keinsafan


keinsafan” Akhi … blog mu dah tua. Dah usang. Dah tak laku. Dah tak ada orang baca! Trend sekarang FB dan twitter saja yang orang baca. Orang tak der nak bacanya panjang panjang lagi dah. Apa lagi madah madah yang puitis puitis yang mu tulis. Itu zaman 80an zaman mu. 2013 ni mu kena berubah dah. Kalau tidak mu mati meraganlah depan PC tu … huhuu ” Kutukan tahap gaban aku terima awal tahun ni. Rasa nak ku hukum ‘hudud’ jer budak kelantan ni.

Memang betul jugak katanya. Statistik pengziarah blog aku dah macam saham felda jatuhnya. Merudum tanpa dapat ditahan. Ada satu hari tu tak sampai 60 viewer pun yang jenguk! Kalau nak ikutkan, waktu yang aku habiskan depan PC selama 4 jam untuk menulis sebuah artikel ni memang tak berbaloi!

” Ada aku kisah! Tak ada viewer pun gasaklah!” Aku bermonolog sendirian sambil makan keropok.

Memang kalau tak der orang jenguk pun. Aku bahgia. Aku bukan cari makan dengan menulis. Bukan cari glemer dan untuk dipuji puji. Apa yang ku cari adalah kesucian. Kesucian jiwa dalam membenarkan aqad aku dengan Allah. Untuk dakwah dan untuk keselamatan aku di akhirat. Untungnya bila menulis ni, dapat jugak aku membaca buku dan hadis hadis. Paling penting aku ikhlas menulis. Dulu pun mula mula menulis hanya 3 orang jer yang jenguk. Lepas tu naik naik naik sampai paling tinggi 580 viewer. Pun .. aku tak dapat apa apa! Memang aku tak harap apa apa. Asalkan Allah redha dan dapat pahala. Aku puas!

Kalau boleh memanglah aku nak blog aku ni popular dan dikenali. Bukan aku, tapi blog aku. Sebabnya adalah satu … agar mereka mereka yang membaca blog aku ini mendapat, pencerahan dan keinsafan untuk berubah serta menambah amal dan sudah tentu ada bahagian aku diakhirat nanti. Itu saja. Tidak ada yang lain. Full stop.

Keinsafan?

Maghrib tadi aku belajar sesuatu tentang keinsafan.

Memang aku ni jenis orang yang suka sembang sembang dengan orang tua tua. Pakcik ni umurnya 90 tahun. Selalu aku temuinya diMasjid tempat aku berjamaah. Memang kenal lama, cuma tak berkesempatan nak bercerita dan berukuhuwah. Dia bekas pekerja TNB. Memang Dah lama aku nak tanya sesuatu pada dia selain tanya khabar dia. Aku akui dia ni memang kuat dan sehat.Sepatutnya dalam usia begini tidaklah sesehat yang aku dapat jangka.

Mata pendengaran semua ok. Berjalan pun laju. Tinggal sorang2 pulak tu. Rumahnya 500 meter dari masjid. Memang selalu kami sembang sembang. Kebetulan Pak cik ni memang suka sembang dengan aku sebab aku suka melawak dan suka usik dia! Nak carikan dia calon isteri. Kerana kesian aku tengok dia tinggal sorang sorang. Aku memang suka hiburkan orang. Dan aku tahu dia sukakan aku. Selalu dia belanja aku minum teh tarik dan roti canai. Makanan favorite aku. Bila aku nak bayar dia selalu tak bagi. Katanya, duit pencen dia banyak dan tak kan habis sampai mati. begitulah pak cik tu.

Bila bertemu terkadang kami cerita nostalgia lama. Kebetulan kami orang perak. Dan kampung pun tak berapa jauh. Biasalah orang perak. Bukan boleh jumpa. Pasti terlekat sejam dua. Tapi semalam, aku benar terharu dan bertuah mengenali pak cik ini.

Dgn satu soalan, aku termenung hingga kesubuh ini. Niat aku tanya sekadar nak dapat petua tetapi yang aku dapat adalah pengajaran yg lebih besar.

” Pak cik, saya tengok pak cik ni sihat jer. Dan saya perhatikan Pak cik tak pernah tinggal solat berjamaah. Tak macam saya, asyik tengelam timbul jer. Dan saya suka sangat tengok wajah pak cik. Bukan nak puji tapi saya kagum dgn pak cik. Apa petua pak cik ek?” Tanya aku. Nampak lawak tapi aku serius.

Dia senyum merenung dalam wajah aku. Agak lama baru dia jawab.

” Tak ada petua apa Ji ( dia suka panggil aku haji ). Dulu masa umur pak cik 18 tahun pak cik agak nakal. Tapi bila suatu hari ni ketika pak cik sedang duduk duduk tepi jalan, pak cik didatangi seorang ustaz yang pak cik tak kenal tapi sering mengajar dikampung pak cik.  dia menggosok kepala pakcik dan nasihatkan agar pak cik berhenti buat maksiat!” Lama pakcik ni merenung jauh nostalgianya sebelum menyambung.

” Dia kata, kalau kita buat maksiat waktu muda, maksiat itu akan tua bersama kita dan akan menyusah kan kita diwaktu tua. Sejak itu pakcik insaf. Betul betul insaf. Itulah keinsafan pertama kalinya dalam hidup pakcik. Sejak tu Pakcik bertaubat dan cuba sedaya upaya untuk elakkan maksiat dan dosa dari hidup pak cik hingga sekarang. Kesannya Allah mudahkan segala hidup pakcik. Arwah anak anak dan arwah makcik dulu pun tidak pernah susah dengan kehidupan malah pak cik bangga mereka jadi orang yang kuat beramal emngikut nasihat pakcik. Walau pendapatan pak cik tak seberapa tapi pakcik boleh menyara keluarga. Sekarang ni walau pun pak cik tinggal sorang sorang, pak cik amat bahgia. Kalau meninggal pun pakcik akan rasa lebih bahgia kerana tak sabar nak jumpa keluarga pakcik yang semuanya telah meninggal.” Dia mengakhiri ceritanya sebelum kami masuk semula kemasjid untuk solat isyak. Dan aku tak sempat nak tanya tentang keluarganya.

” Terasa ” touching” dgn keadaannya. Kerana anak isterinya telah meninggal. Bila aku bukak kitab, benarlah bahawa keinsafan ini jika diikuti dengan perubahan akan menatijahkan sesuatu yang tidak kita sangkakan. Seolah olah ianya satu ma’unah.

Dan maksiat ini jika kita berterusan dilakukan, bukan saja boleh membawa kita bencana didunia malah kesan paling besar adalah diakhirat nanti. Ia menjauhkan kita dari rahmat Allah. Apa lagi seorang daie, makna maksiat bagi seorang daie bukan seperti seorang awam. Even kalau dia tinggalkan dan mengabaikan program program jamaah pun dikira maksiat. Berehat tanpa melakukan apa apa yang bermenfaat pun dikira maksiat. Adoi … Memang aku terkesan dengan cerita hidup pakcik ini. Betulah kata Ibnu Masud,

Orang yang berbahgia adalah yang bisa mengambil pelajaran dari orang lain

Akhi yang kukasihi … inilahsaja secercah harapan yang tersisa dalam hidup kita. Jika jiwa kita masih lagi tumpul  untuk merasainya, ini menunjukan hati kita telah digelapkan berlapis lapis oleh maksiat yang kita lakukan. Hati kita seolah bagai gersang gurun yang tidak menumbuhkan pohon.

Oleh itu marilah kita hidupkan semula ruh kita yang lemah ini sebagai kenderaan kita menuju Allah. Walau pun kita masih jauh lagi untuk menjadi manusia cahaya tetapi marilah kita terus berusaha untuk menuju cahaya itu …

Wallahuaklam. Muga tulisan ini ada menfaatnya.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa.

3 responses to “keinsafan

  1. nina susana July 29, 2013 at 2:22 am

    saya suka membaca tulisan2 akhi…teruskan menulis di blog ini. insyaAllah masih ada yang ingin meneguk hikmah…

  2. muharrikdaie January 13, 2013 at 10:48 am

    Terima kasih kerana masih lagi sudi bersama disini mengikut blog ini🙂

  3. izzati hashim January 5, 2013 at 7:22 am

    Salam alaik.

    Pernah juga terasa ‘tertembak’ bila ada yang kata,

    “Tulis blog buat apa, bukan ada orang baca dah blog-blog ni.Skrg ni zaman FB, zaman twitter. Xde org nak baca panjang-panjang tu.”

    Umumnya mungkin dia tak tuju pada siapa-siapa pun, tapi jauh di sudut hati, saya seorang blogger. -.-

    Saya setuju dengan akhi, menulis bukan untuk dapatkan redha manusia, tapi Allah.
    Biarlah org kata mcm tiada org nak baca, tapi mungkin dengan niat ikhlas kita menulis, Allah gerakkan hati sesiapa utk membaca apa yg tertulis. Moga.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: