Da’ie ~ Murabbi Jagalah niatmu


riyak

Aduhai diriku, Da’i, Murabbi, Mas’ul dan Akh.

Bersedialah melihat dirimu dan hendaklah sentiasa melihat diri untuk dibersihkan.

Dalam peperangan Yarmuk Khalid Ibn Walid berkata ” Ia satu nya dari hari hari Allah. Tidak sepatutnya pada hari ini ada kebanggaan dan kezaliman. Bersihkanlah jiwamu kepada Allah. Tumpukan lah semua kerja kamu kepada Allah kerana ia akan menentukan masa depan kamu”. Khalid telah berijtihad, selepas menghadapi Rom yang besar orang mukmin perlu disatukan dibawah satu pimpinan dan arahan. Yang mana sebelum ini didapati tentera tentera islam dipimpin oleh beberapa komander. Dalam suasana inilah beliau menyeru untuk membersihkan niat kepada Allah dan bukan hanya kepada pimpinan dan kerana manusia.

Jika benar niat dan usaha kita maka insyaalah kita akan berjaya. Oleh itu da’i tidak boleh diruntun fitnah seperti bangga diri dan melihat diri lebih baik dari saudara saudara lain dalam amal. Tidak patut para dai melakukan fitnah, menzalimi dan bermusuhan antara satu sama lain. Untuk mendapat hakikat kebenaran dan pengajaran, hendaklah membersihkan niatnya juga hendaklah membersihkan kefahaman dan amalannya. Sekira terdapat antara kita niat yang taidak bersih, sama samalah kita membersihkan nya.

Hassan Al Banna berpesan;

” Sesungguhnya para sahabat Rasullulah telah berjaya membersihkan aqidah mereka. Usaha mereka lahir dari aqidah yang betul. Apabila dilihat, mereka itulah fikrah dan fikrah itulah mereka. Jika kamu mahukan yang demikian maka berfikirlah bersungguh sungguh. Kalau ada antara kamu jiwa yang sakit, maka ubatilah. Orang ini akan menyekat nikmat dan taufiq Allah kepada jamaah.”

Kita perlu tahu bahawa sekiranya antara kita jika terdapat hati yang sakit dalam saf  hadapan jamaah maka da’i yang lain akan turut terganggu. Jamaah akan rosak dan terganggu perjalanannya dan lambat pergerakannya. Kejayaan dalam satu satu program, seandai tidak dijaga hal ini, tidak akan dapat dimenfaatkan untuk kemajuan islam dan jamaah bahkan akan membawa keretakan kerana ini adalah sunnah. Demi kebaikan islam dan jamaah, kiranya da’i tidak dapat membersihkan niatnya maka jamaah perlu dibersihkan darinya daripada saf da’i yang hakiki. Inilah sebahagian dari hukum jamaah untuk mengelakan mudarat yang lebih besar kepada Islam kerana Islam itu suci dan berkehendak kepada yang suci untuk Maha Suci.

Abdul Qadir Qailani berpesan;

” Wahai akh! Walau pun engkau pintar tetapi tanpa amal Qalb, tidak akan membawa engkau maju selangkah pun dalam perjalanan dakwah. Perjalanan ini adalah perjalanan hati. Paling ku bimbangkan adalah panjang lidah semata mata.”

Abdul Wahab Uzam berpesan

” Kalau kita perhatikan orang petah bercakap semata mata tanpa amal maka semuanya bermuka jernih. tetapi kalau kita perhatikan hatinya maka tak ubah seperti bunga yang layu dan tidak berbau.”

Adalah sangat tidak dikehendaki terdapat nya riya’ pada diri kita dan didalam jamaah. Dalam amal Islami, untuk mengelakan jamaah dari riya’ maka jamaah hendaklah berteraskan aqidah yang sohih dan hendaklah perkara ini selalu ditekankan didalam tarbiyah.

Hanya sekadar ulangan dan zikr saya sebelum tidur dan bukan lah entry ini satu ilmu yang tidak pernah didengar.

Muharrikdaie

2am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: