dengarkanlah suara hatiku


Kadang kita rasa amat kerdil disisi Allah.

Kita rasa terasing didunia dakwah ini.

Bukan terasing tanpa teman dan mad’u tapi terasing dari dikelilingi ruh kesufian kita yang tidak mampu memanjat langit.

Memang kita tidak mahu hipokrit terhadap diri. Kita akui kita berkerja dan bekerja demi deen ini semampunya namun masih kita terasa kita jauh dari Allah.

Biah dan suasana ‘ hudhurul qalb ‘ tidak menyertai amal amal solih kita. Kita semakin kalut dengan kehidupan harian yang sibuk tanpa ruh!

Dakwah tanpa ruh!

Membina tanpa ruh!

Rasa kurang manisnya.

Sering kita bermuhasabah tentang diri.

Dimana silapnya?

Dimana kurangnya?

Tidak ikhlaskah kita?

Itulah jiwa yang sering menanyai diri kita sehingga kita amat moody dan terasa tiada kelazatannya kehidupan harian ini.

Kita pelik kenapa kita rasa jenuh dan bosan tatkala ingin memelihara amal amal ketaatan yang pernah kita pahatkan dalam hidup kita yang sepatutnya amal amal yang kita buat itu seharusnya menambahkan kekuatan kita!

Rupanya keadaan itu adalah menandakan bahawa hati kita hampir tertutup. Bukan sesiapa yang menutupnya tapi adalah kita sendiri!

Itulah yang dikatakan oleh Sufi teragung Hasan Albasri.

Mungkin inilah yang menyerang kita. Sehingga kita sulit untuk mendapatkan ‘tenaga’ dalaman ini. Tenaga dari amal amal solih kita!

Justeru kita makin susah mendapatkan ruh yang hidup tatkala melakukan amal solih.

Mungkin banyak keadaan yang menjadikan kita begitu!

Aku pernah merasainya ….

Lalai.

Tidak melibatkan unsur batin dalam mengerjakan amal amal ketaatan.

Ibadah hanya pada kulit. Pada syoknya melakukan sebanyak banyaknya untuk dipertontonkan oleh diri sendiri!

Sehingga aku tidak memperhatikan dan menghayati isinya. Apa lagi untuk menghadirkan hati perasaan dan fikiran ku lalu semakin aku beramal aku terasa amat kering dan kontang jiwa  ….aduh. Ampunkan aku ya Allah.

Marilah kita perbetul kembali amal amal kita agar dapat meresapi jiwa dan naluri ini dan berjalan dalam urat urat darah kita merasai keagungan Allah.

Marilah kita lebih waspada justeru ketika melakukan amal fardhi dan amal dakwah kita. Rasakanlah getar getar hati kita yang tersembunyi saat kita merasakan kita telah buat yang terbaik dan merasa puas dengan dengan amal yang kita lakukan!

Kerana selalunya dan sejatinya kita tidak pernah lansung ambil tahu tentang kualiti dan penilaian kita disisi allah rabbul jalil kerana tanpa memperhatikan  bisa saja syaitan menguasai kita dan membius fikiran dan otak kita dengan kata kata ‘cukup’ dan ‘baik’.

Insyaalah

Kita masih punya ruang untuk membaiki dan membaiki selagi sifat mahabbah , khauf dan roja’ masih kita miliki untuk mengimbangkan perjalanan ini …

Akhi wa ukhti fillah ..

Mari lanjutkan perjalanan ini. Tapi ingat walau pun perjalanan ini tenang. waspadailah! Berhati dengan segala kemudahan dan kemewahan yang kita temui dalam perjalanan panjang ini. Ada banyak fatamorgana yang bisa menipu dan mempersendakan kita. Ada banyak bisikan yang menyesatkan kita …

Berpeganganlah tangan kita semua …sekalipun tangan aku ingin kamu lepaskan!

Kita akan melanjutkan perjalanan ini  …

alfakir ilallah

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa.

4 responses to “dengarkanlah suara hatiku

  1. yang berkata March 15, 2010 at 6:28 am

    ….sebab mencari reda Allah itu tidak semudah apa pun..

  2. muharrikdaie March 12, 2010 at 4:24 am

    sahabat _ hijau > thanks kerana sudi copy dan pastekan di halaqah on line. Semuga dapat dimenfaatkan. Lama anti tak komen? Tkasih kerana ziarah.

    Eman > Thanks kerana ziarah. Dan baru saya teringat nama nama syaitan yang mengelilingi kita. jazakallah atas info itu.

  3. eman March 9, 2010 at 5:37 pm

    Al-Khannas..bisikan syaitan yg tenggelam timbul..

  4. sahabat_hijau March 8, 2010 at 10:16 pm

    jazakallah khair atas post yang baik
    minta izin copy..
    di http://www.halaqah-online.com/v3/forum/index.php?showtopic=972&st=0&gopid=9556&

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: