saat ilmu ku turunkan


Bolehkah aku jadi naqib?

Itulah persoalan bila kita dah lama dalam tarbiyah!

Terkadang bila dah lama dalam tarbiyah pastinya kita akan diminta untuk memegang masuliyah ini. Mungkin Jamaah melihat kita dah mampu untuk memimpin. Apatah lagi kita amat kekurangan pimpinan pimpinan usrah untuk membina anak binaan yang semakin berkembang.

Namun ada implikasi negatif disebalik pemilihan itu jika yang dipilih masih belum matang untuk membina. Dan ini akan merencatkan pentarbiyahan sekaligus tidak dapat mengapai misi jamaah untuk melahirkan nuqaba’ seterusnya.

Justeru itu setiap individu yang terlibat dengan jamaah awal awal lagi harus meletakkan cita cita untuk menjadi naqib supaya dapat menyambung tugas tugas tarbiyah dan dakwah ini. Cita cita ini haruslah dicetuskan dengan hati ikhlas demi cinta kita kepada Allah dan demi keberlansungan dakawah ini kerana sekiranya kita punya cita cita, sudah pasti kita akan membuat persiapan dan serius dalam menghayati tarbiyah didalam usrah dan menimba ilmu dan pengalaman yang diberi.

Kita harus menyedari, tugas naqib bukan hanya membuat pengisian atau  mengarah atau hanya mengelola usrah tapi adalah 100 kali lebih berat dari itu kerana

Naqib adalah stuktur dan bangunan bagi jamaah atau ibarat jantung yang sentiasa berdenyut untuk menyambung al-hayah ( kehidupan ) bagi sesebuah jamaah. Juga sebagai pencetus hayawiyah ( spirit ).

Naqib juga memain peranan sebagai munaffidz ( pelaksana) asasi bagi berbagai proses tarbawi tanzimi dan idari.

Juga kena ingat naqib adalah penyambung lidah atau taujih qiyadi ( pengarahan pemimpin ) dan amal tanfidzi ( pelaksana ) dan naqib juga adalah ibarat sungai yang menghubungkan kelaut yakni menghubungkan antara a’dha dan qiyadah sehingga berbagai awamir ( instruction )  dan taujihat ( pengarahan ) disampaikan dan berbagai iqtirahat dari a’dha tersampai kepada qiyadah.

Atau boleh kita katakan bahawa Naqib adalah titik ordinat yang menyambung antara qiyadah dan a’dha dan a’dha kepada qiyadah dalam melaksanakan pengurusan jamaah!

Susahkan tugas naqib? Beratkan?

Memang susah dan berat kerana tanpa kefahaman dan ilmu ini sudah pasti sukar untuk kita memuntij kan sesebuah halaqah itu! Dan barulah disini kita nampak peranan kita sebagai seorang naqib teramat besar kerana dialah yang menentukan sukses atau tidaknya halakah itu.

Sebab itu didalam jamaah berbagai warna halaqah itu bergerak. Ada yang cepat dan lambat! Bukan disebabkan perkara lain tapi adalah disebabkan oleh naqib itu sendiri.

Hanya naqib yang ber kredibliti tinggi saja yang mampu mencecah dan memacu peranan ini!

Sebab itu kita harus sentiasa melihat kriteria diri kita walaupun kita dah lama menjadi naqib atau naqibah. Dan bagi yang belum, masih harus terus mengutip pengalaman dari yang lama untuk mencapi ISO ini agar usrah kita menjadi usrah yang muntijah!

Akhi/Ukhti muslim yang dikasihi …

Kita bukanlah terlalu ideal dalam perkara ini tapi sebagai seorang da’ie kita harus terus mencuba memperbaiki diri kita supaya apa yang kita buat ini dapat memberi impak besar dalam melahirkan naqib atau murabbi yang dapat menjadi pelapis bila kita telah tiada lagi dimuka dunia ini.

Rasanya sedikit ingin aku beri panduan yang walaupun antum tahu akan peranan ini jadikanlah ianya sebagai murajaah kita dan pengulangan ini rasanya penting untuk kita check kembali kemampuan kita.

Perkara penting yang harus diperhatikan oleh naqib adalah

  1. Memahami konsep usrah dan perlaksanaannya
  2. Memahami tasawwur Islam dan gerakan
  3. Ikhlas dalam amal
  4. Iman yang mendalam
  5. memahami struktur jamaah
  6. mengeratkan jalinan ukuhuwah
  7. Memeperbanyakan amalan Fardhi
  8. Qudwah
  9. Bijak bergaul

Dan rasanya point point ini memerlukan penerangan selanjutnya dan insyaalah aku akan cuba mengupasnya sekiranya diizinkan agar kita terus dapat berkongsi dalam memertabatkan islam dibumi ini insyaalah.

Sesungguhnya artikel ini adalah khusus  untuk adik yang bertanya kepada ku tentang bagaimana untuk mengelola usrah dan inilah saja yang mampu aku sampaikan dan mungkin boleh bertanya kepada yang lebih arif dari ku yang ilmu yang teramat cetek ini.

Tolong komen kalau ada salah dan silap insyaalah

Alfakir illalah

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa.


One response to “saat ilmu ku turunkan

  1. Pingback: dalam dakapan tarbiyah « kembara cinta ku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: