mengintai bahagia didalam rahsia


gunung biru“Ya Allah. Aku memohon cintaMu. Cinta orang yang mencintaiMu. Dan amal yang menghantar cintaku padaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai dari jiwaku, keluarga ku dan air yang sangat sejuk” – Imam Nawawi Al Azkar.

Akhi, izin kan aku berbicara tentang cinta. Cinta yang ingin aku bicarakan ini bukanlah cinta yang sentimental dan yang melemahkan. Tetapi adalah cinta yang yang menguat dan menghidupkan! Cinta yang memberi dan membahagi!

Entah kenapa disepanjang kehidupan ini, aku sering dikepung cinta. Adakala aku diburu dan adakalanya aku memburu. Bagi aku kedua nya indah belaka. Semua itu mengingatkan aku bahawa aku harus menanam sedalam mungkin kebaikan dan membuang sepenuhnya keburukan terhadap nama sebuah cinta.

Benar, cinta itu gerak tanpa henti. Ianya adalah makna kebenaran dalam penciptaan, kerana itu hati yang terpenuhi dengan cinta lebih mudah dan cepat menangkap kebenaran. Sebab itu daie harus memiliki jiwa yang begini. Iqbal pernah bersyair,

” Cinta itu bagai penglihatan kepada mata. Kerana ianya adalah cahaya yang memberi penglihatan kepada hati kita!”

Justeru cinta itu menyimpan seribu rahsia.

Ada tika, ia bekerja untuk membuktikan kata katanya. Ada tika, dia berkorban untuk manusia disekelilingnya. Ada tika, dia sanggup membela yang teraniaya. Ada tika, dia jatuh miskin kerana infaqnya. Ada tika dia melarat kerana mujahadah dengan dakwahnya. Ada tika dia ditinggalkan tanpa kata. Ada tika dia keletihan kerana mengali tanah jiwa manusia dan ada tikanya, dia mengintai bahgia dalam rahsia.

Selalunya cinta yang benar adalah cinta yang memenangkan iman diatas syahwatnya! Distulah kita temui bahgia.

Akhi … seorang daie harus menjadikan jiwanya jiwa pencinta. Kerana kerja dakwah memerlukan cinta. Untuk menarik dan memujuk manusia. Kita berjuang dijalan sunnah ini pun atas nama cinta kepada Rabb dan RasulNya. Sebab itu Ibnul Qayyim mengatakan bahawa,

” Cinta adalah gerak jiwa kepada sang pencinta.”

Kita semua yang belum berpasang hidup dan yang telah berpasang ini pun bersandarkan pada cinta. Cuma faham kita saja yang berbeza sebab cinta yang kita sandarkan itu tidak bermukim pada tempat yang sepatutnya. Cuma yang kita tahu adalah mencela cinta sedangkan pada cinta itu tersirat bahgia.

Sebenarnya aku tidak berminat sangat bercerita pasal cinta ini kerana aku tahu ramai yang tidak suka. Nanti macam macam persepsi yang mereka lontarkan pada aku tetapi tujuan aku sebenarnya untuk mendidik kamu dan memahamkan kamu akan duduk bangunnya cinta ini dan dimana harus kita letakannya.

Tahun lepas aku pernah dijemput secara sukarela oleh pihak jawatankuasa sebuah Taman untuk membantu memberi kaunseling dan motivasi kepada beberapa Ibu tunggal yang dicerai oleh suami suami mereka. Mengikut cerita cerita yang aku dengar, ada dikalangan suami yang menceraikan isteri isteri mereka ini bukan lah disebabkan isu besar seperti nusyuz atau yang melibatkan syariat yang mewajibkan suami mereka mencerai mereka! Tetapi isu remeh yang menjadi asbab! Antaranya isu FB. Isu sms. Isu tak masak. Isu penjagaan anak. Isu cemburu. Isu balik kampung. Isu kerana menziarahi Ibu dan Ayah! Isu isteri sambung belajar dan berbagai lagi. Panjanglah kalau aku nak elaborate story tu satu satu tapi itulah isunya yang semuanya bagi aku adalah isu remeh.

Asbab isu ini, ada yang kena hentak dengan strika. Ada yang kena tampar dan maki hamun lantas bercerai. Bagi aku itu hanyalah penyebab tetapi yang sebenarnya ianya sudah tiada lagi ‘cinta’ atau salah meletak ‘cinta’ walau pun sebelum kawin dulu mereka ini bercinta dan merindu melebihi gelap merindukan malam!

Jujurnya, aku ingin katakan pada kamu bahawa aku juga pernah mencintai seseorang! Seseorang yang aku ingin menjadikan dia suri dan peneman dijalan dakwah ini. Aku jelas dan pasti, aku mencintai dia kerana dakwah ini dan tiada niat lain selain itu. Lantas akhirnya takdir tidak menemukan kami. Kami terpisah. Dia menemui jodohnya dan bahgia. Aku yang kehilangannya juga bahgia. Kerana apa? Kerana selepas itu aku ditemukan Allah dengan ramai teman teman yang cintakan dakwah dan aktif dakwah serta berpuluh puluh aktiviti dakwah yang sebelum ini tidak pernah aku lakukan dapat aku lakukan!

Rupanya Allah hilangkan dia dari aku adalah kerana Allah ingin temukan ‘jodoh’ aku dengan ribuan pintu dakwah yang terbuka untuk aku bekerja. Allah telah sempurnakan ‘cinta’ aku pada gadis itu dulu kerana niat aku dulu adalah kerana dakwah, mungkin melaluinya tetapi bila dia tiada, Allah temukan aku dan diberinya kebahagiaan yang lain.

Sejak itu, baru aku fahami, kenapa sebagian manusia kecewa bila cinta mereka putus antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana mereka salah dalam meletakan kebahgiaan. Mereka meletak kebahgiaan pada orang yang mereka cinta. Maka tatkala, ditinggalkan, pasti mereka akan sengsara kerana kebahgiaan mereka telah dibawa. Tetapi kalau mereka meletakan kebahgiaan pada Allah, jika bercerai pun mereka tidak akan terlalu kecewa.Mereka masih ada orang sekeliling yang boleh berkongsi bahgia. Kita harus faham bahawa ‘ mencintai’ itu tidak mengapa tetapi jangan sesekali meletakan kebahagiaan pada seseorang. Deritalah jawabnya.

Dalam situasi aku, aku tidak salah meletak cinta. Aku meletakan cinta pada dirinya sebab dirinya juga mencintai dakwah tetapi bila aku kehilangannya, aku tidak kecewa kerana kebahgiaanku adalah pada jalan dakwah! Iniah yang harus kamu fahami duhai adik adik ku.

Betul kata pujangga cinta. ” tidak salah mencintai tetapi yang salahnya adalah meletak kebahgiaan pada orang yang kita cintai.

Kisah aku itu adalah antara contoh yang menjadi diskusi antara aku dengan Ibu ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami mereka, hingga mereka dapat satu rumusan bahawa kebahgiaan itu harus di share dengan semua manusia bukan mutlak pada seseorang kerana cinta dan kebahgiaan yang mutlak hanyalah untuk Allah semata. Allah yang wujud tidak bertempat.

Justeru itu jangan terlalu zahirkan cinta kepada manusia. Kerana kebanyakan manusia mencintai dengan jasad semata dan tidak dengan jiwa.

Intailah cinta itu dalam rasa. Intailah bahgia itu dalam rahsia. Insyallah kamu akan temui cinta ku di sebalik gunung sana …🙂

jumpa lagi

muharrikdaie > menulis untuk menggerakkan jiwa jiwa

3 responses to “mengintai bahagia didalam rahsia

  1. si pemberi senyuman January 16, 2014 at 3:43 pm

    selalu ingt kata2 dari seorg kakak ni tatkala diri dilanda cemburu tahap cipan didalam berukhwah( sory lari sikit topik dari cita) dan sebagai pemberi semangat untuk terus bergerak di jalan dakwah ini.. INFIRU..! ^_^ .. “dia bukan milik awak semata dan awak bukan milik dia semta .. kalian ialah milik Allah.masing2 hnya pinjaman Allah ..”
    maksud kakak itu yg saya fahami= agar menjadi pendukung satu sama lain malah untuk semua khalifah2 Allah di muke bumi ini agar seiring sehaluan( da mcm tajuk lagu unic ni..) mengakkan agama Allah..

  2. nshahirah@rocketmail.com November 3, 2013 at 10:27 am

    Cinta itu cahaya sanubari kurniaan tuhan fitrah insani dimana terciptanya cinta di situ rindu bermula… Cinta itu tidak pernah meminta tapi memberi sepenuh rela rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala…

  3. Istighfaar Hamba October 21, 2013 at 7:09 pm

    Reblogged this on Istighfaar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: