mutabaah amal melambai syahid


Mutabaah amal yang tersusunLama aku tidak menulis. Ya akhi. Aku masih hidup dan sihat. Belum syahid lagi. Belum mati lagi. Tetapi iman ku tetap seperti dulu, turun naik dan terhoyong hayang bagai layang layang yang putus tali. Begitulah akhi jika amal amal kita tidak kita susun. Bila amal amal kita, kita remehkan. ia amat terkesan dengan kehidupan hati dan keimanan kita.

Walau apa pun, aku masih mampu lagi istiqamah seperti dulu walau usia semakin menganjak tua. Itulah barakahnya berada dijalan dakwah dan tarbiyah ini. Selemah lemah pun kita, masih mampu merawat duka dan luka. Lemah dan malas. Bencana dan petaka dunia!

Semuga antum yang meminati tulisan ku terus bersama blog aku yang kian pudar warna warna cinta. Hmmm …

Ya akhi … di tahun baru ini berbagai peristiwa dunia islam berlaku. Walau penuh  dengan kemusnahan namun terselindung nikmat buat semua para syuhada … ya akhi mereka syahid menemui Tuhan mereka.

Inginkah antum syahid?

Tidak mudah akhi. Tidak mudah. Kerana manusia yang syahid dijalan Allah ini adalah manusia yang punya ruhani yang tinggi. Ruh yang sentiasa berhubung dengan Rabbnya.

Jiwa yang ada keyakinan yang mantap. Aqidah yang jelas dan terang. Dalam hati nya ada harapan. Dalam sanubarinya ada takut kepada rabbnya. Dalam keyakinannya tersembunyi tawakkal yang tinggi.. Dalam gerak tari nadi anggotanya sentiasa merasai diawasi. Lisannya sentiasa basah dengan zikrullah. Akalnya sentiasa taffakur. Hatinya penuh kerinduan bertemu Allah. Bersungguh dalam melakukan ketaatan. Selalu bersegera dengan kebajikan. Memperbanyakkan puasa dan qiyamulail … penuh husnuszan dengan Allah dalam hidupnya!

Bukan aku akhi …. bukan kamu diluar sana akhi … yang sentiasa mencari salah manusia. Yang selalu menghukum manusia. Yang sentiasa mencemuh manusia! Tapi dia … dia ini yang ku maksudkan.

Dia itu adalah hamba yang menyusun hidupnya dengan mutabaah amalnya dan istiqamah diatasnya.

Munazzom fi syuunihi yakni individu yg tersusun urusannya.

Itulah Mahmud Saad Mahmud pelajar perubatan tahun 5 di Universiti Suez yg syahid didalam peristiwa rabaah!

Dia menyentuh hati aku. Hidupnya menyejukan urat marih ku. Susunan hidupnya membuatkan aku cemburu.

Ya aku. Aku penulis kerdil yang bernama muharrikdaie ini mencemburuinya! Yang telah tua dan lemah dalam dakwah ini meskipun masih mampu istiqamah!

Terkadang serasa aku ingin menjadi muda kembali. Ingin memutar waktu dan berubah menjadi manusia yang tersusun amal amalnya. Tapi waktu tidak akan endahkan rayuanku kerana waktu itu taat pada perintah Tuhannya. Dan aku hanya terlior sambil berusaha menghabiskan sisa hidup ini mengharap janji Tuhanku.

Tapi Mahmud Saad Mahmud menguntum senyum menanti bidadari mengapai jemarinya dan mutabaah amalnya inilah yang melambaikan syahid buatnya!

Lihat mutabaah amalnya …

-IBADAH (23 jam)
solat, quran, qiyam, ziarah sanak saudara & rakan kuliah, mathurat

-RIADHAH (8.5 jam)
riadhah harian, gym

-INTELEKTUAL (78 jam)
membaca 14jam, study 28jam, kelas 22jam, blogging 1 jam, kelas tambahan 6jam, facebook & berita 7 jam

-SYARIKAT (39jam)
kerja tetap, social network

-TIDUR (35 jam)
5jam sehari sahaja

-DAKWAH (7 jam)
liqa’ usrah, liqa majlis pengajian, liqa’ thulasa’

dia kosongkan 14jam dalam seminggu untuk makan, minum, dan masa didalam kenderaannya.

Ingin impikan syahid bukan sekadar di mulut. buktikan dulu dalam kehidupan seharian kita akhi!

Apakah senang senang kita akan dapat syahid yang masuk syurga tanpa hisab itu dengan sikap kita yang meremehkan kerja dakwah. Meremehkan menuntut ilmu. Meremehkan Alquran. Meremehkan kerja berjamaah. Meremehkan tanggungjawab jamaah dan sebagainya.

Jauhnya kita akhi. Jauh. Nun jauh disana …. dipenjuru nafsu yang meruntun kita.

Akhi … Mutabaah amal akan menjana amal dengan maksimum dan merupakan kunci kepada kebahgiaan para daie dan pejuang islam. Dengannya taufik Allah datang berlari kepada kita hingga kita zauk dan tenggelam berada dalam kelazatan mencintaiNya.

Jumpa lagi ditulisan akan datang.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: