Dakwah dan tarbiyah

Islamlah! nescaya kamu selamat

Category Archives: Pesanan

Dunia mati kita

Akhi, antara penawar jiwa kita dari menyintai dunia dan kelazatannya adalah dengan membayangkan kematian dan membayangkan sempitnya kuburan.Ketahuilah akhi/ukhti, Kuburan yg sempit itu adalah kitab rahsia hidup manusia yang akan membongkar rahsianya.

Namun kuburan tidak mampu memberitahu kepada kita tentang rahsia itu sekarang sehinggalah kita sendiri yang akan memasukinya nanti!

Jangan fikir mudah bila berada disana seperti mana kita fikir mudah keampunan Allah terhadap dosa dosa kita! Kita dianjurkan ‘berbaik sangka’ pada Allah namun pastikah kita Allah mengampuni dosa kita? Semua itu adalah rahsia.

Seandainyalah kita mampu beristighfar 1000 kali sehari dan bermunajat setiap malam memohon keampunan. Bolehkah kita mendapat jawaban dari langit bahawa dosa kita diampuni? Serius! Langit tidak akan terbuka memberitahu kita.

Justeru itu kita wajib percaya dengan haqqul yakin tentang perkara ghaib dan menghayatinya dengan sepenuh jiwa dan iman agar kita sentiasa berada dalam suasana ‘mengharap’ dan ‘cemas’ agar kita menghadapi hidup dunia yang penuh tipuan ini dengan ‘keseimbangan.’

Sifat ‘harap’ mengajar orang yang berdosa supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Dan sifat ‘cemas’ dapat mengajar orang yang rajin beramal agar sentiasa hati hati dengan perasaan riya’ dan over confident bahawa Allah akan menerima amalan mereka sedangkan Allah boleh membatalkan amal mereka bila bila masa saja!
Dua sisi sifat inilah yang akan memacu diri kita untuk terus beramal dan meninggalkan dosa sehingga diujung amal itu pasti kita beristighfar menandakan bahawa kita sentiasa berharap Allah terima amal kita dan mengampunkan dosa kita. Kita benar benar akan rasa kekerdilan.

Marilah kita cuba sesunggunya untuk membangunkan amal amal yang terbaik kepada yang maha baik. Pelbagaikan amal. Kerana pintu pintu syurha itu bertingkat tingkat yang mudah mudahan kita dapat memasuki setiap tingkatnya.

Walau apapun kalau kita tidak mampu membuat pelbagai amal. Maka carilah satu amal yang mampu kita lakukan dan kita fokus serta istiqamah dengannya dan jadikanlah ia ‘amal unggulan’ dan menjadikan ia ‘hujah terkuat’ dihadapan Allah setelah kita mati nanti bahawa dimasa kita hidup dulu kita pernah bersungguh untuk mendapat redha Allah.

Jom akhi ….kita isikan dengan amal di umur kita yang tersisa ini ….

Muga bermenfaat buat semua.

muharrikdaie

Advertisements

Kewajiban yang berat

berat

Ikhwah

Ummah tergantung pada dakwah kita untuk hidup bahgia diakhirat.

Sejauh mana dakwah kita bergerak, sejauh itu jugaklah ummah merasai kebahgiaan mereka. Begitu juga terhadap diri kita yang memikul taklif atau bebanan ini.

Selagi kuat kita berusaha, selagi itulah bahgia yang akan kita dapati.

Justeru, kewajiban kita memang tiada pilihan sebenarnya. Beratnya tanggungjawab yang kita pikul dijalan dakwah ini tiada tertanggung andai boleh kita nampak dengan penglihatan yang menembus jiwa. Read more of this post

tiada erti kesetiaan

kakiAssalam buat semua yang ku kasihi

Entah kenapa semenjak dua menjak ini aku amat teruja untuk terus menulis disini. Entah apa yang menariknya atau yang menolaknya, sungguh aku benar benar tidak tahu tetapi bila saja aku letakkan jemari ini dikeyborad notebook ini, ia terus bergerak bagai memetik piano untuk mengalunkan lagu Lau kana bainana ya habibi. Lagu yang menjadi background hidup aku. Lagu yang menyentuh hati dan alis mataku. Dan yang mencurahkan airmata kerinduan yang teramat!

Kalau dulu, jemari ku ini seolah olah lumpuh tetapi kini tidak lagi. Kalau dulu jemari ku ini turun bagai serpihan kapas yang turun slow motion pada keyboard notebook aku, tetapi kini ia normal. Kalau dulu fikiran ku semak dan bersepah tetapi kini aku telah mampu untuk menyusunnya kembali.

Alhamdulillah, aku telah pulih. Pulih dari kekakuan. Pulih dari kekeringan dan sumpahan! Read more of this post

Mencari bahgia diujung sunyi

Aku bahgia begini. Melalui hari hari ku yang tiada ruang untuk aku rehat dan membazir waktu.Dari pagi hingga ke dini waktu aku mengisi ruang ruang kosong utuk diisi dengan dakwah ini.

Baru aku tahu betapa indahnya perasaan Albanna dulu hidup begini. Sentiasa mengisi masa dengan dakwah tanpa henti. Betapa menyejarah kata katanya bahawa seorang akh itu, kerja nya lebih banyak dari waktu yang mereka ada. Betapa aku dapat rasa syuur beliau  telah mula tumbuh dan hidup dalam jiwa aku. ‘Ruh’ nya telah menguasai jiwa dan hati aku hingga aku dapat rasa akan keberkatan umur dan hidup yang secarik ini.

Bahgia. Itulah yang ingin aku ungkapkan disini.

Tidak mudah mencari bahgia kerana ianya satu kurnia.

Tanyalah pada sesiapa pun, apakah mereka bahgia?

Mungkin dan mugkin ada yang mengatakan ya, atau ada yang mengatakan tidak. Ada yang mengatakan kadang kadang bahgia dan ada yang mengatakan, ” mana ada manusia bahgia selalu. Mesti ada saat saatnya mereka tidak bahgia. Kan manusia namanya!” Mereka berkata begitu, kerana kebahagiaan yang mereka ukur adalah mengikut neraca dunia dan nafsu.

Tapi percayakah kita bahawa orang yang berjuang islam ini akan sentiasa Allah bahgiakan jiwa mereka!

Yang pasti mereka harus berjuang bersungguh sungguh dalam apa kondisi sekali pun. Kalau lah kita dizaman Shuhaib RA, pasti kita tahu kebahgiaannya apabila dia sanggup meninggalkan harta bendanya demi kerana berhijrah bersama Rasul.

” Anta ni berteori jer akhi, cakap boleh lah. Buat tulah masaalah kita!” Begitu senda seorang sahabat, bila aku bersemangat mengatakan tentang kebahgiaan.

Tidak kah kita percaya cerita para sahabat sahabat rasullulah tentang kebahgiaan dan cinta mereka dimedan ini? Tidak percayakah kita akan cerita Khalid Alwalid bahwa kebahgiaan baginya adalah bersama tenteranya berbanding berada dimalam yang dingin berpelukan dengan wanita dimalam pertama pernikahan mereka sedangkan ‘ bersama isteri dimalam pertama’ adalah kemuncak kenikmatan dunia.

Ini mengambarkan bahawa nafsu dan syahwat bukanlah teman jalan dakwah ini dan bukanlah kemuncak kepada kebahgiaan sedangkan kemuncak kebahgiaan adalah bersama dakwah dan jihad kerana dakwah dan jihad, tiada nafsu yang mengiringinya kecuali iman.

Hanya orang iltizam dan intizam dengan dakwah dan kerja islam ini saja yang tahu dan percaya akan erti kebahgiaan. Kerana mereka fully berada didalamnya. Bagi yang hanya mencelupkan jari mereka dilaut dakwah ini dan hanya berada dipinggir pantai dakwah ini tidak akan dapat merasakan kebahgiaan itu.

Masakan dapat mengecapi bahgia kalau sekadar mendaftar nama sebagai ahli dakwah dalam  jamaah D & T dan kemudian hanya mengikut program pilihan nafsu mereka saja?

Apakah dapat mengecapi bahgia kalau sekadar menyertai jamaah hanya ingin mengisi borang BM saja?

Apakah boleh bahgia kalau sekadar menghadiri usrah dan ingin berukuhuwah dan makan dalam talam sahaja?

Apakah bahgia kalau setelah bertemu jodoh melalui Baitul Muslim kemudian ghuyub melayar keluarga dan hawa nafsu dalam hamaparan malam dan melupakan masuliyah dakwah yang memerlukan kita terhadap umat ini?

Apakah dalam keadaan begini kita boleh berkongsi syurga bersama orang orang yang telah meleburkan kehidupannya untuk dakwah ini semata?

Apakah pengorbanan kita yang sekelumit itu boleh kita bermandikan cahaya, menyebarkan wangian dan mengejar burung hijau yang berkicau diufuk syurga?

Itulah yang perlu kita fikirkan.

Akhi, syurga tidak semudah yang boleh kita bayangkan. Jauh lagi fasa fasa perjuangan yang harus kita lalui. Jauh lagi pengorbanan yang harus kita korbankan dalam dakwah ini.

Kita tidak boleh membeli syurga hanya dengan niat sahaja akhi.

Hanya dengan bersedekah pisang di masjid dan bersedekah seringgit sewaktu laluan tabung jumaat menghampiri kita setiap minggu.

Syurga tidak semurah itu!

Syurga memerlukan pembuktian dan memerlukan kita menongkah lautan ujian untuk mencemarnya.

Sebab itu kita memerlukan bahtera ini. Bahtera yang bukan hanya perlukan jasad kita berada didalam nya tapi memerlukan hati kita dan iman kita kerana dengan keduanya itulah akan memicu kesedaran diri kita untuk bekerja bersungguh sungguh, menanggalkan nafsu kelazatan yang semu palsu dan menipu.

Akhi, aku tahu, saat aku melakarkan bait bait kata yang telah lama aku tinggalkan dari blog ini, wajah malam memandang aku. Wajah malam yang ingin aku cepat kemasjid untuk mencari cinta diujung pagi. 1000 bulan yang andaikan dianugerahkan, akan mengalirkan pahala yang terus melaju bagai hujan hujan yang turun dihulu.

Memang aku rindukan iktikaf dibulan mulia ini, bukan saja aku ingin mengecapi anugerah  Allah ini tetapi aku ingin menghidupkan sunnah yang mulia ini. Kerana aku ingin hidup bersama Murabbi besar ini diakhirat nanti. Ingin bertemankannya berbicara di telaga Kautsar.

Aku tak menafikan bahawa aku adalah ikhwah yang bersemangat. Semangat yang terkadang menjangkaui kemampuan aku.

Abdullah ibn Rawahah lah yang membuat aku gumam begini. Syair syairnya terkadang menghunjam semangat ku hingga ke palestine, ke Syria dan Mesir meski itu hanyalah angan kosong ku. Kesyahidannya setelah jaafar dan Zaid mencucurkan airmata ku dan memarak kan hamasah aku.

Kenapa engkau tidak menyukai syurga. Bukankah sekian lama kau tunggu ia dalam cita? Bukankah engkau ini tidak lebih dari setitis nutfah yang di tumpah?

Begitulah orang orang yang mencari bahgia. Berjuang dan terus berjuang.

Aku percaya, kita tidak boleh sampai ketahap yang amat tinggi begitu. Tapi kita adalah matarantai dari mereka meski kita tidk hidup sekuat mereka. Tapi kita ada peranan masing masing yang harus kita mainkan.

Mari kita mulakan kembali. Dari sebuah kelemahan menuju kekuatan. Dari bertaubat kepada meninggalkan dosa. Dari mencintai hidup kepada mencintai mati. Dari derita memikirkan dunia kepada memikirakan akhirat yang abadi.

Kalau itu dapt kita ubahkan. Insyalah kita akan bahgia. Lebih bahgia dari mempunyai isteri atau suami yang rupawan dan anak yang comel.

Mari kita jadi seperti tukang tukang sihir Firaun yang benar benar ingin kembali kepada Allah.

Bumi yang kita pijak ini tidak akan pernah menjadikan kita mulia. Sungguh perjuangan dan dakwah jihad inilah yang akan memuliakan kita.

Betul kata Fudhail bin Iyad,

” Berjaga satu malam dimedan jihad ini, lebih aku sukai daripada aku solah dimalam lailatul Qadr disisi Hajarul Aswad!”

Menunjukan betapa besarnya pahala dakwah da jihad dari malam lailatul Qadr. Betapa mulianya dakwah dan jihad itu.

Hanya sekadar ini mampu aku hlurkan buat kamu. Malam semakin pagi. Mari kita tenggelam kan diri di sepuluh malam terakhir ini. Tengelam dalam ibadah kepada Nya.

yg fakir disisi Allah

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

JOM mujahadah, JOM jadi sufi, Majalah JOM

Salam ramadan buat semua ….

Pertamanya aku nak tulis dan ajak kamu ….. JOM! kita penuhi bulan ini dengan mujahadah yang maksimum! Maksimum maksud ku ialah kita berbuka dan bersahur ala kadarnya. Kita ibadah semahunya. Ibadah sampai letih dan sampai kita tidak mampu …. sampai lembik. Sampai nampak bintang. Macam kita perah santan lah …. sampai air santan tu dah tak ada ….

Pada waktu itu baru kamu akan rasa kemanisannya. Percayalah! Pasti kamu akan menanggis. Barulah kamu akan rasa Allah dekat dengan kamu. Barulah kamu akan rasa dzauknya berdoa dan bermunajat. Waktu itu mintalah apa saja ……. kerana waktu itulah kamu akan rasa Allah itu dekat dan mendengar rintihan kamu!

Kamu tahu tak! Itulah cara kamu nak tundukkan syahwat. Saat kamu tak bermaya itulah kekusyukan itu menjelma dengan sendirinya. Menerjah qalbu dan hati.

Kamu jangan layan saat keletihan. Kelelahan. Penat dan mengantuk. Itu perkara biasa dan satu kemestian dalam bermujahadah. Kalau kamu letih sangat, bangunlah bersolat! Baru kamu dapat rasa benar, apa yang Rasullulah sabdakan bahawa solat itu kerehatan.

Jika kamu solat dalam keadaan kamu bertenaga, kamu tidak akan rasa kerehatan itu. Tetapi … kalau kamu solat dalam keadaan kamu letih, kamu akan rasanya! Read more of this post

beberapa perhentian

Akhi,

hidup ini adalah jalan panjang yang harus kita lalui. Kita tidak tahu bila masanya kita akan berhenti. Esok atau lusa. Khamis atau jumaat. Kita tidak pernah diberitahu. Cuma yang kita tahu adalah kita harus berhenti di beberapa perhentian.

Perhentian pertama  kita adalah ajal kita dimana berhentinya masa amal kita. Kemudian kita berhenti lagi dan lagi. Seterusnya kepada beberapa perhentian yang memang pasti. Lamanya singgah kita kepada satu satu perhentian itu pun kita tak tahu! Semua itu diambil kira dari hidup kita dititik ini. Read more of this post

tahun dukacita

Akhi yang ku kasihi kerana Allah dan kerana dakwah ini ….

Jika Rasullulah punya tahun dukacitanya, begitu juga aku! Tahun ini adalah tahun dukacita ku.

Duka aku bukanlah kerana putus cinta dengan kekasih aku. Bukan juga kehilangan seseorang yang dekat dihati aku yang pernah ku harap menjadi pendamping dakwah ini dulu! Atau kematian orang orang yang kusayangi …..

Tetapi duka ku adalah diatas perpecahan ummah yang semakin meruncing yang sudah tidak boleh dikawal lagi dibumi Malaysia ini, seolah olah mereka terkena penyakit gila. Gila Kuasa! Sehingga Islam, ukuhuwah dan kasih sayang sesama islam sudah seperti hilang dan dihijab dari hati mereka. Read more of this post

leburkanlah dirimu …

Salam dakwah buat semua.

Akhi,

Kita sudah tidak punya waktu. Hanya waktu ini yang tersisa. Dan yang tersisa inilah saja batas waktu yang ada untuk kita leburkan diri dijalan dakwah ini yang membentangkan amal kita antara kelahiran dan kematian kita!

Semuga kamu semua diberi kekuatan untuk terus menyeru dan menyeru manusia terhadap ubudiyah kepada Allah serta tidak jemu jemu untuk membina iman sebagai bekalan. Read more of this post

Bila jalan itu bukan jalanNya

Salam buat semua duat yang kukasihi.

Dulu aku pernah ditanya. Siapakah aku? Hendak kemana aku?

Itulah ayat pertama yang dititipkan oleh seorang murabbi dalam usrah pertamaku setelah aku ‘disreenkan’ selama setahun untuk disaffkan didalam sebuah jamaah dakwah dan tarbiyah yang mana sebelum ini aku hanyalah ‘ mutarabbi bebas ‘ yang tercari cari barang yang hilang dan melompat dari satu jamaah kesatu jamaah untuk berpaut pada dahan Tuhanku dan untuk menyerahkan diri ini untuk diabdikan! Read more of this post

duri duri jalan

Jalan Dakwah adalah jalan Penyucian.

Sebab itu jalan ini penuh kelukaan kerana bukan mudah untuk menyental daki nafsu dan ruh yang yang penuh dengan kotoran dosa dan kemunafikan!

Tak hairanlah ramai yang gugur dijalan ini.

Sebab jalan ini adalah jalan mujahadah.

Jalan pengorbanan.

Jalan yang tidak boleh dimustakmalkan dengan hawa nafsu dan cinta dunia.

Jalan yang tidak boleh kita mengeluh.

Jalan yang tidak ada ujung. Read more of this post