Bila jalan itu bukan jalanNya


Salam buat semua duat yang kukasihi.

Dulu aku pernah ditanya. Siapakah aku? Hendak kemana aku?

Itulah ayat pertama yang dititipkan oleh seorang murabbi dalam usrah pertamaku setelah aku ‘disreenkan’ selama setahun untuk disaffkan didalam sebuah jamaah dakwah dan tarbiyah yang mana sebelum ini aku hanyalah ‘ mutarabbi bebas ‘ yang tercari cari barang yang hilang dan melompat dari satu jamaah kesatu jamaah untuk berpaut pada dahan Tuhanku dan untuk menyerahkan diri ini untuk diabdikan!

Itu 10 tahun dulu. Sebelum fizik ku, ruhku. aqidahku, menyatu dalam sebuah kefahaman yang membolehkan aku ‘ mengabdikan’ sepenuhnya kehidupanku disini. Dijalan ini.

Memang sebelum itu jiwaku mendesah. Bergelimang dengan ketidakpastian. Ketidakbenaran. Ketidaksucian untuk mencari kemahuanNya!

Alhamdulullah. Akhirnya aku bertemu juga DijalanNya. Jalan untuk aku ‘mentazkiyah’ diri dan Jalan dakwah untuk aku menebarkan amal amal ku dan melaksanakan ubudiyah ku padaNya.

Barulah aku dapat merasakan bahawa harganya putaran dunia ini terletaknya pada ‘dakwah’ dan tanpa dakwah dunia ini hanyalah tidak lebih dari semilir hembusan angin!

Dan dakwah yang ingin kita bina ini bukanlah sesuatu yang mudah semudah mengucapnya. Semudah usrah yang kita datangi setiap minggu tanpa persiapan itu atau semudah kita memakai baju kuning yang berslogankan ‘ BERSIH’ serta melaungkan ‘reformasi’ dan takbir kosong untuk kemenangan!

Tidak semudah itu untuk membangunkan kerajaan Allah!

Jika alam ini terjadi dengan sunnahNya. Maka kemenangan islam juga ada sunnahNya dan sunnahNya itulah yang telah diajar pada kita ratusan tahun dulu oleh murabbi kabir kita Muhamad SAW.

Ikhwahfillah,

Inilah pengalaman ku yang ingin kuserukan pada mu adik adik ku supaya kamu tahu bahawa kemenangan deen ini hanyalah pada  dakwah dan jihad ini. Namun ianya memerlukan persiapan yang cukup dan penuh kualiti diri sebagai syarat untuk mendapat pertolongan Allah.

Dan kemenangan ini juga memerlukan sebuah keikhlasan yang benar benar suci dan meninggalkan hawa nafsu yang senantiasa mengekang. Justeru itulah kamu harus senantiasa berzikir dan berfikir dan perlu senantiasa sibuk dengan amal islami kerana dengan cara itu sajalah dapat kita  mengekang hawa nafsu yang sentiasa menghalang!

Jika hawa nafsu ini tidak dibendung dan dibawa bersama kerja dakwah ini, sudah tentu kamu tidak akan dapat memberi perhatian yang menyeluruh dan menyempurnakan tanggungjawabnya apalagi untuk memberi kesiqahan dan rasa izzah terhadap tugas yang dipikul!

Itulah hadaf yang perlu kamu depani yakni dengan memperbanyakkan kerja kerana kita adalah ‘mithal amali’ kerana kesan dakwah dan tarbiyah kita tidaklah dilihat pada percakapan, tulisan dan kasih sayang semata tapi lebih dilihat dari kerja dan amalan amalan kita kerana jika kita hanya banyak bercakap dan berkasih sayang dan merindu rinduan sahaja bersama kelompok dan mad’u kita pastinya kita tidak akan mengapai sasaran yang kita inginkan dan ini akan meninggalkan kesan negatif berupa keragu raguan dan khayalan khayalan saja pada jiwa mad’u penganti kita!

Oleh itu teruslah mengejar kemenangan dengan terus berdakwah dan berbakti. Rangsanglah semangat dan jati diri  para setiap anggota kita agar kita tidak futur. Rasailah pengintipan Allah dimana jua kita berada … kerana kelemahan islam adalah kelemahan kita.

Akhi muslim …

Lihatlah disekeliling kita … jangan terikut ikut isu semasa untuk mencari kemenangan bukan dari sirahnya!

Kita harus faham sepertimana yang Sayyid Qutb faham dan menasihati kita tentang jalan kemenangan ini …

Janganlah sekali kali kesibukan kamu dengan demonstrasi dan sambutan orang ramai menjadikan kamu leka dan meninggalkan penyusunan barisan kamu dari dalam dan menyediakan kader kader yang mampu menghadapi sebarang kemungkinan dengan penuh tabah  …

Ada yang terlalu gopoh mengejar kemenangan sehingga melacurkan prinsip perjuangan untuk kemenangan, lantas meninggalkan kasih sayang dan dakwah semata mata kerana haloba kepada  kemenangan dan paling malang sekali meninggalkan etika sunnah semata mata mengejar kemenangan.

Jangan kita tertipu dengan sokongan bilangan yang ramai untuk mendapatkan sesuatu tanpa terdapat komitmen tarbiyah kerana jalan ini amat membahayakan kerana tanpa tarbiyah dan dipacu oleh nuur rabbani kita tidak dapat membina asas yang kukuh lalu kita akan kehilangan kualiti dan pastinya kita akan dipergunakan oleh musuh musuh yang bertopengkan keadilan!

Oleh sebab itulah kita harus mematuhi jalan tarbiyah supaya kita tidak kehilangan kualiti dalam mengunungkan keimanan kearah perjuangan ini.

Benarlah kata Syeikh Mustafa Masyur …

Dijalan sana terdapat simpang siur yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang lurus. Ini berlaku apabila kita meringankan syurut dan tuntutan tarbiyah wa’ islam serta meringankan iltizam kita dengan ajaran islam bagi membentuk asas dan kaedah yang teguh dengan cara mengikuti aliran siyasi ( politik ). Meniru pergerakan yang ada. tanpa bergantung kepada jalan tarbiyah yang sebenarnya …

Sebenarnya akhi, jangan kita berangan angan untuk menang dengan cara selain sunnahnya. Jangan jadi golongan yang gopoh dan golongan yang bermusuh …

bersabarlah wahai akhi …

Ingatlah kata kata Syeikhul tarbiyah kita kembali …

Wahai Ikhwanul muslimin … terutama pada yang bersemangat dan ingin cepat mencapai matlamat. Dgrlah kalimat aku yg nyaring dan lantang diatas mimbar ini. Sesungguhnya langkah yang kamu ikuti telah digariskan dan batasnya juga telah diletakkan.

Aku tidak akan mencanggahi batas batas yang aku yakini dengan sungguh sungguh sebagai satu jalan paling selamat untuk sampai kepada matlamat.

Aku akui jalan ini adalah jalan yang amat panjang tapi tidak ada jalan lain lagi. Sesungguhnya kelakian seorang lelaki adalah pada kesabaran, kesungguhan dan amal yang berterusan.

Sesiapa ada antara kamu yang ingin memetik buah sebelum masak, maka aku tidak akan bersama sama mereka walau apa pun berlaku. Malah lebih baik bagi mereka mengundurkan diri dari dakwah ini dan memilih jalan lain.

Sesiapa yang bersabar menunggu bersama aku sehingga benih yang kutanam menjadi tunas, pokok dan mengeluarkan buah serta sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya disisi Allah. Kita pasti tidak akan terlepas dari salah satu antara dua kebaikan yakni menang dan mendapat kekuasaan Allah SWT atau mati syahid dan mendapat kebahagiaan akhirat   –  Albanna

Akhi … bukan mudah untuk menang meski pun kita banyak bersangka.

Memang mudah untuk berangan angan tapi bukan semua kita dapat menjelaskan angan angan melalui lisan. Begitu juga, banyak dari kita boleh bercakap tetapi sedikit dari kita boleh bekerja …

Mari. Kita bina iman kita diramadhan ini agar kita terus thabat dijalan ini.🙂

– muharrikdaie

2 responses to “Bila jalan itu bukan jalanNya

  1. muharrikdaie September 20, 2011 at 7:10 am

    Akhi din …. copylah asalkan bermenfaat dan membuahkan pahala. Sebenarnya artikel ini buat yang taksub kepada politik kepartian🙂

  2. din September 12, 2011 at 5:48 am

    minta kebenaran utk emailkan artikel anta utk tatapan sahabat2 ana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: