Hembusan segulung nafas


segulung nafas
Akhi,
Ibnul Jauzi berkata

Umurmu akan mencair seperti mencairnya ais

Semuga Allah memberkahi sisa usia kita …

Bukan aku takut mati!

Jalan dakwah tidak pernah mengajar pengembannya untuk takut mati malah jalan dakwah menyuruh kita supaya cintakan mati kerana kematian itu adalah kerehatan bagi sang da’i!

Namun akhi …kematian juga mendekatkan kita kepada kesengsaraan neraka. Nauzubillah.

Aku amat takuti kecepatan umur kita dan waktu hidup kita ini tidak seiring dengan kecepatan kita menyelamatkan diri dari keazaban akhirat.

Aku  juga takut umur sisa ini tidak berfungsi sebagai pelindung kita dari menerima punishment dari Allah.

Aku takut hembusan gulungan nafas kita serta tarikannya tidak sebanding tarikan jihad dan tarikan dakwah yang sepatutnya kita lakukan  untuk kita terhindar dari lorong lorong murka Allah!

Ketika jumlah detik jantung dan aliran darah yang dipam dari dalam tubuh kita, apakah sama geraknya untuk kita menjauh dari bermaksiat kepada Allah atau sama geraknya kita menghayati tarbiyah dan beramal dengan nya atau tidak langsung kita peduli dengan perjalanannya …

Tenangkah kita akhi dengan suasana ini?

Tidakkah kita merasa terancam?

Kita adalah penentu diri kita sendiri!

Sama ada ingin berenang dilautan taat atau sebaliknya!

Kita menentukan pilihan kita!

Marilah kita ungkapkan rasa syukur kerana kita masih dijalan ini …

Jalan tarbiyah yang banyak menolak kita untuk sentiasa muhasabah diri

Jalan yang banyak memberi kita sumber ketenangan itu …
Ketenangan yang membuat kita sentiasa meletak dunia hanya ditangan kita, tidak dihati!

Inilah yang membuat kita sentiasa mencari Khaliq.

Mendamba kasih sayangnya.

Ingin selalu dekat padaNya.

Kita tidak rakus mencari dunia malah kita selalu berdoa diwaktu dhuha agar Allah sentiasa cukupkan rezeki kita justru kita terisak isak meminta agar Allah perbanyakkan rezeki bathin untuk kita ….

untuk kita merasakan kelazatan beramal dan berkhalwat dengan Allah …

Akhi …
ditika kehidupan dakwah meminta haknya, sepatutnya kita berusaha untuk lebih banyak memberi, kerana kehidupan dakwah adalah kehidupan rohani yang akan setia menemani jiwa kita yang gersang dan kesunyian …

Melalui pengalamanku, keindahan kehidupan ini tidak setara dengan kebahagiaan rohani.

Kebahagiaan yang dapat ku rasakan adalah ketika aku dapat menanamkan kedalam jiwa mad’u ku, semangat jihad, sikap redha, percaya diri serta cita cita yang penuh ghairah dalam kerja dakwah ini!
Hingga aku mampu membawa mereka kembara dan membius jiwa kecil mereka yang polos itu dan ku isi kegersangan dalam jiwa mereka dengan menghadirkan bayang bayang bidadari agar kethiqahan mereka menjadi nyata!

Aku amat merasakan kebahagiaan samawi ini berbanding kebahagiaan aradhi sehingga aku dzauk dengan hari hari ku dan tidak sedar postur dan batang tubuh ini melangkah lesu kerana tidak mampu menanggung bebanan dakwah yang banyak ditinggalkan.

Aku rasakan ketakjuban itu sehingga waktu itu aku dapat rasakan akan tautan unsur samawi murni dengan tabiat insani sehingga didalamnya terasa tersimpan balasannya sendiri berupa ketenangan yang amat abadi.

Kita patut tahu akhi …

Allah ada menyimpan kegembiraan yang besar untuk kita.

Mungkin lapisan lapisan yang diluar pengetahuan kita ….

Sepatutnya kita juga  patut tahu dimanakah keadaan kita tika ini?

Ramai ku lihat manusia semakin rapuh melalui onak hidup sehingga  meninggalkan kerja kerja dakwah ini.

Setia mengorbankan diri sekadar mengisi naluri dan sibuk memanjangkan sijil sijil mereka dalam mengejar ilmu  dan title tidak seiring dengan tindakan tindakan mereka untuk membaiki aqidah ummah yang semakin suram ini sehingga umat semakin sesat dan islam semakin dihina dengan akhlak umatnya ..

Kita sudah hilang wehdahnya lalu hidup dalam dunia ananiyah ( sendiri sendiri )

Jangan kita gundah gulana akhi.

Sekalipun beberapa kerat kita ini dan hanya punya beberapa hembusan gulung nafas ini, kita harus terus bergerak dan jangan kita rasa hina dan lemah kerana orang yang mengimani keagungan Allah Yang Mutlak dan mengintai redhaNya tidak pernah menemui rasa hina dan lemah.

Sebaliknya selalu mendapatkan dirinya penuh kemuliaan kerana bersandar pada kekuatan yang Maha Besar yang meliputi semesta alam …

Akhi … aku takkan khuatiri kematian mendatangi kita seandainya setiap hembusan gulung nafas kita, kita gunakan untuk memberi.

Sebenarnya kita telah mengambil banyak dalam hidup ini dari Allah

…dan masanya kita untuk memberi.

Sukar bagi aku membezakan waktu memberi dan menerima yang mana sedikit kita memberi banyak yang kita dapati.

Itulah Allah.

Apalah kita khawatir sangat akan kematian kiranya kita telah berbuat sejauh kemampuan yang ada pada kita!

Masih banyak lagi kerja kerja yang harus kita lakukan dan jangan kita selaputi rasa sesal kiranya tempuh waktu kita sampai sebelum kita menyudahi masuliyah ini ….

Memang aku tiada pewaris untuk menyudahi kerja kerja ini kerana impian ku tidak kesampaian …

walau pun hati, jiwa, cinta dan pemikiran ku terarah kesitu …

…..kesatu titik pertemuan diatas kanvas dakwah yang ingin aku warnakan

Namun aku tidak pernah menyesal kerana segalanya telah ku usahakan dan pasti malaikat juga turut mendoakan aku dan menghitung pahala pahalaku ….

kadang kita bertemu dan bertamu dalam cinta dan cita dan tersadung dibendul perasaan itu dan Allah tarik kemahuan itu dihatinya mungkin kerana hikmah yang tersorok pada intinya sehingga naluri kita teramat sakit menahan ….

namun … itulah kita.

Yang sentiasa menyedari bahawa hidup seorang da’i tidak semua orang percaya kerana kita tidak boleh memberi kebahagiaan dunia!

Maka kawan kawan kita dijalan inilah yang akan mengerjakannya dan menyambung diwaktu ketiadaan kita …dalam waktu yang tiada lama ini …

Rasanya jika malaikat israeil ingin menziarahiku sebentar lagi, pasti aku akan redha dengan kedatangannya.

Memang aku akan terasa gentar akan merasai kesakitan itu namun aku tidak takut kerana selama ini aku telah kerahkan segala sendi dan urat saraf ku dan seluruh kemampuan ku untuk menjadi manusia yang baik.

Segala kemaksiatan, dosa, kekeliruan serta kealpaan ku telah ku sesali sedalam dalamnya tika embun hidayah menyirami ku.

Selebihnya kupasrahkan pada Allah, Tuhan ku untuk ku mohon keampunan!

Memang aku tidak meminta siksanya menghadapi sakaratulmaut juga siksanya dialam kubur.

Dalam hati kecil ini aku sentiasa pasrah dan meyakini bahwa Tuhanku Maha Adil. Jika dia menyiksa aku pun, siksaannya adalah siksa yang hak dan adil.

Aku telah terbiasa dengan kesusahan, kepayahan ,kepahitan batin dan zahirku.

Menapak dititian keseorangan dihampir tiga suku hidupku dan aku bersedia menanggung  apa pun juga yang telah ditakdirkan kepada aku.

Aku hanyalah secebis ciptaan Tuhanku.

Dan kepada Tuhan aku serah segalanya.

Menyadari keadaan ini aku rela menerima apa saja dari Penciptaku.

Muharrikdaie

11 responses to “Hembusan segulung nafas

  1. razak November 30, 2011 at 5:32 pm

    ada jalan mati disini? bagaimana jalannya?

  2. AloNg CaPR November 11, 2009 at 10:41 pm

    Assalamualaikum. Sejak saya mula membaca entri-entri di sini saya mula menyukai setiap artikel yang disiarkan. Jalan kita sama, usaha kita sama, jadi jangan takut untuk terus menulis.

  3. abdullah bin ali November 4, 2009 at 12:35 am

    Indahnya kehidupan ini. Lebih indah daripada kehidupan di Syurga. Disini kita mengecapi kemanisan daie. Disana menikmati segala perhitungan dunia setiap diri. Disini bendang rahsia kehidupan sebenar. Disana adalah tuaian amalan yang diberkati.

    Disini sedapnya diuji. Ada pahit. Ada manis. Ada bahagia. Ada derita dan satu persatu segala ketentuanNya ditempoh hingga menemui lazat sakaratul maut. Meskipun azadnya masih berlaku bilamana berpisah roh daripada jasad. Dalamnya diselaputi rahsia. Disana ada rahmatNya yang tersirat menuju keredaan Allah.

    Setiap detik saat berputar memadam hari-hari muda. Membilang saatnya mati semakin dekat. Usia gagah semakin luntur hemahnya. Kulit yang tegang semakin kendur dengan kedutnya. Gigi kukuh satu persatu bergoyang dan tercabut. Rambut hitam semakin kusut dicelah-celah keputihan ubang. Tubuh tampan terketar-ketar menahan usia tua. Itulah realiti kehidupan.

    Namun minda hamba masih terkapai-kapai mengejar retorik. Bila dan bagaimana hendak mengadap Ilahi tidak ada lintasan dalam hati sanubari. Nauzubillah.

    Lalu pasrahlah sekelian musafir dengan takdir nikmat melimpah. Atur setiap langkah dengan sekelian hukum-hukum yang telah ditetapkan. Susun hukum taklif dengan hukum wad’ie mengikut perlu. Ilmu Allah digali sungguh-sungguh. Biar muafakat dengan sekelian ulamak muktabar. Berpegang teguh atas jalan pertengahan ‘ahli sunnah wal jamaah’.

    Pesan fakir yang daif lagi hina pada diri ini dan sekelian kekasih Allah. Berjalanlah berserta daie dalam setiap langkah usia berbaki. Usahlah membuang waktu dengan amal sia-sia, dengan fikiran yang keruh, dengan niat yang penuh karat dan dengan ibadat yang memenuhi adat.

    Akhirnya luhurkanlah akhlak kalian. Jadikan pujian dan celaan satu perkataan. Jangan sekali merubah tujuan kerana daie itu bukanlah satu hutang tapi pengorbanan. Sibuk diri untuk Allah.

    Inilah kejayaan……
    Inilah kehidupan……
    Inilah sekelian kebaikan ……
    Inilah juga modal kesudahan…..
    Yang tiada lagi bertemu kekurangan….

    Insya Allah kita dipilih Allah bersama-sama Ibrahim Adhan, Rabiatul Addawiah dan lain-lain solihin…
    Wallahualam.`

  4. abdullah bin ali November 3, 2009 at 6:25 am

    Disisi kita apa yang Allah berikan amat berharga. Besar nikmatnya dan tidak kesampaian untuk kita kalungkan ucapan terima kasih.

    Namun bila dilihat disisi kebesaran Allah, ternyatalah kerdil kita umpama zarah yang berterbangan jika dibandingkan dengan kehebatan Allah jadikan langit dan bumi.

    Begitulah fitrah kejadian Allah, tiada sempurna akal manusia memikirkannya. Kekuatan ini tidak mampu dipikul oleh daya minda manusia dan Allah hijjabkan daripada pengetahuan makhluk.

    Usahlah banyak curiga lagi akan ketentuan. Demi lemah dan hina diri inilah mengajak kita mencari satu kekuatan. Kekuatan iman dan takwa. Mudah-mudahan dipilih diantara barang-barang pilihan Allah.

  5. nuurhati November 2, 2009 at 11:12 am

    teruskan menulis wahai muharrik daie!

    penulisan yang digarap sangat terkesan ..moga mendapat rahmat Allah amin…

  6. qalam dakwat November 2, 2009 at 9:55 am

    jangan berhenti menulis…. teruskan menulis….. salah dan silap grammar memang banyak tetapi sebelum publish mungkin double check dulu, pastikan tiada salah dan silap baru publish, mungkin mampu mengurangkan kesilapan dan kesalahan tersebut, ada orang melihat isi dan kulit, ada orang melihat kulit tanpa isi, ada orang melihat isi tanpa kulit, tetapi semoga tulisan ini bermanfaat kepada semua

  7. muharrikdaie November 2, 2009 at 9:08 am

    Semua yang memberi komentar …

    ….terima kasih banyak banyak. Saya akan cuba menulis dengan sebaik mungkin sebagai renungan bermenfaat untuk kita semua.

    Kesilapan saya dan kesalahan dari segi ejaan dan tulisan serta ayat yang bercampur bahasa serta grammer yang macam rojak ..harap dimaafkan.

    Datang2 selalu ke blog saya dan beri semangat jika ingin melihat saya menulis lagi kerana saya rasa macam nak berhenti aje ……sebab kesibukan dan kadang terpaksa memerah idea yang amat meletihkan …hehhehe …

    Jazakllah semua.

  8. nora nazim November 1, 2009 at 4:17 pm

    aku hanyalah secebis ciptaan Tuhanku..menyedari keadaan ini aku rela menerima apa saja dari penciptaku…menyuntik keinsafan dalam diri bahawa aku ini hanya makhluk ciptaan yang diciptakan utk mengabdikan diri padaNYA dan menerima dengan redha segala ujian yang dihadirkannya…terima kasih pd ust, kata2 yg sikit ni dpt memotivasikan diri.

  9. nuurhati November 1, 2009 at 1:32 am

    subhanallah!

  10. aizadiha October 31, 2009 at 1:31 pm

    Jazakallah khair atas artikel ni,
    sangat tepat dengan apa yang sedang dirasakan
    semoga sentiasa dalam redha Allah
    salam wbt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: