Andai waktu itu boleh diputar


Aku tak tahu kenapa akhir akhir ini aku selalu saja berfikir tentang maut. Tentang kedatangannya sehingga ianya bergayut dalam jantung hati ku.

Aku dapat rasakan betapa maut memandang  dan menjelingku disetiap sudut sehingga dapat ku rasakan kehadirannya dibelakang ku. Membayang bayang melintasi pandanganku.

Memang mengingati mati amat digalakan kerana  itulah satu satunya jalan untuk kita memutuskan kecintaan keterlaluan terhadap dunia ini.

Mungkin dulu aku takut pada maut kerana psikology ku telah dipengaruhi dan ditakut takutkan oleh orang orang tua terdahulu untuk mengelakan aku dari melakukan maksiat dan supaya tidak meninggalkan solat tapi setelah mengenali fikrah yang kaffah dan perjuangan ini baru aku mengerti bahawa pandangan itu sebenarnya tidak menepati bagi seorang pejuang deen ini.

Memang dulu terbayang dibenak pemikiranku betapa maut ini sesuatu yang menakutkan yang akan mencarik barik kan nyawaku yang terlekat dalam postur tubuhku yang lemah ini. Apa lagi nyawa yang telah kusumbat dan kuplaster dengan kebendaan dan kecintaan dunia ini membuatkan aku semakin takut akan mati dan  ingin menjauhkannya sejauh jauhnya.

Justeru setelah aku mengenali jalan dakwah ini, wajah maut itu membuihkan kerinduanku. Kerinduan untuk bertemu dengan Tuhanku dan menyakinkan aku bahawa kematian bukanlah sesuatu yang harus ditakutkan sekiranya  kita menggunakan segala kehidupan ini untuk dakwah dan perjuangan Islam.

Bukan kerana aku terlalu yakin dengan usahaku selama ini untuk masuk syurga Allah, kerana bukan mudah untuk mengapainya sedangkan dosa dosa lalu ku masih terawang awang lagi dan belum pasti diampunkan tapi  apabila membaca kisah kisah mereka yang berada diatas jalan dakwah ini dan setelah aku  menyusuri  sedikit dari jalan jalan mereka kini  serta menghayati  ruh perjuangan dan cara pemikiran mereka, cara pandang ku terhadap maut telah berubah! Aku semakin berani menghadapi kematian dan semakin ingin bersungguh menghadapi kehidupan ini.

Disini baru aku dapat menilai bahawa maut ini adalah perkara kecil dan tidaklah mengerikan bagi orang yang melalui jalan Allah ini seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan manusia awam!

Aku termotivasi.

Kini maut yang amat ku takuti dulu, membuatkan aku amat menghargai hidup ini.

Hidup yang penuh keagungan yang diberi oleh yang Maha Hidup!

Andai ku bandingkan dengan hidup ini terbukti maut adalah perkara kecil saja bagi sebuah kehidupan yang dilalui oleh sekelian makhluk.

Proses maut adalah proses biasa.

Proses yang dilalui oleh setiap kehidupan. Binatang. Tumbuh tumbuhan dan perbagai yang bernyawa.

Maut datang mencari sasarannya. Dan mensasarkan bila tiba janjinya.

Mengigit. Mengunyah dan melumatkan kita kemudian berlalu mencari sasaran yang lain.

Hanya nama saja yang membezakan tubuh yang mati itu.

Jasad haiwan ditinggal bernama bangkai. Jasad kita ditinggal bernama mayat untuk membedakan kemuliaannya.

Dari ilmu ruhiyah ini dapat aku simpulkan bahawa kita pastinya  akan terlolong kesakitan bila digapai maut, tetapi secepatnya juga akan sembuh dari lolongan kesakitan dan keperitan itu dan berganti dengan halwa kemanisan dan kelazatan.

Dan ada yang terlolong kesakitan dan belum sempat kesakitan itu sembuh, ditimpa dan ditempa dengan kesakitan lagi apabila ditemukan dengan tempat asal kita.

Begitulah maut yang senantiasa membeza bezakan cara penarikan nyawa mangsanya mengikut iman dan takwa mereka dikehidupan ini!

Maut terus bergentayangan menjalankan tugasnya. Mesasarkan sasaranya.

Yang muda dan yang tua.

Yang berjuang dan yang futur dijalan ini ….

Matahari terus terbit dan tenggelam. Bumi terus memainkan tugasnya. Mengitari mentari  …..

Yang mati tinggal kenangan.

Yang hidup akan terus hidup mengikut kefahaman masing masing!

Bila aku melewati karya karya Sayyid qutb dalam zilalnya tentang hidup ini, barulah aku dapat rasai getaran hidup sebagai pendakawah ini betapa aku harus korbankan kehidupan ini untuk orang lain!

Pada saat saat kita hidup untuk diri sendiri semata, nampaklah hidup ini cukup pendek dan sempit.

Bermula dari kita mulai dewasa dan berakhir dengan tamatnya umur kita yang tidak panjang ini.

Pada waktu kita hidup untuk orang lain, yakni hidup untuk melaksanakan sebuah konsep dan fikrah, barulah kita nampak panjang dan bererti. Bermula dari sejak manusia dan kemanusiaan itu bermula, dan membentang hingga masa setelah kita sendiri meninggalkan bumi ini.

Saat ini. Waktu ini. Mungkin kamu sedang membaca karyaku. Karya dari jiwaku yang teramat sunyi dikejauhan malam ini. Saat ditika aku bertahannuts dihadapan Tuhan ku.

Mungkin kamu saat ini sedang tertawa. Sedang bersantai. Sedang menelaah buku buku untuk menghadapi peperiksaan dunia  yang menjanjikan kehidupan mendatang yang penuh senyuman. Atau kamu sedang memikirkan hari esok dengan ombak cita cita yang besar untuk untuk memeriahkan bumi ini namun aku tika ini sedang menghitung benih benih kejahatan yang telah kutanam dahulu. Aku benar benar menyesali sesesal sesalnya dan sedalam dalamnya.

Andai waktu itu boleh kuputar tidak akan kubiarkan kejahatan itu terus menguap. menidurkan aku dengan mimpi  mimpi palsu sehingga masa masa remajaku banyak ku habiskan menderhakai Tuhanku.

Sebab itu aku menulis kerana aku ingin risalah dari pengalaman ku ini sampai dibahagian sudut hatimu supaya kejahatan yang pernah kutanam tidak kamu bajai  lagi.

Cukuplah!

Selanjutnya kamu semua harus melalui jalan ini. Jalan dakwah ini tanpa terbata bata lagi dengan kesibukan kesibukan dunia yang tidak akan pernah habis ni.

Tanamkanlah benih benih jiddiyah dan mahabbah kepada deen ini agar ianya tumbuh berkembang didalam hatimu. Dimana saja bumi yang kamu pijak itu agar berbuah keluhuran dan kebaikan dalamnya untuk kamu pacu dakwah ini merentas benua negara mana yang kamu bermukim.

Betapa banyak kamu akan rasai ketenangan, kesenangan dan kebahagiaan akan melimpah dalam ruhanimu nanti, tatkala kamu laksanakan masuliyah ini sehingga kamu akan dapat rasai resapan ruhiyah itu melingkari urat urat darahmu didalam perjalanan ini jika kamu ingin menjejak jalan Nabimu.

Temanku,

Jangan kamu rasa fade-up dan lemah semangat apa lagi nak berhenti dari jalan dakwah ini dan hidup menyendiri dengan dunia mu sendiri.

Jangan kamu sia siakan tarbiyah yang pernah kamu lalui sedangkan kamu seorang pemimpin  dan tahu akan tabiat jalan ini. Yang dikelilingi ujian yang terkadang menggigit jiwa!

Hanya orang kecil sahaja yang berfikiran seperti itu sedangkan kamu adalah orang besar yang punya cita cita besar seperti aku yang ingin menyeberangi dunia ini ke akhirat yang abadi!

Tidak kah kamu ingin bersamaku?

Mengkhatamkan cerita kita dalam sebuah cita cita?

Menyulam cinta kita menuju syurgaNya?

Muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

2 responses to “Andai waktu itu boleh diputar

  1. muharrikdaie May 10, 2010 at 7:25 am

    Salam syeikh Abdullah.

    Terima kasih kerana sering berziarah ke sini dan memberi komen yang panjang cuma terkadang saya tak dapat nak tangkap apa yang cuba akh sampaikan. Rasanya anta perlu ada blog sendiri supaya kita dapat share minda anta yang penuh dengan ilham yang baik itu insyaalah.

    Jangan lupa berkunjung lagi.

    Jazakallah jaza’

  2. abdullah bin ali April 28, 2010 at 12:12 am

    Salam buat semua pejuang-pejuang kebenaran. Berjuanglah sungguh-sungguh untuk melintangi segala hawa nafsu amarah yang sentiasa menghiris. Selama mana roh bersekutu dengan jasad, tagihlah harapan sungguh-sungguh untuk Allah dan Rasul. Curahlah segala jiwa raga untuk jalan mulia ini. Benarlah sabda Nabi s.a.w. : “Mati lah kamu sebelum kamu dimatikan’.

    Ramai manusia kecundang kerana berada pada zon selesa kehidupan. Sejahtera disebalik keasyikan tipu daya dunia yang penuh kebendaan. Lazat, hebat, masyhor, sanjungan, pangkat, gelaran dan habuan isi dunia. Lupa pada mati yang datang pada satu saat. Samada ketika nafas yang dikeluarkan tidak boleh masuk atau oksigen yang disedut tidak boleh dikeluarkan lagi.

    Saat kemanisan hidup ini tidak pernah dikecapi, melain sentiasa keluh kesah mengejar sesuatu yang tiada. Habis usia dibakar dengan hitungan lanjutnya usia. Walhal umur yang diberi adalah untuk hidup bukan untuk mati. Mati itu sendiri akan memberi jawapan bahawa tiada kematian melainkan adalah suatu penghidupan yang hakiki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: