Islamlah! nescaya kamu selamat

Tag Archives: jodoh

Jangan risau pasal jodoh

Banyak aku baca tentang kerisauan ikhwah dan akhawat tentang jodohnya. Apalagi bila usia dipenghujung 20an atau early 30an. Sedangkan jodoh itu perkara ghaib. Walau kita jual bumi dan langit ini untuk mendapatkan jodoh … Pasti jodoh itu tidak akan datang bertamu depan kita kerana ianya adalah takdir mubram [ takdir tetap] dari Allah.

Berdoa dan berusahalah. Kita tidak mampu selain ikhtiar kerana itu disuruh dalam agama. Namun ianya tidak menjamin kedatangannya pada kita. Mungkin hari ini, esok lusa atau tiada!

Tapi yakinlah suatu hari nanti insyaalah kita akan temui jodoh jika tidak didunia ianya pasti diakhirat seperti mana kita akan temui mati. Itu janji Allah.

Paling penting jadikan lah diri kita hamba yang bertakwa. Agar bertemu yang bertakwa juga. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik. Sabar dan serah pada Allah.

Alakulihal dari memikirkan jodoh terlebih baiklah kita memikirkan mati. Kerana orang yang bijak akan memikirkan kehidupan selepas mati. Ia memotivasikan kita untuk menjadi manusia terbaik. Malah akan menjadikan kita dicintai Allah dan rasulnya.

Terkadang apabila kita memikirkan mati, kita akan lebih sihat untuk hidup dan positif untuk menghadapi hidup. Malah membuka ruang bagi kita untuk memenfaatkan hidup ini dengan lebih effisien lagi.

Kalau tidak temui jodoh pun, banyak ruang ruang kosong dalam amal islam ini dapat kita lakukan demi meraih syurga Allah.

Kawin bukanlah penentu kebahgiaan. Ada juga orang yang berkahwin menjadi sengsara hingga mati. Ada yang bujangan hidup bahgia sepanjang usia.

Perkahwinan itu hanya lah alat saja untuk kita berkongsi hidup dalam meraih syurga Allah. Itu pun kalau kita berkahwin dengan niat memantapkan dakwah iman dan amal. Kalau sebaliknya! Tidak bererti juga. Kalau kita tidak kawin pun alat alat untuk kita melonjakan amal dan untuk meraih syurga Allah juga terbentang luas.

Banyak perkara kebajikan dan kerja dakwah yang boleh kita lakukan dengan menyertai NGO’s dakwah dan berbagai lagi andai kita tidak temui jodoh kita.

Memang naluri kita perkahwinan itu suatu kemestian bagi kita untuk mengapai kebahgiaan tapi kehendak Allah hendaklah kita redha! Redhalah! Mungkin itu yang terbaik buat kita.

La Tahzan
Innallaha maana

Barakallahu fikum
Ramadan kareem

Advertisements

Jodoh dan Kehidupan

Serius. Aku benar benar dapat merasakan jiwa dan hati seorang akhawat yang tidak bertemu jodohnya! Risau. Sedih. Cemburu sepi, sunyi dan pelbagai perasaan menerjah!

Mana aku tahu? Sudah pasti aku tahu kerana kakak aku berada disituasi itu!

Aku tidak hairan jika ikhwah tidak berkahwin dan aku tahu perasaan mereka. Gembira, bebas, merdeka dan boleh memfokuskan apa yang mereka citakan. Cuma yang risaukan mereka adalah ibu ayah dan murabbi mereka. Takut mereka terlorong dalam kemaksiatan. Lelaki tetap lelaki. Sekuat mana keimanannya namun fitrah kelakiannya tidak dapat disorokkan sekalipun disembunyikan dicelah celah puasa sunatnya.

Meskipun begitu, kerisauan seorang lelaki tidak sama seperti seorang akhawat. Apalagi bila usia mereka menjangkau 30an. Maka semakin risaulah mereka hingga terganggu perjalanan hidup mereka sehari hari. Lebih lebih lagi bila melihat teman rapat mereka sudah bersama pendamping mereka. Fuh … pasti emosi.

Namun bagi seorang akhwat yang mantap iman dan aqidahnya serta jatidirinya. Sedikit pun dia tidak merasai kerisauan itu kerana dia tahu bahawa segala gerak laku kehidupannya adalah diatas takdir mubram Allah subhanahu wataala semata. Malah dia mampu untuk menyusuri hidup dengan penuh semangat dan ceria untuk mengapai apa yang dicitakannya.

Berlainan pula dengan akhawat yang tidak punya jati diri dan lembik macam taufu fa semangatnya serta lemah akidahnya. Pasti mereka merasakan hanya mereka sahaja di dunia fana’ ini yang bujangan dan tak kawin. Sehingga mereka patah hati, layu jiwa dan membawa diri mereka semakin jauh dan jauh. Hingga terkadang ada yang bersifat seperti ‘ahli kubur’ atau pun ahli sufi  dan tidak mahu bergaul dan memencil diri berterusan bermonolog dengan nasib dan takdir mereka.

Apa kesudahannya? Tidak lain tidak bukan mereka akan menjadi layang layang yang putus tali dan jatuh koyak rabak dibumi yg tiada penghuni dan menjadi nenek kebayan yang kesunyian dihutan.

Sebenarnya jika kita hayati secara positif, hidup membujang ini lebih banyak memberi erti dan menfaatnya andai kita bijak mengurus usia yang terbatas ini!

Banyak ruang ruang kosong kehidupan ini dapat kita isikan dengan agenda syurga untuk kita gapai.

Umpamanya sambung belajar dalam bidang islam. Berbakti kepada kedua ibu ayah. Melibatkan diri dalam jamaah islam dan ngo’s serta menyertai misi misi kebajikan dan kemanusiaan. Menulis buku atau novel islam secara serius. Serius dalam dakwah dan tarbiyah dan pelbagai lagi perkara menfaat.

Siapa yang tidak mahu hidup yang ideal. Punya keluarga isteri suami dan anak anak. Tapi itu bukanlah satu satunya matlamat kehidupan. Matlamat kita yang tepat adalah redha Allah dan syurganya.

Berkahwin juga tidak semestinya bahgia dan mampu untuk kita memenuhi agenda syurga kita malah terkadang kita terpaksa melalui jerih payah yang boleh membawa kita meninggalkan dakwah dan lupa kepada tanggungjawab kepada ummah dan Allah dek kerana melayan kehendak dunia rumahtangga.

Bukan aku berburuk sangka kepada orang yang berumahtangga yang amat banyak kebaikan dan menfaatnya namun tak semua rumahtangga terurus dengan baik andai pasangan tidak dapat melayarinya dengan takwa dan sabar sebagaimana para solihin terdahulu melayari kehidupan tersebut.

Justeru yang ditakdirkan bujangan, masih banyak jalan untuk kita cari redhaNya dan titian hidup ini bukan hanya dengan perkahwinan semata untuk meraih syurga Allah kerana sumber pahala dan amal itu banyak dan boleh kita raih dengan pelbagai cara dan cabang yang boleh membahgiakan masa hidup yang panjang ini.

Jangan kita sempitkan hidup dengan takdir Allah yg telah ditetapkan buat kita. Bersyukurlah dan hayati lah hidup yang indah bagai pelangi ini… Dan jadilah seperti matahari pagi yg sentiasa tersenyum menghamburkan cahaya meski terpaksa menerjah sejuk embun demi memberi cahaya pada mayapada ini.

Insyaalah. Muga bermenfaat utk kita renungkan.

mencari ‘ibu’ menjadi suri

Terkadang dalam titik nadir hidup ini dan dalam saat saat kita mencari haluan hidup berkeluarga, keberkahan pengalaman duat terdahulu meniti titian hidup berkeluarga harus menjadi panduan kepada kita untuk membuat satu keputusan terbaik agar kita boleh terus membina keluarga dalam nafas dakwah!

Merekalah rujukan kita! Kerana mereka insan yang amat teliti dalam mencari ‘personal assistant’ dakwahnya!

Pernah aku menulis dahulu, tentang seorang isteri dan bakal Ibu dalam peran hidup seorang pendakwah.

Memang seorang wanita  itu Allah kurniakan kepada mereka berbagai keistimewaan yang tidak termiliki oleh lelaki!

Jika mereka menjadi Ibu, doa mereka  disingkapkan hijab.

Jika mereka menjadi Isteri, mereka mendapat pahala besar yang berlipat ganda dalam memelihara rumahtangga.

Malah jika mereka seharian bertarung dengan tugas harian dan berperang ‘jihad’ mendidik anak anak nakal seperti Ibu kita melancarkan ‘perang jihad’ terhadap kita asbab kenakalan kita waktu kecil dulu, semestinya tiada sia sia kerana  ‘pahala jihad’ menanti mereka!

Alangkah mulianya mereka.

Apalagi jika seorang wanita itu disamping menjadi Isteri dan Ibu dan dalam masa yang sama  terlibat dengan dakwah dan mentarbiyah manusia! Sudah tentu ganjaran pahalanya sukar dihitung….

Apa lagi harus diganjarkan? Melainkan syurga dan syurga! Masyaalah.

Sedarkah wanita diluar sana? Sedarkah kamu semua nikmat Allah ini? Semua kelebihan yang Allah berikan pada kamu.

Namun bukan semua wanita boleh menjadi begini!

Menjadi isteri mungkin? Tapi menjadi Ibu disamping menjadi  da’iyah?

Memang bukan mudah tapi tidak mustahil!

Sebab itu sebelum masuk kealam mencabar ini, kamu harus mendapatkan proses tarbiyah yang ideal. Ideal maksud ku adalah kamu harus usahakan bagaimana  meningkatkan kualiti diri dalam mencapai kondisi yang baik sebelumnya. Yakni memiliki kekuatan jiwa akal dan fizikalmu!

Bukan itu saja, tapi harus juga kamu membina potensi diri. Potensi kepimpinan, Potensi perasaan dan lainnya agar kamu dapat memiliki package sebagai seorang isteri, ibu dan daiyah!

Dimana kamu harus mendapatkannya? Tidak lain tidak bukan adalah melalui Dakwah dan tarbiyah dan terlebih baik lagi jika kamu dapat menemui seorang murabbiyah yang mampu membimbing kamu kearah kesempurnaan itu!

Bagi aku seorang suri yang tidak melalui proses tarbiyah ini sukar untuk menjadi Isteri dan Ibu rabbani kerana dalam alam berkeluarga kita merupakan murabbi kepada anak anak dan juga mutarabbi mereka. Kita mendidik mereka dan mereka juga mendidik kita. Kita mendidik mereka sebagai seorang anak dan mereka mendidik kita sebagai seorang Ibu. Jika kita suruh mereka bersabar, kita juga harus bersabar. Jika kita suruh mereka berdoa, kita juga harus berdoa dan berbagai lagi. Maka tarbiyah itu bertimbal balik seperti mana kita menjadi murabbi dan mutarabbi didalam halaqah!

Maka tanpa pengalaman berada dalam jamaah dan halaqah mungkin menyukarkan kita untuk membentuk keluarga dakwah itu!

Kamu tentu tahu, menjadi Ibu bukan setakat melahirkan kemudian di’campak’ ke babysitter!

Atau hanya menyusukan dan kemudian memberi hidup dan pelajaran ala kadarnya.

Tapi yang lebih aula’ ialah kamu harus memasukan jiwa kamu kejiwanya. Ruh kamu ke ruhnya. Cita cita kamu kecita citanya. Itulah kunci kebersamaan dan sikap yang harus ada pada kamu dalam menyelami lautan pendidikan!

Sebab itu mendidik anak anak memerlukan ketelitian …kesabaran dan kehati- hatian.

Mendidik bukan hanya memberitahu. Atau memindahkan pengalaman dan ilmu tapi adalah untuk membina jiwa rabbani yang penuh dengan nilai nilai ketuhanan!

Tapi berapakah wanita yang memahami ini?  Memahami hakikat jiwa dan ruhiyah ini!

Malah bagaimana hendak mendidik jiwa anak anak kiranya jiwa Ibu dan ayah tidak stabil ubudiyahnya pada Allah. Tidak stabil Iman dan mujahadahnya!

Bagaimana anak anak hendak hidup jiwanya jika Ibunya bermewah mewahan dan berbangga bangga dengan banglow dan kereta BMWnya?

Bagaimana anak anak hendak sejuk jiwanya jika Ibunya jarang jarang membaca Alquran dan hanya menonton cerita korea setiap hari?

Bagaimana hendak hidup jiwanya jika Ibunya hanya bergaul dengan orang orang kaya dan berkedudukan disekelilingnya dan tidak pernah mengexpose kan mereka kepada masyarakat yang tidak bernasib baik!

Aduhai … tentulah akhirnya anak anak ini akan menjadi rapuh jiwanya bila berhadapan dengan lempung dunia dan tidak dapat membawa jiwanya pada cerapan cerapan ukhrawi!

Sudah pasti jiwanya akan buta dari langkah langkah kesucian. Tergila gila dijalanan dunia, yang akhirnya membawa hidupnya kearah kenistaan dan bergelimang dalam putaran arus nafsunya hingga dia lemas dan tidak dapat bernafas didalam ‘nafas’ Tuhannya!

Alangkah bahgia anak itu jika memiliki Ibu yang suci jiwa dan bersemangat mencintai akhirat!

Sekadar ini yg mampu kutulis diatas kesihatan yg tidak mengizinkan buat sahabat semua yg menempuh alam perkahwinan.

muharrikdaie

mungkinkah cintaku bertasbih kembali?

Kamu semua yg datang dalam hidup aku bagai pelangi petang. Tak bercahaya namun berseri …

 

Minggu ini sahabat terakhirku Akh Zul akan meninggalkan rumah aku. Rumah Islam yang ku waqafkan buat sahabat sahabat seperjuangan ku dijalan dakwah ini.

Satu, dua, tiga, empat telah belayar didalam bahtera mereka satu persatu mengharungi samudera perkahwinan bersama pasangan masing masing dan kamu Zul adalah yang terakhir!

Hati aku makin sayu. Sendiri dan sepi. Aku semakin rasa terasing!

Sudah pasti di minggu hadapan aku kembali bersendiri. Seperti dulu. Read more of this post