Apakah yang kurasakan kini …


Salam buat semua….

Semua yang masih setia diblog ini.

Blog yang ingin ku bina didalamnya  jiwa dan ruh ubudiyah, agar ianya kukuh berada didalam ketulusan dan keikhlasan …

Muga ketulusan aku menulis dari hatiku yang kudus ini dimuatkan pula oleh Allah al-hubb dalam hati kamu semua disini, supaya dengan al-hubb itu juga boleh mencetuskan pengembaraan ruhiyah kita hingga kita bertemu di penghujungnya ….Cinta kepada pencipta cinta, yang Maha cinta … Allah Rabuljalil.

Kamu tahukah apakah yang kurasakan kini?

Aku rasa seperti kamu masih ada lagi didunia aku. Menanti jawaban aku. Menanti sesuatu yang aku juga menanti …

Memang! Apa yang ku rasakan kini adalah seperti yang kurasakan dahulu.

Setahun setengah yang lalu. Yakni Kebahagiaan.

Kebahagiaan bila  mula mula kamu ingin mengenal aku dan aku mengenal kamu diblog ini dan dapat menitipkan sesuatu buat kamu …

Aku masih terasa lagi kehadiran kamu dan semangat kamu meskipun kamu telah membuang aku jauh jauh kedalam lapisan awan ….meski kamu telah mengoyakkan jiwaku dan mencampakkannya beterbangan!

Begitu juga sekarang ini …aku rasa seperti tidak ada apa apa yang berlaku …seperti aku menantikan saat untuk menyatakan sesuatu yang kamu tunggu …

” Cepat nya anta menulis. Kerap pulak tu. Senangkah menulis akh?” Tanya si Mujahid kebal ( nama pena ikhwah ini ) kepada ku.

Mungkin kamu tidak tahu. Setiap post yang kutulis, aku terpaksa mengambil masa empat jam untuk menyiapkannya!

Mula mula aku menulis apa yang terlintas difikiran aku. Kemudian aku baca. Ku tulis lagi. Kutambah lagi. Ku ulangi membacanya. Baru aku merujuk dari kitab kitab dan bahan bahan.

Aku garapkan dengan apa yang ku tulis. Aku edit. Membetulkan bahasa dan …membaca dan mengulangi.

Kini terhidang dihadapanmu.

Iqra’! bacalah!

Memang menjerakan.

Tapi apakan daya.

Itulah cara untuk aku menulis dan menjadikan tulisan aku sebahagian dari dorongan untuk aku beramal  apa yang ku tulis serta menjadi penghibur aku dalam menghadapi kehidupan ini.

Dan terkadang disinilah juga tempat aku meluahkan sisa sisa emosi yang tidak terkawal …

Alhamdulilah …

Kenapa aku cerita tentang menulis?

Kerana ramai yang tanya pada aku bagaimana untuk menulis dengan baik.

Entahlah aku pun tak tahu cara yang terbaik kerana aku bukan penulis best seller dan aku  pun masih belajar …

Jujurnya aku memang tak pandai menulis cumanya aku rajin menulis. Itu saja resepinya. Kesan ke tak berkesan ke dihati manusia yang membacanya, itu perkara kedua! Bagi aku, yang penting himmah aku untuk menulis!

Pernah aku pesan pada seorang sahabat kita di blognya tentang bagaimana untuk memulakan menulis …

Apa yang penting adalah kita cuba disiplin untuk menulis setiap hari. Tulislah. Resepi ke? Puisi ke? dan apa saja yang terlintas. Manipulasi pelbagai sumber untuk dapatkan idea kerana penulisan adalah seni. Idea dan kreativiti …

Untuk mengembangkan seni idea dan kreativiti ini kita harus gunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati, meneliti dan mengembangkannya mengikut kemahuan kita.

Gunakan emosi dan rasa kerana permainan bahasa mencetuskan rasa yang berkesan …

Hidupkan jalan cerita …

Berceritalah tentang apa yang ada disekeliling kita atau apa yang kita lalui sehari hari …

Jika ingin ceritakan tentang dakwah ..guna alam sekeliling sebagai bahan selain dari apa yang kita lalui …

Sebagai contoh, jika kamu memerhatikan pokok, apakah yang kamu boleh dapatkan dari pokok itu untuk kembangkannya jadi dakwah? Mungkin akarnya, pucuknya atau dahannya.

Jika kamu bercerita tentang ‘cinta’. Apakah yang boleh kamu ambil ibrah dari  pengertian cinta itu untuk di kembangkannya jadi dakwah?

Elaboratekan …cinta dakwah, cinta tarbiyah, ibu ayah, cinta pelajaran, cinta Allah.

Positifkan minda tentang kalimah cinta kerana kalimah cinta ini akan mudah menyerap jiwa dan melembutkan hati dan boleh menjadi tarikan sang manusia membacanya.

Disini kita boleh ‘menjaring manusia’ untuk membaca tulisan kita! Dan disitulah nanti boleh kita masukan nilai fkrah dan dakwah kita untuk menyedarkan mereka ….

Alihkan nya supaya menjadi gelombang perasaan dan boleh menjadikanya satu motivasi perubahan!

Begitulah seterusnya …

Namun syarat penting untuk menjadi penulis apa pun kamu kena rajin membaca.

Seperti kata A. Samad Said sasterawan negara,

Jika kamu ingin menulis, kamu kena membaca, membaca dan membaca barulah menulis ~ Pak Samad Said

Itulah teraju utamanya!

If you don’t have time to read, you dont have time ( or the tools ) to write. Simple as that ~ Stephen King

Penulisan perlu penceritaan untuk mengindahkannya dan memerlukan dialog untuk menarik minat pembaca dan melajukan bacaan.

Lihat sahaja bagaimana Allah mengindahkan Surah Yusuf dengan Dialog dan penceritaanNya?

Kalau kita lihat dari 111 ayat kesemuannya, 86% darinya adalah dialog. Dan hampir keseluruhannya adalah penceritaan. Indahkan? Sedapkan membacanya? Surah ini juga salah satu teknik untuk menulis!

Jadi, jangan menulis blog macam menulis rencana kerana membosankan dan boleh membuat pembaca ternganga tertidur di depan pc.

Pengunaan hadith dan alquran pun, gunakan terjemahan kerana orang tak kan baca matan ayat kerana mereka ingin baca dalam keadaan bersantai dan fast reading dan kita bukan menulis buku untuk dibaca tapi menulis untuk memberi kefahaman.

Kalau menulis sesuatu persoalan tentnag dakwah dan deen ini, concludekan jalan penyelesaian. Beri alternatif dan jangan buat hukuman …

Sekadar tu jer tips teori untuk menulis untuk kita share …

Cuma apa yang penting ialah nawaitu …hati kita …

Sesungguhnya letak kekuatan seorang mukmin itu adalah pada cinta dihatinya …

Apa apa sahaja yang ingin kita lakukan. Lakukan dengan cinta yang sepenuh hati dan perasaan.

Dan begitu juga dalam perjalanan kehidupan dijalan dakwah ini!  Kita perlukan keteguhan!

Bila hati teguh …makin membungalah cinta …bila membunga cinta, akan harumlah jasad!

Sebab hati itu adalah cerminan dari jasad kita …

Kiranya hati kita tidak suci, terserlah semua sifat buruk kita yang berbakul itu meskipun kita cuba untuk sembunyikannya!

Justeru itu tarbiyah melatih kita untuk membina hati dan akhlak serentak! Bukan hanya membina akhlak!

Kerana apa?

Kerana akhlak akan sirna bila hati mengalami sakitnya …

Berapa ramai yang kita lihat berlama dalam tarbiyah ini dan telah menghadamkan berpuluh puluh buku tarbiyah dan mengikuti pencerahan fikrah tapi mengabaikan pendidikan jiwa atau tarbiyah ruhiyah ini …akhirnya terlantar.

Terlantar …futur …gugur ….Itulah khatimahnya!

Buktinya …mereka mereka itu ada dihadapan kita!

Malah terkadang adalah mutarabbi kita sendiri.

Atau mungkin diri kita sendiri!

Kerana diri kita senantiasa beralasan didalam kehidupan dakwah ini …

Senantiasa mengeluh. Letih. Tak lalu. Penat. Sibuk dan berbagai lagi alasan apabila kita ingin mengerjakan pekerjaan akhirat!

Tetapi untuk kita lakukan pekerjaan dunia, meskipun menghadapi keadaan yang sama, boleh dan mampu pulak untuk kita lakukan!

Tak ke hipokritnya kita dengan Allah!

Kenapa ya?

Ini semua kerana hati.

Kerana himmah.

Kerana sesungguhnya himmah yang lemah itu timbul dari kehidupan hati yang lemah! Jika hati kita hidup sudah pasti himmah, kehendak dan cinta kita kuat dan tinggi!

Kita harus tahu bahawa kehendak dan cinta, akan  selalu mengikuti perasaan yang dikehendaki dan dicintai dan hati yang sehat dari segala penyakit menjadi dinding penghalang kehendaknya.

Kita harus belajar mendidik hati dan kita harus tahu bahawa yang dapat menguasai hati adalah pemiliknya sendiri. Kita harus ada himmah  untuk menjadikan hati kita itu sentiasa bercahaya….

Apa Ibnu Qayyim kata tentang himmah ini? Katanya,

Ketahuilah! Sesungguhnya seorang hamba mampu menempuh langkah-langkah perjalanan menuju Allah adalah tekad hati serta himmahnya . Bukan kerana tubuh badannya. Pada hakikatnya, takwa adalah takwanya hati, bukannya takwa pada anggota tubuh …

Tekad hati! Itulah himmah atau pun hasrat dan kemahuan!

Justeru ada waktu waktunya himmah kita lemah. Mungkin diakibatkan oleh lemahnya sensitiviti kita terhadap akhirat atau berbagai penyakit hati yang telah menghinggapi kita. Antaranya ialah kita suka mengambil sesuatu yang rendah sebagai penganti yang lebih baik ….

Kita mengambil dunia untuk dunia ….sedangkan orang yang punya himmah yang tinggi dia mengambil dunia untuk akhirat …

Hai orang yang tertipu

Siang harimu adalah lupa dan lalai

Dan malam harimu hanya ada tidur lelap

Kamu tentu akan hancur binasa

kerana kamu hanya memperjuangkan sesuatu …

yang juteru kelak akan kamu ingkari sendiri

Hidupmu didunia tak ubahnya laksana binatang

Kamu suka hal hal yang fana’

dan bergelimang dalam angan angan hampa

Sama seperti orang tertidur

yang dibuai oleh nikmat mimpi mimpi …

~ Penyair sufi

Begitulah hidup kita didunia ini dan apa yang kurasakan kini adalah ketakutan …

Ketakutan kerana masih tidak mampu menerjah jalan iman yang penuh dengan susah payah ini ….

Memang kita semua bercita cita syurga. Menyebut syurga dan menyintai syurga!

Tapi itu semua adalah lafaz lafaz saja …betulkan?

Mungkin itu realitinya kita tidak sanggup menderita sedangkan peribahasa islam menyebutkan,

Orang yang ingin kesenangan, ialah harus meninggalkan kesenangan

Sebab orang melihat kesenangan besar diakhirat nanti adalah mereka yang berani melalui jembatan derita!

Apakah kita telah lalui jembatan derita itu? Atau bersedia melaluinya?

Marilah kita terus mendaki dan mendaki dengan segenap usaha dan kesedaran kita yang kita mampu dengan hasrat jiwa yang tinggi hingga sampai ketahap kita rela mengorbankan segalanya untuk deen ini seperti yang disebut oleh Ibnu Mubarak,

Kebencianku pada kehidupan

dan rasa takutku pada Allah

membuat aku rela menjual jiwaku

dengan harga yang tiada tara

Aku selalu memperhitungkan yang kekal

bukan yang fana’

Dan diujung pagi ini, tak ku temukan selain jiwa kerdilku yang masih duduk memainkan jari jemariku dengan perbendaharaan huruf untuk mneyucikan hati kita bersama kerana kamu semua adalah teman teman istimewa dihati ku …

Insyaalah kita jumpa lagi jika berkesempatan ….

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerkkan jiwa jiwa

5 responses to “Apakah yang kurasakan kini …

  1. muharrikdaie July 27, 2010 at 6:10 am

    Junaidi Husaini Fina ~ Insyaalah kamu semua adalah antara pemberi semangat pada saya untuk menulis dan beramal. Sama sama kita berdoa kerana ukuhuwah akan menjadi sia sisa tanpa doa rabithah kita …

    jazakallah jaza’

  2. Pingback: tazkirah! « kembara cinta ku

  3. ana_fina July 22, 2010 at 2:48 am

    salam perjuangan.

    post kali ini tidak mengecewakan pmbca stia blog enta..menarik dn sgt brmnfaat.

    ‘Apabila Allah swt menguji kita dengn tragedi, maka mereka msti melihat dengan MATA HATI dan memikirkan dengan AKAL, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.’

    jazakallah khairan jaza’ d ats perkongsian ‘rasa’ yg baik ini..teruskan.

  4. Hussaini July 22, 2010 at 12:36 am

    Jzkk Akhi,
    Sodaqta.

    Himmah, rasa hati tidak akan bergelora tanpa iman yang memuncak.
    Ana bersyukur pada Allah akan ukhuwwah ini, tatkala ibadah tiada rasanya, adanya al-akh yang membawa garam dan ajinamoto menambah seri…

  5. junaidiahmad July 21, 2010 at 10:07 pm

    Salam alaika ya muharrikdaie.

    Alhamdulillah, perkongsian yang penuh dan bermakna!
    Tips yang padat dan tazkirah bt jiwaku pg ni. syukran.

    Salam ziarah.

    ps: Maaf lama x ziarah ke sini. Hati ingin, tp bila Allah x izinkn maka x dpt. Alhamdulillah, hari ini Dia izinkn dan ada kesempatan. Moga iman dan hati sentiasa ceria. +_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: