cinta tak kesampaian


Bukan senang mencari cinta.

Apa lagi untuk menyulamnya.

Terkadang ia terkandas . Hingga cita cita menjadi abu. Jiwa menjadi arang. Malah adakalanya mengunggah iman. Mencacatkan tawakkal. Melemahkan amalan.

Kadang kita pelik, kenapa cinta kita dipermainkan. Diperbudakan. Dipersendakan setelah terbinanya hati ini. Terbinanya cita cita ini. Namun tatkala bangunan cinta itu hampir siap untuk diisi dengan keindahan. Ianya diletupkan tanpa belas kasihan. Tanpa wasiat dan pesanan. Tersungkurlah bangunan cinta itu menjadi serbuk penderitaan …

Apakah ianya suatu ‘ takdir ‘ yang telah ditetapkan atau sekadar ‘ alasan ‘ untuk menutup kezaliman!

Hingga akhirnya cinta yang dibina tahun ketahun tidak kesampaian!

Begitulah tamsilnya kehidupan ‘ takwa’ yang kita cari diramadhan ini.

Sukar diraih tanpa kesetiaan.

Kerana ia diliputi duri-duri jalan.

Duri-duri ketamakan dan cita cita keduniaan.

Duri-duri ketakutan dan kecemasan.

Duri-duri ketakutan dan kemudaratan.

Bagaimana untuk menyulamnya dengan amal amal soleh jika hati kita penuh dengan kegelapan sepertimana kegelapan yang dilalui oleh Nabi Yunus. Dengan kegelapan malam. Kegelapan laut dan kegelapan didalam perut ikan!

Memang ‘takwa’ tidak akan bermukim didalam kegelapan!

Dan takwa juga akan terkandas bila hati tidak sensitif. Perasaan yang tidak jernih dan ketakutan yang tidak terus menerus dengan Allah.

Itulah dia pengaruh takwa yang sukar untuk digapai kerana takwa adalah sumber akhlak yang mulia dan satu-satunya jalan dalam memberantas kerusakan, kejahatan dan kemaksiatan. Malah takwa adalah akar dalam pembentukan jiwa dan akhlak seorang untuk menghadapi suka duka kehidupan, membedakan yang baik dan yang buruk dan sabar dalam menerima cobaan dan musibah.

Namun , jalan untuk mencapai tidaklah mudah. Ada wasail yang harus dikerjakan untuk mengapainya!

Akh …

aku menceritakan takwa kerana kita sering lalai mengejarnya. Terkadang lupa. Terkadang kita malas untuk bermujahadah.

Ini terbukti apabila aku menyusun program program Ramadhan untuk kamu semua tapi amat dingin sambutannya …

Aku tidak tahu kenapa? Apakah puasa melemahkan kamu? Apakah lapar dan dahaga itu cukup untuk menghidupkan ruh kamu yang kontang bagai padang ‘high chapparal’ itu!

Kenapa begini? Seharusnya ramadhan inilah sepatutnya ‘ jiwa’ kamu menjadi besar. Apalagi tarbiyah tarbiyah yang telah kita lalui itu menjuruskan kita untuk membesarkan jiwa. Namun sikap kita menunjukan sebaliknya!

Tidakkah kamu ingat sejarah ‘Ahzab’?

Waktu yang amat perit dialami oleh tentera tentera islam waktu itu.

Mereka bukan sahaja lapar malah terkepung dalam kedinginan yang mencekam dan kematian yang bisa datang tiba tiba!

Tidaklah sesenang kamu yang hanya sedikit lapar dan dikepung oleh traffic jamn yang menggila!

Namun mereka tetap bersemangat. Obses dengan kemenangan dan janji murabbi mereka Muhamad SAW serta janji Allah dan pertolongan Allah hingga akhirnya mereka berjaya dengan ujian iman itu. Berjaya dalam mencapai status takwa mereka.

Tidakkah ianya menjadi pelajaran bagi kita untuk membesarkan jiwa dan membakar ‘hamasah’ kita untuk meraih maqam takwa itu?

Akh,

kita masih berkesempatan lagi menggunakan Ramadhan ini untuk meraih pertolongan Allah mencari takwa.

Lupakanlah dunia yang berwarna ini sebentar. Lupakanlah persiapan persiapan Raya dan persiapan persiapan lainnya yang tidak boleh membuahkan takwa.

Cukuplah akh! Cukuplah!

Biarkanlah dunia ini terus berpusing dan berpusing dalam ketaatannya  terhadap perintah Allah!

Dan marilah kita terus berpegang teguh dengan prinsip dan sikap kita untuk mencari dan menjana iman dan mencari redhaNya kerana tanpa usaha yang berterusan pasti cinta kita tak kesampaian ….

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

About these ads

7 responses to “cinta tak kesampaian

  1. fadzilah mohd adnan September 1, 2010 at 12:44 am

    syukran atas artikel yang menggerakkan minda..smg terus diberi kekuatan utk menulis,ameen..

  2. sunevening August 26, 2010 at 11:10 am

    saudaraku…saya mau nanya.apakah orang Malaysia itu benci Indonesia….?
    in my country, especially from our newspaper said that Malaysian People hated Indonesia, even taxi driver said to Indonesia as stupid men…
    why…..?
    why….you do like this to our country….?
    doyou hate us, Indonesia…?
    what makes you Hate Us..?

    • muharrikdaie August 26, 2010 at 1:37 pm

      Akhi sunevening yang dikasihi~ Salam dari ku.
      Rasanya soalan kamu ini terlalu emosi dan rasanya sebagai seorang mukmin aku tidak perlu menjawab soalan itu kerana Allah telah berfirman ” Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”.

      Bila Allah telah mengarahkan kita bersaudara, bisakah aku dan orang malaysia yang beriman memusuhi orang indonesia yang beriman? Tentu tidak bukan? Kerana kita saling beriman dan semestinya bila beriman kita bersaudara!

      Nasihat aku pada kamu …jangan didengari propanganda Newspaper itu kerana ianya agenda Yahudi yang disekeliling kita untuk mengeruhkan perhubungan baik antara Indonesia dan Malaysia kerana jika kita saling menyayangi susah bagi mereka untuk menguasai kita.

      Lihatlah siapa jiran disekeliling kita? Singapore ( Little Israel ) telah beberapa cuba untuk mengeruhkan keadaan. Siapa Thailand? Yang juga cuba untuk melumpuhkan perhubungan kita kerana malaysia membantu umat islam patanni.

      Dalaman negara kita pun sama….musuh kita dimana mana.

      Sebagai mukmin kita harus bijak menangani apa pun isu dengan bersandarkan kitabullah dan kefahaman kita tentang politik orang orang kafir.

      Kamu harus cool. Isu yang ditimbulkan baru baru ini hanyalah isu ‘ enforcement’ diperairan kita dan telah pun diselesaikan namun musuh kita diindonesialah yang telah mengapi apikan isu ini hingga membawa kepada demonstrasi yang jijik itu yang sepatutnya tidak berlaku.

      Untuk pengetahuan kamu …Rakyat indonesia disni enggak apa apa. Mereka hidup seperti biasa. Kami berbuka dimasjid bersama sama dan tidak apa apa yang berlaku!

      Bijaklah dalam menangani isu ini dan jangan hanya bersandarkan pada pengkhabaran dari newspaper saja …

      Wallahuaklam. Mudah2an penerangan ini menjelaskan persoalan kamu.

      • sunevening August 30, 2010 at 12:11 am

        astaghfirullah..afwan akhi. saya just want to recheck dan tabayun saja, pengen tau opini saudara2 malaysia tentang Indonesia. yup, mungkin ini memang ulah Intelijen sebangsa Mosad Israel. syukran atas hubungan baik dengan saudara kami di malaysia, salam saja buat teman2 di sana.

        salam’alaykumm………

  3. nor August 25, 2010 at 2:14 pm

    dapat merasa apa yang cuba disampaikan…
    2 cerita yang disatukan menyulam keinsafan pada mereka yang mengejar taqwa…

  4. kembaracintaku August 25, 2010 at 4:40 am

    alhamdulillah….muhasabah dipertengahan Ramadhan… kualiti tiap buah amal kita agar menjadi yang paling tinggi disisNya… insan bertaqwa!

    teruskan mujahadah meraih syurgaNya..Allahuakhbar!

    teruskan menulis ya muharrik!

  5. junaidiahmad August 25, 2010 at 12:57 am

    akhi..
    mari. mari kita sama2 mengejar taqwa itu. mari. bukan bulan Ramadhan sahaja, bahka setiap waktu.

    syukran atas artikel ni. Motivasi buatku kala pagi ni.

    Allahuakbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 167 other followers

%d bloggers like this: