Tarbiyah ‘ala malaysia’


Sepuluh tahun dulu selepas berlalunya zaman jahiliyah aku, dan aku mula mengenal islam dan jamaah hinggalah sekarang, maudhuk kebanyakan tarbiyah didalam gerakan islam tidak pernah berubah! Usul Isyrin, Maza yaani. Fikh ad dakwah, Haza addeen, Zilal dan Sirah Nabawiyah telah menjadi kitab wajib bagi tahapan Tahmidi atau pun yang baru mengenali tarbiyah.

Walau pun aku dikenalkan dengan buku buku tersebut, namun tidak pernah kami habis membincangkannya didalam halakah kerana murabbi ku lebih cenderung membawa nota nota yang didapatinya daripada Murabbi Ikhwannya yang beliau pernah bersama mereka sewaktu diluar negara dulu.

Maudhuk itulah yang menjadi perbincangan utama kami, selain Usul isyrin yang menjadi kitab panduan yang wajib, hinggalah kehari ini. Buku buku lain, kami hanya membacanya secara fardhi saj dan membuat perbincangan dan diskusi pula cuma pada waktu waktu daurah atau pun tamrin sahaja.

” Kitab kitab ni semua maudhu’ Ikhwan seluruh dunia ke Ustaz?” Tanya ku satu hari 10 tahun yang lalu.

Waktu itu ‘curious’ benar aku  dengan perjuangan Ikhwan ni! Almaklumlah baru kenal islam dan tarbiyah. Apa lagi bila terbaca kisah kisah kehebatan Ikhwan dan perjuangannya. Rasa curious dan cemburu tu bertambahlah kerana nak tahu juga apa ramuan yang menjadikan mereka orang hebat dan tahan lasak!

” Insyaallah, agaknya!” Jawab murabbi ku pendek tapi berlapik.

” Errrrm…… ana pun kurang pasti tetapi seingat ana, tulisan tulisan Fathi Yakan, Mustafa Mashyur, Al banaa, Syed Qutb, Syed Ramadhan lah yang banyaknya menjadi rujukan mereka. Ana dulu pun, semasa di Mesir dan diIraq dibimbing dengan maudhu’ yang sama jugak, disamping maudhuk murabbi ana sendiri. Yang ana bawak kat anta ni pun dari mereka jugaklah” Jawab murabbi ku agak konfiden bebanding jawaban tadi.

” Owwwh. Bestlah kalau gitu kan Ustaz? Jawab aku selamba.

” Best apanya?” Murabbi ku menjawab sambil terkedip kedip kehairanan. “

Bestlah, kita dapat tarbiyah macam mereka juga dan dapat murabbi macam Ustaz, yang ada susur galur ikhwan. Macam bersanad jugaklah kami ” Jawaban ku seolah bergurau tapi serius.

” Ishhh anta ni. Ana taklah sebaik mana. Cuma menyampaikan aje. Semuanya terpulang pada anta untuk menghayatinya. Kalau sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan, sama macam tak der tarbiyahlah!” Jawaban murabbi ku bersama sindirannya mengena sasarannya.

Memang aku dulu giler ektreme dengan ikhwan ni. Macam anak anak kecil yang minat giler dengan katun Upin dan Ipin . Terutama Albanna dengan Syed Qutb. Bukan apa? Tapi nak rasa kehidupan mereka. Ibadah mereka. Perjuangan dan pengorbanan mereka serta fikrah mereka kerana waktu itu merekalah yang paling hampir dengan zaman kita. Aku tak nafi Rasullulah serta para sahabatlah idola utama kita, tapi nak jadi para sahabat, jauh unggun dari api. Cumanya kita boleh berazam dan berteor sajalah. Tapi dengan manusia sezaman kita ni, memang possible  dan insyaalah bolehlah kita cuba untuk menjadi sebaik mereka, Kalau tak dapat sepenuhnya, bau bau pun dah memadai.

Sejak itu mulalah aku giler mengkaji kehidupan Syed Qutb dan Albanna. Biografi mereka, sejarah dan buku buku yang mereka tulis. Waktu itu semangat sungguh aku nak praktiskan apa yang mereka buat! Tahu tahu jerlah, baru dapat hidayah. Baru mengenali tarbiyah. Semangatlah. Benda baru biasanya memang begitu. ” Bagai kudung dapat cicncin’. Pepatah melayu.

Aku pun mulalah menyelongkar disetiap kedai buku, karya karya Syed Qutb dan AlBanna. Memang sukar nak dapat buku buku terjemahan dalam bahasa melayu waktu itu. Cuma yang ada Maalim fi tariq dan Zilal saja. Itu pun zilal dalam versi juz amma saja. Kemudian dapat jugalah beberapa buku terjemahan dalam English version di Cresent news book store pada waktu itu.

Begitu juga dengan buku Albanna. Albanna tidak sebanyak buku macam Syed Qutb. Akhirnya aku dapat juga buku Syed Qutb dalam nashkah arabnya dan beberapa buku dalam Bahasa Indonesia. Hampir semua nashkah Syed Qutb aku miliki. Antaranya Zilal quran full set, Al adalat al ijtimaiyyah, Masyahid al qiyamah ( tafsir) Taswir al fanni, Marakah al islam wa rasmaliyah. Assalam ala alami, serta ada beberapa lagi dalam arab yang panjang nak ku sebut disini.

Aku juga bertuah mendapat koleksi sajaknya dari sahabat aku di Mesir seperti Alqasas. Kafalah Arraqiq, Hilm alfajr Al syati almajhur dan tulisan yg aku paling minat adalah  Mahmatah al syair ( tugas sebenar penyair dalam kehidupan). Dalam bahasa arab tu dah tentu aku tak boleh baca dan sesekali bila sahabat aku yang pandai berbahasa arab balik, dialah menjadi penterjemah. Itu pun dia terbata bata menterjemahnya sebab bahasa Syed Qutb ni tinggi sasteranya.

Tu yang kekadang korang tengok aku bersastera bila menulis tu! Semua tu inspirasi dari Syed Qutblah!

Sejak tulah aku minat puisi dan sastera hingga menjalar kepada penyair penyair lain. Hingga aku mula mencari karya karya ahli sufi dan kata kata hikmat mereka seperti Rabiyah tul adawiyah, Al halaj, Niffari,Ibnu arabi, Al qusyairi, Ibnu Attailah, Mustafa al bakri dan banyak lagi. Kerana kata kata mereka, perbuatan mereka, penghayatan tarbiyah mereka, amalan mereka amat menusuk ke sudut hati dan dapat membakar nafsu dan membina iman aku. Memang hebat tarbiyah para duat yang sufi ini.

Sejak membaca buku buku itu, barulah aku tahu bagaiamana bermulanya kehebatan mereka dijalan dakwah ini.

Sebenarnya para Ikhwan ini yang kita guna maudhu’ mereka itu tarbiyah mereka tidak lah berlainan. Ia seperti kita jugak. Usrahnya, Tamrinnya, Mabitnya, Daurahnya, Rihlahnya dan berbagai lagi sebiji macam kita. Cumanya mereka amat berdisplin sehingga cepat mereka mendarah dagingkan 10 muwasofat tarbiyah yang difahami mereka. Sebab itu mereka laju dari satu tahapan ke satu tahapan tarbiyah yang lain yang digariskan oleh qiyadah mereka. Malah bukan tahapan tarbiyah saja, malah tahapan iman kepada Allah pun mereka jaga muwasofatnya. Kita? Semua dah khatam ke 10 muwasaffat tarbiyah tu?

Sebab itu mereka hebat akhi!

Perjuangan mereka hebat. Infaq mereka hebat. Jihad mereka hebat hingga mereka boleh istiqamah dalam susah senang hingga akhir hayat mereka. Dan akhir akhir ini kita lihat bukan Ikhwah di Negara Padang pasir saja yang hebat tetapi ikhwah kita di Indonesia sudah pun dapat melazimi apa yang dibuat oleh ikhwah ikhwah kita di Mesir, hingga sekarang ini kita lihat betapa bercahayanya Indonesia dengan dakwah yang kian melebar dan cepat berkembang termasuk sekolah sekolah yang mereka wujudkan hasil air tangan tarbiyah murabbi mereka. Itulah dia kesan tarbiyah ikhwan ataupun ala ikhwan.

Tapi kita di Malaysia? Tarbiyah ala Malaysia kita? Sekalipun tidak menyedihkan tapi amat slow dan turun naik macam yoyo.

Kita lebih kepada keglamouran. Tarbiyah kita pun tidak kulli. Tidak menyeluruh. Sebahagian kawasan ok. Sebahagian lagi tidak. Murabbi kita pula kerap ponteng kerana kerja yang bertindan tindan serta mesyuarat yang tak pernah habis kerana kekurangan pelapis qiyadah untuk membantu. Ahli ahli kita pulak keluar masuk usrah dan jamaah macam keluar masuk hotel. Bila selari nafsunya dengan program dia datang. Bila tak selari tak datang.

Datang usrah pun begitu. Bila senang dan free saja datang. Bila sibuk dengan dunia, ghuyub tiada berita. Call tak angkat. sms tak jawab. Last last tutup telefon.

Itu belum cerita lagi tentang mutabaah amal mereka dan hubungan mereka dengan Allah. Tahajjudnya. Qurannya. Hafalan hadithnya. Solat jamaah dan rawatibnya. Dhuha dan sebagainya. Macammana nak menang dan cepat berkembangnya dakwah, jika hubungan dengan Allah tidak dijaga!

Yang gahnya Jamaah islam di Malaysia ni ialah bila program luarannya mendapat publiciti yang dihadiri Pak pak menteri. Mulalah mereka datang berbondong bondong. Lebih kurang macam anugerah artis popular pulak!

Umpamanya program Palestine. Bila satu jamaah buat, semua jamaah buat dan semua ahli ahlinya pulak tertumpu pada program tu dan meninggalkan program program lain termasuklah mengabaikan program program tarbiyah sedangkan program Palestine itu hanyalah program sampingan saja dibanding dengan program tarbiyah kita yang khusus ini. Bukannya tak bagus program mengenalkan jamaah pada masyarakat tu tapi apa impak jangka panjangnya pada prestasi Jamaah kita.

Biarlah program Palestine sebahagian saja yang terlibat supaya program dalaman kita yang wajib ini tidak terabai! Ini tidak. Usrah pun tak datang berbulan bulan sebab program begini. Abenda ni? Inilah jamaah dan tarbiyah ala malaysia yang perlu kita baiki dan muhasabah selalu.

” Kenapa yer kita begitu.”  Tanya adik usrah aku bila aku bangkitkan isu ini dan jadi perbincangan hangat dalam halakah. Kelat aje wajahnya bila tanya soalan itu

” Tu yang kita kena tanya qiyadah kita tu. Sebab tu bila ada mesyuarat kita kena bangkitkan dan kritik loopholes loopholes ini. Bukan jadi Pak angguk saja. Bukanlah niat kita nak aibkan kelemahan qiyadah kita ini, tapi supaya mereka sedar dan ingat bahawa kita pun amat perihatin akan perjalanan jamaah kita dan sama samalah kita baiki kelemahan ini untuk kepentingan jamaah dan Islam ini!” Jawab aku yang membuat adik binaan aku tu tak menyoal lagi.

Walau apa pun memang jurang penghayatan tarbiyah ala malaysia dan ikhwah ditempat lain amat berbeda.

Bedanya, mereka amat menghayati sejelas jelasnya visi dan misi perjuangan serta matlamat hidup ini. Kekuatan mereka adalah mereka bersedia untuk berubah, konsisten dan bersungguh. Memang jiddiyah mereka amat kuat. Berani dengan cabaran dan amat taat kepada kepimpinan dan arahan. Itulah modal kehebatan mereka berbanding kita.

Kita? Dalam jamaah ini?  Macam tulah.Terangkak rangkak. Terkesut kesut. Kejap tenggelam kejap timbul.  Semangat kita pulak? Macam tempat asap tok bomoh. Bila taruh keminyan kat bara dan berasap, barulah naik semangat dan naik sheh kita. Bila di tolak baru nak kerja. Kalau tak ditolak kita larut macam panadol soluble yang larut dalam air panas.

Dalam jamaah sendiri pun kita problem. Sesama jamaah dimalaysia ini pun kita problem jugak. Tak habis habis dengan polemik. Bilalah kita nak meningkat maju dan bersatu? Dengar dengar ada jamaah D & T dah nak bersatu dan bergabung tenaga demi dakwah dan masadepan islam di Malaysia ini. Alhamdulillah.  Siapa ya? Mungkin akan datang aku bagi tahu …. doa doakan ianya menjadi realiti agar kita terus maju dalam dakwah ini dan dapat memartabatkan islam di Malaysia ini. Insyaalah.

Jumpa lagi.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

18 responses to “Tarbiyah ‘ala malaysia’

  1. Din April 26, 2012 at 10:30 pm

    peringatan yg bagus..moga dari peringatan ini akan mencetuskan idea2 yg bernas untuk menyusun dakwah dan tarbiyah ini menjadi lebih baik, peribahasa utk org lama dalam dakwah ini..cool tapi menten berjalan dakwah itu….peribahasa utk org muda..semangat tapi sekerat jalan…tapi bila peribahasa org lama bergabung dengan peribahasa org muda…akan jadi..dakwah dan tarbiyah itu OSEM…Hammasah As-Syabab Hikmah As-Syuyukh.(n_n)

  2. Pingback: Fasa Yang Baru | Rumusan Hidupku 2.0

  3. angah March 15, 2012 at 12:21 pm

    ” ingat, selangkah kaki ko masuk ke pintu pagar Matrikulasi Uia, Fardhu Ain ke atas engkau utk belajar Tetapi selangkah kaki ko keluar dari pintu pagar Matrikulasi Uia, Fardhu Kifayah ke atas engkau untuk berjemaah ” pesanan abah pada saat daku bertanya tentang jemaah dan pentingkah aku sbg student menyertai jemaah. dan sekarang sy hanya mengikuti perkembangan dari jauh shja namun dalam doa x pernah lupa doakan keluarga, guru2, sahabat2, mujahidin dan seluruh umat Islam…insyaAllah…

  4. ilmuseeker March 9, 2012 at 10:29 pm

    Assalamu’alaikum..
    Setuju dgn permasalahan/isu yg anta terapkan dlm artikel di atas. Tapi, apa sebenarnya punca kpd permasalahan ni anta agak?
    Ana pun bukanlah orang lama dalam fikrah berjemaah. Tapi, itulah realitinya yang ana saksikan. Mana2 jemaah pun akan ada isu yg sama.
    Betul, maudhu’ yg kita gunapakai itu hebat, sehebat penukilnya. Namun, adakah pendekatan/approach kita kena tukar selari dgn zaman? Anak muda zaman skrg lain cara fikirnya, cara hidupnya. Mungkin approach yg kita gunapakai tak sesuai?
    Mungkin maudhu’ tersebut perlu diberi nafas baru? Bukan sekadar duduk sejam dua, dan baca/bedah buku, dengan hanya one-way communication?

    Ana sendiri sedang mencari jawapannya…DAlam pada mencari jwpn, yg penting, ana sedar, diri sendiri juga perlu dikoreksi. Hubungan daei dgn Allah sgt penting.

    Wallahu a’lam

    • angah March 10, 2012 at 5:30 am

      i do agree with ur statement “mungkin maudhu’ tersebut perlu diberi nafas baru”…. because nowadays the teenagers style are different from the previous. anak muda masa kini perlu didekati dgn cara yg lebih efektif dari yg sebelumnya kerana pemikiran mereka kini jauh lebih maju dan terbuka. dat is y ud’u ilassabilirabbik bilhikmah wal mau’izotilhassanah…. Wallahu’alam…

      • ilmuseeker March 17, 2012 at 8:18 am

        tapi bagaimana? saya sendiri masih mencari jawapannya..
        [terasa hati macam terhijab. hati belum bersih utk ketemu dgn jawapannya..]

        kdg2 rasa dah penat dgn sekadar luahan lisan dan tulisan diri sendiri. Sebab tak nampak dimana tindakan yg boleh diambil. Belum nampak lagi=(. I know I have to do something to improve. But, not sure where to begin
        Moga Allah tunjukkan jalanNYA. Jalan orang2 yang DIA redhai….

        • angah March 18, 2012 at 11:10 am

          setiap org punya cara tsendiri dan pdekatan yg tsendiri. bg sy dakwah itu jalan dan cabangnya sgt luas. kdg2 kita perlu ikut rentak mereka utk bdakwah dn mengajak mrka kpda kebaikan tetapi mengikut rentak mrka bukan bmaksud kita gadaikan prinsip yg kita pegang. antara pengalaman sy ialah sebilik dgn roommate yg x solat n free hair outside campus. Alhamdulillah wlpn sy x lah alim dan arif, tp sy ingat dakwah bilhikmah. setiap hari sy kejutkn solat. ajak berjemaah. makan sama2. study sama2 wlpn dia junior sy n share susah senang sama2. bila outing kami outing sama2. sy ikut rentak dia dn kawan dia bpakaian yakni jeans n t-shirt cuma sy x pakai tudung labuh seperti biasa tetapi sy pakai tudung biasa. dn perlahan2 pujuk, tazkirah n motivasikn mrka. bila mrka nak outing sy pinjamkn baju labuh sy pd mrka dan puji adik2 akak cantik sgt. tapi lg cantik if tudung ni kekal dari mula keluar bilik ni smp lh balik smla ke bilik ni. menitik air mata sy apabila mrka call dr KLCC bgtau ” akak, ktorg x bukak tudung lgsg akak. ramai org tgk ktorg. mst ktorg cantik kn akak..” Alhamdulillah, ex roommate sy kekal btudung wlpn adakalanya x proper dan masih mahu baiki diri. cumanya kita kena kuat semangat, sabar dan plg penting ikhlaskn diri dan blapang dada. mmg byk yg perlu dihabiskn utk bdakwah tp yakinlah kemanisan dakwah itu stsa ada…:)

  5. angah March 8, 2012 at 1:53 am

    proses tarbiyah dikatakan bermula seawal kita dalam kandungan lagi. tetapi apabila kita meningkat dewasa, proses tarbiyah itu tetap berterusan. terpulang pada diri setiap insan itu untuk menilai proses dan konsep tarbiyah yang mereka inginkan tetapi tarbiyah yg terbaik ialah tarbiyah islamiyyah yg berterusan dan paling penting “istiqamah”…. Wallahu’alam…

    • muharrikdaie March 8, 2012 at 2:06 am

      Errrm … ok angah. Tapi jangan kita lari dari sunnahnya. Berjamaah dan mengikut syurutnya. Angah bagaimana? Masih terus didalam tarbiyah? Alhamdulillah. Jazakallah kerap bersama disini. Tambah lagi seorang pendorong saya.🙂

      • angah March 8, 2012 at 3:38 am

        suatu masa dulu memang saya aktif dalam jemaah.. aktif dalam persatuan.. tetapi pada suatu masa diuji dengan pelbagai ujian hidup, saya menyepi. namun, pesanan abah kpda saya, untuk menyokong jemaah kita punya banyak cara. lakukan yg kita mampu. biarpun kecil dan sedikit yg penting istiqamah… insyaAllah, sehingga hari ini saya tetap menyokong dan membantu setakat yang mampu kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat2 yang terus aktif dalam jemaah…

        • muharrikdaie March 8, 2012 at 3:45 am

          cerita cerita awak mula menerujakan saya …. ok ujian itu biasa. Yang luar biasanya bila tidak ada ujian. Walau apa pun saya berharap awak kembali semula commit dgn jamaah kerana dakwah sekarang amat mendambakan orang seperti awak. Semuga Allah merahmati awak dan meluruskan kembali sisa sisa perjalanan hidup awak dengan penuh kebahagiaan. Insyaalah.

          • angah March 8, 2012 at 5:36 am

            🙂
            biasa2 je la cerita sy. xde yg menarik pun…insyaAllah… i’ll try my best to contribute my hand for Islam… walaupun tak physically active insyaAllah will give commitment and support…

  6. muharrikdaie March 8, 2012 at 1:43 am

    Betul tu din, memang kita semua sama sebab semua jamaah D & T satu fikrah. Cuma yang membezakan kita adalah kesungguhan menghayati tarbiyah. Insyaalah. Sama sama kita doa. jazakallah atas komen.

  7. din March 8, 2012 at 1:11 am

    Aslmkm Akhie,
    membaca artikel anta ana teringat topik2 perbincangan dlm Halaqoh ana yg mana isinya sama seperti yg anta tuliskan.

    ana setuju apa yang tuliskan dan sama2lah kita berusaha dan berdoa semoga Allah swt mantapkan kita dlm tarbiyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: