Rintik hujan yang lebat


rintikAssalam ….

Awan itu bukan saja kelabu … malah ianya menampung luapan terlalu berat untuk ditatang … dan telah pun gugur dalam rintik hujan yang lebat …”

Bait kata yang diemail kepada aku itu seolah olah menghembuskan kegundahan pengucapnya. Dan sudah cukup membuatkan tidurku terganggu. Mematahkan selera makanku. Dan membuat aku bermenung jauh.

Aku rasa aku perlu membantunya. Tetapi bagaimana?

Apakah harus aku menadah hujan itu? Atau basah bersamanya? Atau hanya mendoakan yang terbaik buatnya.

Tetapi …..

Di dalam hati ku tetap bermonolog, ” Sudah pasti ada satu musibah yang mendatanginya. Apakah dia ditinggalkan memikul beban seorang diri!” Allahhu Allah. Nauzubillahi minzalik. Muga muga tidak begitu. Tetapi siapa tahu. Mungkin takdir ingin mengujinya

Aku bersangka begitu kerana begitu puitis bicaranya. Selalunya seseorang yang tidak pandai berpuisi lantas dia berpuisi, sudah pasti  jiwanya benar benar telah retak seribu.

Agaknya itulah yang berlaku pada teman akrab ku itu sekarang!

Apalah yang boleh aku lakukan?

Andai dia berterus terang. Mudah bagiku membantunya. Sudah pasti aku akan menolong sedayanya … tetapi aku tidak berani untuk bertanya soalan itu kerana pendampingnya lah yang lebih layak untuk melindunginya!

Aku selalu diingatkan murabbi ku dulu. Bantulah sesiapa saja yang mengadu padamu. Begitu juga sewaktu aku mendalami ilmu pengubatan islam dulu dengan AlFadhil Ustaz Harun Din, dia mengingatkan, ” Jangan meminta untuk menolong orang tetapi jika sesiapa mendatangimu, tolonglah mereka seadanya kerana itu adalah tanggungjawab sebagai orang yang berilmu.” Semua itu lekat dalam benak fikiranku.

Sebagai daie, diri kita bukan hak sesiapa tetapi hak ummah. Sesiapa saja wajib kita tolong dan bantu mereka kerana dakwah itu cinta. Cinta yang sederhana. Segala yang kita lakukan adalah bersandarkan kepada cinta. Andainya cinta itu dapat kita nikmati sejujurnya, ia amat berkesan untuk menarik manusia kepada deenullah ini. Ra’ikanlah cinta ini dan berkongsilah cinta dijalan dakwah ini. Kalau kita tidak mampu membuat orang yang dalam kesusahan itu tertawa, cukuplah membuatnya tidak terus terluka ….

Teringat aku satu tamsilan yang menganjurkan para daie ini agar menjadi seperti lebah. Hinggap ditempat yang baik, memakan makanan yang paling baik dan menyebarkan perkataan yang baik sehingga manusia boleh mendapat menfaat dari kita.

Begitulah sebaliknya agar kita tidak menjadi seperti lalat. Hinggap ditempat yang kotor. Mengambil yang kotor dan menyebarkan kekotoran merusak manusia.

Akhi, ujian dijalan dakwah tidak pernah berhenti malah terus terusan mengikut deru dakwah kita. Kalau laju kita berlari maka makin lajulah ujian itu mengejar.

Jembatan ujian itu terpaksa kita lewati jika hendak menyeberang ke syurga. Sementara ujian dan cobaan merupakan inti kepada manhaj ini dan kemuliaan bagi kita. Pada mata kasat dan fizikal kita ternampak macam ujian dan cubaan tetapi pada pandangan batiniyah ia merupakan kasih sayang Allah dan kenikmatan……

Berulang kali telah aku ucapkan begitu tetapi kenapakah masih kita nampak ujian itu satu bebanan dan merupakan duri duri kehidupan.

Ini menunjukan bahawa hati kita tidak bersih. Masih ada lagi serpihan jahiliyah melekat pada nya. Sepatutnya sifat redha sudah memadai untuk mengubat terjahan ujian itu.

Jujurnya, selama aku berjalan bersama kafilah dakwah ini, terjahan ujian yang selalu tidak dapat ditanggung oleh para daie adalah mereka mereka yang tidak konsisten didalam tarbiyah. Mereka mereka yang selalu culas dengan program program tarbiyah dan membantah arahan inilah yang selalu nya merungut dan merengus bila ujian melilitinya.

Apa lagi bagi mereka yang suka menyendiri. Tidak berjamaah dan hanya suka beristirehat dan berwisata tanpa banyak memikirkan masaalah ummah dan kemaksiatan yang bersimpang siur merentasi dihadapan mata ini!

Maha benarlah sabda Nabi,

Seandainya manusia tahu ( bahaya ) apa yang ada pada orang yang bersendiri sebagaimana yang aku ketahui, niscaya tidak ada orang yang berani berjalan sendirian diwaktu malam – HR Bukhari

Tidaklah kita hairankan andai orang yang menyendiri ini adalah mereka mereka yang masih belum menemui sentuhan hidayah! Tetapi amat malang jika yang menyendiri ini adalah dikalangan mereka yang pernah ikut tarbiyah dan pernah berintima’ dengan jamaah.

Aku tahu mereka menyendiri kerana tidak tahan dengan pusaran kerja yang tanpa henti didalam harakah ini. Siang malam pagi petang. Gelap terang sejuk panas embun dan hujan! Tiada masa henti kecuali berada didalam solat yang penuh istirehat.

Jika asbab itulah mereka mengambil jalan menyendiri kerana inigin beristireha, sesungguhnya mereka silap besar dan merupakan petaka besar dalam kehidupan mereka.

Ketika imam Ahmad ditanya,

” Bilakah seorang hamba merasakan nikmatnya istirehat? “

Imam Ahmad menjawab,

” istirehat yang sebenarnya apabila kaki aku dapat melangkah kesyurga!”

Walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita ini. Baik ujian peribadi mahu pun didalam kerja berjamaah ini, kembalikanlah segalanya kepada Allah.

Biarkan guruh itu berdentum, biarkan awan itu bergolak, bairkan petir itu menyambar dan biarkanlah rintik hujan itu turun mahupun gerimis atau lebatnya kerana itus emua dari Allah. Redha dan Pasrah. Dari kita berkeluh dengan keluhan, terlebih baiklah kita masuk ke mihrabNya!

Tempat munajat sentiasa terbuka. Sepikanlah jiwamu didalam mihrab itu. Temuilah Allah dalam sujud mu. Yakinilah Dia sentiasa melihatMu. Dia wujud tanpa bertempat dan dia Maha Agung.

Tiada hijab dan tiada perantara antara mu dengan Allah jika dosa mu diampunkannya. Dan pastinya rahmatNya lebih luas dari lautan. Sehingga Dia menunda siksa dan azabNya pada kita meski kita telah banyak melakukan dosa dan kemaksiatan. Sebab itu ujian yang di berikannya pada kita itu adalah untuk kafarah dan penghapusan dosa

Insyaalah jika itu yang kamu lakukan. Aku pasti. dirimu milik kebahgiaan.

Jumpa lagi

muharrikdaie > menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

cinta itu sederhana, jika engkau tidak mampu membuatnya tertawa, cukuplah untuk membuatnya tidak terluka karena engkau
…hamka…

– See more at: http://cinta009.blogspot.com/2013/04/kumpulan-kata-kata-mutiara-cinta.html#sthash.XZPuSw3p.dpuf

cinta itu sederhana, jika engkau tidak mampu membuatnya tertawa, cukuplah untuk membuatnya tidak terluka karena engkau
…hamka…

– See more at: http://cinta009.blogspot.com/2013/04/kumpulan-kata-kata-mutiara-cinta.html#sthash.XZPuSw3p.dpuf

cinta itu sederhana, jika engkau tidak mampu membuatnya tertawa, cukuplah untuk membuatnya tidak terluka karena engkau
…hamka…

– See more at: http://cinta009.blogspot.com/2013/04/kumpulan-kata-kata-mutiara-cinta.html#sthash.XZPuSw3p.dpuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: