Menghidupkan hidup


anfal3

17 Ramadhan. Dah 17 Ramadhan. Nuzul Quran.

Alhamdulillah masih kita ingat lagi.

Sebabnya kita cuti. Kalau tidak, mungkin kita tak ingat. Tapi sayang hanya selangor saja yang cuti, Wilayah KL tidak cuti. Ada sahabat bergurau, ” Akhi, ana rasa diSelangor jer turun AlQuran! Di Wilayah ni tempat lalu jer agaknya”! Dia menyindir.

Bukan aku nak cerita pasal Nuzul quran yang banyak peritiwa terjadi hari ni. Kita semua dah tahu. Banyak peritiwa besar berlaku. Kalau cerita dalam bentuk tulisan sukar untuk menghidupkan ruh dan memang ramai antara kita dah tahu cumanya samada ingin mengambil iktibar atau tidak, terpulang pada diri masing masing!

Shopping

Betapa cepat masa berlalu. Terasa baru saja bermulanya puasa. Disini. DiMalaysia ramai yang ambik kesempatan beli baju raya. Mundar mandir dijalan masjid India. Jalan Tuanku Abd Rahman mencari dan mencari untuk menyuburkan nafsu. Sepasang. 2 pasang baju masih belum cukup. Kalau boleh satu kedai nak diangkat untuk dibawa kerumah!

Kalau ada kuasa macam Nabi Sulaiman pastinya Jin Ifritlah paling sibuk tika ini mengikut arahan kita untuk memindahkan semua shopping komplek untuk diletakkan disebelah rumah kita. Alamat tak berpuasalah Jin Ifrit itu sebab terlalu letih diarah oleh kita.

Inilah dia saban tahun kita melalui proses yang sama. Walaupun dekat masjid dan surau tazkirah setiap malam mengingatkan kita menghidupkan malam malam terakhir ini. Ustadz ustadz yang dijemput pun dah kering air liur bagai nak tertelan anak tekak, bagai nak tertanggal bibir mengingatkan kita. Hingga serban yang Ustadz pakai pun dah nak tercabut macam kena current kerana terlalu semangat untuk mengajak kita. Yang akhirnya Ustadz menanggis sendiri, bukan kerana syahdunya kerana Ramdhan yang nak meninggalkan kita tapi kerana terlalu emosi dan geram sebab kita tak mahu berubah.

Nostalgia

Itu disini.

Bagaimana diOversea.

Waktu aku diMesir dulu ramai jugak student yang dapat balik saban tahun. Walau pun cuti hanya beberapa hari saja kerana keluarganya nak beraya sekali. Student yang keluarganya kaya raya. Tiket flight mak bapak dah ambik dah! Cuma menghitung hari saja untuk pulang. Kalau boleh hari hari dia nak kait matahari dan bulan tu agar bagi cepat masuk siang dan malam berlalu kerana tak sabar nak jumpa Ibu ayah.

Pakaian dah siap pack dah. Ada yang dah siap gosok letak dalam almari untuk dipakai waktu pulang nanti. Betapa seronoknya tika itu. Itulah lebihnya orang kaya!

Solat tarawikh pun dah tak berapa ada dzuk lagi! Tadarus Quran pun dibaca macam bertih goreng untuk diqatamkan cepat. Bangun sahur dan tahajjud pun dah tak berapa semangat lagi. Yang menanggis dalam mimpi pun ada kerana bermimpi terlepas flight nak balik raya …….Ketawa besar betul aku pada waktu itu teringat kawan kawan!

Mungkin kalau keluarga aku kayalah waktu itu dan dapat peluang balik macam kawan kawan disana, aku pun mungkin lebih teruk lagi! Hmmm ..

Bagi aku dan kawan kawan yang tak berapa upaya dan rezeki yang tak berapa cukup ni menung jerlah. Nak simpan airmata waktu takbir raya nanti ….Walau pun takbir raya disana macam orang baca berita. Tak adalah lagu lagu dan irama macam disini. Memang tak syahdu lansung tapi alhamdulillah takbir disana naikkan semangat jihad!

Waktu raya nilah nanti nak keluarkan airmata banyak banyak. Nak lepaskan perasaan rindu pada mak ayah. Waktu nilah nak bicara dengan Tuhan. Nak mengadu ….  Sedihnya ya Allah!

Nostalgia lagi

Begitu juga waktu aku menyambung belajar ke Rotterdam yang lagi teramat pilu. Hanya aku seorang  saja orang malaysia. Orang melayu. Berpuasa dan beraya disana tidaklah berapa menyeronokan namun pengalaman itu banyak mengajar betapa bersyukurnya kita menjadi seorang muslim. Seorang Islam. Walau pun tidak bersama bangsa sendiri tapi aku ditemani oleh pelbagai bangsa manusia didunia. Orang Surinam, orang sudan, orang Turki , bosnia, indonesia, Cina, Thailand dan berbagai lagi. Terasa eratnya ukuhuwah islam ini!

Di Prayer room Erasmus University inilah kami berbuka dan bertarawikh serta bertadarrus bersama tidak kurang 10 bangsa didunia ini yang dapat aku kenal.

Disinilah awek awek turki yang cun melecun yang menjadi penduduk tetap di Roterdam ni memasakkan untuk kami semua, yang walaupun tak berapa diterima dik tekak namun amat menyeronokan. Kumpul duit ramai ramai dan berkongsi makanan. Sejuknya rasa hati …

Rayanya pula aku bertuah, dijemput kerumah kawan kawan Indon disamping Kedutaan ( terima kasih En. Osman duta Malaysia tika itu) dan pekerja pekerja Shell dan keluarga mereka merayakan Idul Fitri. Terasa juga ada keluarga.

Iktibar

Beginilah hidup.

Adakala banyak mengajar kita bercermin diri. Agar kita tidak lupa. Agar kita balik kenegara sendiri tidak mengikut nafsu sekalipun boleh hidup mewah. Kenangan inilah yang boleh membersihkan hati kita yang berkarat dik debu nafsu.

Waktu yang berlalu dulu telah hilang menjadi sejarah.

Kini Allah masih memberi waktu, ruang kepada kita untuk hidup. Hanya berbaki sedikit lagi sisa hidup ini untuk kita mendekatkan diri kepadaNya setelah waktu prima dulu kita gunakan untuk belajar dan mengejar cita. Mungkin kiranya umur kita hanya 60 tahun tarikh tamatnya, kita hanya ada kurang lebih 30 tahun lagi.

Tak seorang pun tahu kapan hidupnya akan berakhir. Sebab itu marilah kita mengejar kelebihan kelebihan yang Allah beri kepada kita untuk mendapatkannya. Malam Lailatuqadar. Malam yang akan Allah berikan ganjaran lipatan 83 tahun 4 bulan ini.

Jangan kita mengia iakan waktu ini maka akan berakibat terhadap kosongnya jiwa kita.

Sayyid Qutb berkata;

Orang yang mengiakan waktu, itulah jiwa yang kosong yang tidak pernah mengenal makna serius, ia mengharap santai dan main main dengan hidup meski menghadapi bahaya yang mengintai. Ia bercanda ria disaat memerlukan keseriusan dan sentiasa meremehkan permasaalahan yang suci. Jiwa yang kosong dari sikap yang serius dan penuh kesucian, akan meremehkan setiap persoalan yang menyelimutinya mengalami kegersangan jiwa dan kecacatan akhlak!

Mari kita guna kesempatan yang ada ini. Biarlah yang berlalu itu berlalu. Mari kita mengorak langkah dan jangan kita mengarahkan langkah kejurang kehancuran. Kosong akal kosong hati dan kosong jiwa sehingga kehidupan kita ini terasa kering tanpa erti dan tidak bermakna. Ingatlah kehidupan dunia ini hanya sesaat dan teramat semu.

Kerana itu hidup kita jangan sampai diisi dengan keseronokan semata! Bukan tak boleh bergembira namun biarlah berpada kerana kita menuju kepada akhirat yang abadi.

Mungkin aktiviti kita atau pun apa yang kita buat itu kita nampak emnguntungkan dan tak ada apa menurut penilaian kita tapi kita juga harus ingat akan penilaian Allah yang sentiasa mengintai kerja buat kita.

Jadi, jangan sampai kita menyesal akibat kita menzalimi diri sendiri. Sebab kita tidak akan diberi kesempatan ulang untuk berbuat baik atau bertaubat bila kita meninggalkan dunia ini.

Ring ring

Inilah deringan peringatan hati yang harus selalu ada dalam diri kita. Dering ini yang akan memicu kesedaran diri untuk segera beramal dan bekerja bersungguh sungguh meninggalkan kelazatan semu, palsu dan menipu.

Muga Allah menuntun hati kita untuk selalu bisa menegnali sesuatu yang lebih utama.

Ibnu Attailah dalam kitab Hikam berkata;

Usia dan hembusan nafas kita sangat terbatas. yang sudah pergi berlalu tidak akan kembali. Panjang pendek usia manusia memaang sepanjang kita bernafas. Hembusan nafas sama dengan detik jantung danmengalirnya darah sebagai tanda kita masih hidup. Hidup kitapun berakhir dengan tersumbatnya saluran nafas, berhentinya detik jantung dan saluran darah. Sederhana sekali tapi sangat mahal nilainya!

Mari kita menghidupkan hidup dan buangkan sikap ” taswif ‘ yakni menunda nunda amal!

Semuga Allah SWT memberi kekuatan pada kita untuk selalu berada dalam ketaatan kepadanya.

Doakan aku sahabat sohibah ku agar Allah pertemukan aku malam lailatul Qadar itu. Mungkin dengan doa kalian akan memberikan aku kekuatan untuk istiqamah dan thabat dalam menyampaikan dakwah ini. Dalam menulis sambil meperingati diriku dan diri kamu semua!

Maaf andai tersinggung dan terkasar bahasa. Jumpa lagi.

Muharrikdaie

11mlm

One response to “Menghidupkan hidup

  1. jalandakwahbersama September 8, 2009 at 3:39 am

    Assalamu’alaikum,
    Subhaanallah, tulisan yg bagus Pak, memang sekarang ini, ada beberapa orang dari kita, yg semakin mendekati lebaran, mereka malah sibuk belanja menyiapkan keperluan lebaran. Seakan mereka lupa akan keutamaan malam Laitatul Qadr. Semoga kita tidak menjadi orang yang mensia-siakan malam Laitatul Qadr karena sibuk dgn urusan dunia, semoga kita semua bisa mendapatkan keistimewaan malam Lailatul Qadr, amin. Pak, saya dan keluarga, mohon maaf lahir batin, apapbila ada kesalahan, baik yang disengaja atau tidak. (Dewi Yana)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: