Bolehkah kita berterusan begini …


mujahadahBila dikenang kenang mudahnya manusia menjalani hidup!

Apakah hidup itu begini …

Dari kecil kita menjalani kehidupan kanak kanak. Diawasi orang tua dan disekolahkan sekadar perlu. Membesarlah kita mengikut nasib dan takdir masing masing. Ada yang berjaya dalam akademik kerana asuhan yang sempurna dari keluarga selain usaha dan genetik yang menyebelahi dan ada yang biasa biasa saja kerana miskin , malas atau asuhan keluarga yang tidak sempurna disebabkan kesempitan hidup keluarga yang Ibu dan Ayah terpaksa bertarung hidup mencari rezeki siang dan malam.

Begitulah takdir dan nasib masing masing.

Bagi yang cerdik dalam akedemik, dapat melanjutkan pelajaran hingga berjaya dan dapat memegang profesion yang baik dan hidup dalam kesenangan. Dan ada antara kita yang terus bekerja selepas SPM dengan ala kadarnya. Mencari rezeki. Sekadar mencukupi untuk meneruskan hidup seadanya!

Kedua dua senario ini sama saja. Terus hidup dan membina kehidupan mengikut putarannya.

Menikah. Mempunyai kehidupan dan melahirkan keturunan. Sepanjang hari dan usianya. Keluar pagi balik petang rehat malam dan terus membangun kehidupan hingga wafat.

Begitulah perjalanan hidup sebahagian besar kita.

Salahkah hidup begini?

Atau kita perlu bertanya kembali, untuk apa hidup ini? Cukupkah perjalanan hidup ini dengan kerja makan dan wafat! Selesai.

Itulah msaalahnya. Apabila manusia meletak diri sebagai adat untuk hidup seperti binatang ternak dan makhluk lain yang bukan manusia.

Biarpun mereka cerdik akedemiknya. Menjadi professional dan dihormati dikalangan manusia seperti mereka.

Mereka lupa akan noktah bidayah. Lupa akan titik tolak kehidupan ini. Lupa akan visi dan misi serta jalan hidup yang telah ditentukan. Mereka hidup hanya mengikut putaran dunia. Adat sebagai seorang makhluk yang diciptakan yang sepatutnya mereka memahami bahawa kehidupan ini adalah sebenarnya ketundukan dan penyerahan diri yang total kepada Allah. Melaksanakan amanah dan arahan Allah dan Rasul.

Mereka sepatutnya mengunakan otak kanan dan kiri memikir bahawa Allahlah yang menetapkan asal usulnya dan akan dikembalikan.

Selalunya kita hanya memikirkan apa yang kita mahu bagi diri dan hidup kita saja tanpa pernah kita renung dan fikir apa yang Allah ingin kan dari kita! Sehingga kita lupa dan lalai tujuan penciptaan kita!

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu shingga mereka sendiri merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ~ArRad13:11

Bila melihat senario begitu, kita rasa kita amat bertuah dikurniakan hidayah dan iman dan ditambah lagi dengan kefahaman islam dan diletakkan Allah dalam jamaah Islam dan hidup sebagai seorang islam yang komited dengan kehidupan Islam tanpa kita boleh berkopromi lagi dengan biah jahilliyah.

Kita rasa bangga dengan pakaian Islam kita. Dengan tudung labuh kita selabuh tudung cofee table ( mengikut kata sorang akhawat tu ). Dengan hand and leg stocking. Dengan janggut dan kupiah kita bagi ikhwah.Dengan pergaulan kita. Dengan usrah. Dengan jamaah dan dengan sahabat dan sohibah yang sefikrah.

Kita rasa tenang dengan suasana itu. Kita dah rasa cukup baik dan cukup perfect namun terkadang ada lintasan lintasan dihati kita. Rasa susah hati. Rasa tak tahu apa yang kita susahkan. Kadang kita moody. Bukan saja hidup harian kita tapi kita moody dengan amal amal kita. Dengan solat dengan dakwah dan sebagainya.

Kefuturan.

Itulah jawaban yang sering berada dalam minda kita mengikut kefahaman kita yang lama dalam tarbiyah ini. Namun kita tidak tahu mencari solusinya. Kita cuma berteori begitu dan begini mencari jawabannya namun kita juga tidak pasti apakah benar atau tidak. Kita rasa ilmu kita tidak sampai untuk menyelesaikan permasaalahan itu!

Aduh! Siksanya rasa bila berkeadaan begini.

Kita cuba melawan dengan memperbanyakan amalan2 kita. Solat sunat, zikir, baca quran dan berbagai lagi amalan sunat hingga kita rasa jenuh dan bosan dan tidak bersemangat lagi untuk meneruskan amal solih. Kita merasa berat untuk meneruskan walau pun sebelumnya terpahat dihati. Padahal amal solih itu seharusnya menambah kuatkan tenaga kesufian kita untuk terus melakukan banyak lagi kesolihan.

Selalunya amal amal itu boleh membuatkan hidup kita lebih indah dan lebih bersemangat lagi namun natijah adalah sebaliknya.

Aku teringat kata kata Hassan alBasri

Carilah kemanisan hidup ini dalam tiga perkara; dalam solah, dalam membaca alQuran dan dalam zikir. Jika kamu tidak temui juga kemanisan itu sesungguhnya ” pintu” nya telah tertutup!

Pintu yang dimaksudkan oleh Iman Hassan AlBasri itu adalah pintu hati. Pintu yang ditutup oleh pemiliknya sendiri. Kita!

AlBasri mengibaratkan dzikir quran dan solah kepada Allah adalah pintu pintu yang lebar dan besar yang selalu terbuka dan meghubungkan antara Allah dan hambaNya. Pintu itu sentiasa terbuka selama tidak ditutup sendiri oleh hambaNya dengan ” Kelalaian “

Inilah suasana kita lalai. Sentiasa lalai dengan kehidupan dunia. Dengan khayalan khayalan yang berada diminda. Fikiran fikiran yang sentiasa memikirkan dunia dari memikirkan Allah dan ummah. Memasang angan angan hingga kita sulit mendapatkan ” ruh” dan ” tenaga dalaman “ dari amal amal solih yang kita lakukan justru menghalang kita menumbuhkan rasa ‘dekat’ kita dengan Allah.

Kenapa begitu? Kerana kita tidak meletakan ” Hudhurul Qalb ” ( kehadiran hati ) dalam setiap amal kita. Kita beramal hanya pada kulit saja. Kita lakukan hanyalah gerakan gerakan fizikal sahaja sedangkan perasaan dan fikiran kita melayang layang hingga tidak terjangkau. Hingga kehilangan Allah waktu beribadah dan berdakwah.

Inilah masaalah kebanyakan dari kita yang tidak mempelajari ilmu tasauf. Ilmu penjagaaan hati. Ilmu yang wajib dan fardhu ain untuk kita pelajari. Kita rasa kita telah cukup hebat dengan perjuangan yang kita ada. KItab haraki yang kita baca yang mana itulah ke “ghurur “an kita. Tipudaya yang membelit setiap da’i yang tidak ada ruh kesufian dalam jiwanya. Sebab itu isu hati. Isu Kesufian ini harus di berikan priority utama dalam pentarbiayahan selain ilmu ilmu lain kerana penjagaan hati inilah mensucikan perjuangan dan jalan dakwah ini dari sifat sifat yang tercela.

Rasullulah menasihati kita

Malulah kalian kepada Allah sengan semalu malunya …..

Malu kita dalam keghairahan kita berdakwah, banyak kelemahan kita dari sudut ilmu dan pembaikan hati kita abaikan. Malu kerana kita tidak mahu lansung untuk memperbaiki qualiti ilmu dan kefahaman kita dalam sudut ilmu fardhu ‘ain ( Tauhid, Feqah dan tasauf )yang menjadi tunjang bagi kehidupan kita sehingga kita mengambil mudah ilmu ilmu ‘Aulawiyat ini. malu kerana kita berulang kali lalai dari Allah tanpa mahu berusaha memperbaikinya.

Mudah2an kita berlindung dari semua sifat tercela ini Insyaalah.

Wallahuaklam

Muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: