Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: nasihat buat diri

hanya ini yang mampu ku tulis

Memang lama aku tak berada disini.

Biarpun jemari dan hati ku melonjak dan bergetar untuk menekan keyboard lappy ini namun terpaksa kutahan jua untuk menfaatkan waktu kepada perkara yang lebih aula’ lagi. Jika aku mengadap lappy ini, pastinya dua ke tiga jam terpaksa aku korbankan untuk menulis sedangkan impak dakwah dari tulisan ku taklah seberapa.

Aku pasti ada yang suka dan tidak kurang juga yang dah jemu dan bosan dengan tulisan tulisanku yang tidak lansung dapat menyentuh jiwa mereka. Apa pun yang pasti aku akan terus menulis meski dalam kesibukan!

Tentunya aku menulis buat kamu bukanlah saja saja atau untuk permainkan kata kata tapi adalah untuk kita terus cuba mengubah diri menjadi lebih baik dijalan dakwah ini.

Kalaulah boleh dan punya kaliber memang teringin untuk menjadi orang orang besar seperti ‘Charles Dickens” yang banyak mengunakan penanya untuk membantah kepincangan masyarakat dan membela dhuafa’2 dizamannya. Atau menjadi penyair Hindu ” Tagore ‘ yang menentang keserakahan barat atau penyair yang amat kita kenali ‘ Iqbal’ yang dapat melonjakkan kita untuk meniti kejayaan islam ini. Read more of this post

Apakah yang kurasakan kini …

Salam buat semua….

Semua yang masih setia diblog ini.

Blog yang ingin ku bina didalamnya  jiwa dan ruh ubudiyah, agar ianya kukuh berada didalam ketulusan dan keikhlasan …

Muga ketulusan aku menulis dari hatiku yang kudus ini dimuatkan pula oleh Allah al-hubb dalam hati kamu semua disini, supaya dengan al-hubb itu juga boleh mencetuskan pengembaraan ruhiyah kita hingga kita bertemu di penghujungnya ….Cinta kepada pencipta cinta, yang Maha cinta … Allah Rabuljalil.

Kamu tahukah apakah yang kurasakan kini? Read more of this post

jika benar hati yang menulis …

Terkadang menulis ini boleh menimbulkan rasa takut. Takut tulisan itu membawa padah jika tidak diamalkan!

Itulah bahayanya. Tapi mahu tidak mahu kita kena menulis dan mengingatkan manusia. Selebihnya kita kena minta pertolongan Allah dalam meluruskan niat dan memperoleh kekuatan.

Sebagai duat memang kita perlukan pakage kekuatan!

Kekuatan semangat, kesungguhan, fizikal dan yang paling aula’ adalah kekuatan ruhiyah yang didasari oleh iman kerana ruhiyah inilah puncak kekuatan yang menjadi pemacu untuk menolak fizikal ini untuk beramal. Inilah yang kurangnya pada sang duat. Read more of this post

Andai waktu itu boleh diputar

Aku tak tahu kenapa akhir akhir ini aku selalu saja berfikir tentang maut. Tentang kedatangannya sehingga ianya bergayut dalam jantung hati ku.

Aku dapat rasakan betapa maut memandang  dan menjelingku disetiap sudut sehingga dapat ku rasakan kehadirannya dibelakang ku. Membayang bayang melintasi pandanganku.

Memang mengingati mati amat digalakan kerana  itulah satu satunya jalan untuk kita memutuskan kecintaan keterlaluan terhadap dunia ini.

Mungkin dulu aku takut pada maut kerana psikology ku telah dipengaruhi dan ditakut takutkan oleh orang orang tua terdahulu untuk mengelakan aku dari melakukan maksiat dan supaya tidak meninggalkan solat tapi setelah mengenali fikrah yang kaffah dan perjuangan ini baru aku mengerti bahawa pandangan itu sebenarnya tidak menepati bagi seorang pejuang deen ini. Read more of this post

Email seorang murabbiyah …

Ikhwah/Akhawat

Memang benar kata kata  ….

” Tangan yang mengoncang buaian itu, boleh mengoncang dunia”!

Itulah hakikatnya dan mulianya seorang wanita bila telah diproses dan dicerna sehingga ia amat bernilai terhadap deen ini.

Bukan mudah untuk melahirkan wanita wanita sebegini kiranya kita hanya bergantung kepada tarbiyah dalaman kerana tarbiyah didalam jamaah tidak menjamin suksesnya mereka jika selepas itu mereka dibiarkan tanpa pemantauan dan dibiarkan bersendirian tidak mempunyai teman untuk membantu menguatkan dzatiyah mereka.

Justeru itu jamaah harus memikirkan sesuatu seperti mengwujudkan keluarga angkat dikalangan mereka. Gandingkan mereka  mengikut kesesuaian dan keserasian supaya  mereka sama sama dapat  bersifat taawun dan bahu membahu dalam melaksanakan amal amal fardhi dan jama’i.

Mereka juga harus dimotivasikan secara berterusan kerana wanita amat memerlukan motivasi untuk meng stable kan emosi dan keistiqamahan mereka agar sentiasa seimbang  dengan  kesungguhan peribadi mereka.

Wanita yang tidak  dikawal dan tidak di motivasikan mudah lesu. Mudah tension. Mudah putus asa dan mudah cair dan larut dalam iklim ujian dan suasana persekitaran. Read more of this post

dengarkanlah suara hatiku

Kadang kita rasa amat kerdil disisi Allah.

Kita rasa terasing didunia dakwah ini.

Bukan terasing tanpa teman dan mad’u tapi terasing dari dikelilingi ruh kesufian kita yang tidak mampu memanjat langit.

Memang kita tidak mahu hipokrit terhadap diri. Kita akui kita berkerja dan bekerja demi deen ini semampunya namun masih kita terasa kita jauh dari Allah.

Biah dan suasana ‘ hudhurul qalb ‘ tidak menyertai amal amal solih kita. Kita semakin kalut dengan kehidupan harian yang sibuk tanpa ruh!

Dakwah tanpa ruh!

Membina tanpa ruh!

Rasa kurang manisnya.

Sering kita bermuhasabah tentang diri.

Dimana silapnya?

Dimana kurangnya?

Tidak ikhlaskah kita?

Itulah jiwa yang sering menanyai diri kita sehingga kita amat moody dan terasa tiada kelazatannya kehidupan harian ini. Read more of this post

sambungan ….saat ilmu ku turunkan

Akhi/ukhti fillah

Antara perkara pokok yang perlu diberi perhatian sebagai seorang naqib adalah perhubungan dengan a’dha a’dhanya. Kerana seorang naqib yang berkualiti adalah yang senantiasa bermu’ayasyah  dengan a’dhanya. Jangan sekat mereka untuk berbincang dan banyak protokolnya walau dari hal yang remeh temeh sehingga keperkara yang besar termasuklah soal soal peribadi kerana naqib juga adalah seorang ayah bagi anak binaanya.

Disamping itu tugas naqib terhadap dirinya juga penting dari hal menuntut ilmu kerana kalau ilmu tidak bertambah sukar untuk naqib menyalurkan ilmu  dan mendidik para a’dhanya  dalam maudhuk agama maupun fikrah dan ini boleh mengikis penghormatan a’dhanya terhadap dirinya kerana mereka sebenarnya bergantung penuh terhadap kemampuan naqibnya. Read more of this post

saat ilmu ku turunkan

Bolehkah aku jadi naqib?

Itulah persoalan bila kita dah lama dalam tarbiyah!

Terkadang bila dah lama dalam tarbiyah pastinya kita akan diminta untuk memegang masuliyah ini. Mungkin Jamaah melihat kita dah mampu untuk memimpin. Apatah lagi kita amat kekurangan pimpinan pimpinan usrah untuk membina anak binaan yang semakin berkembang.

Namun ada implikasi negatif disebalik pemilihan itu jika yang dipilih masih belum matang untuk membina. Dan ini akan merencatkan pentarbiyahan sekaligus tidak dapat mengapai misi jamaah untuk melahirkan nuqaba’ seterusnya.

Justeru itu setiap individu yang terlibat dengan jamaah awal awal lagi harus meletakkan cita cita untuk menjadi naqib supaya dapat menyambung tugas tugas tarbiyah dan dakwah ini. Cita cita ini haruslah dicetuskan dengan hati ikhlas demi cinta kita kepada Allah dan demi keberlansungan dakawah ini kerana sekiranya kita punya cita cita, sudah pasti kita akan membuat persiapan dan serius dalam menghayati tarbiyah didalam usrah dan menimba ilmu dan pengalaman yang diberi. Read more of this post