Jangan pernah kalah dalam hidup ini


istidrajAkhi Muslim …. Assalamualaikum & apa khabar semua?

Seperti biasa aku nak mohon maaf! Kerana apa? Kerana janji demi janji aku taburkan untuk kerap menulis tetapi seperti selalunya, aku tak mampu untuk menulis sekerap mungkin buat kamu. Kamu pun tahu, daie kerdil sepertiku tidak banyak masa yang ada dan kelemahan ku adalah tidak boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Memang tak boleh fokus. Cuma dalam twitter sajalah yang aku mampu menyampaikan message hatiku!Pernah menjenguk twitterku? Cuba cubalah. Mungkin ada menfaatnya.

Akhi, aku seperti kamu, terpaksa mengurus kehidupan. Semua perlu diisi. Dari hal peribadi hinggalah kepada hal umat ini. Sebenarnya tidak mudah. Kerana masa terlalu pantas dan cemburu melihat kita! Apa lagi bagi orang seperti aku yang teramat lemah dalam pengurusan masa ini.Kerja mengikatku 10 jam. 7 -5 ptg. Jamaah mengikatku 4 jam. 8-12 mlm. Traffik jamn mencuri masa ku 4 jam sehari. Aku hanya ada 6 jam untuk mengurus diri, tidur dan memperbaiki hubungan ku dengan Allah. Kamu rasa mampukah aku memberi masa terbaik ku buat islam ini? Kamu tentu tahu jawabannya. Tapi hanya itulah kudrah yang aku ada.

Begitu juga dalam menguruskan keewangan. Pendapatan yang sedikit dengan komitment yang banyak! Bagaimana mungkin untuk aku uruskan? Aku hanya boleh bergantung kepada keredhaan dan  keberkatan Allah semata. Kerana kalau nak diikutkan bajet, akan sentiasalah defisitnya.Apa tidaknya, aku terpaksa bayar rumah, kereta, minyak, toll dan lain lain  mencecah RM3500. Belum masuk bajet jamaah dan program program yang mendambakan sumbangan!

Sebab itu terkadang aku malas nak fikir! Hentam dulu mana yang ada. Selebihnya, pandai pandailah nak hidup. Namun terkadang aku pelik jugak, boleh cukup. Memang boleh cukup dan ada saja jalan keluar yang Allah beri.

Dulu sewaktu aku berhenti kerja kerana nak cuba buat business, dihatiku terdetik, apalah akan jadi andai business ini tidak menjadi. Menyesalkah aku? Susahkah aku? Tapi aku positifkan juga hati aku agar meneruskannya dan meninggalkan jawatan yang agak baik, semata mata untuk mencari kekayaan untuk dakwah. Tapi akhirnya aku teruji!Memang tabiat jalan dakwah begitu! Semakin hebat iltizam dan intizam kita dengan dakwah. Setiap kali itulah kita diuji dan diuji.

Aku hanya boleh tersenyum saja bila ujian mendatang kerana aku tahu bukan aku saja yang teruji begini. Malah ujian ku teramatlah ringan di banding Nabi Adam yang diuji terbuang dari syurga. Nabi Yakub yang diuji dengan perasaan hingga buta setelah kehilangan Yusof dan Bunyamin. Nabi Yusof pulak di Penjara. Nabi Musa. Nabi Ibrahim. Nabi ismail. Para sahabat. Para tabiin. Tabii tabiiin. Hasan Albanna. Syed Qutb. Abdul Qadir Audah. Hasan Hudaibi. Zainab AlGhazali.

Malah jutaan umat yang melalui jalan dakwah dan jihad ini diuji dengan teruk. Mereka tahan kerana apa? Kerana mereka tahu, beginilah tabiat bermuamalah dengan Allah. Dan syurgaNya hanya terjual dengan ujian!Dan pastinya ujian itu akan berterusan beribu tahun lagi kepada para daie selagi dunia ini bernafas! Cuma kita tidak mahu antara kita ada yang gugur didalam ujian itu. Sebab itu kita ulang ulang akan kalimat ujian itu supaya ianya tidak membocorkan kapal semangat kita untuk terus bergerak!

Ujian terkadang menguntungkan bagi daie dan terkadang amat merugikannya hingga keakhir hayatnya. Untung, andai dia menghadapinya dengan semangat yang tinggi dan rugi andai dia memilih jalan istirehat dan rukshah.

