Tag Archives: nasihat iman

Nafsu

Akhi … Ukhti. Diceritakan bahawa nafsu ini hanya tunduk dibawah naungan puasa saja. Selain itu dia tidak pernah tunduk. Malah kalau kita matikan ia. Ia akan tumbuh dalam bentuk yang lain.

Sifat nafsu adalah ‘ berkehendak’! Segala galanya dia mahu. Dari yang haram hinggalah yang halal.

Selalunya dia memasuki diri seorang daie adalah dengan jalan kemasyuran. Dia tahu bahawa jalan ini amat mudah ia masuki kerana kebanyakan daie punya kelemahan yang begini.

Akan tetapi, jika ianya dilatih dan dipaksa oleh pemiliknya untuk tawaduk dan selalu berusaha untuk menampakan sisi kebaikan orang lain, maka dia akan kalah.

Tidak mudah buat kita untuk melawan mahu pun memujuk nafsu jika kita tidak punya kekuatan ruhani yang tinggi.

Sebab itu daie tidak boleh berharap pada tarbiyah umum saja. Dia harus tingkat kan ilmu dan tarbiyah zatiyahnya dengan mendalami ilmu tasauf yang wajib ain bagi dirinya untuk melawan musuh yang tidak pernah mati itu.

Barakallahufikum
Ramadan kareem

makna terindah

Akhi …

Perjuangan dijalan dakwah ini memang memerlukan kekuatan jiwa yang prima. Kerana disana ada tantangan besar yang bagai lautan luasnya.

Lagi jauh kamu pergi, lagi besar tentangannya. Sebab itu kukatakan pada mu, jangan kamu asyik tertenung tenung kesusahan didalamnya kerana lagi dalam kamu tenung, lagilah kamu tidak akan nampak keindahan zahirnya!

Sejauh yang pernah kamu teroka jalan dakwah ini,  pernahkah kamu sampai kepenghujungnya? Atau adakah pernah kamu temui kesenangan kesenangan dunia dihadapannya? Aku pasti tidak! Dan aku percaya dan yakin bahawa para syuyukh kita terdahulu pun tidak pernah menemui kesenangan itu, malah aku lihat mereka mereka yang telah pergi menemui Rabb mereka semuanya dalam keadaan bergelumang dengan bekerja dan bekerja hingga saat mereka menutup mata. Read more of this post

Suara nuraniku

Salam kedamaian dari ku …

Semuga kamu semua sahabat sahabat mayaku berada dalam pelukan redhaNya.

Meski tinta ku makin lemah kayuhannya diblog ini, namun suara  hati ku tetap berbisik, mendoakan kamu semua….

” Ya Rabb, ampunkan kami semua dijalan ini, ampunkan Ibu ibu dan Ayah kami dibarzah sana, ampunkan Ibu2 dan Ayah mereka yang masih bernafas itu dalam iman dan takwa kepadaMu, Ampunkan suami2 dan isteri isteri yang telah Engkau satukan supaya mereka tidak dialpakan oleh nikmat rumahtangga yang amat mencabar itu dan ampunkan semua hambamu yang masih derhaka dan tunjukilah jalan pada mereka sepertimana yang telah Engkau tunjuki pada kami …. Amin Ya Rabb ..

Semuga jalan dakwah ini akan menemukan kita disyurga nanti  dan tika ini hanya dimaya ini sajalah yang termampu untuk kita bina ukuhuwah yang tidak berwarna ini dan menautkan hati hati kita membina cinta yang  meliar ini yang  kita sendiri pun tidak mampu untuk memahami maknanya! Read more of this post

sekadar renungan

Bila keseorangan begini. Bila hatiku telah down dan fikiran mula kering dengan idea. Bila kelemahan aku diluar kawalan. Bila semangat semakin pudar. Bila perasaan cintaku pada dunia dan manusia semakin membunga. Bila rindu mula menghiba dan bila kesunyian mengisi jiwa……

Sirahlah tempat aku mencari solusinya.

Kepada perjalanan hidup Rasullulah lah ku pacu rindu ini hingga bayang bayang keindahan yang hilang dari jiwa ku cerah kembali berlapis lapis mengisi ruang ruang iman dan menghalau percik desahan nafsu yang ingin mengahwinkan aku dengan dunia! Read more of this post