Islamlah! nescaya kamu selamat

Category Archives: keluarga dakwah

Jangan risau pasal jodoh

Banyak aku baca tentang kerisauan ikhwah dan akhawat tentang jodohnya. Apalagi bila usia dipenghujung 20an atau early 30an. Sedangkan jodoh itu perkara ghaib. Walau kita jual bumi dan langit ini untuk mendapatkan jodoh … Pasti jodoh itu tidak akan datang bertamu depan kita kerana ianya adalah takdir mubram [ takdir tetap] dari Allah.

Berdoa dan berusahalah. Kita tidak mampu selain ikhtiar kerana itu disuruh dalam agama. Namun ianya tidak menjamin kedatangannya pada kita. Mungkin hari ini, esok lusa atau tiada!

Tapi yakinlah suatu hari nanti insyaalah kita akan temui jodoh jika tidak didunia ianya pasti diakhirat seperti mana kita akan temui mati. Itu janji Allah.

Paling penting jadikan lah diri kita hamba yang bertakwa. Agar bertemu yang bertakwa juga. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik. Sabar dan serah pada Allah.

Alakulihal dari memikirkan jodoh terlebih baiklah kita memikirkan mati. Kerana orang yang bijak akan memikirkan kehidupan selepas mati. Ia memotivasikan kita untuk menjadi manusia terbaik. Malah akan menjadikan kita dicintai Allah dan rasulnya.

Terkadang apabila kita memikirkan mati, kita akan lebih sihat untuk hidup dan positif untuk menghadapi hidup. Malah membuka ruang bagi kita untuk memenfaatkan hidup ini dengan lebih effisien lagi.

Kalau tidak temui jodoh pun, banyak ruang ruang kosong dalam amal islam ini dapat kita lakukan demi meraih syurga Allah.

Kawin bukanlah penentu kebahgiaan. Ada juga orang yang berkahwin menjadi sengsara hingga mati. Ada yang bujangan hidup bahgia sepanjang usia.

Perkahwinan itu hanya lah alat saja untuk kita berkongsi hidup dalam meraih syurga Allah. Itu pun kalau kita berkahwin dengan niat memantapkan dakwah iman dan amal. Kalau sebaliknya! Tidak bererti juga. Kalau kita tidak kawin pun alat alat untuk kita melonjakan amal dan untuk meraih syurga Allah juga terbentang luas.

Banyak perkara kebajikan dan kerja dakwah yang boleh kita lakukan dengan menyertai NGO’s dakwah dan berbagai lagi andai kita tidak temui jodoh kita.

Memang naluri kita perkahwinan itu suatu kemestian bagi kita untuk mengapai kebahgiaan tapi kehendak Allah hendaklah kita redha! Redhalah! Mungkin itu yang terbaik buat kita.

La Tahzan
Innallaha maana

Barakallahu fikum
Ramadan kareem

Advertisements

Perempuan dan cinta 80 tahun

perempuanIngin aku katakan bahawa perempuan adalah simbol ketenangan dan ketenteraman jiwa. Sungguh tidak ada ketenangan dan ketenteraman tanpa kehadirannya. Itulah cara pandang islam. Tidak bagaimana agama samawi terdahulu dan agama lain memandang perempuan dengan pandangan zalim. Mereka memandang perempuan sebagai bukan jenis manusia atau sekalipun sebagai manusia mereka meletakan martabat perempuan serendah rendahnya. Jadi pemuas nafsu. Mereka memandang perempuan inilah penyebab maksiat.

Mereka mengatakan bahawa perempuanlah penyebab Adam dihalau dari syurga. Tapi pada hakikatnya Islam tidak mengatakan begitu. Quran menafikannya kerana Quran mengatakan bahawa keduanya sama sama menanggung dosa akibat melanggar larangan Allah kerana keduanya memiliki masuliyah( tanggungjawab ) yang sama!

Bertuahnya seorang perempuan. Dibela. Dijadikan Allah penuh kemuliaan namun diri mereka sendirilah yang meletakkan kembali martabat mereka serendah rendahnya kerana menolak islam. Menolak syariat. Menolak hukum hakam yang Allah gariskan bagi mereka untuk memuliakan mereka. Meletakkan hawa nafsu dan mazmumah mereka sehingga menjadikan dunia ini pemuas nafsu mereka.

Apakah perempuan lambang cinta? Atau kehidupan bagi cinta? Read more of this post

Darah manis dan darah pahit

darah manis

Minggu ni bermulanya cuti sekolah. Banyak kad jemputan kahwin dah diterima. Kira punya kira ada enam jemputan. Pastinya semua kena dihadiri kerana dihantar by hand menandakan seriusnya ajakan itu dan mengharapkan kedatangannya. Makin bertambahlah berat badan yang dah semakin berat ni menjamah nasi minyak dan nasi beriani yang dihidangkan … Makin berkumpullah kolestrol dan gula dek banyaknya minum sirap dan air oren yang dihidangkan.

Itulah dia budaya rakyat malaysia. Budaya yang baik dari segi ukuhuwah. Read more of this post

Sendiri menyepi

sendiri menyepi 2

Kita bisa berkata apa saja tentang diri kita.

Kita boleh buat apa saja untuk memotivasi diri.

Memujuk hati dan perasaan kita.

Kita boleh membaca Alquran sebanyak banyaknya untuk mensucikan jiwa dan menenangkan hati. Boleh membaca buku sebanyaknya. Tengok movie. Tengok Youtube. Serve internet. Dgr lagu. dgr nasyid. berborak dengan kawan dan sebagainya.

Tapi ….

kita harus akui!

Terkadang kita terasa amat sunyi.

Amat sepi. Sepi. Sesepi sepinya.

Hingga kita menangis sendirian. Tak tahu apa yang ditangiskan. Tak tahu apa yang dirisaukan dan digundahkan.

Kita rasa kehilangan. Kita rasa berada sayup sayup. Rasa ditinggalkan.Rasa kosong. Rasa kekurangan.

Kadang kita rasa jauh diawan, mencari hujan ditengah rembang. Hati ini jauh. Menjauh.

Duhai hati, kenapa begini? Read more of this post

Cinta dakwah menuju Baitul Dakwah

baituldakwah

Akhi/ Ukhti Fillah …

Entry ini adalah tulisan ana dan cetusan pengalaman ana didalam dakwah dalam mencari isteri yang sekufu dalam meneruskan agenda yang tiada noktah didalam kerja kerja dakwah dan jadikanlah sebagai guide line untuk mencari pasangan hidup sekiranya kita cintakan kesenambungan dakwah. Segala kekurangan dan kesilapan dapat dimaafkan agar dapat di beri komen yang membina untuk kepentingan kita bersama. Insyaalah.

Teruskan menghayatinya …

~Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesenambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah.

~ Adalah jumud dan dangkal fikrah dan tasawwur seorang ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah yang  ingin mendirikan rumahtangga dakwah hanya melaksanakan taaruf dari sudut peribadi sahaja, seperti mengetahui nama pekerjaan, umur, keluarga dan sebagainya dan tanpa menggunakan sessi terpenting ini untuk mendalami hati dan cita cita masing masing kepada matlamat perjuangan dan bagaimana si ikhwah nak bina binaan rumahtangga dakwah yang sebenarnya dan dari sinilah si akhawat akan dapat tahu sejauh mana fikrah bakal suaminya supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak terlaksanannya cita cita besar yang ada dalam diri akhawat sendiri. kerana inilah yang akan mengeratkan dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina! Sekalipun ikhwah dan akahwat itu berada dalam tarbiyah dan jamaah tidak semestinya dia matang dalam pemilihannya tanpa kita berterus terang dan telus didalam dasar perjuangan. Read more of this post

Anugerah dari Langit

anugerah dari langi

Engkau datang dan datang lagi

walau ku kuis dengan perasaan dan rinduku

dalam kesombongan cintaku

tidak pernah jemu

disetiap malam

disepertiga malam

kau mengintai ku

kau percikan kasturi

diwajah dukaku

mengamit ku

Apakah Engkaukah bidadari itu

yang mentayamumkan aku

tika  parah yang tidak terlarat

mengajakku sujud

mengajarku tawakkal

yang menyirami iman ku kembali

dengan bisikan zikirmu

Ma fi qalbi ghairullah

sehinggaku dzauk dilautan ibadah

Fana’ bersama tuhan ku!

Engkaukah bidadari itu

bayangan Khadijah

yang memeluk jiwaku

menyelimuti batinku

yang menyabarkan ku

dijalan dakwah ini

Engkaukah bidadari itu

celupan ‘Aisyah

meribai ku

membelai deritaku

mengucup perjuanganku

yang sentiasa didalam gundah

Sohihlah engkau…

bila puisi ni kau layangkan

dalam aku tercari cari satu anugerah

didalam doa dan pasrah

dan turunnya ia dari langit

bagai lailatulqadar dimalam barakah …

dan inilah dia puisimu

cetusan  naluri cintamu untukku

tautan dua hati keranaMu …Penciptaku

Oh …syukur pada mu Allah ….

Jangan gusar..
Jangan resah..
bila segalanya disandarkan buat Allah..
hati ini milik Allah..
sekejap mencintai..
Sebentar juga terus membenci..
Walau sekuat mana usaha dan daya kita.. jika takdir Allah tidak mengkehendaki, tentu Allah takkan berikan pada kita..
Tapi jika takdirnya termaktub, sebesar mana usaha kita, takkan dapat menolak ketentuannya itu..
Yakinlah pada takdir Allah dan kebaikan yang diberikanNya buat kita…

Rasulullah bersabda, ‘Allah telah menulis ketentuan seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi selang waktu lima puluh ribu tahun.” (HR. Muslim)
”Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahwasanya yang demikaan itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfudz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.” (Al-Hajj: 70).

Bila mana satu perkara ditakdirkan berlaku buat kita, pasti akan berlaku..
Bersandarlah pada Allah kerana di situ kau akan merasai ketenangan yang sangat bermakna bagi dirimu.
Disitulah kerinduan ini bertemu dan keasyikan ini bertamu..
Bila mana kasih kita kerana Allah, walau jauhnya jasad ini berpisahan, ruh-ruh kita sentiasa bertaut dalam ikatan yang tidak dimengerti manusia biasa.
Dan hanya Allah sahaja bisa mengikat hati kita selagi mana kita mengikat diri kita padaNya…
hidup kita adalah menggapai redhaNya dan mencari embunan cintaNya..
Setitis cintaNya yang jatuh ke bumi itulah yang kita teguk dan siramkan ke dalam jiwa kita..
Untuk kita semai mahabah dan kasih ini
Agar menjadi nafas penguat kepada perjalanan yang amat panjang dan berliku ini…
Dekatkan dirimu dengan Allah di setiap masamu.. dan luahkan segala yang terbuku dihatimu padaNya…
Kerana Dialah Tuhan yang maha mengetahui perasaan hambaNya ini…lagi Maha Mendengar..
Takdir pasti akan menyebelahi kita insyaallah…
Dan aku akan sentiasa menantimu di persada ini..

Seandainya aku suami mu…

baitul-dakwah

…. dan dimalam pertama itu aku akan berwuduk bersama mu, sujud pada yang memberi rahmat.

Bersimpuh bersamamu dalam curahan kasih sayangNya. Dan dikesyahduan malam itu kita berdoa dan  munajat kesyukuran tanda bermulanya kehidupan baru dua susuk tubuh kita yang sama cinta dan cita untuk membina madrasah dakwah yang akan diisi dengan cinta dan api perjuangan.

Alangkah indah malam ini dindaku!

Setelah kita lalui onak dan sembilu jalan serta menahan perasaan rindu sebelumnya, akhirnya kebenaran cinta itu diizinkan Allah dan di raikan bagai mempelai langit yang ditaburi bintang yang menebar ketenangan dan kedamaian.

Bintang bintang itu seolah olah  menggoyangkan pelupuk matanya agar tenggelam dan membiarkan kita berdua berkongsi alam semesta ini. Mematri rindu dan berkongsi kesyaduan kasih yang telah terperam lama dihati kita. Read more of this post

Klinik Cinta

Salam untuk semua pengunjung Muharrikdaie.

terima kasih atas sokongan semua dan diatas kunjungan yang bersifat ukuhuwah dan sudi membaca dan menghirup tinta tinta yang telah ana abadikan diblog ini. Mudah2an ukuhuwah kita disini akan membuahkan natijah amal yang berterusan sehingga tertunduknya kita kealam abadi bertemu Rabbul Jalil dalam keadaan kita berpegangan tangan menuju syurga yang dijanjikan.

Sesungguhnya, ukuhuwah ini adalah satu rahmat yang tidak ternilai harganya dan yang tak boleh dibeli dengan isi bumi ini andai kita dapat menghayatinya sepenuh penghayatan. Jangan kita ingat ukuhuwah ini hanya tamat diblog ini saja tetapi sesungguhnya akan dipersoal diakhirat nanti akan kewujudannya dan kehadiran kita disini.

Marilah kita rasa kebersamaan kita bersama Allah dimana saja kita berada dan berdiri. Marilah kita bersama merasakan kewujudan Rakib dan Atiq yang sentiasa mencatit amal baik dan jahat kita disebelah kiri dan kanan kita dan dengan perasaan itu nanti pasti akan menatijahkan ubudiyah tauhid yang kuat, mantap dan mapan yang membunga dan membuahkan masuliyah lantas menyedarkan kita akan taklif rabbani yang di bebankan atas kehadiran kita oleh Allah dimuka dunia ini untuk menyelamatkan seberapa ramai insan yang tersasar dari jambatan hidup yang telah diacukan dengan acuan Allah. Read more of this post

Siapa kata cinta manusia cinta nafsu?

Ingin aku ceritakan sebuah kisah ….Ikutilah terus alunan jiwa dari cerita cintaku buat kamu semua ….agar semua terus membaca!

Nama ku KamaL dan yang ingin ku kisahkan ini juga bernama Kamal ~ Muhammad kamaL Shonaniri. Seorang anak muda yang dilahirkan di Kairo pada 1918. Anak ke7 dari 13 adik beradik. Bekerja sebagai pharmacist.

Peribadi KamaL menonjol sejak kecil iaitu kecenderungannya kepada agama dan kecenderungan itu telah mengantarkannya kepada Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh AlBanna. Tidak hairanlah jika benih yang subur ini diletak dibumi yang baik, dibajai dan dipupuk, maka ia bersemi, tumbuh membesar, mendaun dan mengeluarkan pesona buah yang ranum. Read more of this post

‘Aisyah, aku bermimpi melihatmu

mimpi-bertemu-aisyah1

Aku berkisah lagi.

Tentang Cinta.

Aku bermimpi melihatmu didalam tidur. Engkau dibawa malaikat. Dengan tabir sepotong kain sutera yang sangat bagus. Lalu Malaikat itu berkata kepadaku, ” Inilah isterimu! ” Setelah aku buka tabir itu. tampaklah wajahmu dan ternyata itu adalah Engkau wahai Aisyah Read more of this post