedikit pun dia tidak merasai kerisauan itu kerana dia tahu bahawa segala gerak laku kehidupannya adalah diatas takdir mubram Allah subhanahu wataala semata. Malah dia mampu untuk menyusuri hidup dengan penuh semangat dan ceria untuk mengapai apa yang dicitakannya.

Berlainan pula dengan akhawat yang tidak punya jati diri dan lembik macam taufu fa semangatnya serta lemah akidahnya. Pasti mereka merasakan hanya mereka sahaja di dunia fana’ ini yang bujangan dan tak kawin. Sehingga mereka patah hati, layu jiwa dan membawa diri mereka semakin jauh dan jauh. Hingga terkadang ada yang bersifat seperti ‘ahli kubur’ atau pun ahli sufi  dan tidak mahu bergaul dan memencil diri berterusan bermonolog dengan nasib dan takdir mereka.

Apa kesudahannya? Tidak lain tidak bukan mereka akan menjadi layang layang yang putus tali dan jatuh koyak rabak dibumi yg tiada penghuni dan menjadi nenek kebayan yang kesunyian dihutan.

Sebenarnya jika kita hayati secara positif, hidup membujang ini lebih banyak memberi erti dan menfaatnya andai kita bijak mengurus usia yang terbatas ini!

Banyak ruang ruang kosong kehidupan ini dapat kita isikan dengan agenda syurga untuk kita gapai.

Umpamanya sambung belajar dalam bidang islam. Berbakti kepada kedua ibu ayah. Melibatkan diri dalam jamaah islam dan ngo’s serta menyertai misi misi kebajikan dan kemanusiaan. Menulis buku atau novel islam secara serius. Serius dalam dakwah dan tarbiyah dan pelbagai lagi perkara menfaat.

Siapa yang tidak mahu hidup yang ideal. Punya keluarga isteri suami dan anak anak. Tapi itu bukanlah satu satunya matlamat kehidupan. Matlamat kita yang tepat adalah redha Allah dan syurganya.

Berkahwin juga tidak semestinya bahgia dan mampu untuk kita memenuhi agenda syurga kita malah terkadang kita terpaksa melalui jerih payah yang boleh membawa kita meninggalkan dakwah dan lupa kepada tanggungjawab kepada ummah dan Allah dek kerana melayan kehendak dunia rumahtangga.

Bukan aku berburuk sangka kepada orang yang berumahtangga yang amat banyak kebaikan dan menfaatnya namun tak semua rumahtangga terurus dengan baik andai pasangan tidak dapat melayarinya dengan takwa dan sabar sebagaimana para solihin terdahulu melayari kehidupan tersebut.

Justeru yang ditakdirkan bujangan, masih banyak jalan untuk kita cari redhaNya dan titian hidup ini bukan hanya dengan perkahwinan semata untuk meraih syurga Allah kerana sumber pahala dan amal itu banyak dan boleh kita raih dengan pelbagai cara dan cabang yang boleh membahgiakan masa hidup yang panjang ini.

Jangan kita sempitkan hidup dengan takdir Allah yg telah ditetapkan buat kita. Bersyukurlah dan hayati lah hidup yang indah bagai pelangi ini… Dan jadilah seperti matahari pagi yg sentiasa tersenyum menghamburkan cahaya meski terpaksa menerjah sejuk embun demi memberi cahaya pada mayapada ini.

Insyaalah. Muga bermenfaat utk kita renungkan.

Teruskan dakwah

ingatan rengkas buat aku dan kamu akhi.

Dalam hidup berharaki setiap ujian yang datang itu tidak sama. Oleh itu kita harus bersedia menghadapinya dengan ketahanan dan jati diri dan dengan memohon pertolongan Allah yang tanpa putus.

Dimehwar tanzimi. Ujiannya lain. Di mehwar syakbi ujian nya juga lain. Di mehwar muasasi. Ujiannya juga lain. Dan begitu juga di mehwar dauly nanti ….

Begitulah fasa fasa perjuangan kita andai kita dipanjangkan usia dalam perjuangan ini. Benar sekali kalam albanna mengatakan bahawa kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Ditambah lagi sakit dan ujian untuk kita merawatnya. Amat memerlukan masa yang banyak dan panjang.

Jangan sesekali impikan kejayaan dan kemenangan sekarang. Sedangkan dalam fasa yang ada ini pun masih jauh lagi bagi kita untuk mengharunginya. Teruslah bekerja apa yang mampu kita buat dan jangan sesekali berhenti meski ujian dan ibtila menghambat kita.

Jadikanlah darah dan airmata dalam anugerah dakwah yang diberikan pada kita ini terus kita alirkan pada generasi akan datang. Mudah mudahan dengan sedikit usaha dan kesabaran kita ini, ianya akan menjadi matarantai dakwah yang akan terus berputar tanpa henti hingga mentari berubah paksinya sebelum bertemu Allah.

Wallahu aklam

Otai dakwah

Lagi lama kita terlibat dengan dakwah, lagi banyak perkara yang harus kita lakukan dalam hidup ini. Memang dakwah memeningkan kepala dan menyesakkan nafas serta meremukkan hati! Justeru jangan kita lupa, itulah penyucian jiwa yang paling berkesan dalam merentas hayat ini.

Dakwah menguji emosi kita kiranya kita asyik memikirkan kejayaan! Malah ia boleh menghunjamkan kita kearah keputusasaan andai kita terlupa akan tabiat jalannya.

Belajarlah dari para Syuyukh atau Otai dakwah kerana mereka telah lama dijalan ini dan andainya kita bergaul dengan mereka pastinya kita akan dapat sesuatu mutiara yang masih lagi belum kita miliki terutama sekali dalam menghadapi mehnah dakwah sekali pun kita dah banyak berteori di dalam usrah.

Bagi otai di track dakwah ini, mereka dah tak kisah dengan ujian kerana mereka dah terbiasa dengan seninya. Sebab itu mereka boleh istiqamah dan bersabar. Bagi mereka parameter kemenangan dan kekalahan tidak pernah menggodam semangat granit mereka.

Bagi kita pula, kebanyakkannya masih teragak agak lagi. Ibarat orang mabuk laut. Tidak stabil. Kalau aktif pun sekadar di medan usrah saja. Itu pun kita rasa kita dah hebat sedangkan kalaulah kita muhasabah kembali diri kita yang kesekian lamanya dijalan ini, tidak seorang pun mampu kita renggut hati mad’u di luar sana untuk kita beri siraman hidayah.

Betulkan? Itulah wajah kita sebenarnya.Bukan kita tidak mampu tetapi lebih kepada kita tidak mahu berjuang dimedan amal yang punya ribuan pintu untuk kita ketuk dan bergelumang dengan dakwah di dalamnya.

Muga bermenfaat utk sentuhan qalbu kita. Insyaalah.