Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Category Archives: Tarbiyah Ruhiyah

Bila jalan itu bukan jalanNya

Salam buat semua duat yang kukasihi.

Dulu aku pernah ditanya. Siapakah aku? Hendak kemana aku?

Itulah ayat pertama yang dititipkan oleh seorang murabbi dalam usrah pertamaku setelah aku ‘disreenkan’ selama setahun untuk disaffkan didalam sebuah jamaah dakwah dan tarbiyah yang mana sebelum ini aku hanyalah ‘ mutarabbi bebas ‘ yang tercari cari barang yang hilang dan melompat dari satu jamaah kesatu jamaah untuk berpaut pada dahan Tuhanku dan untuk menyerahkan diri ini untuk diabdikan! Read more of this post

mencari sinar diwaktu dhuha

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terasa berdosa.

Begitulah selalunya kurasakan kehidupan ini bilamana ibadah dan kerja kerja islam yang dibuat tidak lagi rasa satu kelazatan dan nikmat.

Apakah Allah menerima amal amalku?

Begitulah yang ada dalam benak ini.

Bukanlah aku ingin berburuk sangka dengan Allah tapi jiwa yang kerdil ini terkadang terasa sangat kekurangan dan kekeringan.

Dalam suasana begini, biasanya aku meyelak lembaran lembaran perjalanan sufi untuk  mengambil ibrah darinya.

Memang aku tersangat ‘ghiroh’ ( cemburu ) dengan kesungguhan mereka.

Apa lagi dengan mujahadah mereka yang amat aku kagumi untuk ‘menghijab’ ruang – ruang nafsu yang sentiasa mengalir dalam urat urat darah mereka.

Mereka sangat ‘ijtinab’ darihal menjauhi dunia dan segala nafsu yang merangsangkan sehingga mereka dapat  khawf ‘ ( rasa takut) dengan Allah. Read more of this post

Hembusan segulung nafas

segulung nafas
Akhi,
Ibnul Jauzi berkata

Umurmu akan mencair seperti mencairnya ais

Semuga Allah memberkahi sisa usia kita …

Bukan aku takut mati!

Jalan dakwah tidak pernah mengajar pengembannya untuk takut mati malah jalan dakwah menyuruh kita supaya cintakan mati kerana kematian itu adalah kerehatan bagi sang da’i!

Namun akhi …kematian juga mendekatkan kita kepada kesengsaraan neraka. Nauzubillah.

Aku amat takuti kecepatan umur kita dan waktu hidup kita ini tidak seiring dengan kecepatan kita menyelamatkan diri dari keazaban akhirat.

Aku  juga takut umur sisa ini tidak berfungsi sebagai pelindung kita dari menerima punishment dari Allah.

Aku takut hembusan gulungan nafas kita serta tarikannya tidak sebanding tarikan jihad dan tarikan dakwah yang sepatutnya kita lakukan  untuk kita terhindar dari lorong lorong murka Allah!

Ketika jumlah detik jantung dan aliran darah yang dipam dari dalam tubuh kita, apakah sama geraknya untuk kita menjauh dari bermaksiat kepada Allah atau sama geraknya kita menghayati tarbiyah dan beramal dengan nya atau tidak langsung kita peduli dengan perjalanannya … Read more of this post

Menghidupkan hidup

anfal3

17 Ramadhan. Dah 17 Ramadhan. Nuzul Quran.

Alhamdulillah masih kita ingat lagi.

Sebabnya kita cuti. Kalau tidak, mungkin kita tak ingat. Tapi sayang hanya selangor saja yang cuti, Wilayah KL tidak cuti. Ada sahabat bergurau, ” Akhi, ana rasa diSelangor jer turun AlQuran! Di Wilayah ni tempat lalu jer agaknya”! Dia menyindir.

Bukan aku nak cerita pasal Nuzul quran yang banyak peritiwa terjadi hari ni. Kita semua dah tahu. Banyak peritiwa besar berlaku. Kalau cerita dalam bentuk tulisan sukar untuk menghidupkan ruh dan memang ramai antara kita dah tahu cumanya samada ingin mengambil iktibar atau tidak, terpulang pada diri masing masing!

Shopping

Betapa cepat masa berlalu. Terasa baru saja bermulanya puasa. Disini. DiMalaysia ramai yang ambik kesempatan beli baju raya. Mundar mandir dijalan masjid India. Jalan Tuanku Abd Rahman mencari dan mencari untuk menyuburkan nafsu. Sepasang. 2 pasang baju masih belum cukup. Kalau boleh satu kedai nak diangkat untuk dibawa kerumah!

Kalau ada kuasa macam Nabi Sulaiman pastinya Jin Ifritlah paling sibuk tika ini mengikut arahan kita untuk memindahkan semua shopping komplek untuk diletakkan disebelah rumah kita. Alamat tak berpuasalah Jin Ifrit itu sebab terlalu letih diarah oleh kita.

Inilah dia saban tahun kita melalui proses yang sama. Walaupun dekat masjid dan surau tazkirah setiap malam mengingatkan kita menghidupkan malam malam terakhir ini. Ustadz ustadz yang dijemput pun dah kering air liur bagai nak tertelan anak tekak, bagai nak tertanggal bibir mengingatkan kita. Hingga serban yang Ustadz pakai pun dah nak tercabut macam kena current kerana terlalu semangat untuk mengajak kita. Yang akhirnya Ustadz menanggis sendiri, bukan kerana syahdunya kerana Ramdhan yang nak meninggalkan kita tapi kerana terlalu emosi dan geram sebab kita tak mahu berubah. Read more of this post

Bolehkah kita berterusan begini …

mujahadahBila dikenang kenang mudahnya manusia menjalani hidup!

Apakah hidup itu begini …

Dari kecil kita menjalani kehidupan kanak kanak. Diawasi orang tua dan disekolahkan sekadar perlu. Membesarlah kita mengikut nasib dan takdir masing masing. Ada yang berjaya dalam akademik kerana asuhan yang sempurna dari keluarga selain usaha dan genetik yang menyebelahi dan ada yang biasa biasa saja kerana miskin , malas atau asuhan keluarga yang tidak sempurna disebabkan kesempitan hidup keluarga yang Ibu dan Ayah terpaksa bertarung hidup mencari rezeki siang dan malam.

Begitulah takdir dan nasib masing masing.

Bagi yang cerdik dalam akedemik, dapat melanjutkan pelajaran hingga berjaya dan dapat memegang profesion yang baik dan hidup dalam kesenangan. Dan ada antara kita yang terus bekerja selepas SPM dengan ala kadarnya. Mencari rezeki. Sekadar mencukupi untuk meneruskan hidup seadanya! Read more of this post

Da’ie ~ Murabbi Jagalah niatmu

riyak

Aduhai diriku, Da’i, Murabbi, Mas’ul dan Akh.

Bersedialah melihat dirimu dan hendaklah sentiasa melihat diri untuk dibersihkan.

Dalam peperangan Yarmuk Khalid Ibn Walid berkata ” Ia satu nya dari hari hari Allah. Tidak sepatutnya pada hari ini ada kebanggaan dan kezaliman. Bersihkanlah jiwamu kepada Allah. Tumpukan lah semua kerja kamu kepada Allah kerana ia akan menentukan masa depan kamu”. Khalid telah berijtihad, selepas menghadapi Rom yang besar orang mukmin perlu disatukan dibawah satu pimpinan dan arahan. Yang mana sebelum ini didapati tentera tentera islam dipimpin oleh beberapa komander. Dalam suasana inilah beliau menyeru untuk membersihkan niat kepada Allah dan bukan hanya kepada pimpinan dan kerana manusia. Read more of this post

Siapakah dai’yah itu?

dai'yah

Manusia ini bagai 100 ekor unta, hampir saja kita tidak dapatkannya walau sekor yang layak menjadi tunggangan

Mutaffaq ‘Alaihi

Itulah dia seorang hamba pilihan. Sukar dicari ditengah jutaan hamba. Bagai bintang timur dicelah bintang bintang. Mereka ini adalah musafir dakwah menyusuri langkah menuju Allah. Pegangan hidup mereka adalah Quran dan sunnah. Warkah perjalanannya adalah iman dan amal. Visanya adalah keikhlasan dalam beramal. Bekalnya adalah takwa. Dia adalah manusia unggul. Safarnya dengan langkah yang mantap. Tidak dapat dihalang oleh sipenghalang dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang apa lagi untuk membelot terhadap deen ini.

Siapa dai’yah itu? Read more of this post

Lelaki juga bisa menanggis

maafkan aku

Rindu. Sunyi. Begitulah rasa dihati.

Dah dua hari tak menulis. Bermakna dah dua hari tak mentelaah kitab dan baca buku. Terasa kering jiwa dan hidup penuh kekosongan. Rutin harian terasa kekurangan. Biasanya setiap malam selepas pukul 12am pulang dari program, pastinya diri ini mengadap komputer. Membaca dan menulis sebelum tidur tapi semenjak 2 hari lalu terasa takut melihat komputer, apalagi melihat butang enter kerana butang itulah yang banyak melukakan hati manusia mungkin juga butang itu banyak menitiskan airmata.

Bahaya tulisan seperti juga bahaya lisan. Tersilap tulis akan mengumpulkan dosa dosa. Terkadang apa yang ditulis oleh penulis tidak sama dengan apa yang dirasa oleh pembaca. Mungkin maksud penulis lain dan yang dirasa oleh pembaca  juga lain lantas timbullah su’ul dzan dan boleh meruntuhkan ukuhuwah yang dibina. Read more of this post

Apabila mata berhenti menanggis

henti-menanggis1Terkejut semasa diofis pagi tadi. Menerima puisi dari seorang kawan. Mengingatkan tentang kebesaran Allah. Tentang takdir. Tentang janjinya. Begitulah cantik dan indah bahasa. Namun puisi itu hilang dalam pandangan mata kedua kali bila kita ingin menjenguknya. Begitulah takdirnya. Itulah hakikat yang terkadang kita harus menerima dengan hati yang terbuka. Datangnya bahagia sepantas kilat dan hilangnya juga tidak mampu dihalang …

Kehilangan bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan ini. Ia sesuatu yang menyakitkan. Menghibakan jiwa dan meninggalkan banyak kenangan yang sukar dipadamkan dalam naluri manusia. Tiada yang lain,kesabaranlah ubatnya!

Read more of this post

Aku da’i, aku juga penyair cinta

cinta-datang-lagi

Aku bertandang lagi.

Ingin menyata indahnya Cinta.

Kerana aku penyair Cinta…

dan tiada ungkapan lain yang ingin ku senandungkan selain cinta

seperti  Ibnu qayyim, Jalaluludin ArRumi, Rabiah Aladawiyah dan Iqbal

lantas membangunkan semangat ku untuk terus menyatakan cinta

dengan Alam, manusia dan Penciptanya Read more of this post