bila padam nya api cinta


mdAku telah lama tidak memimpin usrah kerana aku direhatkan diatas sebab tertentu. Memang aku merindui untuk bersama anak buah aku duduk berhalaqah, berbincang, baca quran menghafal berdiskusi serta menyampaikan maudhuk. Ada yang ternganga. Ada yang tertidur kerana keletihan dan ada yang memberi tumpuan. Begitulah bila berada dialam usrah yang banyak mengajar kami dan mengikat ukuhwah kami untuk mencari cinta sejati!

Disinilah kami mengubat luka luka derita hidup masing masing. Disinilah kami berhibur, bantu membantu, usik mengusik dan bersenda loka.

Tapi aku telah lama meninggalkan mereka. Mungkin tidak akan bertemu lagi dalam satu usrah. Aku agak mungkin mereka jua merindui aku. Entahlah. Tapi berada didalam jamaah islam ini kita harus selalu berpisah kerana perpisahan didalam halakah usrah ini perkara biasa untuk melaksanakan tugas yang lebih penting. Aku dah puas menangis dan merindui mereka setiap kali di pisahkan oleh mas’ul ku sejak 10 tahun lalu. Betullah kata murabbi ku dulu, kasih kami didunia ini tidak akan kekal dan kami harus mengejar syurga jika ingin bertemu kembali seperti didalam halaqah ini.

Tapi sayangnya. Ada antara kami telah tiada lagi nampak bayangnya. Mahu pun didalam jamaah ini. Ada yang telah keluar dari jamaah ini. Ada yang telah hanyut dalam dunia mereka dan hanya sekali sekala saja menjenguk didalam program program umum. Mereka telah lupa saat saat mereka bersedih dan saat saat mereka bahgia bersama aku dulu. Mereka telah lupa janji mereka pada aku dulu bahawa akan terus bersama selamanya dijalan jihad ini.

Betullah kata para ulama bahawa istiqamah itu lebih nilainya dari 1000 karomah. Tidak mudah untuk istiqamah dan istiqamah didalam jamaah ini tidak boleh kita hitung dari berapa banyak kehadiran kita didalam program jamaah tetapi adalah sejauh mana kita menghayati masuliyah atau pun tanggungjawab ini.

Ukuhuwah jika tanpa cinta dari langit dan tanpa kebersamaan cita cita akan putus jua meski kita tidak kehendaki ianya berlaku.

Kalau hendak diikutkan didalam kehidupan aku ini, aku lebih banyak bertemu dengan perpisahan dari kebahgiaaan tapi sejujurnya ingin aku katakan, aku tidak akan lari dan sia siakan hidup ini untuk menyerah ditengah jalan.

Aku bersyukur, setelah banyak aku lalui proses kehilangan dalam hidup ini, aku semakin kuat. Aku telah dapat memahami hakikat penciptaan diri aku ini yang mana disana ada rahsia dibalik rahsia dariNya.

Aku juga berharap teman ku di negara matahari terbit sana atau dimana saja menerima hakikat itu. Disebalik hidup yang bermandikan sunyi ini, kembalilah merindukan kenyataan kehidupan. Buangkanlah bayang keindahan lalu yang berada dalam lena dan jaga kita untuk menerima anugerah Allah yang tidak terhingga ini yakni mengekalkan kita dalam iman dan islam. Dalam jamaah dan kerja dakwah ini sekalipun kita terpisah dan terpadamnya api cinta manusia kepada kita.

Akhi … aku tidak tahu apa harapan masa depanku pada semua sahabat aku dijalan dakwah ini dan diakhir zaman ini. Cuma pesanku. Simpanlah harapan harapan kita  kerana ia bisa menjadi sebuah semangat tersendiri untuk kita tetap merangkai waktu dalam hidup ini agar kita terus menapak dijalan dakwah ini hingga kaki kita tersentuh kedalam syurga.

Jangan ingat bila terpadamnya api cinta kita disini akan terpadamnya api cinta kita disyurga. Api cinta kita disyurga sentiasa bernyala andai kita memenuhi syarat syaratnya.

jumpa lagi

muharrikdaie – semakin malas untuk menulis

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: