jika benar hati yang menulis …


Terkadang menulis ini boleh menimbulkan rasa takut. Takut tulisan itu membawa padah jika tidak diamalkan!

Itulah bahayanya. Tapi mahu tidak mahu kita kena menulis dan mengingatkan manusia. Selebihnya kita kena minta pertolongan Allah dalam meluruskan niat dan memperoleh kekuatan.

Sebagai duat memang kita perlukan pakage kekuatan!

Kekuatan semangat, kesungguhan, fizikal dan yang paling aula’ adalah kekuatan ruhiyah yang didasari oleh iman kerana ruhiyah inilah puncak kekuatan yang menjadi pemacu untuk menolak fizikal ini untuk beramal. Inilah yang kurangnya pada sang duat.

Apa lagi bagi tukang tulis seperti aku ini. Ya Allah bantu aku.

Menulis tentang dakwah bukanlah perkara main main atau suka suka atau mengisi masa tapi adalah satu tanggungjawab!

Kiranya menulis ini adalah suatu kelebihan yang Allah berikan pada kita, maka tanggungjawab kita adalah kena menulis kerana ini adalah nikmat! Nikmat yang akan dipersoalkan.

Tulislah tentang apa saja yang boleh memberi menfaat pada ummah ini asalkan tidak bercanggah dengan iman dan syariatnya kerana tulisan kita adalah untuk mendidik manusia untuk ubudiyah kepada Allah.

Disamping itu, kita juga tertanggungjawab diatas apa yang kita tuliskan untuk diri kita mengamalkannya supaya tidak dimurkai oleh Allah Rabbuljalil.

Justeru itu ulama’ terdahulu tidak akan menulis sesuatu yang mereka tidak amalkan. Atau masih belum bersedia dan mampu untuk mereka amalkan!

Umar juga tidak akan mengalih hafalan AlQuran itu kecuali beliau telah mengamalkan apa yang telah beliau hafalkan.

Itulah peribadi dan prinsip pejuang dakwah terdahulu kerana mereka amat takut dengan Allah. Mereka ngeri dengan amaran Allah …

Hai orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat! ~ Ash~ Shaf 2&3

Ada orang kata, kita kena menulis dengan hati. Barulah akan masuk kehati.

Betul ke ni?

Memang!

Memang ada benarnya teori itu kerana hubungan hati ini adalah hubungan yang sukar untuk kita tafsirkan kerana dari hatilah akan keluar keikhlasan yang akan diterjemah melalui bahasa sehingga terbitlah keindahan cerminan dari hati itu yang boleh membelai dan membuai perasaan pembacanya seandainya kita pandai melagu dan mendodoikannya serta mengadunkannya sebaik mungkin sehingga ada pembaca yang tertarik dan terpana serta terjatuh hati pada tulisannya.

Namun tidak semestinya sesebuah karya dari hati penulis itu boleh mengesankan pembacanya, jika  karya itu tidak diamalkan oleh penulisnya. Kerana ruh sebuah karya itu adalah terletak pada amalan penulisnya!

Jika tidak, karya itu hanya akan tinggal sebagai sebuah karya sahaja yang hanya boleh dijadikan sebagai bahan seni,  yang  indah untuk didendangkan kerana ruh penulisan bukan pada bahasa tapi  adalah pada amalan sipenulisnya! Faham ke ni?

Kiranya begitu, apakah sipenulis yang tidak beramal dengan tulisan itu gagal dalam tulisannya?

Sebenarnya seseorang penulis yang ikhlas itu harus menulis atas dasar ubudiyah dan atas dasar takwa. Kerana kedua elemen inilah arus kekuatan yang akan mengalir kedalam minda pembaca seterusnya kehati mereka sehingga boleh menolak mereka untuk membina iman dan beramal!

Begitulah kuatnya bahasa amal yang boleh memancarkan sinaran kepada manusia lain sekalipun dengan tulisan tulisan.

Kenapa ya, saya menulis pasal penulisan dan hati?

Kerana akhir akhir ini saya amat berhati hati untuk menulis kerana takut tulisan saya didasari emosi yang tak terkawal! Mekipun saya rasa tidak begitu!

Saya takut hati saya cenderung mencari kesalahan orang lain meskipun terkadang niat saya menulis itu untuk ibrah dan muhasabah kearah kebaikan dan untuk mencantumkan hati hati yang retak tapi saya takut dalam niat yang suci itu terkadang boleh tersentuh hati hati yang sensitif hingga boleh terluka dan timbul prasangka yang negatif!

Bagi saya persoalan hati manusia adalah persoalan yang penuh misteri.

Hati ini terlalu dalam ruangnya, sehingga ianya bagai samudera lepas.

Amat sedikit sekali manusia dapat menyelami samudera hati. Sebab itu didalam usrah dan halaqah kita, kita amat tekankan hubungan hati kerana muamalah kita dalam gerakan dakwah ini terkait dengan tambatan hati.

Kalaulah tidak kita ikatkan dengan ukuhuwah, pastinya hati ini akan bertambah tambah liar dan menambahkan kekusutan saf saf kita.

Kita tidak mahu hati kita penuh kebencian dalam ketaatan. Kerana hati begini adalah hati yang berpenyakit. Hati yang telah tersumbat!

Isilah banyak mana pun dengan tarbiyah dan fikrah didalam hati yang tersumbat itu namun ia tetap juga malas untuk beramal dan berjuang.

Ia tetap akan mengabaikan tanggungjawab tanggungjawabnya.

Mengabaikan arahan arahan mas’ulnya. Malah adakalanya menentang dan bermujadalah!

Tidak semestinya seseorang yang berada dalam saf kita ini dan ditengah tengah kita ini, hatinya bersama kita! Memang pada zahirnya ” kita tidur bersamanya satu bantal, tapi mimpi kita lain lain’. Begitulah tamsilnya kita dalam satu jamaah ini.

Dia kehilangan ‘humum’ ( gejolak batin ) bersama kita. Batin kita bersungguh berjuang tapi batinnya terawang awang.

Inilah yang disebut …

Kam fina walaisa minna wakam minna walaisa fina ~ Berapa banyak orang ada ditengah kita, tetapi bukan dikelompok kita dan berapa banyak orang yang tercatat bahagian dari kita tetapi tak ada ditengah kita.

….kerana hati yang terpecah inilah yang membuatkan kita tidak ada kebersamaan menanggung beban dakwah dan jalan panjang perjuangan ini!

Justeru itu seperti biasa kita harus sentiasa berdoa dan berdoa didalam rabithah kita tanpa hentinya untuk merajut hati yang retak dan melancarkan segala sumbatan sumbatannya supaya hati kita yang kering dan tandus ini menjadi basah dan subur.

Buat adik adik yang dimuliakan Allah,

Sebagai orang beriman dan duat dijalan ini. Mari kita menata langkah hidup kita agar ‘hasasiyah’ ( kepekaan ) kita terhadap hati dan iman ini terasah. Agar tujuan akhir kita terpelihara dan godaan serta ujian ditengah jalan bisa ditepis. Seperti kata Syeikhul tarbiyah

Jangan lihat hidup dari fenomena fenomena, lihatlah dari hakikat.Kecuali keresahan hati dan kekakuan sikap yang tidak pandai kamu cairkan, selebihnya adalah senandung nasib yang kamu boleh rintihkan bagi zaman sesudahmu atau jadikan itu satu khazanah doa yang akan kau panen dihari esok

~ Pak Rahmat

Buat diriku yang selalu lupa dan lemah ini juga buat renungan kita semua. Dalam kita beraktiviti, berusrah dan sebagainya, jangan kita lupa untuk menghidupkan suasana ruhiyah. Memang tidak dinafikan program program lain juga merupakan kerohanian tapi membina jiwa secara infardhi ini adalah penting untuk kekuatan kita. Beruzlah lah dan carilah waktu waktu tertentu kerana kita saja yang tahu akan kelemahan dan naifnya kita akan jiwa kita sendiri.

Marilah kita tanamkan quwawatul ‘azmi wal iradah ( kekuatan tekad dan kemahuan ) didalam dakwah dan tarbiyah ini sehingga hambatan dan tentangan sebesar manapun dijalan dakwah ini dapat kita pandang dengan pandangan positif dan mampu diatasi dengan kekuatan tekad dan ruhiyah yang tinggi agar didalam jiwa kita tumbuh akar akar militansi yang akan menjalar dan menguatkan daya juang kita.

Muga sentuhan kuat tarbiyah yang kita lalui hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan dan seterus …akan bertambah mematangkan kita berkubang dikubang ujian yang tak pernah jernih dari lumpur sehinggalah kita bertemu dengan Allah Azzawajalla!

Sentiasa merindui kamu semua dijalan ini ….

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

2 responses to “jika benar hati yang menulis …

  1. muharrikdaie June 11, 2010 at 12:16 am

    Ya cik alif. saya selalu confuse kerana blog awak banyak sangat. Kalau tak silap ada 4. heheh.
    camaner awak menulis ya.

    Insyaallah saya sebenarnya membakar semangat saya sebab tu saya menulis. tolong nasihatkan saya selalu dalam apa pun perkara semata untuk perbaiki diri yang naif ini …

    jazakalah jaza’

  2. growingyourthought June 9, 2010 at 1:14 pm

    Insyaallah! jazakallah untuk peringatan bersama. teruskan membakar hammasah kami.

    peliharalah hubungan dengan Allah sentiasa, dengan izinNya usaha kita mengetuk, menghalusi, membersih hatta menggerakan jiwa-jiwa manusia ini sentiasa dalam redhaNya.

    yakin!

    wallahualam!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: