Dakwah dan tarbiyah

Islamlah! nescaya kamu selamat

Tag Archives: harapan

keinsafan

keinsafan” Akhi … blog mu dah tua. Dah usang. Dah tak laku. Dah tak ada orang baca! Trend sekarang FB dan twitter saja yang orang baca. Orang tak der nak bacanya panjang panjang lagi dah. Apa lagi madah madah yang puitis puitis yang mu tulis. Itu zaman 80an zaman mu. 2013 ni mu kena berubah dah. Kalau tidak mu mati meraganlah depan PC tu … huhuu ” Kutukan tahap gaban aku terima awal tahun ni. Rasa nak ku hukum ‘hudud’ jer budak kelantan ni.

Memang betul jugak katanya. Statistik pengziarah blog aku dah macam saham felda jatuhnya. Merudum tanpa dapat ditahan. Ada satu hari tu tak sampai 60 viewer pun yang jenguk! Kalau nak ikutkan, waktu yang aku habiskan depan PC selama 4 jam untuk menulis sebuah artikel ni memang tak berbaloi! Read more of this post

Advertisements

Jangan pisahkan kami

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Walillah hil hamd

Ya Allah, hari ini aku kembali merindui Baitullah Mu. Aku kembali merindui tempat tempat suci Mu yang pernah kukunjungi 3 tahun yang lalu. Tika mana Engkau wahai Allah mengurniakan kepada aku Haji Akbar. Mengerjakan haji dihari Jumaat yang penuh keberkatan yang didambakan setiap manusia yang mengerjakan haji.

Disana terlalu banyak ku limpahkan airmata ku apalagi mengunjungi Badar dan Uhud.

Mengunjungi makam syuhada’.

Disana juga Engkau telah titipkan dalam ruh dan jiwaku supaya cintakan syahid. Cintakan dakwah. cintakan manusia disekelilingku yang masih terpingga pingga dengan agamaMu.

Disana aku banyak belajar kesabaran ditengah jutaan manusia.

Aku banyak belajar bagaimana untuk mendahulukan manusia lain dari kepentingan diri sendiri.

Aku bertemu dengan mujahidin mujahidin dan sahabat sahabat seperjuangan dan sefikrah berlainan bangsa dan rupa yang mana akhirnya kami semua bersepakat mengutamakan doa untuk kemenangan dan penyatuan Islam sewaktu berwukuf! Indahnya ukuhuwah itu sekalipun hanya sebentar cuma.

Begitulah kami Engkau ketemukan ya Allah.

Terasa dihati menyintai mereka. Aku sememangnya tidak dapat menyembunyikan cinta itu. Apalagi dijalan dakwah yang dipertemukan dalam tidak tersangka. Mungkin pertemuan ini disusun atur oleh Allah diatas doa doa yang telah kupanjatkan kesekian lamanya dan dalam kesabaran dan penantian yang panjang ….

Sememangnya menjadi kelaziman ku untuk terus berdoa dan berdoa agar Allah sentiasa bukakan kepadaku seluas luasnya pintu amal, menemukan aku dengan jamaah yang betul dan yang bergerak dalam manhaj arRasul serta menemukan aku dengan orang2 yang punya kesungguhan untuk terus bekerja dan bekerja supaya aku dapat bersama mereka mengabung semangat waja hingga kepuncak syurga! Read more of this post

Mabuk kepayang

mabuk kepayang

Aku dah mula menjadi gila.

Gila menulis.

Dah mula mabuk.

Mungkin Mabuk kepayang. Dengan cita cita menulis yang telah bertahun terhenti!

Sehingga tak cukup tidur denganĀ  masa yang terbatas dengan kerja kerja dakwah yang memang tiada ujungnya.

Aku terasa ingin pergi jauh dengan menulis. Menulis buku. Aku mula bercatur dengan masaku. Boleh atau tak boleh. Mana satu yang ingin ku korban dan aqiqah kan?

Aku dah mula mendapat” feel “ untuk meneruskan secara serius. Menyambung kembali penulisan buku ku yang telah lama terhenti kerana berbagai ragam masaalah dan ditambah dengan kekeringan dan kekontangan idea serta masa yang terbatas serta ingin menyambung study ku.

Dah terasa nikmatnya kembali. Dapat muntahkan lahar lahar hidup aku yang penuh dengan batu batan dan batu granit yang tak boleh dipecahkan ini. Aku ingin menulis tentang perjalanan yang melepuh terbakar untuk ku kongsi dengan alam ini agar alam ini tahu bahawa aku adalah sebahagian maujud yang tersenarai dalam data hamba yang teruji!

Aku dah mula menyuruh bintang gemintang menunjukan arah untuk aku pergi seterusnya. Tidak kira kemana saja asalkan aku dapat teruskan perjalanan ini dan dapat menemui arah yang betul. Biar pun gurun, gunung atau apa saja yang didepan ku. Aku redah. Redah semau maunya kerana aku nak menemui saripati hidup yang sebenarnya! Read more of this post