Islamlah! nescaya kamu selamat

Tag Archives: mazmumah

Nafsu

Akhi … Ukhti. Diceritakan bahawa nafsu ini hanya tunduk dibawah naungan puasa saja. Selain itu dia tidak pernah tunduk. Malah kalau kita matikan ia. Ia akan tumbuh dalam bentuk yang lain.

Sifat nafsu adalah ‘ berkehendak’! Segala galanya dia mahu. Dari yang haram hinggalah yang halal.

Selalunya dia memasuki diri seorang daie adalah dengan jalan kemasyuran. Dia tahu bahawa jalan ini amat mudah ia masuki kerana kebanyakan daie punya kelemahan yang begini.

Akan tetapi, jika ianya dilatih dan dipaksa oleh pemiliknya untuk tawaduk dan selalu berusaha untuk menampakan sisi kebaikan orang lain, maka dia akan kalah.

Tidak mudah buat kita untuk melawan mahu pun memujuk nafsu jika kita tidak punya kekuatan ruhani yang tinggi.

Sebab itu daie tidak boleh berharap pada tarbiyah umum saja. Dia harus tingkat kan ilmu dan tarbiyah zatiyahnya dengan mendalami ilmu tasauf yang wajib ain bagi dirinya untuk melawan musuh yang tidak pernah mati itu.

Barakallahufikum
Ramadan kareem

Advertisements

Rawatlah keaiban kita

 

Orang sombong adalah orang yang menghadapi tekanan jiwa yang berkesinambungan. Dirinya selalu dibayangi rasa khawatir kerana di takuti orang akan mengetahui bahawa dirinya tidak seperti yang diucapkannya. Dia akan cuba sedaya upaya untuk menutupi keaiban keaibannya. Dia akan sepenuh daya menyakinkan semua orang bahawa dirinya sepertimana yang dikatakan nya.

Orang tawadhuk adalah orang yang banyak menyembunyikan gudang kebaikannya dibawah debu ketawahukannya kecuali jika ia ingin menjadikan kebaikannya itu qudwah kepada orang lain.
Sehingga orang lain akan menemukan kemuliaan sifat dan kekuatan peribadi mereka, saat bergaul dengan nya. Hari dan waktu saja yang akan memberitahu manusia atas keagungan sifat dan kemuliaan watak mereka.

Barakallahu fikum

Ramadan kareem