Bagi aku, apa pun yang terjadi dari tindakan aku, aku tidak akan menyesal! Asalkan ianya kerana dakwahillah ini.Aku bersyukur, walau tidak berjaya, aku telah dapat menghidupkan sifat ‘ Syajaah’ ( berani ) kerana hanya orang berani saja, yang boleh pergi jauh dijalan dakwah ini meski pun dia akan terus miskin. Dan bagi aku, miskin dalam kemanisan perjuangan itu terlebih baik dari kaya dalam kemanisan keseorangan!

Sebenarnya aku sedikit pun tidak kecewa dengan kegagalan itu tetapi yang aku terasa ralat adalah  tidak dapat membantu jamaah untuk mencari sumber keewangan buat dakwah! Tapi alhamdulillah, Jamaah akhir akhir ini semakin berkembang dengan saluran keewangan dari sumber yang lain.Benarlah kata Ibnu Attaillah.

” Tampilkanlah dengan sesungguhnya sifat sifat kekuranganmu nescaya Allah menolongmu dengan sifat sifat kesempurnaanNya. Bersungguh sungguhlah dalam mengatasi kehinaan mu. Nescaya Dia menolong dengan kemuliaanNya. Bersungguh sungguhlah dengan ketidakberdayaan mu. Nescaya Dia menolongmu dengan kekuasaanNya. Bersungguh sungguhlah dengan kelemahan mu. Nescaya Dia menolongmu dengan kekuatanNya.”

Itulah Allah akhi. Yang Maha Kuat. Maha kasih dan menyayangi hambaNya. Memang Allah lah sandaranku didalam hidup ini walau apa pun tribulasi yang aku hadapi dan depani.

Tanpa kekuatan aqidah dan iman ini, sudah pasti hidupku akan kekeringan. Malah sujud dan ruku’ ku juga akan kering. Kekuatan inilah yang membasahi dan menghijaukan perjalanan hidup aku. Sebab itu, apa pun yang terjadi dalam hidup aku, aku akan sandarkan pada kefahaman ini semua.

Aku bukan ingin kamu menggagumi aku yang kerdil dan banyak dosa ini. Kerana aku bukanlah siapa siapa dan tak sekuat mana pun! Tapi aku banyak belajar dari pengalaman kehidupan ini. Malah aku selalu mempraktiskan apa juga nasihat mereka mereka yang mengelilingi hidup aku. Hingga aku tidak pernah mengalah dalam apa pun cubaan hidup.

Aku ceritakan ini semua kerana aku ingin mengisi kehidupan kamu dengan cahaya. Kerana jalan dakwah ini terlalu banyak cahaya yang boleh menerangi kita. Dan aku ingin supaya kamu bergerak dalam hidup ini penuh dengan ketenangan dan  jiwa ruhani yang bercahaya. Jangan pernah kalah dengan cubaan hidup tetapi jangan lah kamu mengharap pertolongan Allah itu datang dalam bentuk magis. Kerana tidak semua permintaan kita itu harus dikabulkan kerana Allahlah yang lebih mengetahui apa yang ada dalam batin kita. Dia tidak akan beri pada hambaNya andai ianya memudaratkan kita!

Akhi … Hati hatilah! Arus dunia ini amat kuat. Dayatariknya sangat mengiurkan bagai melihat wanita yang membuka aurat. Memang kita tidak mampu melarikan diri darinya, namun jangan jual akhiratmu dengannya dalam keadaan syahwat yang tidak terkawal. Panjatkanlah doa bagi mengawalnya.

Akhi … Mari kita berdoa

” Ya Allah, RahmatMulah yang kami harapkan. Maka janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata sekalipun. Perbaikilah semua keadaan kami. Tidak ada Ilah selain Mu.

Aminn … ya rabb’

Maaf, tak dapat tulis panjang lagi, banyak masuliyah yang perlu disegerakan. Jumpa lagi.

Buat sahabat baik ku di Jepun, semuga kamu dirahmati Allah sekeluarga disana. Dan buat semua …. Semuga kita ketemu lagi, jika tidak didunia insyaalah di akhirat sana.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

2 responses to “Jangan pernah kalah dalam hidup ini

  1. anneski May 10, 2013 at 4:52 am

    ana terkilan dengan kisah enta. ana berasa malu dengan diri sendiri kerana bersikap lemah. terima kasih atas peringata ini. may Allah shower u with His love and tranquility in ur heart ameen

  2. sufiana February 20, 2013 at 9:50 am

    salam pengharapan..

    teruskn dgn isian dakwah yg lebih dinamik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: