Perempuan itu ….


psSalam satu fikrah …

Akhi, dunia dakwah ada seribu warna. Ada warna indah dan ada warna yang luntur. Bila kita nampak warna indah, pasti kita akan kata, ” eh cantiknya warna itu?” Sebab itu ramai yang sanggup mengejar pelangi.

Dulu, bagi yang hidup dikampung dan pernah menjadi orang kampung, pasti akan tahu bahawa diantara perkara yang mengembirakan kanak kanak saat itu adalah bila mereka sesekali dapat melihat pelangi.

Terkadang ada yang jatuh basikal mengejar pelangi. Ada juga yang terlanggar tunggul disebabkan mereka mengayuh sambil melihat kekaki langit. Dan yang paling derita adalah, apabila terlanggar pokok dimana celah kelangkang mereka melurut menujah handel basikal. ” Aduuuuuuuuuuuuuuuuh!” Senaknya setengah jam pun masih belum hilang tapi mata tetap kekaki langit untuk melihat pelangi yang indah yang hanya sesekali saja timbul selepas hujan …. indahnya pelangi

Nostalgia

Waktu aku kecil dulu, ada satu mitos yang sering jiran aku ceritakan tentang pelangi. Nama jiran aku itu Wan Raayah yang lebih mesra kami panggil Wan yang amat sayangkan kanak kanak dan yang suka melayan kami.

Beliau menceritakan bahawa pelangi ni duduknya dia dikaki langit untuk menimba air laut. Sesiapa yang dapat mengambil ‘timba” istilah orang perak yakni ‘baldi’ yang dipunyai pelangi itu, akan dikabulkan permintaannya. Permintaan pertama yang dioffer oleh pelangi itu adalah seorang perempuan cantik. ” Macam si lela tu.” Kata Wan Raayah suatu hari. Maksud Wan raayah tu ‘ Cinderella”. Ada juga orang kampung aku panggil “chindalela”. Macam macam. Maklumlah orang kampung! Ikut sedap mulut mereka saja nak sebut.

Waktu itu, aku dan kawan kawan aku terlopong sampai ternampak gigi kapak kami kekuningan. Semua kaki tangan kami jemn dibuatnya disebabkan terlalu teruja dengan kelentong Wan Raayah. Mungkin dalam benak kami pada waktu itu bermacam macam gambaran, khayalan dan bayangan yang timbul. Budakkkkkkkkkkkkkkkk. Form 2 pulak tu … dah dekat dekat nak baligh. Faham faham jerlah kemahuan biologi mereka.

” Hoi kome, kamu ingat kat kampung ni ada tak budak perempuan yang lawa macam si lela tu?” Tanya Mak cik tu. ” Haahahahaha, mana ada Wan. Rimau bintang adalah!( budak budak kampung dulu banyak yg berpanau sebab suka basuh muka waktu panas) , sihangit adalah!( budak perempuan yang baru baligh memmanglah hangit, pertukaran hormon) Haahhaah.” Kami ramai ramai ketawa. ” Chewah, yang kome keliling hari hari rumah Tok Sidang ( Penghulu ) tu apa kome buat?” Wan Raayah memferli kami. ” Itu lain lah Wan.” Jawab seroang kawan kami. Pada aku lah sebenarnya anak Tok Penghulu ni bukan nya lawa sangat pun, cuma mereka orang berada dan terjaga segala kebersihan. Kami Mak ayah semua kerja kampung, Bila lah ada masa nak jaga semua itu.

” Hai tak kan, nak rebut dia sorang!” Wan Raayah mengusik. ” Haaa apa lagi, kejor le pelangi tu, sikit lagi dia dah nak turun dah! Melepas kome nanti nak peluk silelal tu ” Wan Menyambung.

Apalagi lagilah macam ” sintau” ( kilat ) masing masing kayuh basikal nak menuju kaki langit walau pun dah banyak kali wan tipu kami tetapi itulah ghairahnya kami nak dapatkan ‘si lela’ perempuan itu yang hanya dalam khayalan kami.

Ibrah

Bila aku dah dewasa dan bila telah kenal islam ni, baru aku sedari, ada ibrah disebalik pengalaman lalu,  meski pun perkara itu berlaku di waktu kita kecil dulu. …

Benar ” Si Lela” itu … Perempuan itu ….. besar pengaruhnya dalam kehidupan insani di dunia ini. Apa lagi dalam kehidupan dakwah!

Akhi …

Denyut cinta seorang perempuan boleh mengoncang singgahsana maharaja. Apalagi bagi kita seorang dai ini.

Perempuan adalah samudera kenikmatan juga malapetaka dan bencana bagi seorang daie. Dan mereka adalah penghalang pertama didalam dakwah ini. Waktu mereka single, mereka menjadi cabaran bagi nafsu kita. Dan waktu kita menikahi mereka, mereka juga menjadi cabaran bagi dakwah kita.

Berapa ramai yang gugur dijalan dakwah kerana perempuan. Berapa ramai lelaki yang menjadi ” heroin” rumahtangga kerana perempuan. Berapa ramai yang  kena ‘ tarik telinga’ dan tidak dapat menghadiri program program jamaie kerana perempuan? Berapa ramai yang cinta dunia kerana perempuan? Berapa ramai yang keislaman yang rosak kerana perempuan?

Aku bukan ingin menceritakan pengaruh keburukan perempuan sahaja kerana ada juga pengaruh kebaikan mereka. tetapi disepanjang jalan dakwah ini pengaruh keburukan itu lebih ketara. Apa lagi bila dapat seorang lelaki longlai atau lelaki yang mudah dikuasai oleh mereka dengan kemanjaan dan syahwat sehingga suami mereka tersungkur dipintu yang tidak bermangga!

Rasullulah bersabda ;

Kaum wanita adalah jerat jerat syaitan. Kalau bukan kerana syahwat,  maka kaum perempuan tidak mampu untuk mengalahkan kaum lelaki.

Memang! Seorang akh itu mudah untuk menurut kemahuan isteri mereka! Sebab itu syaitan menggunakan perempuan untuk melemahkan seorang akh itu dari perjuangan dakwahnya. Apa lagi lelaki yang tidak punya kelebihan dari segi agama, ilmunya, leadershipnya atau pun yang baru berjinak dengan dakwah. Mereka mudah menjadi “makanan” dan “terkaman” isteri mereka seandainya isteri mereka masih belum kuat dan mudah cair dengan suasana dakwah serta belum mampu lagi untuk tajarud dijalan dakwah ini.

Itulah Ibrah yang aku dapati sewaktu aku mengejar pelangi untuk mencuri timbanya dengan pelbagai halangan hanya untuk perempuan itu …. Kuatnya pengaruh perempuan itu. Walaupun sia sia dan mustahil aku tetap mengikutnya.

Kesucian

Pengalaman selama 15 tahun memimpin halakah, telah dua pasangan berlaku perceraian yang tidak dapat aku settlekan meski pun mereka berwalimah pada awalnya untuk berbaitul muslim dan berbaitul dakwah.

Bagi aku, Baitul Muslim bukan hanya bergantung hanya pada cita cita bersama saja. Atau pun dalam jamaah yang sama. Tetapi andai tidak ada kesucian jiwa, Kesucian maksud dan tujuan. Segala cita cita pasti akan pudar!

Walau apa pun, rumusan yang boleh aku ambil adalah pengaruh besar seorang perempuan akan menunduk jua andai yang membimbingnya adalah lelaki itu …. lelaki yang penuh karisma, lelaki yang punyai jiwa yang tinggi didalam dakwah dan yang bijak untuk menguasai perempuan kerana perempuan ini hebat mereka hanyalah pada syahwatnya …. tunduk syawahnya hilanglah pengaruh mereka untuk menarik para pejuang dari jalannya ….

Imam Ghazali dalam ihya’ berkata;

Nafsu kaum perempuan bergantung kepada nafsumu. Kalau engkau tiupkan sedikit awan padanya, maka dia akan mencengkammu dengan lama. Kalau engkau lembutkan tali kekangnya beberapa waktu, maka dia akan menarikmu satu hasta. Dan kalau engkau menariknya lalu mencengkamnya dengan tangan mu dengan keras maka engkau akan memilikinya dan menundukannya …

Itulah perempuan … perempuan itu

Wan Raayah, mak cik tu dah lama pergi kealam barzah. Anak Tok Penghulu pun dah habis study sampai overseas dan dah kawin dengan orang Pakistan dan kini menetap di Canada. Rimau bintang dan sihangit dan kawan kawan aku pun ramai yang telah berumah tangga dan ada yang berjaya dan ada yang  kecundang ….

Dan aku, masih lagi membalut luka lalu namun ….. tetap tsabat dijalan dakwah seperti dulu …..

Dan …. malam ini bukanlah tajuk ini yang ingin aku tuliskan tetapi … dek kerana hati ku masih berdarah kerana geramkan mutarabbiku yang tidak hadir usrah hanya kerana zaujahnya sakit perut sedangkan dirumahnya ada ibu mertuanya untuk menjaga…. maka keluarlah posting ini! Siapa kamu minggu depan mutarabbi ku….. hahah

jumpa lagi dilain kesempatan. Aku tahu kamu di matahari terbit sana tersenyum merindui aku … kamu yang dibarat juga merindui aku … kerana aku adalah ….. muharrikdaie > menulis untuk menghiburkan hati kamu dan menggerakan jiwa jiwa kamu!

Senyum selalu

muharrikdaie

2 pagi Sungai Buloh

2 responses to “Perempuan itu ….

  1. MK October 12, 2013 at 6:52 am

    Salam, memang ada benarnya..namun, sama-samalah kita memperbaiki..jalan dakwah ini penghujungnya adalah pertemuan dengan namanya Malaikat izrail…sebab kita dari yang satu..pengalaman itu akan mematangkan kita sehingga hati kita bulat hanya untuk dakwah semata…

  2. growingyourthought October 10, 2013 at 10:44 pm

    bagus… teruskan… sayap disini seakan sudah patah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: