mandi wajib dan wajib dakwah


Maaf, tajuk macam gempaq dan 18sx

Namun tidaklah begitu! Dan tidaklah pernah aku terniat untuk ‘ melucahkan’  tulisan aku disini, tetapi adalah untuk menyatakan kepada kamu, bahawa kita harus serius dalam permasaalahan hukum yang telah ditaklifkan kepada kita, kerana tidak ada satu pun dari ‘zarah’ kehidupan kita ini terkeluar dari hukum dan peraturan deen ini! Termasuklah dalam perkara mandi yang kita rasakan kecil dan tidak ada apa apa itu, hinggalah kepada sebesar besarnya perkara yang mana kita terikat dan terpatri dengan hukumiyah dan ketentuan Allah.

Aku tak nafikan, mungkin korang semua tahu akan perkara ini, namun tidaklah  seserius merasainya hingga ke ulu iman! Sebab apa yer? Mungkin sebab kita dah biasa mengambil mudah akan aturan hidup ini atau memang attitude kita sering memandang kecil satu satu perkara yang kita rasa menyusahkan kita!

” Ada aku kisah!!!!!” Agaknya itulah yang sering di’ monolog’ kan oleh suara hati kita terhadap hidup yang sering kita remehkan ini! Termasuklah masaalah hukum ini. Kita taram saja ikut kehendak kita. Asal buat! Itulah sikap kita.

Pengalaman dipaksa oleh murabbi aku dulu untuk menuntut ilmu islam dimasjid, diuniversiti yang menawarkan persijilan dan diploma pengajian islam secara intesif dan bergaul dengan para ilmuan banyak membantu aku untuk berkongsi dengan mutarabbi aku.

“Antum pergilah mengaji fardhu ain kat surau ke, masjid ke bila tak ada program kita. Janganlah semua harap dalam usrah ni saja. Kita bukannya ada masa nak bincang fardhu ain dalam usrah ni. Sikit sikit boleh lah!” Aku mengobrol satu hari bila aku lihat ada kalangan mutarabbi ku yang masih tak selesai lagi permasaalahan ‘muafik dan masbuq’ nya dalam solat.

Justeru itulah berkali kali aku mengingatkan mereka supaya menyusun masa dan program program fardhi mereka seandainya tidak ada program jamaaii agar mereka dapat menghadiri kuliyah diMasjid masjid sekitar untuk menuntut ilmu dan menambahkan pengetahuan agama, kerana hanya dengan ilmu lah jiwa kita akan lebih sensitif lagi sehingga kita dapat merasakan bahawa betapa setiap gerak kita samaada berdiri, duduk, jatuh, bangun, makan dan minum serta segalanya kita di kitari oleh hukum dan tidak terlepas dari lima sumber hukum yang telah ditaklifkan kepada kita. Yakni, hukum wajib haram makruh sunnat dan mubah ( harus). Dan dari hukum inilah terbitnya pahala dan dosa serta tinggi rendahnya takwa kita kepada Allah!

Kalaulah kita meneliti dari sisi hukum feqah dalam masaalah wajib mandi saja, kita akan dapati bahawa wajib mandi ini bukanlah hanya terbatas dalam perhubungan suami isteri atau pun masaalah haid dan nifas sahaja tetapi ada berbagai permasaalahan lain lagi. Begitu jugak dengan caranya. Sah atau tak sahnya mandi, kerana andai mandi wajib ini tidak sah, sudah pasti amalan amalan lain jugak akan terbatal dengan sendirinya. Begitulah persoalan mandi. Nampak kecil tapi impaknya besar.

Pernah satu tika, sengaja aku ajukan soalan trivia kepada mutarabbiku. Nak uji pengetahuan mereka. ” Siapa tahu, ada tak orang yang tak wajib mandi, dalam  enam perkara yang kita bincangkan, selain dari mandi sunat?” Tanya aku.

Aku lihat semuanya terpinga pinga dan menyerlahkan senyum jahil kepada aku.

Tanpa menunggu aku terus menyambung, ” Itulah yang kita semua cari!’  Aku berteka teki. Masing masing berpandangan. Tapi masih diam dan masih senyum.

” Apa dia bang?” Tanya seorang yang bernama Adib kepada ku. ” Apa lagi, mati syahidlah! kan orang mati syahid tak wajib mandi dan haram dimandikan!” Jawab aku. ” Ya Allah!” Terpantul perkataan Allah dari seorang mutarabbi ku yang menunjukan ‘ rasa ‘ tak tersangka dia atas kelupaannya pada hukum mandi itu.

” Ok, lagi satu.” Aku mengajukan satu soalan lagi kerana aku lihat mereka seolah olah suka dengan soal jawab!

” Sah ke tak sah kalau kita mandi hadas besar sambil berdiri dan tanpa bertinggung sekalipun kita punya air yang banyak? Ana nak antum jawab dengan asbabnya sekali?” Aku menambah.

” Oklah … minggu depan antum bagi jawabannya.” Aku menutup soal jawab itu bila melihat mereka mula berbincang bincang.

Seperti yang aku kata tadi, nampak bab mandi ini kecil tapi impaknya teramat besar dalam ibadah. Begitu jugaklah dengan dakwah ini!

Inilah message yang ingin aku sampaikan kepada kamu wahai sahabat ku! Bahawa dakwah ini juga nampak kecil dimata manusia tetapi impaknya besar kepada deen  dan kepada aqidah ummah ini!

Sebab itulah ber ‘kontena kontena’ dan ber ‘tan tan’  buku dakwah dicetak dan berbuih mulut para alim ulama’ mengingatkan kita supaya kita tidak alpakan masaalah dakwah ini kerana ianya adalah penentuan tutunnya bala’ Allah didunia dan diakhirat bagi kita.

Serius.

Itulah bait perkataan yang sesuai bagi kita para duat ini! Seperti mana kita serius terhadap mandi wajib untuk meng’sahkan’ amal kita selepasnya begitulah seriusnya harus kita tangani dakwah ini.

Biarlah dakwah yang kita lakukan ini dakwah yang ‘qawi’ . Dakwah yang tersusun dalam saff yang satu! Sebab itu kita belajar ISK. Kita hayatinya, kerana masa lalu itu adalah sebahgian dari masa kini. Tanpa aliran darah dan golekan tengkorak pejuang pejuang lalu, tidak mungkin kita akan rasai islam yang semanis sirap yang kita teguk kini! Dan ini akan menjadikan kita amat menghargai dakwah ini. Merasai ‘ruh’ keterikatan dengan mereka meski pun mereka sekarang ini sudah senang lenang terbang diranting ranting pohon syurga.

Sedarlah akh, kita tidak seperti mereka yang disyurga itu, yang telah menyempurnakan tugas mereka!

Kita masih lagi berada didunia fana ini. Masih didatangi bencana dan kerusakan silih berganti. Masih terkejar kejar lagi untuk melindungkan cahaya islam dari dipadamkan oleh musuh musuh islam. Masih cuba untuk menyatukan sahabat sahabat kita yang dicerai beraikan oleh mereka sehingga kita terpecah pecah menjadi kelompok kelompok jamaah yang kecil. Dengki mendengki antara kita. Fitnah memfitnah. Jatuh menjatuh. Kafir mengkafir. Lalu …. Kita semakin lemah hanya kerana hasutan mereka. Kita masih lagi digenggam oleh mereka! Sedarkah kita?

Kerana itulah ” Dakwah dan tarbiyah” wajib bagi kita. Demi untuk menyatukan kita. Menguatkan kita. Asalkan kita menjaga keharmonian berjamaah dan mengikuti syurutnya.

Bukan dakwah ‘dhoif’ yang digerakkan oleh individu individu yang tanpa keterikatan dengan organisasi. Kerana dakwah begini tidak dapat memberi impak yang besar kepada kebangkitan islam malah adakalanya objek dakwah sebegini mendatangkan pertentangan pula dengan jamaah jamaah islam kerana permasaalahan fikrah dan kefahaman!

Dakwah itu bukanlah ‘menyedarkan dan membiar” tetapi adalah ‘ menyedarkan dan membimbing’ yang dalam erti ringkasnya ‘ D & T”.

Dan itulah warisan turun temurun yang kita warisi dari Muhammad SAW yang sepatutnya kita fahami supaya kerja kerja dakwah kita yang banyak ini akan dapat kita re’assign’ kan kepada generasi baru yang akan memegang bara merah yang penuh dengan kepanasan ini!

Hanya ini yang mampu untuk aku tuliskan buat kamu para “pemula” dijalan dakwah! Meski tulisan ” sampah’ ku ini tidak sehebat tulisan2 dalam makalah makalah dakwah diluar sana atau dalam blog blog dakwah yang sudah ternama namun inilah serba sedikit kefahaman aku dan sebar sebarkanlah andai ianya bermenfaat agar pahala ini dapat kita kongsi sebagai ‘ air’ untuk menyiram api dari dosa dosa kederhakaan kita kepada Allah. Semuga Allah mengampuni dosa kita semua.

Wallahu aklam

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

One response to “mandi wajib dan wajib dakwah

  1. angah April 3, 2012 at 10:39 pm

    walaupun persoalan yang diajukan nampak mudah tetapi ia memerlukan huraian yang mendalam. pernah join kem intensif fardhu ain masa darjah 6. pada masa itu ustazah yakni fasilitator yang bertugas membincangkan tentang mandi wajib. memang sangat terkejut apabila salah seorang ahli kumpulan memberitahu ustazah bahawa dia telah datang haid sejak usia 9 tahun tetapi tidak pernah mandi wajib kerana dia langsung tidak ambil tahu tentang itu. menangis teresak-esak dia apabila dapat tahu bahawa mandi wajib itu wajib bagi mereka yang telah kering darah haidnya. ustazah memujuknya dan memberi penerangan padanya. dia cakap dia x nak masuk neraka. memang sebak sangat. memang kasihan pada kawan itu kerana parentnya juga terlalu sibuk dengan urusan bisnes dan kerja hingga terlupa untuk mengajarkan ilmu fardhu ain yang penting kepadanya… justeru itu, urusan berdakwah itu luas cabangnya dan buatlah dengan hikmah. kerana itu sering disebut dalam mana-mana jawatankuasa program satu ajk yang dinamakan Ajk D & T = Ajk dakwah dan tarbiyah…tanpa D&T, ia seolah tidak lengkap dan hilang seri. justeru itu, perluaskan dakwah itu dengan cara masing-masing dalam menyampaikan risalah kebenaran… Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: