perjalanan khayalan


IMG_5155Jiwaku ternganga diujung pagi setelah sadar dari usikan pelangi pelangi palsu yang menganggu peraduanku. Dan diujung pagi ini, tidak ku temukan apa apa selain jiwa kerdilku yang menuntun perasaanku memandu jari jemariku bermain diatas keyboard yang menjadi teman tasbihku meratib akan kelemahan dan ketidakberdayaan!

Jika semalam aku kehausan. Jika semalam aku kelaparan. Jika semalam aku kerinduan. Jika semalam aku sandarkan harapan. Jika semalam aku tak keruan. Jika semalam aku senyum sendirian. Jika semalam aku mimpikan keindahan!  Kini aku terpaksa meniti kembali jalan hidup biasaku. Kehidupan yang amat memerlukan perhatianku untuk memastikan hidup abadiku lolos dalam keadilanNya. Semalam itu bagiku hanyalah perjalanan khayalan yang hanya singgah sebentar mencuit igau ku.

Aku tetap meneruskan rutin pagi ku, mencari cinta didalam kamar sempitku yang sentiasa aku jaga aroma wanginya, kebersihan dari habuk habuknya agar aku sentiasa tenang bercinta dan membaca surat cinta Dia dalam damai bersamaNya!

Rasa cinta memang indah, tetapi sering menjarakkan. Terkadang melagenda dan adakalanya menyejarah. Tapi manusia tetap juga mencarinya kerana musuh bagi jiwa manusia adalah sepi. Sendiri. Itulah sunnah alam. Dijadikan segalanya berpasangan. Justeru kita juga harus selalu sedar bahawa jangan sesekali kita berada dibelakangnya! Jika ia datang santuni ia. Jika ia pergi, tasbihkan nya. Kita tahu cinta  menjanjikan bahgia pada pencintanya meski ada sedikit romantika ujian didalamnya!

Sepertimana yang aku ceritakan semalam bahawa, ia hanyalah segaris pelangi yang mengores langit. Kita tidak dapat memegangnya tetapi dapat merasa keindahannya. Keindahan dan rona itulah yang kita letakan didalam hati kita!

Begitulah jalan dakwah mengajar kita berpuisi dan bercinta. Supaya kita sedar bahawa kenikmatan itu bukanlah fiziknya tetapi adalah jiwa. Dan Allah datangkan pelangi bukan untuk kita lopongkan mulut melihatnya tetapi untuk mengajar kita menikmati ciptaanNya hingga bersarang dalam setiap jiwa jiwa erti cinta!

Akhi …

Mencintai Rabb … bukan hanya didalam sujud tetapi juga diluar sujud. Bukan saja didalam telekong tetapi juga diluar telekong. Bukan hanya bersama jamaah tetapi juga sewaktu sendirian. Itulah cinta yang harus kita fahami.

JIka kita fahami ia, sudah pasti banyak permasaalahan dapat dirungkaikan. Masaalah Hablum minannas, Masaalah habluminallah.

Dari masaalah kesetiaan. Dari masaalah persahabatan dan segalanya.

Ia juga boleh menyelesaikan masaalah yang tersembunyikan. Pada duka yang disimpan atau pada lara yang terpaksa dibungkam!

Maaf … aku tidak dapat menyambung kerana ada ‘ urgent work” untuk diselesaikan.

Dan buat kamu adik adik ku, pasti aku tidak akan bertanya lagi akan apa yang tidak kamu ceritakan. Maafkan aku kerana terlalu ‘caring’ pada kamu semua.

jumpa lagi

muharrikdaie

Sg Buloh

One response to “perjalanan khayalan

  1. Nurul Shahirah October 14, 2013 at 4:18 pm

    assalamualaikum..ade bende nk story di sini..bagaimane seseorg itu bleh ade 2 personaliti pd 2 tempat yg berbeza?contoh di sekolah sangat berani menegakkan kebenaran,bile di rumah wat x nmpk kemungkaran yg berlaku..layak digelar daie ke camni??saye tuju kat diri saye tau..mohon penjelasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: