masa kita untuk memilih


Salam buat semua.

Terima kasih kerana masih lagi sudi bersama mengikuti penulisan penulisan aku.

Kalau ikut mood, memang malas untuk menulis. Tapi … bila aku rasa ianya adalah diantara pintu pintu amal untuk dakwah yang telah Allah bukakan buatku untuk meraih pahala, aku tabahi juga untuk mengadap skrin notebook ini meski ku tahu yang ramai mengunjung blog ku ini hanyalah para malaikat dan jin saja berbanding manusia kerana aku bukanlah orang terkenal  dialam siber ini mahu pun didunia dakwah malaysia ini. Namun dari segi positifnya, menulis begini banyak mengajarku akan arti keikhlasan!

Semalam dalam satu majlis, bertemu adik usrahku yang sekian lama terpisah. Baru habis Masternya diluar negara.

” Anta balik terus ke Amin?” Aku bertanya. ” Balik teruslah ni bang. Tak tahan dah duk lama negara orang. Rindu teh tarik.” Jawabnya sambil tersenyum. ” So…… sambung PHD kat sini ke atau anta plan nak kerja.” Aku menambah soalan. ” ermmmmm …. rasanya rileks dulu. Kerja pun tak mahu bang. Tengoklah kalau boleh mengajar ke atau  buat bines kecik kecik dulu. Seriklah bang. tengok kawan kawan yang dah kerja, usahkan nak buat dakwah. Nak luang masa untuk famili pun tak dapat …. oooo tak nak kerja yang terikat ni bang! jawabnya panjang.

Aku senyum saja melihat keluhan dan gelagatnya. Memang betul cakapnya. Itulah realiti yang aku alami

Hidup bekerja dengan sistem jahiliyah ni memang boleh membuat aku jadi tiga suku, letih boring melayani hidup harian dengan tugas tugas ofis dan mengadap kerja kerja dunia yang sama setiap hari. Apalagi terpaksa memfokus kepada skrin notebook hampir 8 jam sehari yang telah membuat mata galakku semakin mengecil dan sepet macam tokong cina terkena asap. Spec pun semakin tebal kantanya. Jari jemari pun dan seperti tupai, kerana asyik terlompat lompat mengetuk keyboard. Andainyalah jari ini digunakan untuk zikir tasbih, pastinya, dah berjuta kalimah suci Allah ku zikirkan dan kemungkinan aku dah boleh menjadi ahli tarikat yang hebat!

Begitulah hidup seharian aku. Percentage antara kerja dunia dan kerja islam ini terlalu jauh jaraknya. Apalagi kerja kerja dunia dipejabat ini tidak langsung berinteraksi dengan masyarakat luar dan sudah tentu tiada dapat memberi menfaat sedikit pun untuk dakwah dan islam. Yang aku dapat hanyalah gaji dan menfaat untuk syarikat semata!

Dulu, sewaktu aku berhenti kerja untuk bekerja full time dan menjalankan business dengan jamaah, terasa seronoknya. Terasa setiap harkat waktu yang aku gunakan amat amatlah berarti! Terasa setiap gerak nafas yang ku hembus menjadi ibadah!

Tapi sayangnya apa yang telah aku usahakan dengan jamaah teruji dengan business yang tidak mengalakan dan aku terpaksa kembali bekerja untuk menampung sisa sisa hidup yang berbaki ini, sementara menanti takdir seterusnya dihari mendatang!

Mengikut pengalaman aku memang banyak prime time untuk dakwah terbuang jika kita bekerja di pejabat. Apatah lagi jika kerja itu tidak ada link langsung dengan masyarakat.

Sebut saja satu persatu jawatan jawatan yang ada dipejabat tu! Semuanya sibuk. Kalau bahagian management pulak, hampir setiap hari balik lewat malam kerana terpaksa attend meeting tanpa boleh diuzur! Jika begitu, adakah ruang waktu bagi kita untuk menyumbang pada dakwah dan islam yang menjadi kerja wajib kita?

Jawabannya, sudah tentu tidak! Kerana kerja begini hanyalah untuk menentukan KPI dan juga menentukan kejayaan company kita saja. Memang income lima bintang ***** tapi dakwah? Tarbiyah diri? Program program jamaah? Semuanya akan jadi sayonara. Hujung minggu pasti letih dan perlu rehat. Maka jadilah kita seperti unta. Hamba kepada badui dunia. Bila hidup macam unta, mati kita pun macam unta juga. Kalau tidak disembelih oleh ‘dunia’ pastinya kita akan mati kehausan dan keletihan disahara ‘ nafsu’.

Aku tidak nafikan ada kalangan sahabat kita yang bekerja begini sedikit sebanyak menyumbang juga keewangan mereka buat jamaah dan kepentingan islam namun itu tidak mencukupi bagi seorang duat yang ada cita cita tinggi dijalan dakwah ini!

Selagi mereka terikat dengan sistem bekerja begini, selagi itulah mereka akan ghurur dengan dakwah ini!

Inilah yang selalu ditashkilkan oleh murabbi ku tentang ‘amal dhoif dan amal qowi’ dalam kita berintima’ dengan harakah islam!

Mahukah kita begitu wahai duat?

Justeru itulah, didalam mencari rezeki atau kerja,  kita harus memilih!

Meskipun kita tidak bekerja dengan jamaah kerana jamaah kita naif dari segi keewangan dan ekonominya tetapi hendaklah kita mencari kerjaya yang ada hubungannya dengan masyarakat supaya kita boleh gunakan jawatan jawatan itu sebagai alat untuk dakwah dan mengembangkan dakwah ini!

Jadilah seorang Guru, Lecturer, doktor, askar, badan badan islam yang dikawal selia oleh kerajaan seperti JAIS, JAKIM dan seumpamanya. Kerana platform ini amat cerah untuk kita mengembangkan dakwah ini dan mengunakan kerjaya kerjaya begini untuk mengembangkan dakwah kita.

Ingatlah akhi …

Kita hidup ini bukan hanya nak cari makan dan hidup bersenang lenang dengan gaji besar saja dan enjoy dihujung minggu tengok cerita korea, berkicau dengan iphone dan meronda ronda dengan BMW, Alphard bersama anak pinak kita saja. Bukan tak boleh tapi disamping semua itu, kita ada tugas asasi yang perlu kita tunaikan yakni ‘memakmurkan alam ini, menjadi khalifah didalamnya dan beribadah kepada Allah dan menjalankan syariatnya!

Dan inilah tujuan penciptaan kita. Tetapi apakah akan tercapainya ‘goal’ itu kiranya separuh dari waktu itu kita gunakan untuk kerjaya kita yang tiada hubungannya dengan dakwah dan mentarbiyah manusia?

Undurlah kebelakang sikit dan lihat bagaimana Albanna melatih anak anak didiknya menyemarak ditengah masyarakat! Jika mereka bekerja dijabatan kerajaan atau swasta pun pasti diambil kira dari aspek dakwah dan ‘link’ kerja itu dengan publik. Dari situlah dakwah itu akan berkembang. Mereka bekerja diUniversiti, sekolah, angkatan tentera, polis dan banyak lagi. Sehingga dakwah mereka berkembang dengan cepat.

Kita sepatutnya dah lama ‘ khatam’ menyusur galur perjalanan mereka. Tapi tidak! Ada lagi antara kita yang membekukan diri disyarikat syarikat yang ‘mandul’ dengan dakwah sehingga kita menjadi ‘buih’ dalam lautan perniagaan mereka.

Buat adik adik yang baru grad dan jika tidak sambung belajar pun, inilah waktunya untuk kamu memilih kerjaya kamu! Cubalah cari kerja kerja yang begini agar potensi dakwah dan masa emas kamu dapat dikongsikan oleh dakwah disamping tanggungjawab kita kepada diri dan keluarga. Insyaalah.

Aku doakan semuga kamu semua ada kesedaran dalam menyusuri kehidupan kita yang singkat ini. Insyaalah.

Wallahuaklam.

muharrikdaie

6 responses to “masa kita untuk memilih

  1. Kechik Fit January 2, 2013 at 3:25 pm

    alhamdulillah masa terdapat insan seperti saudara di alam penuh dusta ini yang mana masih mahu menyebarkan syiar ini.. syukur.. masih ku ingat lagi di saat umurku baru sahaja mencapai 19 aku sangat aktif dalam kerja2 sebegini tetapi desakan duniawi membawa aq jauh pergi dari jamaah dan membawa aq menjadi hamba kepada dunia yang mana sepatutnya aq menjadi khalifah di dalamnya..namun di saat ini aq sedar banyak yang perlu aq korbankan untuk kembali mencari jiwa yang tenang dan mencari balik diri asalku… seterusnya kembali menyeru ummah agar berbalik pada syariatnya..

  2. muharrikdaie April 16, 2012 at 12:19 pm

    al- marjan, betullah tu
    angahani – betul dakwah dimana mana namun lepas dakwah fardhi itu kemana kita nak bawak mutarabbi itu? Semestinya kedalam sebuah organisasi yg ia boleh bekerja dan ditarbiyah. Organisasi itulah yang dipanggil jamaah yg wajib kita berintima’ didalamnya!

  3. angah April 16, 2012 at 3:09 am

    Alhamdulillah, masih berkesempatan mengikuti tulisan akh muharrik yang banyak memberikan info serta pengisian yang bermanfaat.. barakallahufik… memang jika kita diberi pilihan pasti kita akan pilih yang terbaik untuk diri kita untuk masa depan kita untuk orang2 yang kita sayangi dan yang terbaik untuk agama kita. tetapi, apakah kita memang boleh memilih mengikut kehendak kita sedangkan pilihan yang dihadapkan kepada kita sangat terbatas hingga adakala kita rasa seperti tak memilih apapun sebenarnya. hakikatnya kehidupan ini juga satu pilihan. pilihan yang bagaimana? pilihan untuk kita mencorakkannnya. adakah kita nak corakkan ia dengan corak yang kemas dan cantik atau corak yang comot dan tak cantik. justeru itu, jangan jadikan kerjaya sebagai alasan yang membataskan kerja2 dakwah kerana dakwah itu luas cabangnya. x semestinya dakwah itu mesti keluar dan bertemu orang yang ramai dalam satu2 masa… dakwah itu mungkin boleh terjadi di pejabat tempat kita sendiri berkerja. walaupun kita mungkin tak mampu mengubah manusia mahupun sistem, tapi kita masih mampu untuk sampaikan dakwah kita bilhikmah. bagaimana dan apakah caranya semuanya terpulang pada kita. ALLAH berikan kita akal untuk kita fikir. ALLAH berikan kita anggota badan untuk gerakkan dan laksanakan. apapun, jangan mengalah dengan tekanan. buatlah pilihan yang menguntungkan dunia dan akhiratmu… Wallahu’alam…

  4. al_marjan April 13, 2012 at 2:26 pm

    x kemana kalo sekularisasi jadi akidah dalam pentadbiran…hurmmm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: