dijalan dakwah ini kita belajar …


Lama aku tak menulis.

Bukan tak punya idea. Atau ingin mengantung pena. Atau sibuk!

Adakala aku harus memerhati. Melihat adik adik yang hebat hebat dijalan dakwah ini lewat tulisan tulisan mereka disini ….. seolah olah petir yang tak sabar untuk membelah bumi juga memerhati kehidupan mereka diperantauan menyusun langkah merancang dakwah dikehidupan mendatang ….

Aku tahu jiwa jiwa mereka. Semangat mereka. Juga perasaan mereka. Serta pressure ujian dan tribulasi …

Apa lagi adik adik yang bergelumang dijalan dakwah ini. Bertarik tali dengan kerja, belajar dan tarbiyah.

Memang memenat dan melelahkan.

Aku juga tahu, mereka hanya bergantung pada kudrat dan tenaga yang tersisa dan juga sedikit semangat dari dzatiyah mereka menghadapi tribulasi kehidupan ini. Jika diukur dengan semua itu, memang mereka akan futur tapi imanlah yang memeluk mereka. Hingga mereka mampu berdiri dan bertahan ….

Tambahan pula apabila teman teman baik telah pulang dan membawa hidup dan haluan masing masing. Memang amat terasa.

Seolah olah kita berada di malam pertama dialam barzah. Sunyi dan terasing.

Memang kita boleh mendabik dada dan menjerit pada hati kita bahawa kita ada ALLAH. Kita pujuk hati kita bahawa kita kena KUAT. Tapi realitinya tidak begitu. Dijalan dakwah ini amat berbeza …kita amat perlukan teman untuk membantu kekuatan itu. Bohong kalau kiranya kita katakan kita mampu berjalan keseorangan dijalan dakwah ini tanpa teman kerana ianya menyalahi sunnah Rasul. Aku percaya jika kamu kata kan sehari dua tapi dalam jalan yang panjang ini kita wajib berteman untuk mengharungi samudera dakwah ini!

Nostalgia

Dulu, aku pun begitu. Dari tahun kesetahun aku kehilangan sahabat sahabat yang amat aku sayangi. Apa lagi sahabat yang sama sama belajar dan sama sama menghirup tarbiyah yang ektrim dibumi anbiya’ itu. Kami bukan sahaja seperti adik beradik tapi adalah seperti isi dan kulit. Memang tidak dapat dipisahkan. Tapi kehidupan memang begitu. Kita tak selamanya dapat bersama. Kita terpisah bukan kerana kerelaan tapi disebabkan fitrah kehidupan.

Dan aku juga pernah berfikir seperti kamu! Aku ada Allah. Aku bisikkan pada diri aku. Aku mampu. Aku perlu kuat. Tapi akhirnya …. aku terkapar …futur. Kecewa. Dan dalam keadaan itu aku bangun kembali. Mengumpul team yang baru dalam dakwah ini dan barulah aku dapat dynamo yang baru untuk bergerak selajunya!

Ada dikalangan sahabat aku yang futur dalam perjuangan bila terpisah. Ada yang hidup bagai orang biasa. Ada yang jadi hamba harta, kaya raya dan hidup dalam selimut kemewahan yang sukar untuk dibangunkan. Ada yang jadi hamba suami atau isteri berwalimah dan terbeku didalam rumahtangga yang umpama peti sejuk itu. Terpatri dan termangga didalamnya dan tak boleh keluar lagi yang mana pada awalnya mereka yakin mereka boleh bersendiri!

Kita bukan orang torikat yang hidup bersendiri dan selalu beruzlah. Hari hari kita kena bersama suasana yang penuh dengan kemungkaran dan suasana kerja yang tidak pernah menambahkan kekuatan ruhiyah kita malah sentiasa menghakis iman yang tersisa ini.

Itulah realitinya hidup dialam dakwah ini. Bergelut dengan manusia setiap hari.

Memang sebenarnya kita tidak perlu pelik dan bersedih kerana ujian bagi diri kita dijalan dakwah ini tidak akan pernah berhenti seperti turun naiknya nafas kita. Ujian akan menyerang diatas titik kelemahan kita. Cuma ketahanan iman yang dapat menangkis serangannya.

Cuma kita yang masih thabat ini jangan berburuk sangka. Berdoalah untuk mereka agar mereka kembali  kepada trek perjuangan ini. Jangan kita menghukum mereka kerana mungkin kita tidak teruji lagi seperti mereka.

Inilah pengalaman aku memelihara diri. Aku tidak tahu pula akan diri kamu duhai adikku!

Pengalaman Dakwah

Aku telah 12 tahun berada dijalan dakwah ini. Telah ramai ikhwah dan akhawat aku jumpa dalam perjalanan ini. Berbagai rupa dan kerenah. Ada yang teramat kuat waktu belajar dulu tapi lembik bila telah bekerja dan bekerjaya.

Ada yang terlalu taksub dengan jamaah dan dengan murabbinya sehingga tidak boleh dikritik sekalipun kritikan itu membina dan ada  kebenarannya.

Ada yang terlalu ektrim dengan pandangannya dulu tapi akhirnya bersifat terlalu longgar pula dalam cara hidupnya.

Dan yang paling aku terkejut  ialah mas’ul yang membimbing aku dahulu pun futur dijalan dakwah ini. Sebab itu aku tidak mahu menilai manusia seperti mana kamu semua menilainya, kerana nilaian iman seseorang itu hanya boleh dinilai diakhir hembusan nafasnya bukan ditengah tengah perjuangannya!

Kerana manusia boleh berubah. Bila bila dan dimana saja. Hidup ini masih panjang dan penuh dengan tarian ujian!

Jangan terlalu memuji mas’ul kita atau sahabiah kita kerana dijalan dakwah ini pujian adalah bagai mala petaka bagi seorang da’i walau pun mereka benar benar hebat pada pandangan kita.

Kita hanyalah seorang da’i.

Seorang manusia kerdil yang memang mempunyai banyak titik kelemahan.

Kita bukan Rasul atau Nabi  yang dibimbing oleh wahyu.

Kita hanyalah seorang manusia yang dibimbing oleh manusia lain yang sama sama punya kelemahan.

Kita boleh mengambil ibrah dari kekuatan senior senior kita dijalan dakwah ini tapi bukan memuji mereka secara berlebihan. Begitu juga diri kita. Jangan kita terlalu over sangat sehingga kita tidak tawazun didalam perjuangan. Kita faham bahawa perjuangan kita adalah perjuangan nafas panjang. Jangan kita speed melebihi kekuatan kita, takut kita tertiarap dan tak bangun lagi.

Jangan kita rasa kita saja yang melalui jalan sukar ini sehingga terasa ujub didalam hati. Kerjaya yang kita kendong ini sama saja bebanannya. Tidak kira dimana sektor kamu bekerja. Berapa shif yang kamu harus lalui.

Pengalaman Tarbiyah

Aku teringat, waktu membimbing pekerja pekerja kilang motorolla dahulu. Mereka bekerja 3 shif dengan pendapatan RM700 sebulan. Hidup di Kuala Lumpur. Kalau ikutkan taraf mereka, mereka wajib menerima zakat tapi itulah kehidupan yang ditakdirkan kepada mereka. Mungkin bagi seorang Doktor atau aku seorang pharmacist ini seteruk mana pun aku bekerja aku tetap akan mewah dengan gaji Rm 5000 ke Rm6000 sebulan. Tapi mereka …..punya anak dan hidup dirumah setinggan yang amat daif itu! Dapatkah kamu bayangkan kesusahannya.

Namun aku amat kagum dengan jiwa perjuangan dan cinta mereka pada deen ini. Setiap minggu sekurang kurangnya dua kali aku harungi kawasan setinggan  Kampung cendana yang hanyir benyir bersebelahan tanah perkuburan jalan ampang berdekatan KLCC untuk membimbing mereka. Jika hujan aku terpaksa membawa pakaian spare kerana terpaksa meranduk banjir kilat yang penuh kotoran separas pinggang untuk kerumah mereka tapi mereka tetap istiqamah inginkan usrah dijalankan sekalipun banjir dirumah mereka dan aku terpaksa berusrah diatas rumah yang ‘berloteng ‘. Makan dalam talam bersama mereka hanyalah nasi bertemankan keropok bersama sambal dan ikan kering dan tidak pernah selazat dari lauk selain itu!

Sesungguhnya keperitan hidup mereka dan keperitan hidup yang ku lalui dulu membuatkan aku berghairah dengan dakwah ini. Aku kembali belajar  menahan sebak dan menangis dijalan ini!

Pengorbanan

Usrah mereka tidak pernah missed walau sekalipun sepanjang aku membimbing mereka, kerana kekuatan dan kemahuan mereka. Jika mereka shif petang dan pulang kerumah 11 malam, kami akan mula berusrah sehingga 3 pagi. Jika shif malam kami akan berusrah pukul 7ptg hingga 10.oo malam dan jika pagi kami akan berusrah seperti waktu normal. Begitulah seterusnya dan walaupun dalam keadaan keletihan mereka amat amat menghargai nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Bukan mudah kerja kilang. Kerja berat yang memerlukan kekuatan fizikal dan bukannya seperti kita yang duduk didalam aircon dan boleh curi curi tidur dan solat dengan sempurna. Tapi mereka?  Itulah kualiti iman mereka.

Mereka amat menghargai setiap kalimah kalimah yang aku titipkan buat mereka! Mereka beramal dan beramal. Mengaji dan mengaji. Nasihat dan motivasi yang sering aku berikan menjadikan mereka benar benar semangat dan aku amat berbangga kerana saat ini mereka telah dapat menghidupkan kawasan mereka dengan tarbiyah dan dakwah dan ada antara mereka telah juga menjadi mas’ul dan mengambil tugas dakwah yang dibawah jagaan aku dahulu. Anak anak mereka juga telah didik disekolah Islam dan diberi tarbiyah Islam. Memang aku amat amat terharu dengan anugerah Allah itu kepada mereka!

Begitu juga akhawat akhawat kilang electronic, yang terpaksa melihat ‘ scope’ selama 8 jam ditempat kerja, masih mampu bertarung dengan mengantuk dan keletihan demi untuk menjayakan tarbiyah dalam diri mereka.

Mereka pernah berkata pada aku, ‘ Naqib, kami amat bersyukur pada Allah kerana masih ada duat diluar sana begitu perihatin terhadap kami yang tiada kelulusan akademik ini dan bekerja kilang ini yang dulu amat dihina oleh masyarakat sebagai minah kilang yang murahan ini. Siapapun tak peduli kami. Mereka hanya mengutuk akan akhlak dan moral kami sahaja namun tidak pernah untuk membimbing kami!”

Terasing

Memang benar. Mereka terasing. Dikastakan dari deen ini. Tiada badan dakwah yang pedulikan mereka. Dakwah hanya tertumpu dan terfokus kepada pusat pengajian tinggi dan graduate overseas sahaja. Semua jemaah berebut rebut dan mencuri curi ahli untuk menjadi ahli jamaahnya. Apa lagi dioverseas. Kerana mereka nak manusia manusia yang educated. Dimana keberkatan jamaah itu, jika itu niatnya. Apakah Rasul atau paling dekat ikhwan dan Hasan albanna mengajar kita begitu?

Mungkin antara sebab kita tidak dapat melahirkan murabbi dan murabbiyah dimalaysia ini kerana tiada keberkatan itu sebab kebanyakan yang ditarbiyah giler giler dan hebat hebat hilang ghaib ditelan masa dan zaman apabila telah tamat belajar!

Hanya mungkin. Bukan tuduhan. Realitinya memang begitu! Mana pergi naqib dan naqibah yang dikatakan telah ditarbiyah begitu hebat keluar dari IPT dan overseas  ini pergi?

Apakah fokus golongan intelektual ini hanya untuk golongan mereka sahaja dan meninggalkan golongan dhuafa’ seperti pekerja kilang tersebut? Tidak kah golongan intelek ini terfikir bahawa golongan ini juga  perlu kita beri perhatian untuk dakwah ini!

Jika kita lihat AsSyahid sendiri amat memberi perhatian kepada golongan ini dan golongan serendah dari itu. Parti PKS Indonesia juga mengambil berat golongan petani kilang dan sebagainya kerana mereka adalah tulang belakang kepada dakwah ini!

Mungkin mereka lemah dari segi akademik tapi tahukah kamu, iman dan perjuangan serta mujahadah mereka amat mengatasi kamu berlipat kali ganda dibandingkan iman kamu. Aku yakin golongan ini akan istiqamah dengan perjuangan ini hingga akhir hayat mereka.

Tapi kita yang mewah ini. Yang memilih untuk berwalimah dengan orang yang standard kita. Yang memilih sahabat yang standard kita. Yang ingin rumah besar baru boleh buat program atau punya kemudahan baru boleh datang program! Rasanya boleh tak kita istiqamah bila diuji begini?

Kamu boleh berjuang  dan berdakwah kerana kamu cukup segalanya. Punya keluarga yang mewah, punya kereta, punya handphone, punya notebook tapi mereka tak punya apa!

Mereka hanya ada gaji RM700-RM800 sebulan yang dikais kais untuk dibahagikan antara makan, ibu di kampung dan dakwah! Aku tak nafikan ada akhawat yang menebalkan muka meminjam wang aku semata mata untuk datang usrah setelah segala tabung yang diwujudkan dalam usrah tidak mencukupi untuk menampung keperluan ahli!

Itulah mereka. Golongan dhuafa itu yang punya kekuatan spiritual yang tinggi apabila mengenal deen ini

Kadang mereka berhimpit himpit turun naik  bas nak pergi usrah. Dengan keadaan jemn giler diKL ini.

Terkadang bila giliran berusarah dirumah mereka, terpaksa pecah tabung ayam nak beli telur nak buat kari telur rebus nak jamu sahabat yang datang usrah.

Panjang lagi aku boleh cerita dan kongsikan akan cerita cerita sebegini pada kamu semua dan banyak kisah sedih yang pernah aku harungi  bersama golongan ini tapi duat tak boleh sedih sedih. Kerana zaman sahabat lagi amat menyedihkan!

Perjuangan dan dakwah harus kita teruskan tapi bagi kamu adik2 ku golongan intelektual. Golongan bijak pandai. Golongan kaya dan bangsawan. Muhasabah diri kamu. Kemana halatuju kamu selepas ini. Fokus.

Kemana kamu selepas ini? Apakah hanya menumpukan dakwah pada orang yang sekasta kamu atau kamu terfikir untuk membantu golongan yang tidak senasib seperti kamu!

Aku tidak mahu kamu hanya berada dicircle kamu sahaja.

Berubahlah!

Sepatutnya golongan seperti kamulah yang sepatutnya bertangungjawab dan tersedar untuk membantu golongan bawahan ini untuk merasakan air tarbiyah yang kamu teguk kesekian lamanya. Mereka juga dahaga seperti kamu!

Renunglah kebawah kerana dibawah kamu itu banyak yang boleh kamu pelajari untuk menyalakan hamasah kamu dijalan dakwah ini dan boleh kamu belajar akan  erti seorang hamba dan erti asal kejadian kamu dan dibawah ini juga dapat kamu pelajari  tinggikan sifat zuhud dan sifat qanaahyang besar ertinya kepada perjuangan ini …insyaalah.

Ingatlah! Jangan kita lupakan golongan bawahan ini dan Ingatlah pepatah melayu ….

Jika kamu melihat bulan dilangit, jangan lupa rumput dibumi.

wallahuaklam.

muharrikdaie ~ kita merancang dgn cita cita, Allah merancang dengan cintaNya

12 responses to “dijalan dakwah ini kita belajar …

  1. anneski May 15, 2013 at 5:55 am

    masyaAllah, terasa malu sendiri dengan pengalaman enta. moga menjadi inspirasi kepada semua untuk lebih berusaha dalam dakwah. saya pernah terbaca artikel tentang “dakwah ini bukan untuk org yg manja”.

  2. muharrikdaie January 22, 2011 at 2:31 pm

    Saiful- jazakallah ziarah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: