jgnlah puasa macam budak sekolah


Jangan makan bakul tu sudahlah cik kak!

Maaflah. Kali ini aku nak menulis secara santai. Nak tulis tentang Ramadan.

Dulu waktu aku kecik kecik kat kampung, orang kampung aku tak panggil bulan Ramadan tapi panggil bulan posa. Bagi aku yang masih belum bersunat dan belum baligh waktu itu, rasa ketat dada bila dengar nak datang bulan posa. Puasa adalah siksaan bagi aku dan kawan kawan sekolah yang seangkatan dengan aku.

Aku dah terbayang dah matahari yang terik yang terpaksa aku lalui nak pergi sekolah waktu itu yang jauhnya satu kilometer. Kalau pergi balik dah jadi dua kilometer. Memang rasa nak terkeluar lidah untuk menyampaikan ke tangga rumah ….

Lepas pukul dua petang pulak aku terpaksa mengaji alquran. Nak tidur lepas lelah pun tak sempat. Mata opah aku yang menjaga aku sejak lahir dah tentu terjegil keluar kalau aku tak pergi mengaji. Sekali lagi aku terpaksa berjalan kaki nak pergi rumah Tuk Guru. Suara aku waktu mengaji pun tak berapa nak keluar. Serak serak basah gitu. Macam suara Ramle Sarip yang meneran waktu chorus lagu ‘ kepada mu kekasih’ kerana terlalu kering dan haus. Badan pun memang tak bermaya. Longlai ….

Jangan tanyalah dalam hati aku waktu itu? Sudah pastinya ianya bermonolog supaya cepatnya matahari turun dan masuk maghrib. Kalau bolehlah! Matahari tu pun, nak aku kait dengan buloh kait jambu, supaya turun cepat, agar aku dapat minum ais sirap yang merah yang berpeluh dekat jag yang memang mengancam jiwa …

Begitulah hari hari aku lalui bulan puasa. Bertahun tahun lamanya ………..

Kalau kamu nak tahulah, dalam kepala ini dulu, hanya ingat berbuka dan hari raya saja. Selainnya aku rasa hanyalah keazaban …

Andainyalah aku tidak mengenal Islam, harakah dan tidak mengaji dan tidak ditarbiyah sudah pasti ianya berterusan hingga kekubur!

Aku tak nafikan, sekarang ini pun ada lagi ‘ species’ yang berpuasa macam budak sekolah seperti aku dulu.

Dimasjid masjid setiap kali datang Ramadan, masih aku lihat bersusun manusia terlentang dan tertiarap tidur macam rakyat Syria yang mati syahid! Ada setengahnya tidak memperdulikan azan untuk bersolat jamaah. Kalau bangun pun, ‘ slow motion’ saja gayanya. Letihnya bukan kepalang. Kerutan muka mereka seolah olah macam manusia gua yang terbangun tidur beribu ribu tahun!

Teringat murabbi ku tegur aku dulu … ”  kamu bukan letih badan tapi letih iman.”

Memang! Bila iman letih, akan letihlah jasad.

Itu belum lagi cerita dipasar Ramadan yang hampir setiap jari tergantung palstik makanan. Waktu berbuka  …. lagilah hebatnya. Cendul, cincau, bandung, air mata kucing semua boleh masuk. Kalau bol;eh kucing pun mereka nak telan! Allahurabbi.

Pengalaman lalu memang banyak mengajar aku untuk mengurus Ramadhan sebaiknya. Meski pun aku tidak dapat lakukan yang terbaik namun aku telah cuba sedaya upaya! Selebihnya aku hanya dapat berdoa agar Allah terima ibadahku dan terus memberi kekuatan pada aku untuk terus memperbaikinya.

Semua kita tahu bahawa Ramadhan menjengah kita tanpa kita minta. Tanpa diundang.

Kita juga tahu ianya istimewa dan banyak mengandakan pahala. Tapi kalau sekadar itu yang kita faham, ianya tidak kemana!

Sebagai pejuang dakwah kita harus melihat Ramadhan lebih jauh lagi.

Keperluan Ramadan bagi seorang daie, ibarat keperluan seorang koboi dengan pistolnya atau seorang Red indian dengan panahnya!

Ramadan bagi seorang daie adalah bulan sejuta persona … persona nya bukanlah sekadar pahalanya diganda ganda tetapi yang lebihnya adalah Allah nak latih kita agar kita boleh mengurus syahwat kita!

Kita tahu bahawa syahwat adalah antara ancaman yang besar bagi seorang daie. Syahwat bisa membinasakan hidup daie. Syahwat bisa membutakan mata, hati dan fikiran daie sehingga boleh memfuturkan perjuangan mereka. Kerana itu ianya harus diurus agar ianya menjana iman yang akan menjadi senjata dan perisai perjuangan kita sepanjang tahun. Itulah nilai ramadan yang Allah mahu kita lakukan. Inilah antara bentuk kasih sayang Allah mendatangkan Ramadan bagi kita. Ianya nampak penyiksaan namun sebenarnya adalah kasih sayang yang tidak ternilai harganya!

Sebab itu seringkali kita diperingatkan agar tidak menjadikan Ramadan sebagai ‘bulan musiman’. Musim beramai rami kemasjid. Musim kuliyah. Musim sedekah dan berbagai lagi sehingga bila tamatnya Ramadan kita kembali menjadi manusia ‘ Fakir’ yang hilang segalanya dan tidak mampu meneruskan menjadi manusia Ramadan.

Inilah yang berlaku setiap tahun.

Sepatutnya kita harus berusaha bermujahadah menjadi manusia Ramadan terus menerus sekali pun Ramadan telah berlalu kerana disinilah peluang kita untuk pertahankan kekuatan itu untuk mengapai hasil tarbiyah dari puasa sebulan yang kita jalani itu. Tetapi biasanya, kita sebaliknya. Seperti manusia awam jugak! Ada juga antara kita selepas Ramadan, tidak mampu untuk meneruskan  puasa 6 hari, sunat muakkad yang sangat dianjurkan kepada kita!  Daiekah kita kalau begitu?

Kesedaran inilah yang harus kita tanam kan dari sekarang supaya kita tidak lagi mengulangi kesilapan lalu!

Berusahalah kita untuk memaknai tarbiyah dari wahyu Allah ini yang direct mentarbiyah kita supaya kita menjadi manusia yang tidak pernah jemu dan berputus asa dalam menyiapkan diri dalam apa keadaan sekalipun!

Marilah kita menjadi manusia ‘ serbaguna dan serba boleh serta serba tahan” dalam apa jua arahan Allah kerana kitalah yang akan menentukan nasib kita dalam bermuamalah dengan deenulah ini!

Marilah kita mulai ‘ Syahrut tarbiyah’ ini dengan membentuk kembali aqidah kita, fizikal kita, akhlak kita, kesohihan ibadah kita … diantara 10 nuwasafat itu.

Muga muga penantian kita selama ini untuk meraih Ramadan terbaik adalah dari tahun ini ….

Marilah sama sama kita berdoa mudah2an sahur kita penuh barkah. Iftar kita penuh doa. Tarawikh kita mengugah jiwa. Tilawah kita memperkaya khazanah. Ibadah kita memberi arah hingga kita terus berghairah dengan ibadah dan dakwah ini setiap detik selamanya …. Insyaalah.

Di ambang Ramadhan ini, aku benar benar mohon maaf atas segala dosaku pada kamu semua yang pernah bersama dan berbicara dimaya ini … tidak kira berapa banyak pun dosa ini. Aku benar benar memohon maaf. Sama samalah kita terus berdoa agar ramadan yang akan kita lalui ini akan terus menjadi senjata kekuatan untuk kita dalam perjuangan menegakkan kalimahtul haq …. dakwah illlah yang terbeban ini!

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

2 responses to “jgnlah puasa macam budak sekolah

  1. sufiana July 19, 2012 at 5:22 am

    Salam saudara..bingkisan istimewa sempena ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: